Showing posts with label Non Malaysian di Sabah. Show all posts
Showing posts with label Non Malaysian di Sabah. Show all posts

21 August 2011

Apa kah faktor Non-Malaysian penyebab BN ditolak?

Banci penduduk dan perumahan tahun 2010 menunjukkan bahawa 4 daripada 10 non-malaysian berada di Sabah, demikin rumusan parti LDP melalui Ketua Pemudanya Chin Shu Ying.

Daripada jumlah penduduk Sabah pada tahun bancian (3,220,558)-889,779 adalah non-malaysian yang mewakili 38.34 peratus, manakala warganegara berjumlah 2,330,779.

Daripada bancian penduduk, didapati 184,197 (5.74%)-melayu; 568,575 (17.73%)-Kadazan/Dusun; 450,279 (14.04%)-Bajau; 102,393 (3.19%)-murut; 659,865 (20.58%)-bumiputera lain; 295,674 (9.22%)-cina; 7.453 (0.23%)-india; 48,527 (1.51%)-lain-lain.

Sabah terdiri lebih 36 sukuan. Sukuan lain seperti rungus, tidung, tabilong, sungai dan lain-lain termasuk dalam golongan bumiputera lain, atas sebab itu komposisi penduduk ini jauh lebih banyak berbanding Kadazan/Dusun atau bajau.

Melihat kepada jumlah penduduk Sabah yang majoritinya adalah bumiputera, atas kertas, parti perkauman seperti DAP adalah sukar menguasai negeri di bawah bayu tersebut. Namun, jika separuh daripada bumiputera bertukar arah, atas sebab tindakan parti yang berasas bumiputera yang tidak membela mereka, maka tidak mustahil pada PRU-13 parti yang bergabung dalam Pakatan Rakyat (DAP-PKR-PAS) akan mampu menubuhkan kerajaan di negeri ini, kalaupun tidak sumbangan kerusi parlimen kepada BN secara keseluruhan akan berkurangan.

Pada PRU-12, BN menguasai 24 kerus parlimen daripada 25, manakala DUN, BN menguasai 59 daripada 60.

Pada PRU-13 akan datang ada kemungkinan kerusi Parlimen yang akan dimenangi BN akan menurun kepada 20, faktornya selain SAPP yang telah keluar BN, sokongan kaum cina terhadap BN, sudah mengendur, ekoran tsunami politik tahun 2008.

Percaya atau tidak, para pemimpin cina dalam BN tidak dapat menarik lagi kaum itu menyokong BN. Buktinya tahun 2008, kebanyakan pemimpin daripada kaum itu kalah teruk termasuk Presiden Gerakan. Fakta terakhir apabila presiden SUPP daripada Sarawak Dr George Chan, kalah pada PRN Sarawak April lalu.

Di Sabah, kemenangan calon-calon daripada kaum cina, didorong oleh sokongan bumiputera. Kemenangan mereka bukan kerana sokongan kaum mereka. Fakta terakhir, semasa PRK Batu Sapi, sokongan bumiputera yang tidak berbelah bagi membolehkan Linda Tsen menang.

Berbalik kepada faktor kehadiran non-malaysian, apa kah faktor tersebut, mengakibat kaum cina menolak BN? Apa kah relevannya pihak LDP membangkitkan isu ini?

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels