SATU persoalan besar yang perlu dijawab, Sultan Jamalulul Kiram, 76 yang papa kedana, sanggup membeli persenjataan yang banyak, sanggup menyediakan keperluan logsitik untuk menceroboh Lahad Datu, sedangkan rawatan dialisis buah pinggangnyapun dibiayai oleh kerajaan Filipina.
Laporan perisik Manila yang disiarkan oleh Inquirer News dan The Manila Times baru-baru ini mengsahkan bahawa dalang pencerobohan Lahad Datu adalah pihak pembangkang negara, dan nama Anwar Ibrahim turut dikaitkan.
Malah kerajaan Filipinapun tercari-cari siapa yang sebenarnya mengirimkan ratusan orang Sulu ke Lahad Datu, Sabah. Ini kerana, biaya untuk menyewa kapal feri demi mengirimkan mereka tidak murah. Selain itu Presiden Filipina juga mengakui ada dana besar yang membiayai mereka dari Tawi-Tawi ke Sabah.
Tujuan dalang ini memang bermotifkan politik terutama menjelang PRU-13. Dalang itu tahu betul, bahawa kawasan Pantai Timur Sabah adalah bank Votes kepada Barisan Nasional. Dari segi politik, sukar bagi pembangkang menembusi Pantai Timur, termasuk kawasan yang mempunyai separuh penduduk kaum cina, seperti Sandakan dan Tawau.
Cara mudah untuk mengubah lanskap sokongan adalah membangkitkan emosi, marah dan dendam. Kini, selepas kejadian tembak menembak, kerana pencerobohan itu, yang mengakibatkan terkorbannya anggota keselamatan dan penceroboh sendiri, maka mudah bagi dalang itu membangkitkan emosi suku suluk.
Memang, persatuan suku suluk yang bermastutin di negara ini membuat kenyataan akan senantiasa menyokong kerajaan Bn, namun disebalik itu, perasaan suku kaum tidak mungkin diselami sepenuhnya oleh persatuan itu. Rambut sama hitam hati lain-lain.
Tujuan dalang kepada pencerobohan Lahad Datu adalah untuk melonggarkan sokongan kaum suluk terhadap Bn, hanya itu, walaupun terpaksa mengorbankan nyawa.
Matalamat dalang itu, dicapai kerana ada yang sanggup melaksanakannya, iaitu kumpulan Jamalul Kiram III. Bagi mereka, nothing to lost dalam pengelibatan mereka dalam konspirasi ini, walaupun melibatkan nyawa kumpulan mereka, kerana tujuan mereka adalah survival dari segi kewangan, manakala motif dalang itu survival dalam politik.
Tiada yang boleh menafikan, bahawa krisis Lahad Datu khasnya dan Pantai Timur Sabah amnya, yang diuntungkan adalah pembangkang, termasuk dalang itu.