SEMANGAT kerjasama antara kaum merupakan asas membangun Sabah. Sabah yang didiami oleh lebih 36 sukubangsa, tanpa semangat yang erat antara kaum, maka sukar untuk membangun negeri ini. Untuk itu, Ketua Menteri Sabah meminta agar semangat kerjasama itu perlu dipupuk dan diteruskan demi pembangunan negeri ini.
Dalam peruntusan Tahun Baru Cinanya, Ketua Menteri Sabah itu dipetik, berkata semangat kerjasama telah mendorong suku bangsa dengan berlatar berbagai agama menjadi satu, melangkah ke hadapan untuk mengwujudkan satu negara yang aman damai dan selesa untuk didiami.
Musa menyatakan ikrarnya, bahawa kerajaan Bn senantiasa mendengar degup jantung rakyat dan secara terus menerus berusaha menyelasaikan masalah-masalah yang dihadapi rakyat.
Selain itu, Musa juga menyatakan bahawa rakyat negari ini beruntung kerana mempuyai rakan-rakan yang tersebar baik di Semenanjung dan Sarawak, sehinggakan mereka menjadi sebahagian daripada keluarga besar rakyat Malaysia.
Sabah dalam Malaysia akan terus membangun kerana pembangunan itu sendiri tidak akan berhenti.
Penduduk negeri ini telah menikmati pembangunan yang diwujudkan antaranya Universiti Malaysia Sabah(UMS), Projek Petronas di Kimanis dan Sipitang, serta Hub Pendidikan Sandakan.