Showing posts with label Dilema Najib. Show all posts
Showing posts with label Dilema Najib. Show all posts

21 February 2014

Apa Kah Najib Dapat Bertahan?

Sebenarnya Najib bernasib baik. PRU 13 yang memberi keputusan lebih buruk kepada Bn berbanding PRU-12, tidak mendorong pemimpin Umno mendesak beliau bertanggungjawab atas penurunan jumlah kerusi daripada 140 kepada 133; sebabnya hanya kerana Umno masih mampu muncul sebagai parti yang mempunyai kerusi terbanyak di Dewan Rakyat, selain mampu menambah 8 kerusi daripada 79 kepada 88 dan juga mampu menawan semula Kedah.

Dari segi parti, memang Najib tidak perlu didesak bertanggungjawab; namun jika dilihat sebagai Perdana Menteri, sebenarnya Najib telah gagal.

Kegagalan Najib kerana komponen Bn terutama daripada parti-parti berasaskan kaum cina dan india, tidak mendapat sambutan daripada kaum-kaum yang diwakili parti itu. Konsep 1Malaysia yang menjadi motto pentandbiraannya gagal menggamit sokongan kaum bukan bumiputera; malah sokongan kepada konsep itu tiada kesanpun jika dilihat daripada keputusan PRU-13 lalu.

Bantuan berbentuk kewangan yang disalurkan kepada kaum cina dan india terutama di kawasan majoriti cina terutama di Selangor, bagaikan mencurah garam di laut. Sebagai contoh terpencil, di PRK Sungai Limau Kedah, pengundi cina yang tidak sampaipun 2,000 berbanding pengundi melayu yang puluhan ribu, pun demikian tidak merasa "gentar" menolak calon bn pada PRK itu.

Benarlah kata Pemimpin veteran seperti Datuk Zainuddin Maidin ataupun Tun Daim Zainuddin bahawa kaum cina telahpun memutuskan meninggalkan Bn, sehingga parti yang memerintah negara sejak merdeka itu akan mengalami nasib yang sama dengan Parti Kongress India, Parti Golkar Indonesia dan Parti LDP Jepun.

Sebenarnya Bn masih bernasib baik, kerana ada Parti Umno dan Parti2 bumiputera di Sarawak dan Sabah yang masih memberi sumbangan besar kepada gabungan berbagai parti itu untuk terus menguasai Putrajaya, jika tidak Bn sudah kecundang sejak tahun 2008.

Sejak akhir-akhir ini, sungguh besar gemanya, bahawa jika Bn masih mahu mempertahankan Putrajaya pada PRU-14 iatu pada tahun 2018, maka Bn perlu seorang pemimpin yang kuat dan mendapat sokongan besar daripada rakyat. Bn, dikatakan tidak boleh bersandar sepenuhnya kepada Umno sahaja untuk mempertahankan Putrajaya, sebaliknya memerlukan sokongan parti-parti dalam komponen.

Parti komponen akan ikut kuat, jika Umno kuat. Umno kuat, jika mempunyai pemimpin yang kuat. Najib sebagai Presiden Umno dikatakan adalah Presiden parti melayu terbesar itu yang terlemah yang pernah dihasilkan oleh parti itu. Manakan tidaknya, keputusan Presiden itu, seolah-olah tidak mempunyai sengatan yang berbisa, malah keputusannya malah dipermain-mainkan. Sebagai contoh, pengumunan beliau melantik seseorang untuk jawatan MKT Umno, keputusan beliau itu ditolak, walaupun penolakan itu secara baik dan halus. Keputusan beliau melantik Pengerusi Hindraf menggantoi kabinet, merupakan contoh bagaimana kepimpinannya dipersoalkan, malah selain melepaskan jawatan, pemimpin Hindraf itu pula mendesak beliau meletakan jawatan. Keadaan seumpama ini, tidak pernah berlaku pada Presiden Umno merangkap Perdana Menteri sejak zaman YTM Tunku Abdul Rahman.

Dalam isu kangkung, kita lihat bagaimana beliau dipermainkan. Belum pernah ada PM Malaysia yang dipersendakan sepertimana yang dialami Najib.

Keluarga Najib dipersenda, terutama isterinya Datin Rosmah Mansor. Selain itu, sukarnya Najib mengawal tindakan isterinya, memuncakkan lagi, kelemahan beliau sebagai Perdana Menteri.

Namun kemuncak daripada gegagalan Najib adalah semasa menjadi Pengerusi Perhubungan Umno Selangor, di mana Umno mengalami kekalahan teruk semasa PRU-13. Sebenarnya, rekod tidak menyebelahi Najib, baik semasa TPM mahupun PM. Semasa TPM, semua PRK yang dikemudinya mengalami kekalahan. Selain itu, rekod yang ditunjukan oleh mantan-mantan pegawai Najib yang bertanding semasa PRU-13, semuanya kecundang. Apa ertinya itu????

Meskipun melalui pemilihan Umno Oktobr lalu, Najib diberikan saf kepimpinan parti, namun saf itu kebanyakannya adalah terdiri daripada mereka-mereka yang mengemudi parti itu sejak tahun 2008 dan semasa PRU-13. Meskipun ada nama-nama baru yang muncul, namun mereka itu masih tergolong pemimpin lama. Pada pemilihan itu, Umno gagal menghasilkan transformasi, apabila pemimpin akar umbi gagal menjadi saf kepimpinan. Lagipun, kepimpinan yang menang itu, atas sebab kedudukan mereka dalam kerajaan selain kekuatan kewangan mereka.

Melihat kepada keadaan semasa, nampaknya Umno sukar dijenamakan, sebabnya, belum ada pemimpin yang terlihat benar-benar ada ketokohan, seperti mana era tahun 80-an dan era 90-an. Kata orang untuk masa ini, Umno atau BN hanya menggunakan pemimpin seperti kata peribahasa tiada ROTAN AKARPUN BERGUNA. Atas sebab itu, Najib akan terus bertahan, dan jika nasib masih menyebelahi beliau, maka Bn akan terus menerajui Putrajaya selepas PRU-14.

29 May 2011

Sampai bila penyokong tegar BN miskin?

Sampai bila penyokong tegar BN dibiarkan miskin? satu pertanyaan yang lama menghantui benak OKB.

Semasa PRK Batu Sapi-terpampang dengan jelas taraf hidup dan kedaifan penyokong tegar BN-sehingga setiausaha BN KU NAN menitiskan air mata menurut blogger Sekali Ketuk dalam entrinya semasa PRK itu.

Demikian juga gambar-gambar yang dimuat turun dalam FB ADUN Tempasuk-Datuk Haji Musbah Jamli-gambar-gambar yang yang menyayat hati untuk di pandang. Seperkara yang menarik, pada setiap pilihanraya, kawasan-kawasan di mana terdapat penduduk yang daif, maka di situ lah BN mendapat sokongan padu.

Dalam hati para pengundi itu-bantu lah kami-atas sebab itu-kami memberi sokongan yang padu-namun semua itu tidak berbalas sepertimana kehendak para pengundi itu.

Apabila kerajaan dibentuk-kawasan yang tidak menyokong kerajaan juga yang mendapat tempias pembangunan luarbiasa. Mereka yang pandai bermuka-muka juga yang untung, sebaliknya mereka yang mengharap-dibiarkan penggal demi penggal.

Sampai kapan kah keadaan ini berlaku? Apa kah BN mahu seperti yang berlaku di Kedah-apabila rakyat protes-kerajaan yang diperatuhkan.

PRU 2008 merupakan saksi dan panduan. Pada masa PRU itu-kita menyaksikan penurun jumlah undi yang diperolehi calon BN pada kawasan-kawasan tradisi BN. Kawasan Kota Belud, baik parlimen mahupun DUN, jumlah undi yang diperolehi calon BN begitu merosot sekali; keadaan juga berlaku di kawasan-kawasan lain.

Pada PRN Sarawak- kita juga menyaksikan bagaimana penurunan undi yang diperoleh oleh calon-calon BN, baik di pendalaman mahupun separah bandar-jangan di kata di bandar-BN kecudang!!.

Pada ketika ini-anak-anak kampung yang berijrah ke bandar mempunyai persepsi yang negatif terhadap kerajaan-apabila PRU nanti-mereka akan pulang kampung dan mempengaruhi ibu-bapa dan sanak saudara mereka untuk menolak kerajaan. Jangan anggap enteng fenomena ini-pasti ianya akan berlaku.

Secara Nasional-pada PRU 2008 lalu, kawasan Selatan bermula daripada N9 hingga ke Johor merupakan kubu kuat BN secara tradisi setiap pilihanraya; namun pada PRU lalu N9 kehilangan 2/3 di DUN, sementara di Johor-buat pertama kali PAS menang 2 kerusi DUN.

Di utara Semenanjung-BN akan terus terkial-kial- Kelantan sukar untuk BN menwannya-pada keadaan politik sekarang- Kedah? jika perbalahan antara pemimpin Umno tidak reda, alamat Pakatan terus menguasai negeri Jelapang Padi itu. Pulau Pinang- MCA dan Gerakan tiada taring lagi-apapun hiasan kapal dua komponen BN itu-kaum cina tidak akan menaikinya. Kaum cina ahli MCA sebenarnya telah bingung selepas tsunami politik melanda parti itu pada PRU 2008, dimana daripada 31 parlimen yang ditandingi hanya menang 14, sementara di Pulau Pinang-semua calon MCA baik DUN mahupun Parlimen kalah teruk. Akibat kebingungan itu-maka mereka terpaksa memilih Presiden yang ada kaitan dengan moral.

Apa kah stretegi ahli MCA memilih presiden yang ada kaitan dengan moral-untuk menghalang kaum cina mengundi MCA? untuk memperlancar parti DAP menjadi parti tunggak dalam negara?

Ingat hanya Malaysia di Asia Tengara ini belum berketua negarakan kaum cina- semua negara telah berketuakan kaum cina termasuk Indonesia yang berpenduduk islam terbesar di dunia.

Dalam perlembagaan negara tidak menghalang sesiapa sahaja warganegara ini menjadi Perdana Menteri asalkan individu itu mempunyai command dalam dewan rakyat-yakni pada masa ini 112 kerusi daripada 222 kerusi dewan rakyat. Keadaan Perak tidak boleh diikuti-walaupun PAS hanya ada 6 kerusi dan DAP 18- Nizar Jamaluddin yang dilantik MB-akhirnya Nizar hanya tergantung kepada parti DAP-tanpa ada kuasa.

Demikian juga- Jika Pakatan Menang dengan DAP mempunyai kerusi terbanyak-melantik Anwar sebagai Perdana Menteri-hanya menjadi PM kepada DAP.

Oleh kerana itu- jika BN mahu terus berkuasa-jangan kecewakan para pengundi yang selama ini memberi sokongan yang tidak berbelah bagi- Jangan sombong kepada rakyat yang meletakkan anda di persada kuasa!!!

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels