Showing posts with label Jalan Kg Rampayan Ulu. Show all posts
Showing posts with label Jalan Kg Rampayan Ulu. Show all posts

16 March 2012

Kalaulah jalan Kg Rampayan Ulu dibuat dengan baik.. tidaklah rosak lebih awal

Sayang jalan yang menjadi penantian penduduk kampung Rampayan Ulu, Kota Belud, sejak zaman British berjaya dibina pada tahun 2009, kini rosak teruk. Di sana sini, berlubang, tanpa penyelenggaran.

Sekiranya pembuatan jalan itu mengikuti piawaian, sudah tentu, tidak akan rosak hanya spin masa yang singkat.

Semalam, saya berkesempatan berkunjung ke kampung itu, saya menyaksikan sendiri keadaan jalan itu, di sana sini ada tanah longsor, sehinggakan laluan terpaksa dilencongkan dan sudah tentu jalan lencongan itu hanya dilapisi tanah kuning.

Nampaknya, jika tiada peruntukan untuk menyelenggarakan jalan itu, penghujung tahun ini, jalan satu-satunya menghubungkan kampung terhulu itu dengan Pekan Kota Belud, akan kembali kepada keadaan seperti sebelumnya.. jalan tanah berlumpur dan licin.

Jika keadaan itu akan kembali, maka bukan sahaja penduduk kampung itu yang merasakannya akan tetapi ratusan pelajar sekolah yang melalui jalan itu saban hari untuk ke sekolah menengah yang berjarak 10 kilomter akan terjejas.

Adalah diharapkan pihak2 tertentu terutama ADUN dan MP di Kota Belud, berusaha mencari dana daripada kerajaan untuk tujuan penyelenggaran jalan itu.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels