Showing posts with label Anifah Aman. Show all posts
Showing posts with label Anifah Aman. Show all posts

14 February 2013

Jangan Terperdaya Janji Pembangkang: Anifah Aman

Rakyat negara ini amat bernasib baik kerana kestabilan negara yang ditadbir oleh Barisan Nasional (BN) membolehkan rakyat dapat menjalani kehidupan dengan selesa dan aman disamping menikmati ekonomi dan pembangunan yang berterusan.

Dalam hubungan iitu, Menteri Luar Datuk Seri Anifah Haji Aman, mengajak rakyat agar tidak terpedaya dengan janji-janji pembangkang kerana apa yang dijanjikan suatu janji yang terlalu samar.

“Apa yang dijanjikan pembangkang hanyalah mengabui mata rakyat dan cuba menghasut pemikiran rakyat dan pada masa yang sama pembangkang juga amat lantang dengan menidakkan apa saja kebaikan yang dilakukan oleh pihak Kerajaan,” katanya.

Anifah yang juga Ahli Parlimen Kimanis berkata mereka akan menjanjikan apa saja yang dekat dihati rakyat sebagai contoh jika pembangkang memerintah akan menurunkan harga petrol, gula, minyak masak dan sebagainya demi meraih keyakinan rakyat terhadap mereka.

“Jangan mudah terpedaya kerana itu hanya merupakan janji yang belum tentu tertunai,” kata Anifah ketika berucap pada Majlis Rumah Terbuka Keluarga Datuk Teo Ching Ping sempena Tahun Baru Cina yang diadakan di Membakut pada Isnin.

“Sebagai Menteri Luar, saya telah menyaksikan keadaan hidup di beberapa negara luar sebagai contoh Libya, Iraq dan Mesir yang kini hidup sengsara,” katanya.

Beliau berkata rakyat Mesir contohnya sebelum ini melakukan perubahan untuk menukar kerajaan barunya tetapi sekalipun negara tersebut sudah pun bertukar kerajaan atas kehendak rakyatnya namun malang sekali perubahan pemimpin yang diharapkan bukan menjadi baik tetapi semakin teruk dari sebelumnya.

“Sebelum itu rakyatnya amat berharap kehidupan mereka akan menjadi lebih baik dan mereka mendesak untuk melakukan perubahan itu sehingga melakukan demonstrasi jalanan membuatkan kerajaan dahulu tumbang,” katanya.

“Ini kerana mereka dijanjikan harga barang akan turun, mereka dijanjikan kehidupan yang lebih baik tetapi apabila mereka berjaya menumbangkan kerajaan dan kerajaan sudah bertukar tangan namun kerajaan yang baru dibentuk telah gagal menunaikan apa yang mereka janjikan kepada rakyatnya,” tegasnya.

Anifah yang juga Ketua Umno Bahagian Kimanis berkata, harga barang di negara berkenaan seratus peratus naik manakala masalah rakyat tidak terpeduli malah kemarahan rakyat semakin memuncak sehingga berlaku kembali demonstrasi sana sini menyatakan ketidakpuasan hati mereka.

“Kerajaan yang baru mereka pilih melalui demokrasi itu ternyata gagal menunaikan janji dan akhirnya negara itu menjadi kacau bilau dan huru hara dan rakyatnya kembali bangun menentang kerajaan menyebabkan ramai rakyatnya kini hidup dalam ketakutan,” tegasnya.

Anifah berkata, berbanding dengan keadaan di negara ini, rakyatnya dapat hidup tenteram, melakukan aktiviti kehidupan seperti biasa dari itu tidak ada sebab untuk menukar kerajaan.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels