Showing posts with label Musa dan BN. Show all posts
Showing posts with label Musa dan BN. Show all posts

23 September 2012

Hanya mereka yang tamak tolak Musa

ADA yang mengandaikan bahawa BN akan kalah jika terus diterjaui Musa, sama dengan kekalahan Berjaya pimpinan Tan Sri Harris pada tahun 1985.

Situasi tahun 1985 berlainan dengan situasi masa kini. Berjaya kalah tahun 1985 ekoran pemecatan Tan Sri Pairin daripada Berjaya, memecatnya sebagai ADUN Tambunan dan menurunkan status Daerah Tambunan.

Pairin adalah Huguan Siou kaum KDM. Akibat pemecatan itu, maka kaum KDM marah kepada Harris dan menghukumnya bermula di PRK Tambunan tahun 1984 dan kemudian pada PRU-Sabah tahun 1985.

Musa pula, tidak pernah memecat sesiapa. Malah apabila tercetus spekulasi, bahawa para pemimpin BN yang telah keluar, Musa membuat kenyataan terbuka, pintu pejabatnya senantiasa terbuka untuk berbincang, jika ada masalah.
 
Keluarnya para pemimpin BN seperti Lajim Ukin, Welfred Bumburing, Maijol Mahap, Ibrahim Menudian dan Yahaya Lampong, kerana mempunyai sebab peribadi masing-masing.
 
Lajim keluar kerana mendapat tantangan daripada ahli/penyokong serta beberapa pemimpin akar umbi di bahagiannya sendiri. Oleh kerana tantangan itu, maka Lajim dilaporkan bukan lagi winnable candidate. Berasaskan kepada keadaan itu, Lajim tidak akan dicalonkan lagi pada PRU-13.
 
Selain itu, masalah permintaan projek yang berterusan oleh Lajim demi kepentingan poketnya, merupakan salah satu penyebab beliau keluar. Isu sekolah agama yang bernilai RM50 juta, yang dijanjikan Lajim kepada penyumbang dana, tidak pernah terealisasikan, kerana projek seumpama itu tidak pernah wujud.
 
Manakala Bumburing pula, tidak akan dicalonkan pada PRU-13, meskipun beliau adalah Timbalan Presiden UPKO, kerana perjanjian dengan Madius Tangau-mantan MP Tuaran, bahawa hanya sepenggal sahaja peluang diberikan kepada Bumburing untuk bertanding di Parlimen Tuaran.
 
Majiol pula keluar BN kerana, kalau tidak maka tiada peluangnya bertanding di kampung halamannya, kerana semua kawasan baik parlimen mahupun DUN adalah kawasan PBS.
 
Ibrahim Menudin pula, walaupun di atas kertas sebagai pemimpin Umno dan pernah menjadi Bendahari Umno Sabah, namun tidak pernah bertanding dalam pilihanraya. Ibrahim sebenarnya bukan pemimpin politik, akan tetapi hanya sebagai penyokong/pendokong.
 
Di usia senja, Ibrahim mahu mencuba nasib dalam arena politik, selepas semua jawatan korporatenya di penghujung jalan.
 
Sementara Yahya Lampong adalah pemimpin musiman setiap menjelang pilihanraya. Yahya melompat daripada parti yang satu ke parti yang lain agar boleh bertanding dalam pilahraya. Memang beliau suatu ketika dahulu adalah pemimpin utama kaum bajau, namun sepak terajangnya dalam dunia politik yang senantiasa berpindah-pindah, menyebabkan sokongan terhadap beliau merudum hingga ke dasarnya.
 
Yahya pernah menjadi Ketua Bahagian Umno Tanjong Aru, kemudian kehilangan jawatan itu. Beliau mencuba nasib di bahagian Kota Belud, namun kalah teruk merebut jawatan ketua bahagian.
 
Walaupun Yahya tidak mempunyai sebarang jawatan dalam Umno, namun beliau tetap diberi peranan oleh Musa sebagai Pengerusi Sedco kemudian Cement Industries.
 
Sesuailah seperti kenyataan Ketua Umno Papar, Datuk Rahim Ismail- dengan keluarnya mereka daripada UBN, tidak akan membawa impak apa-apa, kerana, rakyat Sabah telah tahu siapa sebenarnya mereka-mereka itu.

Pendek kata, mereka yang tamak saja menolak kepimpinan Musa, manakala pemimpin lain seperti Datuk Salleh Tun Said, Datuk Safie Apdal, Tan Sri Pandikar dan lain-lain masih setia pada parti, kerana mereka tahu Musa menjalankan tugas sesuai dengan aspirasi parti dan rakyat.

2 September 2012

Rakyat perlu kekalkan BN: Musa Aman

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman memberi empat sebab mengapa rakyat Sabah perlu terus menyokong BN dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk kekal sebagai perdana menteri.

Beliau berkata empat sebab berkenaan amat diperlukan demi kemajuan berterusan negeri dan kemakmuran rakyat Sabah meskipun negeri itu sudah mengecapi banyak kemajuan dan pencapaian di bawah kepimpinan Najib sekarang.

"Mengapa kita perlu mengekalkan BN? Mengapa Datuk Seri Mohd Najib Razak perlu terus menjadi perdana menteri? Jawapannya mudah sahaja, kerana kita inginkan pembangunan, kita ingin kesejahteraan, kita inginkan keamanan dan kita inginkan kemakmuran serta keharmonian," katanya.

Musa yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah berkata demikian ketika berucap pada Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Libaran, Kinabatangan, Sandakan, Batu Sapi dan Beluran secara serentak yang dirasmikan oleh Najib di Dewan Serbaguna Sri Libaran, dekat Sandakan hari ini.

Beliau berkata sebaliknya jika rakyat Sabah silap memilih parti dan pemimpin untuk membentuk kerajaan pada pilihan raya umum akan datang, Sabah dan rakyat negeri itu dikhuatir kembali kepada suasana kemunduran dan ketidakstabilan politik akibat perpecahan.

Bagaimanapun, Musa berkata rakyat Sabah sejak dahulu lagi sudah bijak dan matang berpolitik serta tidak mudah dipengaruhi parti pembangkang yang disifatkannya sebagai "pura-pura cacat penglihatan" kerana enggan mengakui pembangunan pesat yang dialami negeri Sabah di bawah BN.

Katanya rakyat tidak kira latar belakang kaum dan kepercayaan, sama ada di bandar atau di luar bandar sudah dapat menikmati dan mendapat banyak manfaat daripada pelbagai program dan inisiatif yang dilaksanakan di bawah pentadbiran Najib seperti Program Transformasi Kerajaan dan Program Transformasi Ekonomi.

"Ada orang mengatakan macam mana perdana menteri (Datuk Seri Najib Razak) ini. (Rakyat) Di laut tolong. di darat pun di tolong. Nelayan ditolong, petani, pesawah pun ditolong, (rakyat) di desa pun dapat di kota pun dapat, kanak-kanak pun dapat orang tua pun dapat, pesara pun dapat malah pemandu teksi pun dapat," katanya.

Menurut Musa selain pembangunan dan kemajuan yang dibawa oleh kerajaan persekutuan, kerajaan negeri juga melalui inisiatifnya sendiri berusaha membawa kemajuan kepada rakyat dengan memperkenalkan pelbagai program untuk meningkatkan taraf ekonomi dan hidup mereka.

Katanya projek mini estet sejahtera (MESEJ), penubuhan Pusat Kraftangan, program galakan perniagaan dan keusahawanan dan pembinaan pelbagai infrastruktur asas merupakan sebahagian daripada inisiatif kerajaan negeri membangunkan rakyat Sabah.

Ketua Menteri berkata kerajaan negeri juga telah mengambil langkah berani dengan memberhentikan kegiatan pembalakan secara berleluasa di kawasan seluas beratus-ratus ribu hektar dan menggantikannya dengan projek penanaman semula hutan demi kelangsungan sumber asli itu kepada generasi akan datang.

Menurut Musa melalui projek perladangan hutan itu, Sabah boleh menghasilkan kira-kira 400 pokok balak berkualiti bagi setiap satu hektar berbanding pembalakan biasa yang jumlah hasilnya jauh lebih rendah.

3 July 2012

Semangat Berpasukan dan Kejujuran Penting: Musa

Ketua Menteri Datuk Musa Hj Aman ber kata beliau bersedia untuk duduk berbincang dengan mana-mana para pemimpin Barisan Nasional dan menyelesaikan sebarang isu atau masalah.

“Apa yang penting ialah kejujuran. Jangan bercakap baik di depan tetapi di belakang lain pula,” katanya sambil menambah beliau tidak pernah memperkecil-kecilkan atau memandang rendah mana-mana para pemimpin BN di Sabah.

“Pada saya jawatan Ketua Menteri bukan satu keistimewaan tetapi adalah amanah dan tanggungjawab yang perlu dipikul untuk negeri dan rakyat,” katanya pada satu majlis di Beaufort pada Ahad.

Musa yang juga Pengerusi BN dan Ketua Perhubungan Umno Negeri berkata beliau sentiasa mahu bekerjasama dengan semua bukan saja dalam Umno tetapi juga BN. Pintu pejabat saya sentiasa terbuka dan jika ada sebarang masalah dari para pemimpin BN atau Umno, sila datang berjumpa saya dan kita akan cuba selesaikannya.

“ Saya sentiasa terbuka untuk perbincangan tetapi kita perlulah jujur dan ikhlas dalam perjuangan kita. Apa yang penting perjuangan kita untuk rakyat dan bukan peribadi atau individu,” katanya.

“Asalkan kita berjuang untuk kepentingan rakyat, kita me- nuju ke landasan yang tepat,” katanya.

Menurut Musa, beliau ber- setuju dengan nasihat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menyelesaikan segala masalah dalaman sebelum menjelang pilihan raya umum.

“Jika terdapat sebarang masalah, dalam parti, Umno atau BN, kita perlu duduk berbincang dan menyelesaikannya. Saya yakin tidak ada yang tidak boleh diselesaikan jika kita jujur kerana kita berjuang pada landasan yang sama,” katanya.

Musa berkata komen beliau ini bukan menyasarkan seseorang tetapi secara keseluruhan kerana kita perlu bekerjasama, mengelakkan perselisihan faham dan meng- ekalkan perpaduan. Kita perlu bekerja sebagai sebuah pasukan, lebih efisien dan pasukan yang kuat dalam BN.

“Saya yakin rakyat akan terus memberikan sokongan kepada kita kerana kita ber- juang untuk kepentingan rak- yat kerana rekod cemerlang kerajaan Barisan.

Nasional (BN) yang ban- yak membawa pembangunan untuk rakyat sudah pasti akan diingati oleh rakyat,” katanya

Musa berkata hanya kerajaan BN yang mampu membawa pembangunan dan pembaharuan berterusan kepada rakyat.

“Oleh itu, kita perlu men- yokong Barisan Nasional pada pilihan raya yang akan datang bagi memastikan ke- sinambungan pembangunan.

“Kerajaan BN juga mempunyai hala tuju pembangunan yang jelas yang kesemuanya menjurus kepada “menolong rakyat” termasuk golongan miskin sama ada di bandar atau di luar bandar,” katanya.

15 May 2012

Musa still in command

Dalam gambar Ketua Menteri Sabah bersama-sama Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Sabah-DSP Salleh Tun Said, ADUN Tempasuk-Datuk Haji Musbah Jamli, MP Kota Belud-Datuk Abdul Rahman Dahalan, ADUN Kedamaian-Datuk Herbert Timbon Lagadan-semasa melawat KG Pandasan, Kota Belud pada 13 Mei lalu.

Berasaskan kepada mood semasa, nampaknya, seluruh kawasan Kota Belud, samada ADUN atau Parlimen akan terus berada di bawah naungan BN.

Bukan sahaja para pemimpin kawasan ini dalam mood pilihanraya, malah rakyat juga demikian.

Kedatangan Datuk Musa ke Kota Belud sebanyak dua kali dalam masa seminggu, menunjukkan bahawa Ketua Menteri itu begitu teruja dengan pencapaian pembangunan kawasan itu, selama di bawah naungan BN.

Lawatan Ketua Menteri di Kota Belud pada kali ini, adalah untuk mengumumkan, bahawa satu projek mega lagi akan diwujudkan di Kota Belud. Projek tersebut adalah projek minyak dan gas di kampung Kuala Abai, dalam DUN Usukan.

Datuk Musa begitu komited terhadap pembangunan Kota Belud, atas dasar di daerah itulah lahirnya anak sulung Umno, pada tahun 1991.

Kini, selepas 21 tahun kehadiran Umno di sabah,rakyat Sabah telah merasakan kestabilan politik yang mapan, sehinggakan proses pembangunan terus berjalan, tanpa gangguan.

Pada suatu waktu, Sabah adalah sebuah negeri yang kaya, namun ketidakstabilan politik, telah mengakibatkan pembangunan negeri itu begitu perlahan sekali, dan pada suatu waktu, pembangunan pada kadar yang negatif. 

Sabah hanya mula membangunan bermula pada tahun 1994, selepas 10 tahun pembangunan pada keadaan yang sangat membimbangkan.

Bermula pada tahun 2003, bajet pembangunan Sabah, saban tahun meningkat, dan setiap tahun bajet Sabah senantiasa menjadi rekod. Bajet tahun 2012, merupakan rekod sekali lagi, kerana untuk julung-julung kalinya bajet pembangunan Sabah melebihi RM4bilion.
Pembangunan Sabah akan terus terselah di masa depan, jika keadaan yang ada terus dipertahankan rakyat. Rakyat diminta jangan terpedaya dengan dakyah pembangkang, kerana matalamat pembangkang hanya untuk berkuasa, bukan membela rakyat.
Tidak mudah membangun negeri, jika tidak lengkap dengan perancangan dan program. Perancangan dan program tidak dapat diwujudkan dalam sekelip mata, ianya perlu waktu, tenaga dan kewangan. Bayangkan Kerajaan BN negeri memerlukan masa lebih 20 tahun, untuk mencapai pembangunan negeri apa yang kita lihat sekarang.
Datuk Musa dengan sokongan padu para pemimpin dalam umno dan komponen parti BN akan terus memacu pembangunan negeri ini dalam segi ekonomi, sosial dan spritual.

Berasaskan kepada pencapian Musa, parti pembangkang hanya akan bermimpi untuk merampas kerajaan negeri daripada BN.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels