Showing posts with label Politik BN Berjaya dirobohkan. Show all posts
Showing posts with label Politik BN Berjaya dirobohkan. Show all posts

24 May 2010

Politik Toleransi Amalan BN: Pembangkang Memanipulasinya

Pembangkang terutama Anwar Ibrahim tahu benar bahawa politik BN adalah politik toleransi, maksudnya BN memupuk kesetia kawanan dan kekitaan dalam hubungan antara kaum. BN berusaha agar semua kaum tidak terpinggir dalam suasana harmoni, dan seterusnya menanamkan bahawa tiada kaum yang superior dalam hubungan itu. Namun, penekanan hak sepertimana yang termaktub dalam perlembagaan terus diambilkira dan digunakan sebagai asas membentuk perpaduan yang harmoni.

Berpaksi kepada asas ini, maka tanpa menganggu gugat ikatan ini, tidak mungkin kemesraan dan keharmonian tersebut dapat diganggu gugat.

Anwar Ibrahim tahu ini semua,kerana ini lah kekuatan asas BN. Selagi kekuatan ini tidak dirosakkan dan tidak diputuskan, maka kekuatan BN akan senantiasa bergema.

Bagi memutuskan ikatan yang kokoh ini,maka caranya adalah mencabar apa yang ada dalam perlembagaan. Misalnya hak-hak bumiputra dan kaum melayu. Mempersoalkan budaya melayu misalnya penggunaan keris.

Apabila hak-hak dan budaya melayu ini dicabar, maka mereka yang terpancing terus memberi reaksi. Ketuanan melayu terus dikumandangkan. Setelah pancingan ini berjaya, maka langkah berikutnya adalah mempersenda soal anutan agama.

Provokasi awal penganut bukan islam menggunakan Kalimah ALLAH, pada awalnya mendapat tentangan namun akhirnya menjadi bahan politik pihak pembangkang.

Untuk sementara pihak pembangkang telah berjaya merobohkan tembok ikatan kaum melalui gambaran mereka mengenai Ketuanan Melayu, kemudian mereka juga berjaya tembok kepercayaan beragama, apabila Kalimah Allah kini dikongsi oleh semua agama.

Selain itu, mereka juga berjaya merosak budaya Melayu mengenai penggunaan keris, kini kaum melayu tidak mahu berbangga lagi dengan keris, kerana kononnya budaya itu tidak relevan lagi.

Pembinaan tembok yang kokoh oleh BN dalam hal hubungan antara kaum berjaya dirobohkan, pemupukan beragama antara kaum berjaya dirobohkan, budaya melayu mengenai keris terus dihancurkan.

Persoalannya, yang mana lagi yang tersisa pada BN? Namun pada masa yang sama BN masih melaungkan politik sederhana, politik toleransi, dimana semuanya secara deras ditolak terutama oleh mereka yang dilahirkan selepas merdeka.

Penjelmaan 1Malaysia adalah manifestasi kepada unsur toleransi itu, namun bibit-bibit yang telah ditanam telah sebati. Pembangkang telah memupuk bibit-bibit itu sejak reformasi tahun 1998, sedangkan ramuan penepisnya hanya ditemukan pada April 2009. 10 tahun bibit-bibit penghalang ramuan BN telah ditanam, dipupuk, dibaja oleh pembangkang. Sama lah dengan pengharaman Al-Arqam, walaupun telah diharamkan puluhan tahun yang lalu, namun bibit-bibitnya masih teguh hingga kini.Ini lah yang berlaku di Malaysia kini, bibit-bibit menghancurkan tembok yang dibina BN selama 50 tahun, telah diketahui adunannya oleh mantan pemimpin BN itu sendiri, yakni Anwar Ibrahim.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels