Shafie, Rahman dan Musbah pada Ahad di Kota Belud |
OKB masa itu, menemu bual sendiri Jurutera Air Jabatan Air Kota Belud, selain mencari fakta di lapangan.
Dalam soal jawab dengan Jurutera Air, beliau pada masa itu memberi jaminan bahawa bekalan air sepenuhnya akan selesai menjelang Mei 2013. (Kenyataan beliau itu tiada hubungan dengan PRU-13 yang diadakan pada Mei tahun itu).
Penjelasan jurutera itu yang disampaikan kepada OKB juga adalah selari dengan kenyataan beliau melalui tindakan Daerah, dan sudah tentunya dikongsi oleh wakil-wakil rakyat selain pegawai daerah sendiri.
Namun, selepas hampir setahun, daripada tarikh OKB menulis itu, baru hari ini (Ahad) bersamaa 16 Febreuari 2014, dikatakan bahawa BALB benar-benar terselesaikan, apabila Menteri yang bertanggungjawab memberikan dana iaitu Kementerian Luar Bandar dan Wilayah Dato Shafie Apdal melawat pembinaan loji Air BALB Kota Belud.
Sempena lawatan itu, Ahli Parlimen Kota Belud, merangkap Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerjaan Tempatan Dato Abdul Rahman Dahalan menulis di FB beliau "Menghadiri majlis perasmian Sistem Bekalan Air
Luar Bandar untuk daerah Kota Belud oleh Menteri Kemajuan Luar Bandar
dan Wilayah, Dato' Seri Mohd Shafie Afdal pagi ini. InsyAllah masalah
bekalan air di Kota Belud semakin dapat diatasi dengan bantuan yang
disediakan oleh Kerajaan Pusat."
Berikut adalah tulisan OKB pada 17 November 2012
AIR merupakan keperluan asas bagi setiap mahkluk, tidak terkecuali
manusia. Atas sebab itu, setiap penempatan penduduk biasanya berhampiran
dengan sumber air.
Akibat kemajuan industri, dengan terciptanya batang-batang paip,
penempatan manusia tidak perlu lagi berdekatan dengan sumber air, atas
sebab air boleh disalurkan berkilometer daripada sumber air ke
rumah-rumah penduduk.
Manakala, sumber air daripada tanah boleh dimanafaatkan melalui
tubewell”, manakala air daripada mata-air perbukitan, keadah yang
digunakan adalah melalui graviti
Walaupun berbagai teknologi ditemukan untuk digunakan mendapatkan air
untuk keperluan manusia, namun perkembangan pertanian yang terpengaruh
menggunakan baja-baja kimia, menyebabkan sumber air tercemar. Hujan pula
tercemar kerana perlepasan asap monokside ke udara, sehingga air
daripada hujan bertukar kepada air asid.
Akibat pencemaran sumber air, maka terciptalah kaedah perawatan air, demi kegunaan manusia/penduduk.
Loji-loji besar perawatan air di bangun, terutama di Bandar-bandar dan pekan-pekan termasuk daerah Kota Belud.
Masalah bekalan air kepada penduduk daerah Kota Belud bermula sejak awal
kemerdekaan lagi. Atas sebab itu, pada tahun 1978, kerajaan Berjaya
pimpinan Datuk Harris Salleh (kini Tan Sri) mengarahkan pemasangan
paip-paip ke kampung-kampung berdekatan pekan Kota Belud; namun kerana
sumber air terawat terhad, maka akhirnya paip-paip itu hanya berjaya
dipasang, namun tidak berair.
Keperluan air bagi Kota Belud, merupakan isu politik utama bagi daerah
itu, atas sebab itu semasa kempen pilihanraya tahun 2008, calon BN bagi
kawasan Parlimen Kota Belud, Rahman Dahalan (kini Datuk) berjanji akan
memperjuangkan penyediaan air terawat kepada sebahagian besar penduduk.
Al-hasil perjuangan MP Kota Belud itu, pada tahun 2010, Kementerian
Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah memperuntukan RM104 juta untuk
maksud penyediaan air terawat bagai daerah Kota Belud dan jika siap
kelak, akan meliputi 85 peratus penduduk luar bandar.
Walaupun program penyediaan air terawat bagi dearah Kota Belud sedang
rancak berjalan, namun permintaan keperluan terhadap air terawat begitu
sinonim dengan kehidupan; sehinggakan kekurangan air terawat, kelihatan
sungguh krtikal.
Bagi peminat FB, saban hari kita akan terbaca komen-komen melalui FB
persendirian penduduk Kota Belud, bahawa betapa kritikalnya bekalan air
bagi daerah Kota Belud, terutama penduduk dikawasan luar bandar yang
sudah mempunyai rangkaian perpaipan. Namun, penduduk yang terbiasa
menggunakan “tubewell” desakan keperluan air untuk kegunaan harian,
belum terasa kritikalnya, kerana sumber air alternatif itu telah menjadi
kebiasaan berdekad lamanya, demikian juga bagi penduduk yang
menggunakan sumber air graviti, masalah bekalan air bukan suatu masalah.
Penyediaan air terawat bagai daerah Kota Belud adalah perjuangan utama
MP Kota Belud, atas usaha itu maka peruntukan besar diperolehi., Kalau
dilihat sepintas lalu, perjuangan wakil rakyat adalah untuk mendapatkan
dana dan pelaksanaan dan penyiapan projek pula tergantung kepada pihak
pelaksana, yakni Jabatan Air dan kontraktor yang telah dilantik.; serta
agensi kerajaan yang terbabit
Artikel Suara Rakyat kali ini akan menulis secara komprehensif dan
detail mengenai sebab musabab mengapa projek Bekalan Air Luar Bandar
(BALB) yang sepatutnya siap pada penghujung tahun ini terlewat dan
tarikh baru penyiapannya adalah pada Mei 2013.
Maklumat yang dipaparkan selain maklumat lapangan juga dibantu melalui
maklumat yang diperolehi daripada Jabatan Air Kota Belud, dengani
kerjasama MP Kota Belud dan Jurutera Air Bahagian Kota Belud.
Maklumat Lapangan
Daripada maklumat lapangan pada masa artikel ini ditulis, semua kawasan
yang diliputi projek BALB Kota Belud tahap pencapaian penyiapannya
antara 55 peratus hingga 98 Peratus; berbanding dengan jadual asal tahap
penyiapan adalah 100 peratus.
Antara punca kelewatan penyiapan ini disebabkan kelewatan kontraktor
memasuki tapak akibat halangan daripada pemilik tanah di
kawasan-kawasan tertentu, seperti di Pandasan, Rosok dan Ambong serta
Timbang Dayang.
Disebabkan projek BALB menggunakan system retikulasi, maka jika
sebahagian daripada projek itu terlewat maka akan memberi kesan
terhadap usaha membekalkan air secara keseluruhan.
Sebagai contoh akibat halangan pemilik tanah di Kampung Pandasan,
pembinaan loji rawatan air yang bernilai RM38 juta sepatutnya kontraktor
mula berkerja pada November 2011, tetapi terlewat sehingga Julai 2012.
Demikian juga di Kampung Rosok –penyambungan batang paip, pembinaan
tangki, intake dan loji yang bernilai RM35 juta hanya bermula pada Jun
2012. Sementara di Kampung Ambong –pembinaan tangki simpanan dan
rangkaian perpaipan yang bernilai RM9 juta sepatutnya bermula pada
Oktober 2011, hanya dapat bermula September 2012. Manakala Kampung
Timbang Dayang- penyambungan paip yang bernilai RM10 juta sepatutnya
siap pada bulan September 2012, akan tetapi penyiapannya terbantut
sehingga kini hanya disebabkan halangan pemilik tanah dimana melibatkan
hanya 100 meter jarak batang paip.
Mengapa Projek BALB menjadi keutamaan MP Kota Belud?
Ada tiga faktor yang dikenal pasti. Pertama beberapa kampung yang
sepatutnya berada dalam liputan Bekalan Air Jabatan Air belum menikmati
bekalan air terawat, manakala kampung-kampung yang telah mendapat
bekalan, mengalami masalah bekalan yang dikategorikan oleh Jabatan Air
sebagai, Langsung tiada bekalan walaupun batang paip telah
tersedia-antaranya Tamau, Merabau, Tawadakan Suang Punggur; manakala
yang kedua adalah bekalan air yang kerap terganggu antaranya-Kg. Labuan,
sebahagian Kota Peladok, Taun Gusi Padang; dan yang ketiga bekalan air
akan terganggu akibat kerosakan di loji air dan paip pecah.- meliputi
kawasan pekan.
Kenapa Timbulnya Masalah Bekalan Air?
Penyebab utama gangguan terhadap bekalan air adalah jumlah permintaan
yang melebihi kapasiti loji yang sedia ada (Loji Air Lama Pekan Kota
Belud dan Loji Air Bayayat). Kedua-dua loji ini hanya mampu mengeluarkan
pada kadar purata antara 28 Juta Liter Sehari (JLH) sehingga 33 juta
liter sehari(JLH) berbanding dengan permintaan 36JLH atau peratus
kekurangan mencecah 22 peratus. Selain daripada itu faktor ketiadaan
paip transmisi utama yang yang digunakan untuk menghantar air ke tangki
utama seperti paip transmisi ke tangki Timbang Dayang telah menyebabkan
masalah bekalan air yang serius di kawasan Kulambai. Selain daripada
itu Loji lama di kawasan Pekan kerap terganggu pengeluaran kerana
kerosakan terhadap komponen utama mekanikal dan elektrikal. Faktor usia
loji ini yang sudah lama menyebabkan komponen tersebut mengalami
kerosakan.
Projek Mengatasi Bekalan Air
Pada tahun 2010 telah diluluskan peruntukan sebanyak RM104 juta untuk
menaik taraf loji lama di Pekan, membina loji baru, membina rumah pam
penggalak, memasang paip transmisi baru, menyediakan tangki takungan
tambahan dan memperluas bekalan berasaskan gravitasi serta menaik taraf
30 peratus sistem perpaipan.
Apabila projek ini siap pada bulan Mei 2013, pengeluaran air terawat
yang berjumlah 43JLH akan menjangkau 85 peratus penduduk keseluruhan,
manakala kawasan pekan adalah 100 peratus. Dijangkakan juga, projek baru
ini akan dinikamti antara 15-20 ribu penduduk buat pertama kali.
Sistem Baru
Melalui Projek BALB 2011-2012, sistem baruakan memperolehi sumber air
daripada mukasauk (intake) menggantikan “borewell” yang menggunakan 13
“borewell” yang dibangun lebih 25 tahun lalu.
Kelebihan sistem baru ini, adalah sumber air yang diproses berpunca
daripada Sungai Tempasuk, berbanding sistem lama yang menggunakan air
bawah tanah.
Kelebihan menggunakan sumber air daripada sungai adalah daripada segi
pemantuan, kerana adalah mudah memantau air yang kelihatan mengunakan
pancaindera, berbanding sumber air bawah tanah, yang sukar diketahui
statusnya.
Melalui sistem baru ini, terdapat empat pam digunakan, akan tetapi untuk
satu-satu masa, hanya dua pam dioperasikan, manakala yang dua lagi
digunakan untuk tujuan berjaga-jaga (standby) jika berlaku gangguan
kerosakan. Inilah kelebihan sistem baru ini, berbanding sistem lama, di
mana 13 “borewell” beroperasi secara serentak untuk menghasilkan 13JLH.
Apabila ada “borewell” yang mengalami kerosakan maka sudah pasti
pembekalan air tidak akan sampai ke tahap maksimum. Ini bermakna
pengeluaran air di Kota Belud sentiasa terdedah kepada gangguan
sekiranya berlaku kerosakan terhadap mana-mana pam diborewell tersebut.
Selain itu faktor usia paip yang sudah terlalu usang dan tua menyebabkan
paip kerap mengalami kebocoran dan situasi ini sudah tentu akan
mengurangkan tekanan air. Pertambahan penduduk juga merupakan faktor
utama kerana banyak kawasan yang sudah meningkat bilangan penduduk
tetapi saiz paip masih lagi tidak berubah sejak 30 tahun yang lalu.
Keupayaan BALB Baru
Keupayaan loji Pekan yang dinaik taraf akan mengeluarkan 22JLH, manakala
Loji baru di Pandasan 6JLH dan Loji Bayayat 15JLH, ini menjadikan
jumlah bekalan sebanyak 43JLH. Bekalan ini melebihi permintaan semasa
36JLH, dan perkirakan bekalan 43JLH akan mampu memenuhi keperluan
penduduk Kota Belud sehingga tahun 2020.
Impak BALB Kota Belud
Apabila Projek BALB Kota Belud siap sepenuhnya pada Mei 2013,
kawasan-kawasan yang selalu mengalami gangguan seperti di Timbang
Dayang, Kulambai, Kota Peladuk, Wakaf, Taun Gusi, Sembirai, Kondis,
Labuan, Suang Punggur, Gunding, Pantai Emas, Sangkir, Renig dan
Tempasuk2 akan menikamti bekalan sepanjang masa, sementara
kawasan-kawasan lain yang langsung tidak menerima bekalan air seperti
Kinasaraban,Kelawat,Mingkop, Ambong,Tawadakan, Merabau, Tamau,Rampayan
Laut,Kayu Puteh, Pandasan, Timbang, Rampayan Ulu, Sarang, Taburan,
Bakilong, Gaur, Rajunah dan Tamui Darat akan juga turut menikamti
bekalan sepanjang masa.
Menurut Jabatan Air, diperkirakan selepas BALB Kota Belud beroperasi
sepenuhnya dijangka antara 15-20 ribu penduduk untuk pertama kali akan
menikamti bekalan air terawat.
BALB Kota Belud juga akan mengatasi semua keperluan 4400 rumah bermeter.