Showing posts with label AGM Umno 2012. Show all posts
Showing posts with label AGM Umno 2012. Show all posts

4 December 2012

Hebatnya Umno Kota Belud

BUKAN sekadar perwakilan, namun sesiapa saja ada jawatan ketua dihantar menghadiri Persidangan parti yang ke-66.

Tidak cukup dengan jumlah itu, pemimpin akar umbi juga turut diterbangkan. Ada yang berseloroh, 4 kapal Airbus A320 digunakan untuk menerbangkan ahli-ahli Umno Kota Belud ke persidangan parti kali ini. Jumlah itu belum termasuk ahli yang datang secara persendirian, di mana kos semuanya ditanggung sendiri atas sebab cintakan parti.

Tabik kepada Ketua Bahagian- DSP Salleh Tun Said, ADUN Tempasuk-Datuk Musbah Jamli dan MP Kota Belud- Datuk Rahman Dahalan. Kalau bukan kerana para pemimpin ini, sungguh sukar bagi pemimpin akar umbi terbang, kerana jarak yang sungguh jauh. Bukan sahaja rintangan jarak, akan tetapi ongkos ke persidangan itu sungguh besar.

Bermula pada 27 Disember, kawasan-kawasan Bukit Bintang, KLCC, Kg Baru; apabila sempat jalan-jalan pasti berjumpa orang Sabah; demikian juga semasa persidangan, ruang legar PWTC di berbagai tingkat, terjumpa ahli-ahli Umno Sabah dan tidak ketinggalan daripada Kota Belud.

Mudah-mudahan melalui kehadiran itu, mesej yang disampaikan semasa persidangan itu terutama ucapan dasar dan penggulungan Presiden parti dapat dikongsi dengan rakyat jelata di kawasan masing-masing; setidak-tidaknya itulah harapan pemimpin Kota Belud.

Persidangan parti kali ini, merupakan persidangan terakhir sebelum berdepan dengan pilihanraya umum ke-13. Kehadiran ramainya ahli-ahli parti sempena persidangan itu adalah untuk membakar semangat masing-masing sebelum bertempur dalam arena demokrasi.

3 December 2012

Catatan Disember-Sempena AGM Umno 2012

Bukan juga perwakilan, bukan juga pemerhati daripada sebarang bahagian atau cawangan tetapi hanya sebagai rakyat biasa bertandang ke Perhimpunan Agung Umno ke-66. 

Penulis bertolak daripada Lapangan Terbang tambang murah Kota Kinabalu dan sudah tentunya juga mendarat di lapangan tambang murah.

Penulis selamat tiba di PWTC sesuai dengan jadual perhimpunan yang bermula pada 27 Disember. Tiada agenda atau aktiviti  lain selain dengan secara dekat mengikuti perasmian persidangan Wanita, Pemuda dan Puteri yang disempurnakan oleh Timbalan Presiden Umno-Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Dari semua itu, sudah tentunya  mengikuti ucapan dasar dan penggulungan Presiden Parti- DSP Najib Tun Razak, kerana sebelumnya penulis menulis, bahawa setiap warga menanti-nanti ucapan itu.

Penulis tidak pernah gagal hadir ke majlis seumpama ini, semenjak Umno menyebarkan sayapnya ke Sabah pada tahun 1991, walaupun penulis sempat juga hadir julung kalinya pada tahun 1987.

Hampir 25 tahun, penulis mengikuti ucapan Timbalan presiden dan presiden. Sentuhan yang masih terngiang-ngiang hingga kini adalah Ucapan Perasmian Datuk Musa Hitam (kini Tun) untuk pergerakan Wanita dan Pemuda pada tahun 1987 (Puteri belum wujud lagi). Selepas itu, belum ada lagi ucapan yang melekat dihati sanubari penulis, penantian yang begitu lama terubat juga, apabila mendengar ucapan Penggulungan Presiden Umno pada 1 Disember lalu. Ucapan penggulungan itu, mungkin memerlukan masa 25 tahun untuk berulang kembali.

Seperti ucapan Tun Musa pada tahun 1987, ramai yang "broke" dengan perasaan, demikian juga ucapan penggulungan DS Najib pada kali ini, ramai yang "broke". Mereka yang "broke" itu termasuklah Tun Dr Mahathir, apa tah lagi penulis.

Tidak perlulah digambarkan perasaan perwakilan yang hampir 3 ribu itu, kerana mereka adalah tiang-iang sari parti. Namun yang sungguh menarik adalah kehadiran semua lapisan termasuk pejuang sesepu veteran; malah ada yang menemui ajalnya semasa menghadiri persidangan itu.

Untuk pertama kali.. para pejuang yang tidak didendang disentuh dan orang yang menyentuhnya adalah anak muda, yakni Ketua Pemuda Umno-Saudara Khairy Jamaluddin.

Ucapan penggulungan Najib, menunjukan bahawa Umno adalah pelindung negara termasuk semua rakyatnya. Umno bukan hanya untuk Umno, Umno adalah untuk semua.

Najib bersumpah, bahawa beliau adalah pemimpin untuk semua. Beliau adalah Perdana Menteri untuk semua.

Umno atau BN adalah untuk semua rakyat. Atas sebab itu Najib meminta rakyat, satu undi untuk UBN adalah untuk semua.

23 November 2012

Perhimpunan Agung Umno Dijangka Fokus Pilihan Raya - Muhyiddin

ISLAMABAD: Perhimpunan Agung Umno 2012 dijangka memberi fokus terhadap bagaimana perwakilan membahaskan perkara-perkara yang ada hubung kait dengan pilihan raya umum ke-13 akan datang.

Timbalan Perdana Menteri dan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata ia bertujuan meningkatkan tumpuan dan perhatian setiap peringkat ahli terhadap pentingnya pilihan raya umum yang bakal dihadapi.

"Di samping itu, kita juga mahu mengambil kesempatan untuk melihat kondisi pemikiran pemimpin parti di semua peringkat tentang cabaran besar yang kita akan hadapi dalam pilihan raya ini," katanya kepada wartawan Malaysia di sini pada Jumaat.

Beliau berkata melalui cabaran-cabaran yang dihadapi, perlakuan pihak pembangkang dan isu-isu yang berbangkit, anggota parti bukan sahaja setakat perlu memahami tetapi juga menangani supaya semangat juang lebih tinggi untuk mempertahankan kedudukan parti sebagai kuasa dalam kerajaan terhasil daripada perhimpunan agung kali ini.

"Kalau boleh kita perkukuhkan kedudukan kita...penting untuk kita mencapai kemenangan yang lebih cemerlang, meraih sokongan yang lebih besar dari segi pengundi popular dan memenangi kembali negeri-negeri dulu yang kita kalah, semasa pilihan raya umum 2008.

"Jadi, perhimpunan agung ini mempunyai signifikan yang agak besar sekali. Walaupun kita tahu dalam Umno sendiri terdapat isu-isu tertentu tetapi fokus paling utama adalah bagaimana kita hendak menyiapsiagakan setiap ahli Umno termasuklah di peringkat akar umbi," katanya.

Dengan tarikh pilihan raya yang makin hampir, Muhyiddin berkata adalah penting bagi ahli Umno untuk menanam kesedaran tentang cabaran besar dan amanah yang harus dipikul untuk menentukan mandat apabila meninggalkan Dewan Merdeka, tempat berlangsungnya perhimpunan agung, nanti.

"Ahli Umno juga harus menekankan aspek perpaduan dalaman parti yang perlu kita perkukuhkan. Saya pernah sebut pada mereka di setiap peringkat, di mana saya melawat di setiap negeri berjumpa dengan pemimpin di setiap peringkat parti baik Umno atau parti komponen Barisan Nasional.

"Yang pertamanya, saya sebutkan soal kita hendak mengelakkan masalah dan isu dalaman. Kita sedar di sesetengah tempat masalah itu ada. Saya sudah mengingatkan mereka supaya mencari jalan untuk selesaikan masalah itu," katanya.

Muhyiddin berharap masalah-masalah seperti itu tidak akan menjadi halangan atau kekangan yang boleh menyebabkan Umno gagal atau tidak dapat meraih sokongan besar pada pilihan raya umum nanti.

"Bagaimanapun, pada pertemuan yang saya adakan dengan beberapa bahagian terpilih yang saya kenal pasti memerlukan tumpuan yang lebih, nampaknya mereka berjanji kali ini mereka akan menumpukan kepada soal kemenangan parti.

"Kalaupun ada perbezaan sesama sendiri, itu agak biasa tapi jangan jadikan ia satu benteng yang menghalang daripada kita mencapai matlamat kita dalam pilihan raya," katanya.

Muhyiddin berkata pendekatan untuk meraih undi sudah bermula hampir dua tahun yang lalu di semua peringkat.

"Sudah kita sebutkan bahawa amat penting kepada mereka (pemimpin Umno)untuk mendekati pengundi dan saya sebutkan pengundi adalah raja dan mereka yang menentukan nasib kita sama ada terus kekal sebagai sebuah kerajaan atau sebaliknya," katanya.

Beliau bagaimanapun berkata kebanyakan orang Melayu sudah sedar dan Umno sendiri sudah memperbaiki kelemahan-kelemahan yang dihadapi di setiap negeri, terutamanya di negeri-negeri yang tewas pada pilihan raya umum lalu.

Beliau berkata kini sudah terdapat keyakinan yang baru di kalangan pengundi yang Umno adalah sebuah parti yang lebih berupaya berbanding dengan PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) melalui apa yang terjadi di negeri-negeri yang dikuasai oleh parti pembangkang.

"Kali ini mereka (anggota Umno) sudah bekerja dan bersiap sedia lebih awal...daripada segi minda juga mereka sudah bersedia, jadi perubahan itu dilihat dalam bentuk gerak kerja dan bantuan-bantuan yang kita sampaikan. Oleh kerana itu, bukan sahaja pengundi Melayu tapi pengundi Cina dan India sudah melihat dan bersedia untuk memberi sokongan pada pilihan raya akan datang," katanya.

Muhyiddin menuntut para pemimpin Umno untuk lebih bersedia daripada segi minda dan tenaga.

"Saya yakin Barisan Nasional akan memenangi pilihan raya akan datang dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan kekal, Insya-Allah. Apa yang kita bakal hadapi adalah satu pertembungan yang hebat.

"Jadi, kita tidak boleh bersiap sedia seperti biasa, baik minda, baik tenaga dan gerak kerja. Kita mesti lebih agresif daripada pembangkang kerana ini adalah peperangan dari segi strategi yang berbagai-bagai.

"Tidak ada masa untuk istirehat, kita harus bangkit sepanjang masa, sampai masa tugas kita selepas pilihan raya," katanya. - BERNAMA

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels