Showing posts with label Speaker DUN Sabah. Show all posts
Showing posts with label Speaker DUN Sabah. Show all posts

29 December 2010

Speaker DUN Sabah- Mungkin Datuk Salleh Tun Said?

Ramai pengamat politik mengatakan bahawa jawatan Speaker DUN Sabah yang kosong bermula pada 1 Januari 2011 berikutan perlantikan Speaker DUN itu Datuk Juhar Mahiruddin sebagai TYT Sabah yang ke-10; kemungkinan disisi oleh mantan Ketua Menteri Sabah Datuk Salleh Tun Said.

Jawatan Speaker mempunyai kedudukan Eksekutif ke dua tertinggi diperingkat negeri selepas Ketua Menteri.

Tidak salah bagi Datuk Salleh dilantik sebagai Speaker, kerana mantan Ketua Menteri itu mempunyai kelayakan dan pengalaman.

Pun demikian, melalui pelantikan itu, tidak bermakna kerjaya Salleh dalam politik berakhir. Beliau masih merupakan Ketua Bahagian Umno Kota Belud dan masih Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno negeri. Tidak ada kemestian, bahawa jika dilantik sebagai Speaker, maka perlu melepaskan jawatan politik. Suatu masa dahulu, Speaker Dewan Rakyat adalah Tan Sri Ngah Talib-Beliau pada masa itu adalah wakil rakyat Pasir Salak-Perak dan merupakan ketua Bahagian Umno.

Walaupun, OKB hanya menulis berasaskan cakap-cakap para pengamat politik negeri, kepastian mengenainya adalah terserah kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Musa Aman dan Perdana menteri-Datuk Sri Najib Razak.

Apapun sama-sama kita tunggu siapa yang bakal dilantik sebagai Speaker DUN Sabah. DUN Sabah, hanya akan bersidang pada April 2011.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels