Showing posts with label Pemimpin Bn Kota Belud. Show all posts
Showing posts with label Pemimpin Bn Kota Belud. Show all posts

22 January 2013

Gerak Pembangunan Kota Belud mengikut zaman

APABILA berbicara berkaitan pembangunan, sudah tentunya perlu melihat waktu dan keperluan pembangunan itu disamping peruntukan yang tersedia.

Kita maklum, Kota Belud, bukanlah seperti daerah lain yang mempunyai khazanah ekonomi seperti balak atau ladang-ladang yang luas. Kota Belud, hanya ada tanah landai, laut dan bukit.

Pembangunan Kota Belud, sebenarnya sangat bergantung kepada peruntukan kerajaan sepenuhnya, berlainan dengan kawasan lain, di mana swasta juga turut serta.

Pembangunan infrastruktur misalnya agak lambat bagi daerah Kota Belud berbanding kawasan Sepanggar, kerana kawasan Sepanggar telah menjadi tumpuhan pelabur.

Kalau membandingkan pembangunan antara daerah, adalah lojik membandingkan antara daerah Kota Marudu atau Tuaran, kerana ketiga-tiga kawasan ini hampir serupa daripada segi khazanah ekonominya.

Tuaran misalnya, walaupun berdekatan dengan ibu negeri, namun pembangunannnya tidak juga seperti di Sepanggar, malah boleh dikataan hampir serupa dengan Kota Belud.

Derap pembangunan perlu mengikut waktu. Atas sebab itu, membandingkan kadar pembangunan pada masa lampau dan masa kini tidak boleh dilakukan sama sekali, kerana sifat pembangunan itu terus berjalan sesuai dengan waktu.

Kota Belud memang kilang kepada pemimpin, kerana Kota Belud mampu melahirkan pemimpin yang bertaraf TYT, Ketua Menteri dan menteri pusat.

Seperti memasak, sebelum memasak kari misalnya, perlu disediakan ramuannya, bahannya, kemudian memasaknya. Walaupun kedengarannya mudah, akan tetapi untuk menghasilkan kari yang nyaman memerlukan kasabaran memasaknaya. Demikian juga pembangunan, waktu, kesabaran, perancangan, kewangan merupakan faktor-faktor yang menentukan kejayaan pembangunan.

Pembangunan rumah-rumah kedai misalnya, pihak pelabur tidak akan membangunnya, kalau tiada permintaan dan keperluan. Demikian juga pembangunan infrastrukutur, ianya dibangun kerana keperluan.

Memandangkan pembangunan infrastrukur bagi sesebuah daerah seperti Kota Belud, maka sudah tentunya sangat bergantung kepada kewujudan kewangan baik di peringkat negeri mahupun persekutuan. 

Kita maklum, bahawa rancangan Malaysia sudah masuk ke RMK ke-11, pun demikian pembangunan Kota Belud, belum lagi setaraf dengan pembangunan sepertimana yang terdapat di kawasan bandar, apatah lagi membandingkannya dengan kadar pembangunan di Semenajung.

Menurut seorang pakar pembangunan ROSTOW Menjelaskan bahwa modernisasi merupakan proses bertahap, dimana masyarakat akan berkembang dari masyarakat tradisional dan berakhir pada tahap masyarakat dengan konsumsi tinggi. Pada masa tradisional hanya mengalami sedikit perubahan sosial, atau mengalami kemandegan sama sekali. Kemudian berlahan-lahan Negara mengalami perubahan dengan adanya kaum usahawan, perluasan pasar, pembangunan industri. Perubahan ini adalah prakondisi untuk mencapai tahap selanjutnya yaitu tahap lepas landas.

Sebenarnya ini yang berlaku di Kota Belud. Para pemimpin terdahulu telah menydiakan kerangka untuk lepas landas. Masing-masing pemimpin sesuai dengan zaman mengikut pola moderniasi. Membandingkan pencapaian seseorang pemimpin sebenarnya tidak sesuai kerana keadaan dan kondisi yang berbeza.

Pembangunan Kota Belud, menjadi lembab bermula pada tahun 1986, apabila daerah ini diwakili oleh kerajaan yang tidak secocok dengan kerajaan pusat, walaupun pada zahirnya dalam barisan nasional.

Tidak mudah untuk membangunan kawasan yang diketepikan sejak sekian lama; ambil contoh, jika rumah bungalow yang cantikpun, kalau dibiarkan tidak berpenghuni, akan memerlukan waktu lama untuk dicantikan semula, dan kalau perlu direnovasi, kerana keadaannya ujur kerana tidak terselanggara. 

Sebenarnya pembangunan Kota Belud hanya bermula pada tahun 1995, walaupun satu ketika daerah ini diwakili oleh pemimpin besar Kota Belud seperti Tun Datu Mustapha Datu Harun dan Tun Said Keruak.

Tempias pembangunan berlaku di  Kota Belud apabila jalan baharu yang ada sekarang dibina, menggantikan jalan lama yang melalui pekan Tamparuli.

Perancangan pembangunan Kota Belud bermula daripada masa itu (1995) apabila BN berjaya membentuk kerajaan negeri pada tahun 1994. Master Plan pembangunan di semua daerah termasuk Daerah Kota Belud disediakan oleh Unit Pembangunan Negeri, dimana input-input diterima daripada wakil rakyat.

Semasa pemerintahan BN (penulis mengambil kira bermula tahun 1994) wakil rakyat Kota Belud adalah Datuk Dr Salleh Tun Said, baik parlimen mahupun Dun Usukan.

Semasa menjadi wakil rakyat, Dr Salleh sudah tentunya memberikan input-input pembangunan, apakah di peringkat daerah mahupun peringkat negeri.

Perlu diingat, sesebuah pembangunan tidak akan berjalan, jika pembangunan itu tidak dimasukkan dalam plan pembangunan. Kerana wujudnya plan pembangunan itu, maka kerajaan baik negeri mahupun pusat mencari jalan bagaimana plan pembangunan itu dijayakan. Percayalah, jika sesuatu pembangunan tidak termasuk dalam plan pembangunan, maka pembangunan itu tidak mungkin berjaya.

Sebagai misalanya, Program Jelapang Padi Kota Belud, telah wujud sejak sekian lama, hanya menjadi program nasional melalui Bajet 2013 negara.

Projek Bekalan Air Luar Bandar Kota Belud misalnya, sudah menjadi salah satu program kerajaan sejak sekian lama, atas sebab itu, kerajaan negeri telah mengemukan plan pembangunan itu kepada kerajaan peresekutuan, dan pada tahun 2011, kerajaan Persekutuan melalui KKLW telah memperuntukan RM104juta untuk maksud penyediaan BALB Kota Belud.

Disebabkan kerajaan Bn Sabah berterusan sehingga kini, maka mudahlah bagi wakil rakyat yang mewakili Bn untuk merujuk sebarang perancangan pembangunan yang telah dirancang dan yang telahpun dimasukkan dalam plan pembangunan; dan yang perlu adalah komitmen kerajaan untuk melaksankannya. 

Sebarang pembangunan di mana sahaja, sebenarnya adalah hasil daya usaha sesebuah kerajaan secara kolektif, bukannya sumbangan hanya seseorang wakil rakyat. Itulah kebaikan sesebuah kerajaan yang berterusan, kerana sebarang pembangunan juga dapat diteruskan, tanpa mengira siapa wakil rakyatnya. 

Penulis tidak gemar membandingkan kejayaan atau pencapaian seseorang pemimpin dengan yang lainnya, kerana penulis berpijak kepada lahiriah pembangunan itu sendiri. Pembangunan tidak pernah berhenti, sesuai dengan zaman, sesuai dengan keperluan atau permintaan, kerana pembangunan perlu berterusan.

Untuk pembangunan Kota Belud misalnya, ada blogger yang membandingkan pencapaian antara Datuk Rahman Dahalan sebagai MP dan Datuk Dr Salleh Tun Said sebagai MP. Perbandingan dua MP ini tidak sesuai dibandingkan, kerana zaman dan masa yang tidak sama. Kalau membandingkan sesuatu mesti keadaan yang sama dan waktu yang sama. Membandingkan antara pembangunan Kota belud dan Daerah Kota Marudu antara tahun 1994-2013 misalnya boleh dilakukan, namun membandingkan keadaan Kota Belud pada tahun 1990 dan Kota Marudu pada tahun 2013 misalnya, tidak boleh dibandingkan kerana zaman dan masa yang berbeza.

Sebenarnya, sebarang pencapaian sesebuah kawasan yang diwakili Bn, adalah usaha kolektif semua pemimpin di semua peringkat baik daripada daerah sampailah ke peringkat pusat. Adalah fikiran yang dangkal membandingkan sesuatu pencapaian atau kejayaan itu pada keadaan yang tidak sama. Adalah jumud membandingkan pencapaian Tun Dr Mahathir dan Tunku Abdul Rahman, kerana membandingkan pencapaian dua Perdana Menteri itu tidak lojik dilakukan kerana keadaan dan zaman yang berbeza,

Usaha pihak tertentu terutama pembangkang khususnya di Kota Belud yang membanding-bandingkan antara pemimpin Bn, adalah usaha untuk melemahkan sokongan terhadap Bn melalui cara halus dengan percubaan mengasing-asingkan antara penyokong pemimpin tertentu dengan yang lainnya, yang sebenarnya semua itu adalah penyokong barisan nasional.

Pembangkang cuba melahirkan situasi tidak puashati, jika seseorang pemimpin dipilih, sementara yang satu lagi tidak dipilih, tujuannya agar berlaku sabotaj. Percayalah jika pembangkang berjaya, maka yang menanggung kerugian adalah Bn sendiri, maka yang diuntungkan adalah pembangkang.

PRU-2008, ramai calon-calon Bn kalah, bukan kerana pembangkang kuat, kekalahan calon-calon Bn, kerana wujudnya sabotaj, dimana unsur sabotaj dizahirkan oleh pembangkang sendiri. 

Dalam Umno/Bn masing-masing pemimpin mempunyai tugas yang bertujuan satu, yakni bagaimana Umno/Bn tetap disokong oleh rakyat dan mampu menang dalam pilihanraya. Semua kepimpinan dalam Umno/Bn sebenarnya saling lengkap melengkapi demi rakyat. Pemimpin Umno/Bn bergerak bersama, atas sebab itu, disetiap acara para pemimpin yang mewakili Umno/Bn selalu berkata Salam 1Malaysia, program Janji Ditepati.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels