Deasoka Kota Kinabalu |
ADUN yang termakan kata-kata Anwar itu antaranya Datuk Lajim Ukin dan Datuk Robin Balang. Apabila dua ADUN PBS itu keluar PBS, maka tergulinglah PBS, kerana jumlah majoriti ADUN menyebelahi BN, menjadikan BN 25 dan PBS 23 daripada 48 kerusi Dun Sabah.
"Trick" lama ini, sekarang betul-betul digunapakai oleh Anwar. Atas sebab itu, pemimpin kaum cina dalam Bn, perlu menjelaskan cara Anwar ini kepada penyokong mereka, kerana dakwaan itu hanya mengelirukan kaum-kaum itu.
Jika benarlah kata-kata Anwar itu, bahawa kaum cina Sabah dan Sarawak menolak Bn, maka tidak mungkin, pada PRK Batu Sapi pada oktober 2010, Bn mampu mengekalkan kerusi itu, malah melalui PRK itu majoriti calon Bn bertambah berbanding majoriti pada PRU-12.
Demikian juga pada PRN Sarawak pada April 2011, kalaulah kaum cina benar-benar menolak Bn, maka sepatutnya seluruh kawasan yang ditandingi SUPP akan kalah, namun semua itu tidak berlaku; walaupun parti tertua BN itu kehilangan banyak kerusi termasuk kekalahan Presidennya.
Dakwaan Anwar bahawa kaum cina menolak Bn adalah satu pembohongan. Kalaulah kaum cina menolak Bn, maka tidak mungkin begitu ramai kaum itu hadir bersama-sama Ketua Menteri Sabah di Dataran Deasoka Kota Kinabalu pada majlis melancarkan Tahun Baru Cina peringkat negeri Sabah tahun 2013 malam semalam.
Sandakan |
Demikian juga di Sandakan, jika benar bahawa kaum cina menolak BN, maka tidak mungkin begitu ramai kaum itu menghadiri majlis serupa yang dilancarkan oleh Presiden LDP Datuk VK Liew di Sandakan pada malam 3 Februari 2013.
Perang propaganda yang dijalankan Anwar terhadap kaum cina mempunyai matalamat untuk mengelirukan kaum itu supaya menyokong pembangkang, kerana beliau tahu, bahawa kaum melayu dan bumiputera kembali menyokong barisan nasional.
Anwar tahu hanya melalui sokongan pengundi cina kepada pembangkang pada kadar peratusan di atas 80 peratus bagi semua kawasan yang mempunyai pengundi kaum cina, boleh menjamin kemenangan calon-calon pembangkang, dan jika berlaku di bawah itu adalah sukar mempertahankan kawasan-kawasan yang dimenangi pada PRU-12, termasuk di Pulau Pinang.
Jangan lupa, pada PRU-1990, pengundi kaum cina pernah memberikan 14 kerusi Dun di Pulau Pinang kepada DAP, namun pada PRU-1995, calon-calon parti itu hampir kalah kesemuanya dan hanya menang satu kerusi DUN Batu Lanchang dengan majoriti 100 undi.
Tidak mustahil pada PRU-13, pengundi kaum cina akan kembali kepada Bn, kalaupun bukan keseluruhannya, jika berlaku sokongan kaum itu kepada pembangkang berkurang di bawah 70 peratus, maka kemungkinan kerajaan Pulau Pinang yang diperintah oleh DAP juga akan kalah.