Showing posts with label Banjir Sabah. Show all posts
Showing posts with label Banjir Sabah. Show all posts

14 April 2014

Banjir Sabah: Mengapa Ketua Menteri Terpaksa Memohon?

 Banjir Sabah!! Mengapa Ketua Menteri terpaksa memohon? Bukan kah, ada jawatan kuasa bencana alam, di mana jawatan kuasa itu, tergantung pernilaian akibat bencana, maka peruntukan itu diluncurkan. Seingat OKB, sebaik sahaja bencana banjir melanda Pahang, dan beberapa negeri di Semenanjung, maka diumumkan bantuan segera yang jumlahnya jutaan. Tidakpun sempat negeri-negeri itu memberi penilaian, akan tetapi peruntukan sudah diumumkan. Kedaannya sungguh berlainan dengan Sabah, Ketua Menteri sendiri terpaksa memohon kepada Perdana Menteri untuk sejumlah peruntukan.

Sidang Dewan Undangan Negeri Sabah hari ini diberitahu, bahawa Ketua Menteri sendiri terpaksa mengemukakan permohonan sejumlah RM 97.44 akibat banjir yang melanda Sabah baru-baru ini.

Kawasan yang dilanda teruk termasuk daerah pedalaman dan juga Kota Belud.

Petikan ucapan Ketua Menteri Sabah di DUN Sabah hari ini "Berdasarkan penilaian yang saya terima daripada agensi-agensi yang berkaitan, pembaikan kerosakan infrastruktur awam akibat bencana banjir ini memerlukan peruntukan yang besar.

Justeru, sukacita saya memaklumkan Dewan yang mulia ini bahawa selaku Ketua Menteri, saya sendiri telah memohon kepada YAB Perdana Menteri untuk mendapatkan peruntukan berjumlah RM97.44 juta bagi maksud tersebut.

Tuan Speaker, Selari dengan amalan dan budaya pemimpin turun padang, saya sendiri telahpun beberapa kali turun melawat kawasan-kawasan yang dilanda banjir termasuklah lawatan bersama Yang Berhormat Datuk Seri Dr. Shahidan Kasim, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, dan juga disertai oleh Setiausaha Kerajaan Negeri ke Daerah Beaufort, Keningau dan Tenom pada 14 Februari 2014. Saya sendiri telah mempengerusikan satu mesyuarat untuk mengkoordinasikan pengurusan bencana dari beberapa agensi di Beaufort serta taklimat daripada Pegawai Daerah (selaku pengerusi Jawatankuasa Pengurusan dan Bantuan Bencana Daerah). Seterusnya, saya dan rombongan melawat kawasan-kawasan yang dilanda banjir serta menemui mangsa-mangsa banjir di beberapa pusat-pusat pemindahan. Lawatan ini penting kerana kita dapat melihat sendiri keadaan serta kemudahan yang disediakan di pusat-pusat pemindahan, di samping dapat memahami dan merasai sendiri kepayahan yang dialami oleh mangsa-mangsa banjir. Sokongan moral dan nasihat oleh pemimpin peringkat negeri telah membantu menyelesaikan masalah dan membuat keputusan secara serta-merta (on the spot). Sebagai contoh, apabila saya berada di Beaufort, kita telah meminta Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk menggerakkan aset dan logistik tentera dari Markas 5 Briged bagi membantu operasi menyelamat dan memindahkan mangsa-mangsa yang rumah mereka telah ditenggelami air. Aset-aset tentera seperti Lori, Dapur Mudahalih (Mobile Kitchen) dan lebih 100 orang anggota tentera termasuk doktor perubatan tentera telah digerakkan. Aset-aset ini adalah sebagai tambahan kepada aset-aset sedia ada dari agensi lain seperti Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Bomba, Polis dan lain-lain.
KEROSAKAN AKIBAT BANJIR

Selain memberi kesan langsung kepada kehidupan penduduk kampung dan orang awam, bencana banjir ini juga telah menyebabkan kerosakan terhadap beberapa infrastruktur awam seperti jalan raya, cerun, jambatan, infrastruktur dan fasiliti kereta api serta kemudahan penduduk seperti jambatan gantung dan balai raya. Berdasarkan kepada anggaran awal oleh Jabatan Kerja Raya, Jabatan Keretapi Negeri Sabah dan Pejabat-pejabat Daerah, jumlah kerosakan infrastruktur yang dianggarkan akibat banjir baru-baru ini adalah berjumlah RM39,946,710.

Kerosakan juga berlaku ke atas jalan raya dan cerun-cerun di daerah-daerah lain yang disebabkan oleh hujan lebat dalam tempoh yang sama. Jumlah keseluruhan kerosakan di seluruh Negeri Sabah adalah dianggarkan lebih kurang RM97.44 juta.

Di samping itu, kerosakan dan kerugian yang besar juga turut dialami oleh petani, penternak dan nelayan akibat kerosakan tanaman, kehilangan dan kematian binatang ternakan. Mengikut anggaran awal yang dibuat oleh Jabatan Pertanian dan Jabatan Perkhidmatan Haiwan Dan Perusahaan Ternak, jumlah kerosakan dan kerugian yang dialami oleh petani dan penternak adalah kira-kira RM16,265,255.

Kota Belud





Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels