BENAR kah suku Iranun di persimpangan? Kalau melihat data penduduk Sabah, suku kaum ini tidaklah ramai sangat. Berasaskan anggaran, mungkin secara keseluruhan antara 18-20 ribu dan kebanyakannya tinggal di Kota Belud dan sedikit di Tungku Lahad Datu.
Suara Rakyat tidak mempunyai data tepat, berkaitan jumlah sebenar suku iranun, kerana dalam daftar pemilih, spr mengolongkan suku kaum ini dengan berbagai panggilan, mungkin juga penggolongan itu berasaskan kategori yang digunakan oleh JPN.
Suara Rakyat sendiri, seorang tulin iranun, kalau disemak dalam daftar pilihan raya, dikategorikan sebagai bumiputera Sabah.
Disebabkan, jumlahnya yang sedikit, maka sukar mencari kawasan pilihanraya di mana boleh diwakili oleh kaum iitu, melainkan satu-satunya kawasan yang ramai penduduk iranun, adalah kawasan Tempasuk Kota Belud. Pun demikian jumlah yang ada dalam daftar undi berada di peringkat bawah, di dahului oleh kaum bajau-sama, kemudian oleh kaum dusun.
Di peringkat saluran pengundian, kaum iranun hanya menguasai PDM Rampayan, PDM Pandasan, PDM Tamau, PDM Merabau dan PDM Kota Peladuk bagi Dun Tempasuk dan satu di kawasan Usukan, PDM Pantai Emas.
Pada PRU-12, semua kawasan PDM yang dikuasai kaum ini, BN kalah, kecuali PDM Kota Peladuk, itupun hanya untuk DUN.
Sejak tahun 2008, selepas sahaja PRU-12 tamat, berbagai cerita, teori, kupasan, menyelebungi kaum iranun, terutama pada PRU-13.
Kaum ini memang wajar bercerita, memang wajar membuat kupasan, kerana dalam dunia politik, seolah-olah kaum ini, dilihat sebagai kaum yang tidak mendapat perhatian. Penyebabnya mungkin kerana jumlahnya yang sedikit berbanding suku kaum lain yang ada di Sabah.
Kehadiaran Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia di persada politik kebangsaan, dilihat bukan kerana beliau bersuku iranun, akan tetapi dilhat daripada segi keupayaannya sebagai individu.
Kalau berasaskan demokrasi, maka sampai bilapun, kaum itu tidak akan mendapat tempat di persada politik negeri, apa tah lagi kebangsaan, kerana dalam demokarsi, yang penting adalah majoriti.
Kaum itu, sukar melahirkan individu Pandikar yang ramai; kerana situasi dan kondisi yang berbeza. Pada situasi sekarang, di mana cerdik pandai semakin ramai di kalangan suku-suku yangmajoriti, walaupun kaum iranun juga tidak ketinggalan, namun kembali kepada konsep demokrasi, sukar bagi suku itu menang bagi sebarang pertandingan.
Memang benar, ada kaum iranun yang menang dalam bahagian Umno atau parti-parti lain, namun kemenagan itu atas belas kesihan. Sesuatu yang jelas, mereka yang menang itu, sebenarnya mewakili diri mereka sendiri, kerana jauh sekali mewakili aspirasi kaum mereka.
Suara Rakyat, meminta maaf kalau kelihatan memperlekeh mereka, kerana ditilik di berbagai sudut mana pun, memanglah demikian.
Selagi kaum menguasai minda kaum-kaum terutama kaum yang majoriti, maka kaum iranun yang tidak ramai itu, kelihatannya tidak punya masa depan dalam dunia politik.
Jika kaum ini perlu pengiktarafan, tiada pilihan lain, selain menukar arah perjuangan. Perjuangan bukan lagi berpaksi kepada politik, melainkan kepada ekonomi dan pendidikan.
Semua janjaran kaum ini, bermula daripada sekarang perlu memikirkan pendekatan baru ini, jika tidak, akan senantiasa menjadi ulun kepada god father politik yang bersandarkan kepada kaum majoriti.
Kaum ini, perlu mengambil iktibar daripada pendekatan kaum yahudi, kerana kaum itu walaupun sedikit akan tetapi menguasai dunia.
Belum terlambat, meskipun tertindas sekian lama, dari semua segi, termasuk keperluan hidup harian, ada juga kalangan kaum ini berjaya, setidak-tidaknya setanding dengan kaum lain yang diberi kemajuan lebih awal.
Jangan pelik, kebanyakan kaum iranun yang ada pendidikan kini, dan ada yang berjawatan tinggi baik dalam kerajaan mahupun swasta, adalah produk kepada tiadanya keperluan asas yang sepatutnya ada kepada setiap rakyat.
Bayangkan, kawasan yang didiami penduduk itu, untuk pertama kali menikamti bekalan litrik luar bandar pada tahun 1990, itupun kerana kehadiran anak sulung Umno di Usukan Kota Belud; selepas 27 tahun merdeka.
Sementara itu, Bekalan Air Luar Bandar akan sampai pada penghujung Mei ini, selepas setengah abad merdeka.
Semalam, Suara Rakyat sempat pulang kampung. Seperti biasa bertandang di sebuah gerai makan yang diusahakan oleh seorang anak iranun. Di situ, suara rakyat berjumpa dengan kalangan kaum iranun, rata-rata yang berjawatan kerajaan dan swasta.
Mereka itu adalah kelahiran tahun 70-an, malah ada yang lahir tahun 80-an dan ada juga untuk pertama kali mengundi pada PRU-13 ini. Ertinya usia mereka masih relatif muda. Rupanya perasaan mereka, hampir sama dengan kami yang lahir pada tahun 60-an.
Pada mereka seolah-olah perasaan dan sejarah yang pernah menimpa ibu bapa mereka, masih menebal.
Mereka berbicara, kalaulah semua kemudahan yang ada pada kaum-kaum yang dimajukan lebih awal juga dinikamti oleh kaum iranun, mungkin kemajuan suku kaum itu boleh jauh ke depan.
Kesimpulan yang boleh dimabil, pada PRU-13 akan datang suku iranun masih dipersimpangan; maskipun dikala ini, penilaian daripada segi sikap, majoriti kaum iranun menyokong Bn; tetapi ada tapinya.. kata mereka.