21 March 2020

HUBUNGAN ANWAR-TUN MAHATAHIR BERAKHIR

Nampaknya, Pakatan Harapan (PH) sudah di bawah naungan Dato Seri Anwar Ibrahim. 

Keterkaitan PH dengan Tun Dr Mahathir sudah berakhir, apabila Anwar memutuskan, bahawa hubungan beliau dengan mantan PM-7 itu sudah berakhir. Que Sera-Sera, begitulah ungkapan penamat Presiden PKR tersebut.

Sebelum ini, PH sudah membuat kenyataan, bahawa Tun Dr Mahathir bukan lagi sebahagian Pakatan Harapan, walaupun perbincangan masih terbuka antara mantan PM-7 itu dengan pakatan 3 parti, PKR-DAP-Amanah.

Dengan berakhirnya hubungan antara Tun dengan PH, maka rancangan membawa usul tidak percaya kepada kerajaan Tan Sri Muhyiddin Yassin pada persidangan Parlimen Mei depan, diramalkan juga telah berakhir, walaupun usul itu mungkin juga diadakan, akan tetapi, sukar untuk mendapat sokongan majoriti.

Anwar dengan tuntas hari ini, menyatakan,, bahawa beliau tidak akan lagi percaya kepada sebarang perakuan atau janji Tun Dr Mahathir, walaupun sebelum ini yakin bahawa mantan musuh utama beliau itu telah berubah, tetapi faktanya, beliau tersalah menilai. Walaupun demikian, beliau mengaku, beliau tidak menyesal.

Menerusi senario sekarang, bola berada dibawa kawalan Tun Dr Mahathir. Hendak ke mana kah boleh itu diumpan. Mantan PM-7 itu pada masa ini, hanya tinggal 6 ahli parlimen bersama beliau, manakala 30 lagi bersama Tan Sri Muhyiddin Yassin.

TSMY mendapat sokongan ahli parlimen muafakat nasional, GPS, MCA, MIC, PBS, STAR, PBRS dan PSB bersama sebahagian 30 ahli parlimen Bersatu.

Manakala Anwar kekal dengan ahli parlimen DAP-PKR dan Aamanah.

Di atas kertas, hanya TSMY yang boleh mendapat sokongan majoriti ahli dewan rakyat.

Berasaskan perkembangan terkini, apa kah Tun akan mengalah dan akan ikut suara majoriti ahli Bersatu? atau kekal pendirian? Sama-sama kita tunggu, gerakan pemimpin ulung tersebut!!!

20 March 2020

KEMELUT 2 KETUA MENTERI SABAH WAJAR DISEMAK

ISU utama yang perlu disemak oleh Mahkamah Persekutuan adalah tentang tatacara sehinggakan TYT Sabah melantik Datuk Shafie Apdal sebagai Ketua Menteri Sabah pada malam 12 Mei, 2018.

Pada 12 Mei, Kabinet Tan Sri Musa telah mengadakan mesyuarat pertama selepas mengangkat sumpah pada 10 Mei, 2018 di hadapan TYT Sabah, disaksikan oleh Ketua Hakim Sabah & Sarawak, Peguam Besar Negeri, Setiausaha Kerajaan Negeri dan dif-dif kehormat lain.

Musa tidak pernah meletakkan jawatan. Beliau juga secara rasmi, tidak menerima nota rasmi kehilangan sokongan. Beliau juga tidak pernah dipanggil oleh pihak TYT untuk meminta senarai sokongan daripada 30 ADUN Sabah selepas beliau mengangkat sumpah pada malam 10 Mei,2018.

TYT Sabah sepanjang hari pada 10 Mei, 2018 telah berjumpa dengan 31 ADUN termasuk Tan Sri Musa berkaitan pembentukan kerajaan Sabah selepas PRU-14. Kerana TYT berpuashati, bahawa Musa mendapat sokongan 31 ADUN daripada 60 yang dipertandingkan, maka TYT mengeluarkan surat watikah perlantikan, dan seterusnya Musa menangkat sumpah jawatan bersama-sama kabinet beliau.

Berkaitan 4 ADUN UMNO dan 2 ADUN UPKO dikatakan menyokong Datuk Shafie, tiada pengesahan mengenainya, kecuali mungkin antara TYT dan 6 ADUN tersebut.

Walaupun, dalam tempoh 24 jam tersebut berlaku perubahan sokongan, sepatutnya TYT memanggil semula Musa untuk meminta pengesahan, apa kah beliau masih mempunyai sokongan, jika tiada, maka TYT perlu meminta Musa mengadakan sidang khas Dun Sabah, apa kah kerajaan yang dibentuk mempunyai sokongan ataupun tidak. Jika sekiranya, kerajaan tidak mendapat sokongan majoriti mudah, maka Musa perlu kembali menghadap TYT dengan dua pilihan, meletakkan jawatan atau menasihatkan TYT untuk membubarkan DUN. Kemungkinan-kemungkinan ini lah yang mungkin dikemuakan peguam Musa kepada Mahkamah Persekutuan untuk semakan.

Mahkamah rayuan sebelum ini memutuskan bahawa semak kehakiman Musa hanya akademik dan tiada kesan terhadap kerajaan Shafie. Sebenarnya, bukan isu itu yang mahu disemak oleh pihak Musa, yang mahu dilihat, ada lah tata cara perlantikan berasaskan perlembagaan Sabah. Tidak boleh membenarkan atau mengesahkan sesuatu yang salah daripada segi perlembagaan, walaupun ianya disifatkan sebagai akademik. Proses yang salah tetap salah, ianya tidak boleh dianggap sebagai betul, kerana melihat keadaan dan situasi.

Daripada awal-awal lagi, terdapatnya kejanggalan berkaitan kemelut 2 Ketua Menteri Sabah, apabila Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu mengunapakai Kes Perak tahun 2009, berkaitan perlantikan Menteri Besar Negeri tersebut, sedangkan perlembagaan Sabah dan Negeri Perak sangat berbeza,

Perbezaan Perlembagaan antara Sabah dan Perak, mungkin sebahagian daripada 15 persoalan perundangan yang dikemukakan peguam Tan Sri Musa kepada Mahkamah Persekutuan.

Sama-sama kita tunggu, apa kah Mahkamah Persekutuan mendapati ada merit persoalan perundangan berkaitan kemelut 2 Ketua Menteri Sabah.

Peguam Tan Sri Musa, telah mefailkan rayuan pada Disember, 2019 dan sedang menunggu keputusan Mahkamah Tertinggi negara tersebut untuk mendengar rayuan tersebut.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels