Showing posts with label Pendapat. Show all posts
Showing posts with label Pendapat. Show all posts

14 March 2013

Pemimpin Reject Boleh Bersinar semula kalau menyertai PR

BAGI Pakatan Rakyat, sesiapa sahaja yang menyokong mereka, daripada segi apapun latarbelakang orang itu, pasti dipuji, bagaikan malaikat, sebaliknya sesiapa sahaja yang menyokong Bn akan dicap sebagai individu yang rosak.

Pemimpin Bn yang menyeberang kepada mereka akan dipuja sebagai hero seolah-olah seperti malaikat, sebaliknya pemimpin mereka yang menyeberang kepada Bn akan dicap sebagai pengkhianat, iblis dan individu yang rosak akhlak.

Cuba perhatikan bagaimana Anwar Ibrahim, Zaid Ibrahim, Chua Jui Meng, Lajim Ukin dan pemimpin Bn yang lain, samada daripada Umno atau MCA atau komponen Bn, sekelip mata akan terbersih semua dosa-dosa mereka sebelumnya. Masuk Pr seolah-olah tempat pembersihan diri. Kini, para pemimpin itu dipuja, bagaikan bayi yang baru lahir tanpa dosa.

Menurut versi Pakatan, hanya yang menyokong mereka sahaja boleh dicap baik, malaikat dan tanpa kesilapan sebesar zarahpun.

Dalam demokrasi, sebenarnya perlu ada kebebasan memilih. Namun, baki pakatan, hanya melalui sokongan kepada mereka sajalah, maka seseorang itu telah mengamalkan kebebasan memilih. selain itu menurut konotasi mereka, sesesiapa yang memilih pakatan, maka akan tergolong ahli politik yang bersih, bersifat malaikat, disebaliknya mereka yang memilih Bn adalah mereka yang terdiri daripada manusia-manusia kotor dan iblis.

Fahaman pakatan ini, sebenarnya boleh menjahanamkan dan berbahaya untuk negara, kerana ianya boleh membantutkan perkembangan dan kemajuan negara terutama dalam segi politik. Di masa sama, pakatan bercerita soal-soal kebebasan, hak asasi manusia, demokrasi malahan sistem 2 parti, namun apa yang mereka lakukan tidak sesuai dengan apa yang mereka perjuangankan. Mereka seolah-olah memaksa rakyat bahawa tiada pilihan lain, melainkan menyokong pakatan. Dalam DAP misalnya, parti itu tidak mahu memberi kebebasan terhadap kaum cina memilih parti lain, melainkan hanya DAP.

Apa yang sungguh bahaya lagi, dalam pakatan adalah taboo atau dilarang sama sekali menyuarakan atau mendedahkan sebarang salah laku dalam parti mahupun oleh pemimpin mereka. Jika ada yang berani bersuara, maka individu itu akan dicaci, dipulau dan mengecapnya dengan berbagai gelaran.

Bagi Pakatan mereka menganggap semua jajaran pemimpin tidak mungkin melakukan kesilapan apalagi kesalahan, mereka menganggap apa sahaja perbuatan para pemimpin mereka benar belaka, disebaliknya apa sahaja perbuatan atau tindakan pemimpin Bn atau Bn semuanya salah dan tidak pernah benar. Bagi Pakatan, mereka tidak boleh menerima perbezaan pendapat atau polisi, kerana bagi mereka politik adalah satu cara untuk menanam kebencian dan membangkitkan emosi.

Mengapa cara berpolitik seperti yang diamalkan Pakatan boleh berada di Malaysia? Apabila kita perhatikan kebanyakan Cyber Troopers mereka, bukan mengutarakan idea-idea akan tetapi lebih kepada hentaman peribadi yang umumnya berupa fitnah dan putar belit.

Gaya dan tindakan mereka, seolah-olah seperti malaikat, sedangkan ramai yang tahu mereka adalah penulis upahan yang senantiasa akur dengan kehendak master pay mereka.

Jikalah ditakdirkan Pakatan memerintah negara. Jika perlakuan dan tindakan mereka itu berterusan, maka boleh menjadikan mereka kerajaan yang zalim lebih teruk dibanding Hitler. Bn pada masa itu, tidak boleh menjadi check and balance, kerana mereka, akan meranapkan apa sahaja teguran. 

Keadaan ini yang perlu difikirkan rakyat sebelum membuat pilihan pada PRU-13 akan datang. Rakyat akan menjadi mangsa, kerana rakyat tidak akan mampu lagi mengetahui sebarang salah laku, kerana Pakatan telah mempatenkan, bahawa setiap tindakan mereka adalah bebas daripada kesilapan atau kesalahan, kerana mana ada malaikat yang membuat kesilapan apa lagi kesalahan.

Contoh yang paling ketara-selama 5 tahun-apabila melihat cara mereka memerintah 4 negeri (Kedah, Pulau Pinang, selangor dan Kelantan), berbagai janji tidak dikotakan, rasuah sana sini, masalah, kelemahan dan sebagainya, namun mereka mencari 1001 alasan dan penyebab, dan malangnya kelemahan mereka itu kononnya disebabkan oleh barisan nasional.

Paling malang lagi, apabila Sabah Under Attack oleh pengganas Sulu. Sungguh tega mereka menuduh semua itu sandiwara Umno. Nyawa perwira negara yang terkorban dipersendakan. Rakyat yang ketakutan, bukan dibela, akan tetapi diperlekeh.

Juak-juak Pakatan, yang  berjaya memerangkap para pesara tentera, sehingga para pesara ini sanggup memberi tomahan yang luar biasa, sehingga menggambarkan bahawa mereka yang masih berkhidmat tiada keupayaan langsung.

Kepada rakyat yang masih dapat berfikiran waras dan tenang, sesiapa yang terlanjur menyokong pakatan, belum berlambat lagi, cuba berfikir sejenak, bermuhasabah diri, pasti akan ditemui kebenaran yang hakiki.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels