Showing posts with label Empangan kg Tambatuon. Show all posts
Showing posts with label Empangan kg Tambatuon. Show all posts

10 June 2011

Empangan Tambatuon Kota Belud: Perang antara Lim Kit Siang-Rahman Dahalan-memuncak

Sidang Parlimen akan bermula pada Isnin 13 Jun, namun peperangan antara Lim Kit Siang-Penasihat DAP dan Datuk Rahman Dahlan Ahli Parlimen Kota Belud daripada BN, berlarutan sehingga kini.

Perbalahan antara Kit Siang dan Rahman, berpunca apabila Lim Kit Siang melawat sebuah Kampung di Kota Belud yang bernama Kg Tambatuon.

Kg Tambatuon adalah sebuah kampung yang terletak berdekatan dengan kaki Gunung Kinabalu, namun kampung itu berada dalam kawasan Parlimen 169 Kota Belud, dan DUN Kedamaian.

Penduduk kampung Tambatuon adalah terdiri daripada Kadazan-Dusun.

Sumber kehidupan penduduk kebanyakan daripada hasil pertanian dan perkebunan.

Keadaan topografi Tambatuon yang berada dicelah-celah bukit dan lembah, maka sangat sesuai untuk pembinaan empangan, atas sebab dinding empanpan tersebut tidak perlu dibina kerana, bukit telah menjadi dinding semulajadi.

Empangan, sangat diperlukan di Kota Belud, untuk mengairi tanah sawah yang landai di kawasan Tempasuk dan Usukan yang juga dua kawasan DUN di kawasan Parlimen Kota Belud.

Walaupun, Kota Belud mempunyai tanah landai yang sesuai untuk tanaman padi, namun keluaran padi di kawasan itu tersebut, belum bersifat komersial, kerana potensi yang ada tidak dapat diekspolitasikan, penyebabnya adalah masalagh air.

Perparitan yang ada tidak sesuai, kerana apabila musim banjir, sistem perpartian itu akan tertutupi oleh segmenatasi lumpur yang terbawa daripada aliran air daripada arah kaki Gunung Kinabalu.

Itulah penyebabnya kenapa empangan diperlukan di kawasan itu, selain untuk tujuan sumber air di musim kemarau, juga sebagai pembentong dikala musim banjir.

Penduduk Kg Tambatuon dianggarkan kira-kira 800 orang, namun pengorbanan penduduk itu, boleh membantu-80 ribu penduduk Kota Belud yang lain.

Kemunculan idea pembinaan Empangan Tambatuon ketika mana, Menteri pertanian dan Asas Tani Persekutuan, Datuk Noh Omar mengumumkan Projek Jelapang Padi di Kota Belud, pada awal tahun 2009. Sebelum itu, memang ada ura-ura pengwujudan projek tersebut semasa kementerian itu di sandang oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin-sekarang TPM dan Menteri Pelajaran.

Persoalannya sekarang, pendekatan kepada penduduk kampung di mana empangan tersebut dibina gagal dilakukan oleh wakil rakyat baik parlimen mahupun ahli dewan udangan negeri.

ADUN Kedamaian, Datuk Herbert Timbon Lagadan sepatutnya orang pertama yang perlu mendekati penduduk kampung tersebut, menguraikan matalamat dan tujuan pembinaan empangan tersebut. Ini tidak, kata orang projek empangan tersebut telah "masuk angin" apabila ada elemen-elemen tertentu yang mengapi-apikan penduduk di kampung tersebut, untuk membantah pembinaannya.

Pelik juga, projek yang begitu penting bagi penduduk majoriti Kota Belud, telah telah diambil mudah oleh wakil rakyatnya.

Nah kini, apabila pihak pembangkang mempolitikkan pembinaan empangan tersebut, kerana pihak pembangkang telah yakin, bahawa propaganda mereka telah berjaya, maka barulah wakil rakyat Kota Belud, terkial-kial mempertahankan pembinaan empangan tersebut melalui laman twitter atau blog, di mana OKB yakin dan pasti-mungkin tiada seorangpun penduduk kg Tambatuon membaca "rebuttal" Datuk Rahaman Dahalan tersebut.

Bagi OKB, apabila isu pembinaan empangan Tambatuon tersebut di bawa kepada sidang dewan rakyat, bukan sahaja membuka pekong wakil rakyat BN yang mewakili kawasan tersebut, juga penyelesaian isu ini tidak mungkin terselesaikan. Isu dan agumen hanya menjadi nota dan sejarah.

Akhirnya penduduk Kota belud yang majoriti yang melopong.

Bagi Lim Kit Siang, apa sahaja projek yang bersifat membantu penduduk penyokong BN akan terus dihalang, kerana Kit Siang tahu, Kawasan Kota Belud, adalah bank Votes BN.

Berlainan dengan pembinaan Empangan di Pulau Pinang (Mengkuang Dam) yang dikatakan memerlukan kos RM1.2 bilion, penasihat DAP itu sangat bersetuju, kerana Pulau Pinang adalah bank votes DAP; berbanding dengan kos Empangan Tambatuon hanya menelan kos RM450 juta.

16 August 2010

Empangan Kg Tambatuon Kota Belud

Projek Jelapang Padi Kota Belud tidak akan berjaya tanpa pembinaan empangan Kg Tambatauon Kota Belud.

Pada 30 julai lalu, Menteri Pertanian Persekutuan Noh Omar telah menyatakan bahawa projek tersebut perlu diteruskan, jika tidak Jelapang padi kota belud tidak akan berjaya.

Pembinaan empangan Kg Tambatoun sangat mustahak, kerana itu pengorbanan rakyat yang berada di kampung itu sangat di sanjung tinggi oleh rakyat yang menghuni sebahagian besar penduduk Kota Belud.

Projek Jelapang padi Kota Belud akan menguntungkan lebih 50 ribu penduduk, di banding penduduk kampung itu yang tidak mencapai 500 orang.

Akibat pembinaan empangan itu, penduduk yang terlibat akan ditempatkan semula ke kawasan yang sustanible dan menguntungkan mereka secara jangka panjang.

Penduduk kg Tambatoun akan diberi peluang seluas-luasnya dalam arus pembangunan dan ekonomi, ini bermakna melalui pembinaaan empangan di situ akan wujud keadaan menang-menang, di mana rakyat majoriti akan mengecapi tempias jelapang padi dan pada masa yang sama penduduk kg itu juga akan mengecapi pembangunan ekonomi.

Projek empangan itu akan menelan kos lebih RM450 juta dan kemungkinan akan bertambah apabila ianya akan bermula.

Pembinaan empangan tersebut mendapat bangkangan daripada parti pembangkang terutama SAPP dan NGO yang berafiliasi kepada kontra pembangunan.

Pandangan SAPP dan NGO-NGO tertentu adalah bermotifkan politik, sehingga mereka sanggup mengorbankan kepentingan rakyat yang lebih ramai.

Dalam proses pembangunan, rakyat perlu berkorban, kerana tanpa pengorbanan pembangunan tidak akan berjalan.

Kepada penduduk kg Tambatuon, cuba lah berfikir rasional dan ke depan, kerana melaluinya, maka Kota belud akan menjadi pemangkin ekonomi yang tersohor di negeri ini.

Beras adalah komoditi stratigik, kerana beras adalah makanan utama negara ini.

Ada lah dipohon kepada penduduk kg Tambatuon meredeka kan lah minda anda daripada dibelengu politik sempit parti pembangkang.

Wakil rakyat Kota Belud Datuk Rahman Dahalan mempuyai tugas berat untuk memberi penerangan kepada penduduk kg yang terlibat. OKB yakin melalui net working wakil rakyat itu, maka pada akhirnya penduduk kg Tambatuon akan menerima pembangunan empangan tersebut dengan tangan terbuka demi pembangunan Kota Belud secara keseluruhan.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels