Showing posts with label najib. Show all posts
Showing posts with label najib. Show all posts

4 September 2009

Setelah rakyat Bandar Kini Peneroka: Rakyat lain macam mana Hai Pak Najib

Setelah mengumukan 100 juta ringgit saham percuma untuk penduduk bandar yang dikatakan miskin,kini Najib mengumumkan pula 37.23 juta untuk peneroka Felda.

Rakyat lain perlu juga terutama rakyat yang tiada pendapatan kerana dibuang kerja akibat melemahnya ekonomi negara.

Sebenarnya ramai lagi rakyat yang memerlukan bantuan, bukan sahaja penduduk bandar dan peneroka, malah petani dan nelayan, pemandu teksi dan para pemandu bas.

Kenaikan harga minyak yang diumumkan semasa kerajaan Abdullah Badawi hingga kini membawa impak sprial yang luar biasa. Harga barang tidak terkawal terutama harga makanan.

Harga beras yng merupakan makanan roiji negara ini hingga kini belum turun pada paras harga lama.

Rakyat terlalu menderita kerana kos sara hidup terlalu meningkat. Kos sekolah, bayaran sekolah, tambang bas sekolah, malah harga teh tarik masih lagi antara 1.20-1.50 se cawan.

Harga milo, susu telah naik, harga minyak makan belum turun walaupun harga kelapa sawit sudah lama turun.


Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels