Showing posts with label RCI hanya gimik politik. Show all posts
Showing posts with label RCI hanya gimik politik. Show all posts

12 August 2012

RCI PATI Sabah: Lebih banyak keburukan berbanding kebaikan

MESKIPUN UPKO dan parti komponen BN yang berasas kaum KDM sangat gembira dengan penubuhan RCI PATI SABAH- malangnya penubuhan panel tersebut lebih banyak keburukan terhadap BN berbanding kebaikan.

Ramai tahu, walaupun tertubuhnya atau tidaknya RCI tersebut, sokongan kaum KDM kepada BN bukan lagi sama seperti tahun 2004 atau tahun 2008.

Kaum KDM juga bukan lagi penyokong total BN, kerana mereka termakan isu-kononnya UMNO mendominasi kaum itu, melalui jumlah kerusi UMNO yang jauh lebih banyak berbanding kerusi kaum KDM baik di peringkat DUN mahupun PARLIMEN.

Kerusi UMNO negeri hampir 50 peratus daripada jumlah 60 kerusi DUN Sabah, dan 48 peratus daripada 25 kerusi parlimen Sabah.

Sebenarnya isu RCI adalah manifestasi kebencian kaum KDM terhadap UMNO secara tidak langsung, kerana mereka tahu, walaupun RCI ditubuhkan, Panel itu tidak akan mampu berbuat banyak, memandangkan masa yang diberikan hanya enam bulan. Tiada yang boleh dilakukan dalam tempoh masa itu, kerana masalah pertambahan penduduk Sabah, telah berlaku sejak tahun 70-an lagi.

Masalah pertambahan penduduk Sabah, bukan semata-mata disebabkan oleh "pemberian" warganegara yang kononnya melalui melalui pintu belakang; akan tetapi, pertambahan penduduk adalah disebabkan oleh KESADARAN rakyat mendapatkan kad pengenalan diri bermula tahun 80-an, apabila wujudnya berbagai insentif kerajaan untuk menarik minat rakyat mendapatkan kad pengenalan diri. Insentif itu antara lain-SAHAM AMANAH RAKYAT SABAH DAN SAHAM AMANAH TUN MUSTAPHA.

Suara Rakyat masih ingat lagi, bagaimana penduduk mendaftar pada masa itu, walaupun umur masih bawah 20 tahun tapi mendaftar sebagai penduduk yang berumur 21 tahun ke atas, hanya bertujuan untuk mendapatkan saham.

Kegiatan mendaftar dan mendapatkan kad pengenalan bagi penduduk islam dipertingkatkan lagi selepas tahun 1985, apabila penduduk islam yang memang merasa majoriti, akan tetapi hilang kuasa memerintah negeri.

Atas sebab kesadaran daripada berbagai pihak penduduk islam, maka gerakan besar-besaran agar penduduk islam mendapatkan kad pengenalan diri dan seterusnya mendaftar sebagai pengundi, maka apabila persempadanan pilihanraya dikaji pada tahun 1990-an, maka sebagai akibatnya, jumlah kawasan yang dihuni penduduk islam bertambah daripada 20 kepada 32.

Berasaskan kepada keadaan ini, kaum KDM merasa tidak puashati, atas sebab itu, mereka menumpang untuk sementara ke dalam BN yang ditunjangi UMNO, dan mereka berjuang melalui dalam. Parti PBS juga menyedari perkara ini, atas sebab itu, parti itu kembali ke pangkuan BN dan berjuang melalui dalam mendesak penubuhan RCI PATI SABAH.

Sebenarnya parti yang berasas KDM marah terhadap pertambahan penduduk islam secara mendadak, yang sebenarnya mereka juga maklum bahawa pertambahan itu disebabkan tindakan mereka yang menganaktirikan penduduk islam negeri ini.

Intipati daripada desakan kaum KDM mendesak penubuhan RCI PATI SABAH adalah mempersoalkan kedudukan penduduk islam, di mana masa kini akan terus menguasai persada politik Sabah berasaskan sistem demokrasi, kerana jumlah kerusi DUN Sabah yang majoriti Islam adalah 32 daripada 60 kerusi DUN. Walaupun seluruh kawasan KDM dan cina bergabung, jumlah kerusi mereka maksima 28, belum mampu menubuhkan kerajaan negeri, walaupun dengan majoriti mudah.

Jangan lupa juga, bahawa dalam Umno terdapat ramai kaum KDM yang beragama islam dan memastikan lagi penguasaan penduduk islam dalam negeri ini terus terpelihara.

Kerjaan islam Sabah yang diketuai oleh Musa Aman, sungguh adil kepada semua pihak- kita boleh melihat bagaimana kerajaan islam Sabah mengagihkan jawatan, peruntukan sama rata kepada semua penduduk, tanpa mengira kedudukan kaum itu.

Kerajaan negeri juga tidak melupakan bantuan kepada penduduk bukan islam termasuk bantuan kewangan kepada sekolah-sekolah bukan islam.

Pembangunan infrastrukur juga tidak dilupakan, malah daripada segi peratus jumlah peruntukan, kawasan bukan islam mendapat lebih banyak berbanding kawasan islam.

Kerajaan Negeri, walaupun diterajui orang islam, sangat telus dan adil dalam melayani semua rakyatnya, berlainan semasa tahun 1985-1994, di mana semua peringkat, kaum bukan islamlah yang dominan.

Kini, sebenarnya, pemerataan pembangunan, pemerataan agihan jawatan sungguh adil, kecualilah pada peringkat politik, walaupun kaum KDM mempunyai berbagai jawatan termasuk menteri baik peringkat negeri mahupun persekutuan, mereka masih merasa tidak berpuashati, kerana kuasa yang pada mereka pada suatu masa telah hilang akibat tindakan mereka sendiri.

Kini, kononnya melalui RCI PATI SABAH, akan membongkar tindakan pemimpin islam, yang secara tidak langsung mereka tuduh sebagai dalang kepada pertambahan penduduk islam.

Percayalah penubuhan RCI PATI SABAH, lebih banyak membawa keburukan kepada BN secara keseluruhan, kerana akan berlaku protes secara diam-diam semasa mengundi nanti. Pada masa pengundian akan belaku kecenderungan pengundian berasaskan agama, walaupun calon itu adalah calon BN akan tetapi bukan islam, maka tidak akan mendapat undi pengundi islam, demikian juga walaupun calon itu islam, tidak akan mendapat undi pengundi bukan islam islam, akibat kecurigaan yang menebal.

Bagi suara Rakyat, penubuhan RCI PATI SABAH, tidak akan dapat menyelesaikan masalah yang ditimbulkan parti-parti KDM, malah penubuhan panel ini, akan menjadi pilar perpecahan kaum di negeri ini.

Sabah, yang sebelumnya aman dengan persefahaman antara kaum yang harmoni, atas sebab politik, maka keadaan itu, akan sirna.. SIAPA YANG RUGI? HANYA RAKYAT SABAH SECARA KESELURUHAN.

11 August 2012

RCI Pati Sabah: Mengkaji apa kah wujud pendatang haram menjadi warganegara

RCI PATI SABAH yang menjadi momok perjuangan UPKO akhirnya ditubuhkan secara rasmi hari ini. Pengumumannya dilakukan oleh Perdana Menteri sendiri, selepas bermesyuarat dengan pemimpin BN Sabah di Kota Kinabalu.

RCI tersebut sebelum ini telah dipersetujui oleh Kabinet Persekutuan pada 8 Februari lalu.

Akibat kelambatan pengumuman secara rasminya RCI tersebut, salah seorang pemimpin yang bersungguh-sungguh memperjuangnya-adalah mantan Timbalan Presiden UPKO-Datuk Welfred Mojilip Bumburing.

Ketidak sabaran Bumburing menunggu pengumunan secara rasmi RCI tersebut, beliau keluar daripada BN pada 29 Julai lalu, dengan mendakwa bahawa persetujuan kabinet pada 8 Februari itu, hanya gimik politik.

Sebenarnya Bumburing tidak sabar menunggu, walaupun PM sendiri berulangkali menyatakan, bahawa sebaik terma dan syarat RCI tersebut dikenalpasti dan kemudian diperkenaan oleh SPB Agong, barulah ianya dapat diumumkan secara rasmi.

Hari ini, PM telah mengumumkan penubuhan RCI PATI Sabah secara rasmi dan menamakan lima anggota panel yang diketuai oleh mantan Hakim Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak, Tan Sri Steve Shim; anggota panel lain adalah mantan Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah, Datuk Dr Kamaruzaman Ampon, bekas Peguam Negara Sabah, Tan Sri Herman Luping, bekas Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Henry Chin dan bekas Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk KY Mustafa.

Reaksi pertama Bumburing mengenai perlantikan panel tersebut adalah-beliau tidak mengiktirafnya; atas alasan- kenapa selepas beliau keluar BN, barulah panel tersebut diumumkan.

Yang jelas, Bumburing begitu kecewa dengan pengumuman tersebut, selepas beliau keluar daripada BN. Apa kan daya, ketidak sabaran, adalah resiko yang perlu diambil, kerana terlanjak perahu boleh diundur, namun terlajak kata-buruk padanya.

UPKO memperjuangkan RCI Pati, kerana jika panel itu tidak ditubuhkan, kononnya parti itu, tidak mendapat kerpercayaan lagi daripada kaum KDM. Ertinya hanya RCI PATI SABAH sahaja yang mampu menyelamatkan UPKO di mata rakyat.

Dalam tempoh enam bulan panel itu diberi masa untuk membuat laporan apa kah benar wujudnya pemberian kerakyatan kepada pendatang haram yang berada di Sabah? ataupun sebaliknya.

Masalah kedatangan pendatang terutama daripada Filipina dan Indonesia bermula sejak di ambang kemerdekaan lagi dan berlarutan sehingga kini. Masa puncaknya adalah pada tahun 70-an, apabila berlaku perang saudara di Selatan Filipina, sehinggakan pelarian daripada wilayah bergolak itu diberi status pelarian oleh Bangsa-Bangsa Bersatu.

Kerajaan baik Pusat mahupun negeri, terus mengatasi masalah pelarian ini, sehinggakan berbagai oprasi dilakukan, apakah proses pemutihan atau proses penghantaran balik. 

Kerajaan juga mengwujudkan undang-undang berat terhadap pendatang tanpa izin, termasuk hukuman sebat; namun masalah pendatang tanpa izin, hingga kini belum terselesaikan.

Bagi suara Rakyat, adalah sukar untuk memastikan apa kah benar wujudnya pemberian kerakyatan kepada pendatang haram., kecualilah, panel itu mengumpul semua warga negara berasaskan kampung, dan di bahagi-bahagi berasas strata; mungkin akan diketahui, bahawa ada "warganegara" yang bukan asal Sabah, kerana biasanya di kampung-kampung akan tahu siapa-siapa penduduk kampung itu berasas salsilah.

Mampukah RCI itu? sedangkan masa yang diberikan hanya enam bulan. Ataukah panel itu hanya berasas laporan sepihak daripada pihak-pihak tertentu, dan laporan itu hanya berasas hearsay? jangan kerana laporan panel ini, menyebabkan hurahara di Sabah, kerana berlakunya curiga mencurigai antara rakyat.

Pihak KDM memang sejak awal, mencurigai penduduk islam, atas sebab itu, pada tahun 70-an sehinggalah tahun 90-an, isu ini terus dimainkan, kerana jumlah penduduk islam kononnya bertambah secara mendadak berbanding rekod tahun 70-an.

Perlu diingat, sehingga tahun 70-an, terlalu ramai penduduk islam tidak mempunyai pengenalan diri, sehinggalah apabila SAHAM AMANAH SABAH ATAU SAHAM AMANAH TUN MUSTAPHA diwujudkan, barulah rakyat berlumba-lumba mendapatkan kad pengenalan diri, kerana tanpa itu, mereka tidak layak menerima saham itu.

Apabila penduduk islam menyadari betapa penting kad pengenalan diri, kerana melalui dokumen itu mereka boleh gunakan untuk mendaftar sebagai pengundi; maka gerakan besar-besaran dilakukan oleh pemimpin islam; para pemimpin ini masuk dari kampung ke kampung untuk memberi penerangan.

Perkara ini bertambah lagi, apabila para pemimpin islam termasuk kakitangan kerajaan beragama islam dianaktirikan oleh kerajaan PBS bermula tahun 1985.

Suara Rakyat adalah salah seorang yang menjadi mangsa cara pemerintahan PBS masa itu, atas sebab itu dengan kesadaran berbagai pihak, maka dilakukan gerakan mendaftar penduduk-penduduk islam yang belum berdaftar sebagai pengundi, agar supaya melalui gerakan itu, penduduk islam yang memang majoriti, pasti suatu hari akan menjadi kerajaan.

Akibat gerakan pendaftaran penduduk islam tersebut, maka jumlah pengundi di berbagai kawasan majoriti islam terus bertambah, sebagai akibatnya apabila berlaku persempadanan semula pilihanraya, maka jumlah kerusi bumiputera islam bertambah daripada 20 kepada 32.

Melihat kepada pertambahan jumlah kerusi bumiputera islam itulah, yang menjadikan kaum KDM marah secara tidak langsung, kerana kaum itu tidak akan lagi mampu menjadi kerajaan dengan memainkan isu kaum dan agama, seperti mana mereka lakukan semasa menumbangkan Usno tahun 1976 dan Berjaya tahun 1985.

Isu perkauman ini terus dimainkan oleh PBS sehingga tahun 1994, sebab itu parti tidak pernah kalah dalam pilihanraya. Apabila persempadanan pilihanraya berkuatkuasa pada PRU-1999, sentimen perkauman tidak mampu lagi mampu memastikan PBS menang, atas sebab itu, pada PRU tersebut PBS hanya menang 17 kerusi berbanding BN 43.

Pada keadaan sekarang, walaupun seluruh KDM bersatu, kaum itu hanya akan mampu mendapat 20 kerusi DUN dan 11 parlimen.

Sebenarnya keadaan inilah yang menjadi faktor desakan parti KDM mahu mengwujudkan RCI PATI SABAH. Benarlah katan mantan Perdana Menteri-Tun Dr Mahathir Mohammad, tujuan desakan penubuhan RCI adalah bertujuan politik.

20 February 2012

RCI PATI: DAP mahu perangkap pemimpin KDM

Pengerusi DAP Sabah, Jimmy Wong mencuba menemplak pemimpin KDM dalam BN, apabila PM tidak mengumumkan penubuhan RCI PATI untuk Sabah semasa lawatannya ke Sabah pada 16-17 Februari lalu.

Seminggu sebelum lawatan Najib ke Sabah, Presiden UPKO-Tan Sri Bernard Giluk Dompok dan Timbalan Presiden PBS-Datuk Maximus Ongkili memberi kenyataan bahawa ada kemunginan, PM akan mengumumkan penubuhan RCI semasa lawatan ke Sabah.

Malah dilaman FB Presiden LDP-Datuk VK Liew, terpapar kenyataan bahawa kabinet telah bersetuju dengan penubuhan RCI PATI Sabah.

Pada 16 Februari, selepas merasmikan pembinaan kilang baja-SAMUR di Sipting Sabah, ramai pemerhati politik termasuk media tempatan mengandaikan, bahawa PM akan mengumumkan pembentukan RCI selepas berjumpa dengan para pemimpin BN, namun pengumuman yang ditunggu2, tidak juga menjadi kenyataan, maka spekulasi lagi beredar, bahawa PM akan mengumumkannya di Kg Nala Tungku, Lahad Datu.

Pengumuman penubuhan RCI tidak juga menjadi kenyataan sehingga kini. Berasaskkan kepada keadaan ini, para pemimpin DAP dan Pakatan Rakyat mencuba mengaut di air keruh, kononnya para pemimpin KDM diperlekeh oleh Perdana Menteri.

Jika pemimpin KDM akan termakan umpan itu, maka adalah jelas, pemimpin KDM termakan isu yang di bawah2 oleh pembangkang. Sebelum inipun, pihak pembangkanglah yang menguar-uarkan soal PATI, sehinggakan pemimpin BNpun terikut2 rentak; dan kini mereka mengambil alih peranan pembangkang mendesak kerajaan pusat akan bersetuju dengan penubuhan RCI PATI.

Bagi penulis, sekiranya RCI PATI benar2 diwujudkan, maka akan berakibat buruk kepada agensi2 kerajaan yang mengurus mengenai kerakyatan dalam negara.

Jabatan yang terkena tempias adalah Kementerian Dalam Negeri, di mana Jabatan Imigresen dan Jabatan Perdaftaran Negara bernaung.

Penubuhan RCI PATI akan melupuskan integriti jabatan2 itu. Keadaan ini akan diambil peluang sepenuhnya oleh Pembangkang, bahawa apapun yang dilakukan oleh jabatan2 kerajaan itu dipenuhi dengan berbagai penipuan.

Bagi penulis, adalah tidak wajar penubuhan RCI PATI ditubuhkan, kerana jabatan2 yang mengurus soal2 kerakyatan telah berkerja dengan telus dan teratur.

Kalau jabatan2 itu tidak berkerja dengan teratur, kenapa mereka2 yang mempunyai IC Palsu apabila mendarat di Lapangan Terbang Kota Kinabalu misalnya terus ditangkap.

Memang diakui ada sindikit memalsukan kad pengenalan. Tujuan mereka ini adalah untuk mendapatkan wang semata-mata melalui penipuan.

Sindikit penipuan bukan sahaja melibatkan kad pengenalan, malah wang kertas negarapun ada yang mencetaknya secara palsu.

Adalah wajar, Perdana Menteri tidak bersetuju dengan penubuhan RCI, kerana ianya akan menjadi makan tuan bagi kerajaan.

Jika benarlah adalah penduduk Sabah yang mempunyai kad pengenalan palsu dan jikapun bukan palsu tetapi diperolehi dengan cara tidak betul, dedahkan, di mana2 apakah melalui internet atau buat laporan polis atau ceteklah pada risalah2 tertentu.

Namun pihak pembangkang hanya bercakap dan bercakap, tanpa bukti yang sahih.

Bagi para pemimpin KDM, janganlah terpengaruh kepada isu yang di uar-uarkan pembangkang, kerana ianya akan membawa malapetaka kepada diri sendiri.

Nota. Ekses kepada senarai pengundi terbuka kepada sesiapapun, senaraikan siapa2 mereka yang berupa "PATI". mudahkan!!! daripada hanya bercakap secara umum.


Sistem pilihanraya kita cukup mudah, kerana terbagi kepada beberapa saluran pengundian, kerahkan agen masing2 cari siapakah mereka yang tergolong "PATI".

8 November 2011

RCI untuk PATI: selain suara pembangkang juga suara KDM

ISU PATI kononnya "mendapat" kad pengenalan Malaysia, bermula selepas PRU-1990. Pada masa itu, jumlah DUN Sabah hanya 48, 20 DUN Majoriti bumiputera bukan islam termasuk KDM, 20 DUN majoriti bumiputera islam ada juga kawasan KDM dan 8 kerusi majoriti kaum cina.

Selepas persempadan semula, dan digunapakai pada PRU-1999, Kerusi bumiputera bukan islam, tetap pada jumlah 20, bumiputera islam meningkat kepada 32 dan kaum cina masih 8.

Berasaskan persempadanan pilihanraya inilah timbul isu "penambahan" pengundi di kawasan bumiputera islam, kononnya melalui "cara tidak sihat".

Kini, bukan sahaja pihak pembangkang mempertikai isu "cara" mendapatkan kad pengenalan Malaysia untuk penduduk Sabah tetapi juga komponen Bn seperti PBS dan UPKO.

Pada persidangan agong kedua-dua parti itu, telah meluluskan permintaan agar RCI ditubuhkan bagi menyemak dan mengetahui dakwaan bahawa wujudnya "cara" mendapatkan Mykad Malaysia secara pintu belakang.

Muka depan Harian Express hari ini, memuatkan kenyataan Timbalan Presiden UPKO, Datuk Welfred Bumburing yang juga MP Tuaran, bahawa parti itu telah jemu dengan penjelasan-penjelasan daripada berbagai pihak, yang menafikan wujudnya dakwaan pemberian Mykad kepada PATI melalui pintu belakang.

Sebenarnya, isu tersirat daripada desakan ini adalah berkaitan dengan jumlah kerusi DUN yang dimiliki bumiputera islam yang bertambah 12, sedangkan jumlah kerusi KDM masih tetap sama.

Perlu diingat, bahawa fakta sebenar adalah, kawasan bumiputera islam kebanyakkannya adalah penghuni pulau-pulau terpencil dan kawasan-kawasan terpencil, di mana hingga kini masih ramai yang tidak mempunyai dokumen seperti surat kelahiran, kerana masalah perhubungan.

OKB adalah salah seorang mangsa kepada masalah perhubungan ini. OKB hanya mempunyai surat kelahiran "Daftar lewat" dan mendapat Kad Pengenalan pada umur 17 tahun.

Selain itu, masalah pengetahun mengenai dokumen penting itu, adalah kurang, kerana di perkampungan bumiputera islam, dokumen seperti itu bukanlah perkara penting.

Akibat pembinaan infrastruktur seperti jalan dan pembinaan pusat pentadbiran yang berdekatan dengan pelosok tersebut, telah berakibat kesedaran mengenai dokumentasi, apa tah lagi, kini kebanyakkan perkampungan di pelosok negeri telah mempunyai sekolah. Atas kesadaran itu, maka ramailah penduduk mendaftar untuk mendapatkan dokumen seperti Kad Pengenalan, dan seterusnya mendaftar sebagai pengundi.

Sebagai penduduk asal kampung, walaupun isu PATI telah diperkatakan sejak tahun 1990-an, namun jarang sekali OKB melihat PATI yang didaftarkan sebagai pengundi di mana OKB mengundi, dengan kata lain, tiadalah pendaftaran seumpama itu. Tidak tahu pula di kawasan KDM di pendalaman, apa kah ada isu seumpama itu?

Di Tempasuk, DUN 6, di bawah parlimen P.169 Kota Belud, lebih separuh daripada pengundinya adalah daripada kaum KDM, namun tidak muncul pula ada pengundi PATI.

Bagi OKB, desakan penubuhan RCI untuk PATI adalah gimik politik yang ada hubung kait dengan jumlah kerusi yang dimiliki bumiputera islam, yang kini dikuasai sepenuhnya oleh UMNO.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels