INI yang menarik berhubung pendekatan parti Umno pada masa ini; calon-calon yang mewakili parti itu dalam PRU-13, tidak semestinya mereka yang mempunyai jawatan parti.
Pertimbangan dalam pemilihan calon adalah berasaskan kepada kemampuan seseorang calon dalam berbagai segi, antaranya calon itu dikenal ramai, dan juga calon itu dekat dengan para pengundi.
Melalui pertimbangan itu, maka seseorang calon yang mewakili BN mudah diterima para pengundi. Apabila mudah, maka peluang kemenangan dapat diperkirakan lebih awal.
Di Sabah, umumnya para bakal calon sudah dapat dibaca lebih awal; faktor yang menyebabkan perkara ini, kerana bakal-bakal calon tersebut telah berkerja sejak empat tahun lalu, melalui turun padang, mengurus padang dan menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi rakyat.
Disebabkan kerja-kerja kemasyarakatan yang dilakukan bakal-bakal calon, maka tidak sukar untuk memilih bakal-bakal calon; namun yang mengalami kesukaran adalah pucuk pimpinan untuk menentukan calon mana yang bakal dicalonkan.
Apabila pucuk pimpinan tersilap pilih calon, maka disinilah timbul, kelakuan merajuk yang boleh menjurus kepada sabotaj.
Memujuk orang yang merajuk, bukan mudah, atas sebab itu, sebaik-baiknya pucuk pimpinan melakukan "brain storming" bagi bakal-bakal calon yang berpotensi, sebelum mengumumkan calon-calon pada PRU-13.
Ada dua masalah utama yang bakal dihadapi pucuk pimpinan-aspirasi bakal-bakal calon dan aspirasi akar umbi. Bagi pendapat Suara Rayat Pucuk pimpinan perlu memilih aspirasi akar umbi berbanding aspirasi bakal-bakal calon, kerana yang menentukan kemenangan adalah akar umbi.
Memang berat untuk menidakkan aspirasi bakal-bakal calon yang terdiri daripada pemimpin parti; misalnya Ketua Bahagian; namun pucuk pimpinan perlu berani bertindak, kerana tidak semestinya Ketua Bahagian sesebuah parti itu diterima akar umbi yang majoriti.
Mendapat jawatan pada sesebuah parti, banyak faktor yang menyebabkan seseorang itu menang. Tidak perlulah diulas, kerana umumnya akar umbi mengetahuinya.
Berdasaskan kepada asas itu maa pucuk pimpinan parti diminta menimbangkan hasrat peringkat akar umbi dalam meletakkan calon Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum ke-13 nanti.
Tetapi apabila aspirasi bakal-bakal calon itu juga disokong oleh aspirasi akar umbi serta daripada Bahagian atau cawangan sesebuah parti, maka jika terpilih calon yang mempunyai sokongan demikian, maka calon itulah yang dikatakan calon winnable candidate.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak acap kali menegaskan calon BN dalam pilihan raya nanti mestilah yang boleh menang. Ini bererti pucuk pimpinan akan mengambil kira suara dan hasrat di peringkat akar umbi dalam menentukan calon.