3 March 2021

N73 SEBATIK - TIDAK KOSONG

SPEAKER Dewan Undangan Negeri Sabah (DUNS)- Datuk Kadzim Yahya, tidak mengiktiraf surat PERLETAKAN jawatan Hassan A Gani Pg Amir bertarikh 26 Februari, surat yang ditandatangi sebelum penamaan calon pada PRN-16 Sabah, September, 2020.

Dalam satu kenyataan ringkas, Speaker DUN Sabah tersebut, surat yang dihantar Parti Warisan bertentangan dengan undang-undang dan peraturan demokrasi yang berkuat kuasa sekarang.

Keputusan Speaker tersebut, maka kerusi N73 Sebatik tidak kosong.

Parti Warisan Sabah yang dipimpin Datuk Shafie Apdal, menakut-nakutkan wakil rakyat daripada parti beliau yang berhasrat menukar sokongan, sesuai dengan persekitaran politik yang baharu, dengan ancaman mengambil tindakan undang-undang, termasuk secara sepihak meletakan tarikh pada surat "presigned" seolah-olah mereka yang bertukar haluan politik, telah meletakkan jawatan dan mengosongkan kerusi.

Berasaskan keputusan Speaker, maka tiada cara bagi Shafie mengosongkan kerusi N73 Sebatik, atau mana-mana kawasan, jika dalam masa terdekat, ramai lagi ADUN parti itu mengubah sokongan.

ADUN N73 Sebatik,pada 25 Februari lalu, telah keluar daripada parti Warisan dan mengistiharkan kedudukan sebagai ADUN Bebas, akan tetapi mesra kerajaan GRS dan PN.

2 March 2021

UMNO MAHU SANGAT PUTUS HUBUNGAN DENGAN BERSATU

UMNO mahu sangat memutuskan hubungan dengan Bersatu. Terbaru, Pengerusi Lembaga Penasihat UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah mengesa, agar MT parti mengadakan mesyuarat tergempar bagi memutuskan kehendak perwakilan 147 Bahagian di seluruh negara sebelum ini.

KULI yang juga AP Gua Musang, turut mendesak agar MT parti menolak Tan Sri Muhiyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri dan Ketua Kerajaan Perikatan Nasional.

Umum mengetahui, sejak penubuhan Kerajaan Perikatan Nasional pada 1 Mac, 2020, KULI tidak pernah menyokong, malah berkecuali semasa pengundian Bajet Negara bagi tahun 2021.

Walaupun AP Gua Musang kerap kali mendesak, namun MT Umno masih tidak membuat sebarang keputusan, malah hasil mesyuarat MT di Janda Baik, minggu lalu, masih tidak dihibahkan.

Jika UMNO memutuskan hubungan dengan Bersatu, maka tidak dapat dielak pertembungan pada PRU-15 yang berada diambang pintu.

Jika mengambil pengajaran pada PRU-14, kerana pertembungan tiga penjuru antara PAS, PH dan BN, maka telah menguntungkan PH, kerana undi melayu terpecah.

Dalam menghadapi PRU-15, PH "berdoa" agar Umno memutuskan hubungan dengan Bersatu, kerana menurut kajian parti itu, BN boleh mendapat sokongan 35% pengundi melayu, dengan demikian, jika PH kekal dengan sokongan 15% pengundi melayu, maka akan menerajui semula Putrajaya selepas PRU.

Sebenarnya, kad semua pihak telah terbuka. Tiada lagi teka teki mengenainya. Terserah kepada UMNO, apa kah mahu PH kembali menduduki Putrajaya atau sebaliknya.

SHAFIE BERTUKAR PROFESI

 

AHLI parlimen atau DUN berprofesi sebagai penggubal undang-undang. Namun, Datuk Shafie Apdal yang merupakan AP Semporna dan ADUN Senallang, bertukar profesi, apabila menjadi siber trooper.

Dalam caption, Shafie mendakwa, bahawa jutaan ringgit terbabit dalam membeli wakil rakyat. Dakwaan seperti ini, adalah lazimnya perbuatan siber trooper, yang suka sangat menulis perkara-perkara sensasi,tanpa bukti dan fakta, semata-mata sebagai jamuan mata membaca, walaupun juga menjadi santapan minda mereka yang tidak suka berfikir atau yang tidak mampu berfikir.

Tindakan Shafie membuat dakwaan sedemikian, bukan sahaja merendah-rendahkan inteligen para wakil rakyat yang menggunapakai hak individu dalam dunia demokrasi, akan TETAPI telah LUPA perbuatan beliau pada 11 Mei, 2018, yang menyebabkan 6 ADUN telah keluar daripada BN dan menyokong beliau untuk menumbangkan kerajaan BN pimpinan Tan Sri Musa Aman. 

Biasanya, PENCURI akan berteriak sebagai PENCURI,apabila KANTOI. 

Shafie merasakan tersepit, apa kah parti beliau masih akan menang beberapa kerusi yang dimenangi pada PRU-14 pada PRU-15 yang membabitkan parlimen yang bakal diadakan selepas proklamasi darurat.

Shafie telah merasa sebagai Ketua Menteri Sabah selama 26 bulan, namun, rakyat membuktikan menerusi PRN-16 Sabah, Shafie dan parti beliau TIDAK pernah diberi mandat oleh rakyat memerintah negeri.

1 March 2021

PRU15: GRS PILIHAN RAKYAT SABAH

DARIPADA 25 kawasan Parlimen, hanya 4 kawasan sukar ditawan Gabungan Rakyat Sabah (GRS), iaitu Parlimen Kota Kinabalu, Penampang, Sandakan dan Semporna.

Walaupun GRS akan berhadapan saingan sengit di Parlimen Batu Sapi, Lahad Datu, Tawau, Kalabakan dan Putatan, akan tetapi, mempunyai peluang merampas kawasan tersebut, berasaskan senario politik semasa.

Kepimpinan Negeri yang diterajui Datuk Seri Hajiji Noor sebagai Ketua Menteri, bukan sahaja mendapat keyakinan daripada rakyat, akan tetapi para pemimpin parti-parti dalam GRS.

Hajiji berjaya dalam pengagihan jawatan-jawatan bukan sahaja berasaskan parti akan tetapi berasaskan latar belakang kaum dan agama.

Rakyat dapat merasakan, selama 6 bulan GRS menubuhkan kerajaan, meskipun dalam keadaan pandemik Covid-19, akan tetapi berjaya melaksanakan perkhidmatan yang baik kepada rakyat.

Perkhidmatan kepada rakyat bukan sahaja dilaksanakan oleh jemaah menteri, akan tetapi oleh para ADUN yang mewakili kerajaan.

Kerajaan pimpinan Hajiji, sangat peka terhadap kehendak rakyat, atas sebab itu, untuk pertama kali memberi peruntukan kepada para ADUN pembangkang, agar mereka juga dapat berkhidmat dengan pengundi yang mereka wakili.

Sesuai dengan VISI kerajaan SABAH MAJU JAYA menjelang tahun 2025, maka, bukan sahaja kemajuan daripada segi kemudahan asas,akan tetapi melibatkan rakyat juga.

Kerajaan negeri sedar, bahawa angka kemiskinan cukup tinggi di Sabah, atas sebab itu, bertindak pro aktif, termasuk melibatkan wakil rakyat pembangkang berganding bahu dengan kerajaan untuk membasmi kemiskinan.

Memandangkan keikhlasan kepimpina kerajaan membela rakyat, maka rakyat terdorong untuk menyokong kerajaan, termasuk lah memberi sokongan kepada calon-calon pada PRU-15.

Rakyat Sabah akan memastikan, bahawa GRS adalah sebahagian daripada Kerajaan Persekutuan yang bakal menerajui Putrajaya selepas PRU tersebut.

RAKYAT SABAH BUAT PILIHAN TEPAT-HAJIJI

Rakyat Sabah telah membuat keputusan tepat memilih Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sebagai kerajaan menerajui Sabah, sejajar dengan pentingnya negeri sealiran dengan kerajaan Persekutuan.

Kemenangan GRS pada Pilihan Raya Negeri Ke-16 (PRN16) membuka jalan kepada kewujudan persefahaman dan kerjasama erat antara kerajaan negeri dengan Persekutuan yang diterajui Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sehubungan itu sempena Setahun Malaysia Prihatin hari ini, Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Hj Noor, bagi pihak kerajaan GRS dan rakyat negeri ini mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan terutama Perdana Menteri atas keprihatinan kepada negeri ini.

“Sabah menerima pelbagai bantuan untuk meningkatkan ekonomi, pembangunan dan kesejahteraan rakyat, terutamanya ketika penularan pandemik COVID-19. Ini membuktikan kepentingan dan keperluan Sabah adalah keutamaan kepada kerajaan Persekutuan.

“Justeru, mewakili kerajaan GRS dan seluruh rakyat negeri ini, kami merakamkan tahniah kepada Perdana Menteri atas kejayaan dan bantuan kepada rakyat negara ini, terutama ketika berdepan cabaran penularan pandemik ini,” katanya dalam satu kenyataan medianya di sini hari ini.

“Bantuan ini sedikit sebanyak meringankan beban rakyat Malaysia di Sabah dan saya berharap berharap kerjasama dan bantuan daripada kerajaan Persekutuan akan berterusan.”

Sementara itu, Muhyiddin dalam amanatnya sempena ulang tahun setahun Perikatan Nasional, hari ini, menyatakan kawalan sempadan menjadi antara agenda utama kerajaan dengan menambah aset dan penggunaan peralatan berteknologi tinggi untuk di tempatkan di sepanjang sempadan termasuk di Sabah, menerusi pendekatan lima sempadan hadapan.

Perdana Menteri juga menyatakan bahawa kerajaan Persekutuan bersama agensi berkaitan akan mengambil tindakan untuk meningkatkan capaian internet terutama di Sabah dan Sarawak dengan inisiatif Jalinan Digital Nasional (JENDELA) dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12)

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels