Showing posts with label Habuan Untuk Rakyat. Show all posts
Showing posts with label Habuan Untuk Rakyat. Show all posts

3 September 2013

Dekat Sahaja Pilihanraya- Rakyat Dapat Habuan Macam-macam

Kerana sifat mudah lupa rakyat, maka peluang itu dimanafaatkan, bagi memberi habuan kepada rakyat menjelang pilihanraya.

Sudah menjadi kebiasaan sesebuah kerajaan menjelang pilihanraya; berbagai “peaks’ ditawarkan kepada rakyat. Atas sebab itu, usai sahaja pilihanraya, maka “peaks” tidak mudah sudah untuk dinikamti.

Menjelang pilihanraya, para pemimpin disebarang peluang dan kesempatan akan mengumumkan peruntukan untuk itu dan ini. Namun, selepas sahaja pilihanraya, khabar seperti itu terlalu sukar untuk didengar.

Bukan itu sahaja, cadangan pembangunan untuk rakyat yang merupakan keperluan mendesak bagi sesuatu kawasan, terlalu mudah untuk ditolak, dengan alasan peruntukan untuk projek seumpama itu belum dalam senarai cadangan atau dengan kata lain, peruntukan projek seumpama itu belum tersedia.

Namun, apa yang menarik, adalah senarai yang berada di Kementerian-kementerian terlalu mudah jatuh ditangan pelobi projek. Para pelobi ini, tiada kerja lain atau tugas, selain untuk mendapatkan senarai Tajuk SULIT dan kemudian dengan Tajuk yang tersenarai itu digunakan oleh mereka yang mempunyai lesen memohonnya, dan ironinya, pelobi projek juga yang mengemukakan permohonan itu.

Untuk itu, jangan pelik apabila ada orang tertentu, jika dilihat daripada sumbangannya terhadap pembangunan atau politik atau pentadbiran negeri memang kecil daripada jarum, namun kerana mempunyai kepakaran sebagai pelobi projek, maka bisa kayaraya, mempunyai berbagai asset yang luarbiasa bagaikan seorang usahawan yang berjaya.

Seni apa yang digunakan oleh pelobi projek sehingga boleh menjadi kaya? Pertama mempunyai backing kewangan daripada tauke-tauke, Kedua berani memberi pelicin urusan, ketiga Tunai janji selepas projek diluluskan. 

Bagi pelobi projek, yang penting masukan, kerana mereka tidak menggunakan modal apa-apa, cuma hubungan dengan pihak tertentu yang mempunyai kuasa memberikan Projek dan kesanggupan backing daripada segi kewangan.

Seorang pelobi projek yang penulis kenal, secara gamblang berbicara, bahawa beliau berjaya mendapat puluhan juta nilai projek daripada Kementerian tertentu, bukan kerana beliau mempunyai kepakaran, namun keberanian “berjudi” kerana belumpun projek yang dipohon menjadi kenyataan, tetapi berani melabur 10 peratus daripada jumlah yang dipohon sebagai wang muka.

Para pelobi projek hanya mempergunakan lesen syarikat yang kompeten dan sudah tentunya syarikat yang berani melabur.

Bayangkan nilai projek RM10 juta misalnya, komisyen para pelobi antara 3-5 persen; para pelobi ini bukan hanya tergantung kepada 1-2 projek, malah ada sebahagiannya puluhan dalam setahun.

Satu perkara yang menarik untuk dikopas berkaitan pelobi projek, sebenarnya tugasan ini, tidak mudah dilakukan, kerana sipelobi itu, perlu ada dua pihak yang terlibat yang berkaitan dengan kepercayaan. Pertama kepercayaan daripada backing kewangan, kedua kepercayaan daripada mereka yang mempunyai akeses dalam pemberian projek. Si pelobi, perlu mempunyai peranan win-win bagi kedua belah pihak; dan sudah semestinya, bahagiannya antara 3-5 peratus senantiasa terperlihara.

Sebenarnya seseorang pelobi mempunyai “trademark” masing-masing dikalangan yang terlibat. Untuk itu, memotong jalan pelobi yang mempunyai “trademark” tidak mudah untuk dilakukan.

Tugas pelobi projek adalah memerlihara kepentingan berbagai pihak, terutama daripada segi habuan kewangan; untuk itu menjadi pelobi projek seperti kenalan penulis itu tidak mudah diikuti, kerana bagi pelobi projek, yang mempunyai “trademark’ seperti itu mampu melakukan apa sahaja asalkan semua urusan sesuai dengan tadbir urus yang sedang berkuatkuasa.

Satu kesenian yang ada pada pelobi projek yang mempunyai “trademark” adalah kemampuan memintas permohonan orang lain. Disebabkan, telah wujud jalinan yang sudah “menahun” maka, biasanya permohonan pelobi seperti itu senantiasa mendahului masa. Jadi, tidak mungkin wujud bantahan, daripada pemohon “asal” kerana daripada segi tarikh dan sepertinya, permohonan pelobi yang mempunyai “trademark” itu, seperti yang dinyatakan… senantiasa mendahului pemohon lain.

Mempersoalkan keupayaan lesen yang digunapakai oleh pelobi projek yang “bertrademark” memang tidak mudah dipertikaikan, kerana disemua segi mempunyai kemampuan, pengalaman dan semua titik bengik yang diperlukan sebagai pelaksana sesuatu projek.

Tugasan para pelobi projek memungkinkan seseorang itu mampu mendapat puluhan projek dengan menggunapakai berbagai lesen syarikat yang berlainan, namun syarikat-syarikat itu telah ‘dipoll” pada sebuah syarikat yang kuat daripada segi kewangan.

Sebenarnya semua ini, telah menjadi rahsia umum, atas sebab itu suatu ketika penulis pernah mempunyai lesen bertaraf bumiputera dalam klasifikasi Kelas D, sehinggalah syarikat itu ditutup, tidak pernah mendapat tawaran kerja daripada mana-mana pihak dalam negara ini. Bah kata orang, setiap pagi membuka surat khabar, membeli naskah-naskah tawaran sebut harga, atau memohon secara langsung sudah acap kali dilakukan, namun selepas 5 tahun, semuanya gagal, maka tiada pilihan, maka ditutuplah syarikat itu.

Sebenarnya, berniaga mengejar projek, perlu ada kepakaran tertentu, seperti mana penulis sebutkan di atas, iaitu kepakaran yang dimilki oleh pelobi projek yang bertrademark atau berjenama. Tanpa itu, tugasan mengejar projek adalah sesuatu yang nampak dekat tetapi terlalu jauh untuk digapai.

Pendek kata, selepas sebuah pilihanraya, hanya pelobi projek sahaja akan memonopoli projek-projek kerajaan; memangpun projek-projek itu untuk rakyat secara tidak langsung; namun program yang berisi projek yang bersifat langsung, perlu ditunggu setidak-tidaknya setahun menjelang pilihanraya umum.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels