Showing posts with label Himpunan Bersih. Show all posts
Showing posts with label Himpunan Bersih. Show all posts

9 July 2011

Helikopter Polis: berlegar-legar di ruang Udara Kota-Kinabalu

Sejak pagi kedengaran suara helikopter berlegar-legar di ruang udara Kota Kinabalu.

Setakat pukul 10.00 pagi tiada tanda-tanda bahawa Himpunan Bersih di Ibu Negeri Sabah itu.

Melihat laporan LIVE kawan-kawan bloger, Kuala Lumpur, lengang-seperti keadaan HARIRAYA, apabila penghuni bandaraya pulang kampung beraya.

Dikhabarkan juga penyokong2 bersih bersembunyi di beberapa lokasi, antara lain Masjid Negara.

Ada laporan bahawa setakat ini lebih dua losen penyokong Bersih telah ditangkap.

8 July 2011

Tahniah kepada Pasukan Keselamatan

Beberapa jalan di sekitar Kuala Lumpur akan ditutup atau dilencongkan bermula tengah malam ini, dalam usaha polis cuba menyekat perhimpunan BERSIH 2.0 yang dijadualkan di Stadium Merdeka, esok.

Selain BERSIH 2.0, Pemuda Umno juga berkata mereka akan berkumpul di Jalan Bukit Bintang pada jam 10 pagi sebelum berarak ke Stadium Merdeka.

Menurut sumber ibu pejabat polis kontinjen Kuala Lumpur, jalan-jalan yang akan ditutup atau dilencongkan adalah sepanjang Jalan Syed Putra, Jalan Istana, Jalan Bukit Petaling, Jalan Bellamy dan kawasan sekitar Istana Negara.

Gangguan juga akan berlaku di sepanjang Jalan Sultan Hishammuddin, Jalan Lembah Perdana, Jalan Chenderasari dan kawasan sekitar Masjid Negara.

Kawasan lain adalah sekitar Dataran Merdeka, Pasar Seni, Masjid Jamek, Dataran DBKL, Kompleks Sogo, Maju Junction, Masjid Kampung Baru, Jalan Kinabalu, Jalan Kuching, Jalan Sultan Ismail, Jalan Raja Laut, Jalan Sri Amar, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Haji Taib, Jalan Raja Muda Musa, Jalan Raja Bot, Jalan Raja Abdullah, Jalan Dang Wangi, Jalan Munshi Abdullah, Jalan Gereja, Jalan Raja Chulan, Jalan Tun Perak, Jalan Tun Tan Cheng Loke, Jalan Sultan Mahmud dan semua kawasan berhampiran.

Sehubungan itu, polis meminta orang ramai memberi kerjasama untuk sentiasa mematuhi peraturan lalulintas dan arahan semasa oleh anggota polis trafik yang membuat kawalan.

Polis juga menasihatkan orang ramai yang tidak mempunyai urusan penting di pusat bandar agar tidak memasuki kawasan berkenaan esok bagi mengelakkan kesesakan lalulintas.

Setakat ini, polis tidak mengeluarkan sebarang permit bagi sebarang perhimpunan, esok.

Sementara itu, beberapa laluan di pusat bandar dilaporkan juga telah ditutup sebelum tengah malam ini.

Selain itu, beberapa sekatan jalan raya yang menghubungkan pusat-pusat bandar juga telah dijalankan sejak petang tadi yang dipercayai bagi melumpuhkan perhimpunan BERSIH 2.0.

Antara laluan berkenaan adalah di Dataran Merdeka dan Stadium Merdeka.

Meskipun keadaan dilaporkan terkawal dengan pengguna kenderaan memberi kerjasama selain mematuhi arahan pihak polis, namun lalu lintas mulai sesak apabila orang ramai pulang dari pejabat.

7 July 2011

BERSIH jangka Sabtu ini perkhidmatan TELCO, Internet diganggu

Kurang 48 jam menjelang perhimpunan BERSIH 2.0, Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil mendakwa mereka menerima maklumat bahawa rangkaian telefon mudah alih dan perkhidmatan Internet akan diganggu hujung minggu ini.

Dalam kenyataan media hari ini, jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0 berkata tindakan itu bagi membantutkan perhimpunan berkenaan akan menjadikan pihak berkuasa di negara ini tidak ada bezanya dengan diktator di negara Asia Barat.

“BERSIH 2.0 bimbang dengan sumber risikan bahawa mungkin berlaku gangguan penuh atau sebahagian perkhidmatan Internet menjelang hujung minggu ini.

“BERSIH 2.0 ingin memberi amaran kepada kerajaan persekutuan jika akses rangkaian telefon mudah alih, Internet, perkhidmatan mobile 3G, laman web tertentu atau media sosial diganggu dalam apa cara, maka pihak berkuasa akan kelihatan tidak ada bezanya dengan diktator negara Asia Barat yang menggunakan tindakan seumpama itu tanpa sebarang kejayaan,” katanya.

Jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0 juga berkata segala tekanan, hambatan dan halangan tidak akan mematahkan semangat mereka untuk berhimpun di Stadium Merdeka pada jam 2 petang Sabtu ini.

“Selepas itu, kami akan bersurai dengan aman,” petik kenyataan itu.

Sekiranya lebih banyak halangan dikuatkuasakan, pihak berkuasa akan dilihat sebagai terdesak bagi menghalang pilihan raya yang bersih dan adil di negara ini.

KOMEN: TELAH JELAS HIMPUNAN INI NAK RAMPAS KUASA!!!!

5 July 2011

Nasib baik himpunan bersih di stadium-kalau tidak benda2 ini berakibat buruk

Sebahagian Senjata Tajam dan baju Bersih berjaya disita Polis.
Berpekik lah sekuat hati, sehingga suara hilang. Bawa benda2 ini sama, lantak lah kau orang sendiri-sendiri.

Himpunan Bersih diteruskan- Tapi Dalam Stadium


Selepas Ambiga dan AJK Penganjur Himpunan Bersih menghadap SPB Agong sebentar tadi, akhirnya Himpunan Bersih diteruskan, akan tetapi diadakan di Stadium tertutup.

Rampasan BOM: Nampak gaya: Bersih Telah siap melakukan hura-hara

Polis merampas 20 bilah parang, 36 botol bom petrol dan sejumlah bebola besi dalam serbuan di belakang tokong Cina di Batu 14, Jalan Gombak Lama dekat Shah Alam, malam semalam.

Utusan Malaysia Online dalam laporannya menyebut rampasan itu disyaki berkaitan perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH), Sabtu ini.

Akhbar itu memetik Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Hamzah berkata, taktik digunakan oleh mereka terlibat sama dengan golongan komunis semasa zaman darurat.

Dalam serbuan itu, polis turut menemui 44 baju T berlambang BERSIH 2.0 dan sejumlah lilitan kepala berwarna merah serta kuning yang semuanya disimpan di dalam lima buah beg pakaian dan dua beg plastik.

Sabtu lalu ahli parlimen Sungai Siput Dr D Michael Jeyakumar dan lima anggota Parti Sosialis Malaysia (PSM) ditangkap semula di bawah Ordinan Darurat (EO).

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakarberkata penahanan itu adalah kerana mengikut maklumat awal, mereka dikatakan terbabit dengan pihak dari luar negara dan telah diresapi anasir subversif.

1 July 2011

Himpunan Bersih adalah himpunan politik

Himpunan Bersih yang bakal berlangsung pada 9 Julai adalah perhimpunan politik. Perkara terbukti apabila wujudnya banyak pemimpin Pembangkang dalam barisan jawatankuasa penganjurnya. Selain itu, kesungguhan parti Pembangkang mengerahkan anggota dan penyokong masing-masing supaya turun ke jalan raya pada hari berkenaan.

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan memberitahu anggotanya bahawa beliau akan meminta bekas presiden Majlis Peguam, yang juga pengerusi jawatankuasa penganjur perhimpunan haram itu, Datuk S. Ambiga membatalkannya jika kerajaan bersetuju memenuhi tuntutan kumpulan pengacau berkenaan.

Bagaimanapun, pada hari berikutnya, apabila Ambiga dilaporkan berkata beliau tidak akan mempedulikan kenyataannya itu, Anwar mendakwa beliau telah disalah petik oleh media berhubung perkara tersebut.

Berikutan episod itu, mungkin sesetengah pihak beranggapan bahawa Anwar tidak mempunyai kuasa untuk mengawal keadaan, tetapi ada pula kelompok yang melihatnya sebagai suatu cubaan oleh kedua-dua pihak untuk mengawal kerosakan bagi mengelak orang ramai daripada mengubah pandangan mereka terhadap peranan tersembunyi yang dimainkan oleh PKR.

Bagaimanapun, hakikat yang tidak boleh diubah ialah Anwar telah membayangkan kepada media yang beliau boleh meminta Ambiga membatalkan rancangan untuk mengadakan perhimpunan haram itu sekiranya Barisan Nasional (BN) bersetuju mengadakan pilihan raya secara bebas dan adil.

Ini sudah pasti menimbulkan keraguan tentang dakwaan pengerusi jawatankuasa penganjur perhimpunan itu bahawa ia bukan perhimpunan bersifat politik, tetapi semata-mata diadakan untuk memaksa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengadakan pilihan raya secara bebas dan adil.

Perhimpunan haram kali kedua diadakan selepas perhimpunan pertama anjuran pihak yang menggelarkan diri mereka Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada 2007, merupakan tindakan populis yang berasaskan politik.

Walaupun pengerusinya adalah bekas presiden Majlis Peguam, tapi mereka yang membarisinya diketahui umum mempunyai kaitan dengn parti politik, terutama parti pembangkang. Mereka terkenal kerana gemar menimbulkan isu melalui pendekatan populis untuk mempersoalkan tentang hak serta kebebasan, tetapi akhirnya menyalahkan pihak lain, dalam dalam kes ini, SPR.

Rakyat akan melihat jika himpunan haram ini diteruskan juga orang ramai akan memerhati siapa yang akan menyertainya.

Perhimpunan Bersih ,berbeza dengan Hindraf kerana perhimpunan yang diadakan pergerakan itu pada 2007 hanya melibatkan satu kumpulan. Tapi, perhimpunan yang akan diadakan ini dirancang supaya melibatkan pelbagai kaum dan sudah tentu ia akan memberi isyarat berbeza. Oleh itu, bagaimana kerajaan bertindak dan memberi reaksi terhadapnya amat penting kepada majoriti rakyat.

Selian itu, orang ramai akan memerhatikan siapakah yang akan mengiringi Ambiga apabila beliau menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong kelak.Adakah pemimpin Bersih atau ahli politik?.

Kenyataan Anwar bahawa "beliau boleh berbincang mengenainya" memberi tanggapan kepada orang ramai bahawa pakatan pembangkang yang terdiri daripada PKR, DAP dan PAS mempunyai pengaruh besar terhadap bekas presiden Majlis Peguam itu.

Malah, Makkal Sakti, yang anggotanya mengambil bahagian dalam perhimpunan haram Hindraf pada 2007 dan cuba melancarkan kempen membantah novel Interlok pada awal tahun ini, tidak berupaya mempengaruh orang ramai supaya berhimpun di jalan raya untuk mengadakan tunjuk perasaan.Ada lah tidak masuk akal jika perhimpunan tersebut tidak didalangi pembangkang.

Seperkara yang perlu dimabilkira ada lah kenyataan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu memberi jaminan bahawa kira-kira 100,000 anggota dan penyokong parti itu akan menyertai perhimpunan haram berkenaan, yang beliau sifatkan sebagai "Berjalan Untuk Demokrasi", manakala presiden parti itu Datuk Seri Abdul Hadi Awang pula meminta semua anggota PAS (berjumlah kira-kira sejuta orang) supaya menyertainya.

Parti pembangkang lain seperti DAP dan PKR juga berikrar akan menyokong perhimpunan haram itu, malahan Kerajaan Selangor membantu dari segi kewangan.

Ini dengan jelas menunjukkan bahawa ia adalah perhimpunan Pakatan. Perlu diingat bahawa secara peribadi, Ambiga tidak akan berupaya mempengaruhi walaupun 10 orang untuk menyertai perhimpunan itu, jika bukan kerana peranan Pakatan.

Dalam perkembangan lain Pemimpin Hindraf P. Uthayakumar dilaporkan berkata anggota pertubuhan itu tidak akan menyertainya kerana gabungan parti pembangkang yang menggelarkan diri mereka sebagai "Pakatan Rakyat" tidak memberi sokongan terhadap tuntutan 18 perkara mereka pada 2007.

Uthayakumar, yang pernah ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), berkata suatu ketika dulu, pergerakan itu menyokong Pakatan kerana ia tidak mempunyai pilihan daripada segi politik, tetapi selepas Pilihan Raya Umum 2008, keadaan menjadi semakin jelas bahawa gabungan parti pembangkang itu hanya mahukan undi kaum India dan tidak berminat untuk memperjuangkan nasib mereka.

Dalam temu bual dengan Bernama, Anggota Parlimen Wangsa Maju peguam Wee Choo Keong berkata Ambiga sepatutnya menyertai parti politik untuk memperjuangkan perkara berkaitan politik dan tidak berselindung di sebalik pertubuhan bukan kerajaan.

Katanya penegasan Ambiga bahawa perhimpunan haram itu akan tetap diadakan di jalan raya dan bukan di tempat tertutup seperti stadium, yang lebih selamat, menimbulkan tanggapan bahawa perhimpunan itu memang didalangi parti pembangkang dengan tujuan untuk mencari momentum politik.

Sebagai contoh, kata Wee, pada 2009, ketika menjadi presiden Majlis Peguam, Ambiga mengadakan jamuan malam untuk anggota majlis itu di hotel JW Marriot dengan mengundang beberapa ahli politik terpilih, khususnya daripada pembangkang.

"Selepas itu, pendedahan dibuat bahawa kerajaan Barisan Nasional di bawah pimpinan Tun Abdullah Ahmad Badawi membelanjakan RM90,000 untuk majlis itu.

"Kenapa mengadakan majlis itu atas nama Majlis Peguam, tanpa mengumumkan bahawa ia ditaja oleh kerajaan," soal Wee.

28 June 2011

Himpunan Bersih: Para pemimpin Sabah mandul

Setakat ini hanya dua pemimpin Sabah yang menyuarakan batahan terhadap himpunan Bersih yang diadakan 9 julai ini. Presiden LDP Datuk VK Liew menyuarakannya melalui twitter dan Facebook dan Ketua pemuda Umno Keningau dan mantan Ketua Pemuda Umno Sabah Azman Ruslan.

Sejak dua minggu OKB melakukan pemerhatian tindak tanduk pemimpin Sabah mengenai Himpunan bersih itu, yang dikhuatirkan akan mencetuskan huru hara.

Setakat ini, baik daripada Umno, PBS, UPKO dan parti-parti lain seolah-olah bisu.

Para pemimpin Sabah (kecuali yang disebutkan pada awal tulisan ini) semuanya mandul dan tiada perasaan kebersamaan antara rakyat dan rakyat Malaysia yang mendiami Kuala Lumpur.

Mungkin para pemimpin Sabah, merasakan bahawa jarak antara Kuala Lumpur dan Kota Kinabalu melebihi 1,600 batu dan dipisahkan oleh laut China Selatan, maka mereka yakin tempis huru hara tidak akan merebak ke negeri bawah bayu ini.

Kepada pemimpin Sabah, jika Bersih berjaya dalam misinya, maka impak terlalu besar kepada kerajaan BN, samada dalam PRU-13 pertukaran kuasa yang tertunda, atau ada perubahan kuasa sepertimana yang berlaku di Tunisia dan Mesir.

Mungkin para pemimpin Sabah berfikir, jika BN Semenanjung rebah, maka walaupun BN Sabah menang, maka secara enblock keluar BN dan menyertai Pakatan. Ertinya para pemimpin itu akan selamat selama-lamanya.

Mungkin atas asas itu, setakat ini para pemimpin Sabah telah BISU dan MANDUL berhubung himpunan Bersih.

26 June 2011

Hishamuddin membayangkan-Tentera mungkin dikerah

Jika Himpunan Bersih pada 9 Julai, tidak dapat dikawal oleh pihak polis, ada kemungkinan tentera akan dikerah.

Selain itu, ISA mungkin digunakan bagi tujuan mententeramkan keadaan.

Seharusnya, ISA telah lama digunakan, berasaskan kepada laporan yang diterima polis. Belum pernah berlaku dalam negara ini, satu perhimpunan mendapat laporan polis melebihi 1000 laporan.

Berasas kepada laporan itu, betapa rakyat jelata merasa bimbang dan takut. Seharusnya KDN tidak perlu lagi berbasah basi, aman mereka yang mahu mencetuskan huru hara.

Anwar sebagai dalang perlu diamankan, untuk apa korbankan rakyat jelata hanya untuk seorang warga negara.

Bosan Betul... Amaran apa lagi....

SEBANYAK 1,248 aduan polis dibuat bagi membantah perhimpunan haram Bersih yang dirancang oleh beberapa NGO dan parti pembangkang pada 9 Julai ini.

Menurut Awang Selamat-Utusan, beliau tak pasti sama ada hendak senyum atau bermuram malah geleng kepala pun penulis itu tak larat. Menurutnya adakalanya terasa ia seperti bahan jenaka. Belum pernah berlaku sebegitu banyak aduan polis. Majoriti rakyat yang cintakan keamanan dan ketenteraman kini menanti tindakan pihak berkuasa.

Aktiviti ekonomi di ibu negara akan lumpuh. Jalan pasti sesak teruk. Suasana tegang. Industri pelancongan menerima kesannya. Sudah ada ramai warga kota yang bimbang dan memohon cuti. Itu belum menyentuh persiapan membeli lebih banyak barang dapur dan keperluan untuk hadapi kemungkinan situasi lebih buruk. Imej Malaysia di luar negara juga akan terjejas.

Menurut penulis itu lagi-dia juga seperti rakyat Malaysia yang lain, sesungguhnya sudah bosan dengan amaran demi amaran. Sebab itu pihak penganjur terutama Ambiga Sreenevasan menjadi besar kepala. Anwar Ibrahim yang menjadi perancang utama senyum nakal betapa rancangannya hampir berjaya.

Seperti yang Awang tulis dua minggu lalu, perhimpunan itu kotor dan bukannya bersih. Ia bertujuan mengalih perhatian rakyat daripada isu sebenar iaitu kes video seks beliau dan sokongan merudum ke atas pembangkang terutama PKR.

Tanpa perhimpunan besar-besaran pun, jika rakyat terpikat dengan pembangkang, mereka akan menyokong pembangkang pada pilihan raya umum. Mudah sahaja.

Perhimpunan haram itu hanya mahu menyelamatkan Anwar. Dalam kaitan ini, Awang setuju dengan komen mantan Perdana Menteri, Dr. Mahathir Mohamad mereka yang berhati bersih tidak akan menyertai perhimpunan Bersih.

Motif Ambiga juga boleh dibaca. Ia ternyata bertujuan politik dengan bertopengkan desakan menuntut pilihan raya bersih.

Beliau juga dilihat oleh beberapa pihak sebagai seorang yang anti-Islam dalam beberapa isu, yang terserah kepada pembaca untuk nilaikan sendiri.

Apakah Ambiga mahu bertanggungjawab jika berlaku kekacauan dan ibu negara bermandi darah?

Selain agenda tersirat untuk menggugat ketenteraman, Awang melihat perhimpunan itu mahu membuka pintu kemudian hari bagi mencabar Perlembagaan negara.

Jika perhimpunan itu berjaya, akan menyusul perhimpunan lain menuntut banyak perkara lagi.

Kepada kebimbangan akan berlaku pertempuran di antara penyokong perhimpunan haram Bersih dan kumpulan yang menentangnya, itulah risiko terbesar.

Peserta perhimpunan yang majoriti Melayu akan bertempur dengan kumpulan penentang, yang juga ramai Melayu.

Ada pihak seperti pemimpin DAP akan bersorak dalam hati.

Umat Islam dan Melayu bukan sahaja berpecah belah malah diperbodohkan.

Jika pertempuran berlaku, ia akan lebih buruk daripada pertentangan dua kumpulan rakyat di Bangkok tidak lama dulu. Apatah lagi memang ada pihak ketiga yang mahu menangguk di air keroh dan menanti rusuhan besar di Kuala Lumpur.

Dalam pengakhir coretannya minggu lalu Awang masih percaya pihak berkuasa sudah bersedia untuk bertindak tegas. Masa berlembut dan asyik memberi amaran sudah berlalu. Kita tiada pilihan.

25 June 2011

Orang ini anti islam-kenapa Pas sokong?

Fakta Ambiga anti islam:

Menyokong dan menjadi peguam kepada Lina Joy seorang islam yang keluar islam.

Semasa menjadi presiden Majlis peguam telah menerima pembentukan IFC-Inter-fatih commission dengan 14 tuntutan yang mempersoalan kedudukan agama islam dan bercanggah dengan perlembagaan negara.

Dengan latar belakang Ambiga yang jelas-jelas anti islam, kenapa parti Pas menyokongnya?

Selain itu, kaum melayu yang ada dalam PKR, apa kah kerana seorang ini, maka pegangan agama diketepikan, kerana sesuatu tujuan peribadi.

Dengan menyokong Ambiga melalui Bersihnya, apa kah kaum melayu hanya boleh mencapai hasrat yang diinginkan jika berketuakan seseorang yang anti agama?

Apa kah kaum melayu-islam, tidak yakin lagi kepada kaum sendiri dan anutan agama islam? sehingga perlu berlindung dengan individu yang secara terang-terangan anti islam. Fakta lain Ambiga anti islam disini

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels