Penemuan dua lagi telaga baru minyak yang terletak kira-kira 100 kilometera di timur laut Kota Kinabalu dijangka membuka peluang pekerjaan kepada rakyat Sabah di samping menyumbang kepada kekayaan negeri dalam perkembangan industri minyak dan gas dan Sabah.
Penemuan ini juga akan membolehkan negeri ini akan dapat menerima pelbagai manfaat yang mampu menarik lebih ramai para pelabur melabur di negeri ini
Penemuan dua lagi telaga baru minyak sebagai mana yang diumumkan Petronas di telaga Wakid-1 dalam Blok 2G-2J baru baru ini, potensi Malaysia khususnya Sabah sebagai kawasan cari galis gas dan minyak petroleum boleh dipertingkatkan yang mampu memberi anjakan kepada pertumbuhan ekonomi negeri.
“Pembangunan yang diusahakan ini akan menyediakan pelbagai peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan di samping mendorong anak muda termasuk pelajar mencebrui bidang pekerjaan yang disediakan oleh Petronas,”
Namun, melalui harapan itu, tidak semudah daripada segi pelaksanaannya, kerana pengalaman Suara Rakyat sendiri berhubung dengan Petronas, sungguh sukar dan susah.
Walaupun telaga minyak ditemukan di perairan Sabah, tidak semestinya rakyat Sabah mendapat manafaat, apa kah dalam bentuk latihan atau kemahiran.
Anugerah Biasiswa Petronas misalnya, meskipun anak-anak Sabah mampu mencapai straight A dalam SPM, belum tentu mendapat tajaan daripada syarikat minyak itu.
Berasaskan kepada keadaan ini, adalah wajar jika kuasa politik digunakan untuk menentukan kuota terhadap penduduk Sabah baik meliputi biasiswa atau program latihan, jika tidak, semuanya ini hanya menjadi cantik pada rupa, namun kenyataannya rakyat Sabah berada dalam kerugian.