Showing posts with label Wakil rakyat Kota Belud. Show all posts
Showing posts with label Wakil rakyat Kota Belud. Show all posts

6 May 2011

Wakil rakyat Kota Belud hanya ambil peluang

Jadi saja wakil rakyat, semuanya tiba-tiba ada. Jika sebelumnya hanya berkereta satu, kini berkereta 3-4 buah. Jika dahulu berumah kecil, kini berumah bungalo. Jika dahulu tidak bertanah, kini berpuluh-puluh ekar.

Gaji wakil rakyat berapa saja? tetapi mampu menghimpun harta berjuta-juta dalam tempoh 3-5 tahun. Menjadi wakil rakyat adalah jalan singat menjadi kaya.

5 February 2011

PKR Lumpuh.. BN Kota Belud yakin sapu bersih

Walaupun calon PKR semasa PRU-12 hampir melakukan upset terutama bagi kawasan Tempasuk dan parlimen, namun pada PRU-13 akan datang keadaan itu tidak akan berulang lagi.

Kali ini BN nampaknya tiada saingan lagi. Dengan saingan yang berkurang itu, harapan OKB semoga wakil rakyat yang masih wakil rakyat, agar menunaikan janji-janji yang telah ddijanjikan semasa PRU-12 lalu.

Bahagiakanlan rakyat yang menyokong anda-semoga sokongan berkekalan.

31 August 2010

Feel Good Factor wakil rakyat tertentu Kota Belud seperti buih laut

Semasa bulan ramadan ini ada wakil rakyat tertentu Kota Belud turun padang dengan tujuan "feel good factor" terutama pada kawasan-kawasan di mana wakil rakyat tersebut tidak mendapat sokongan sebelum ini.

Melalui feel good factor itu, ditayanglah bungkusan beras dan bakul berisi mee segera kononnya untuk dibahagi-bahagikan kepada rakyat yang kurang bernasib baik.

Feel good factor ini agar supaya penyedia laporan lapangan memberi laporan postif terhadap wakil rakyat itu agar dipilih semula menjadi calon pada PRU-13 akan datang.

Tiada yang dilakukan oleh wakil rakyat itu; kerana hampir 2 tahun menjadi wakil rakyat tiada apa-apa perubahan yang ketara dibawanya untuk membangun rakyat yang diwakilinya.

Berbohonglah kalau tiada pembangunan yang dibawanya. Ada! pembinaan bastop yang dikhaskan kepada lembu-lembu untuk berlindung dikala hujan dan terik matahari.

Kota belud terutama yang berjarak 10km daripada pekan pada masa kini telah bertaburan bastop bertiang konkrit. Sayang seperti yang disebutkan di atas bastop itu hanya untuk lembu-lembu, kerana apa? tiada pun manusia yang menggunakannya kerana memang rakyat tidak memerlukkannya.

Begini lah perancangan wakil rakyat yang mewakili Kota Belud itu, kemampuannya hanya membina bastop yang tiada langsung keterkaitannya dengan pembangunan rakyat.

Feel good factor wakil rakyat tertentu itu adalah memasang poster berukuran besar di persimpangan jalan sudah tentu dengan kata-kata mengucapkan kepada penduduk Kota Belud yang beragama islam selamat menjalankan ibadat puasa dan selamat menyambut hariraya aidilfitri.

Hanya demikian kah kemampuan wakil rakyat itu? berbaloikah rakyat menyokongnya? sayang seribu kali sayang, rakyat yang memilihnya bukan pengundi seperti di kawasan bukit bintang, kepong atau PJ utara. Jika samalah status para penggundi Kota Belud dengan kawasan-kawasan yang disebutkan, adalah pasti wakil rakyat itu tidak akan dapat bergelar wakil rakyat lagi jika benar dipilih semula untuk bertanding.

Kepada para pengundi Kota Belud terutama kepada generasi muda, marilah kita sedarkan keluarga kita agar supaya menolak wakil rakyat seperti ini.

Generasi muda perlu membuat pilihan bahawa wakil rakyat yang diperlukan di kawasan Kota Belud ini adalah wakil rakyat yang berjiwa membangun, bukan berjiwa seperti buih laut.

Kepada generasi muda salurkan maklumat yang tepat di kampung-kampung anda, jangan lagi terpengaruh dengan politik picisan. Jangan lagi terpangruh dengan bujuk rayu, anda alah pengorak langkah kepada pemabngunan Kota Belud.

Wakil rakyat yang kita perlukan adalah wakil rakyat yang berjiwa Kota Belud, bukan wakil rakyat yang bersifat pemain dan mengejar kedudukan.

Bermula daripada sekarang, jika ada individu tertentu yang kononnya dipilih oleh parti, maka parti meminta kita memilihnya, jangan terpengaruh lagi.. sama-sama kita tolak individu seperti itu.

Perlu kita ingat pisang jangan sampai berbuah dua kali. Kita akan rugi berpanjangan.

16 March 2010

Kalau PRU-13 Esok Siapa Yang Bertanding Mewakili BN Untuk Kawasan Kota Belud

JIKA PRU-13 esok,apa kah ada perubahan status quo wakil rakyat kawasan Kota Belud?

Kawasan parlimen yang kini disandang oleh Datuk Rahman Dahalan, Usukan oleh Datuk Japlin Akin, Tempasuk oleh Datuk Musbah Jamli dan Kedamaian oleh Datuk Herbert Timbun Lagadan.

Berasaskan ketersepaduan para wakil rakyat kawasan Kota Belud, difikirkan adalah tidak patut mengubahnya.

Jarang sekali berlaku ketersepaduan antara wakil-wakil rakyat Kota Belud, hanya kali ini ketersepaduan itu sangat menyerlah.

Politiking antara wakil-wakil rakyat jarang kita dengar, yang kita dengar adalah kerjasama erat antara mereka. Ke-empat-empat wakil rakyat ini saling memerlukan antara satu sama lain, saling lengkap melengkapi, demi membawa apa sahaja pembangunan untuk kawasan Kota Belud.

Jika Herbert Timbun Lagadan ditugaskan untuk mengenal pasti rakyat miskin yang perlu diberi bantuan, YB ini telah senaraikan mereka melalui e-kasih atau disenaraikan oleh tindakan kementerian-kementerian tertentu baik negeri mahupun pusat.

Isu pendidikan misalnya diperjuangkan oleh ahli parlimen Kota belud, isu pembangunan infrastruktur oleh Japlin Akin dan pembangunan ekonomi oleh Musbah Jamli.

Ibarat satu sistem, ke empat-empat wakil rakyat ini merupakan satu sistem yang satu, mempunyai arah yang satu, mempunyai hala tuju yang satu, yakni membangun kawasan Kota Belud.

Syogianya lah pimpinan negeri yang di ketuai oleh Datuk Musa Aman dan pusat oleh Datuk Najib dan TS Muhyiddin, mempertahankan ke empat-empat wakil rakyat ini, se tidak-tidaknya se penggal lagi, demi menyempurnakan misi dan visi mereka.

Menukar di tengah perancangan dan pelaksanaan adalah sesuatu yang tidak sesuai, kerana melihat kemampuan seseorang wakil rakyat itu dalam masa sepanggal ada lah sukar.

Bisik-bisik mahupun secara terbuka, gandingan 4 wakil rakyat ini cukup jitu di kawasan Kota Belud. Memberi mereka kesempatan sepenggal lagi adalah kehendak majoriti rakyat kawasan ini.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels