20 October 2018

6 HARI LAGI PENENTUAN KEMELUT KETUA MENTERI SABAH

Kalau bukan kerana tindakan 6 KATAK pada 11 Mei, 2018, tidak akan berlaku kemelut dua Ketua Menteri Sabah.

6 ADUN katak yang khianat kepada parti dan pengundi selepas PRU-14 adalah punca utama krisis perlembagaan negeri, sehinggakan Mahkamah menjadi pengadil kepada krisis itu.

Tangan-tangan ghaib merupakan punca tindakan 6 katak itu, sebab itu angkat sumpah ketua menteri selepas PRU-14 ditangguhkan sehingga 3 kali.

Sebenarnya tiada sebab penangguhan angkat sumpah sehingga 3 kali, kerana jelas parti yang menubuhkan kerajaan mempunyai majoriti mudah.

Ekoran penangguhan angkat sumpah, maka tangan-tangan ghaib mengambil peranan, dan bagi ADUN yang tiada pendirian, maka bagaikan mengantuk disorongkan bantal.

6 ADUN yang bertindak KATAK pada 11 Mei adalah ADUN Balung, Tanjong Batu, Sebatik, Kemabong, Paginatan dan Kedamaian. Kemudian itu disusuli Pitas, Sugut, Kuamut dan Kuala Penyu.

Namun pada 26 Oktober ini, yang ditentukan adalah kedudukan para ADUN itu sebelum acara angkat sumpah pada malam 10 Mei. Kedudukan mereka pada tarikh itu paling mustahak, kerana menentukan tindakan lanjut sesuai dengan perlembagaan Sabah.

Perlembagaan Sabah dengan jelas, memeperuntukkan, bahawa Ketua Menteri hanya terlucut, apabila berlaku kematian, letak jawatan dan hilang sokongan semasa sidang DUN sedang berjalan. Ketiga-tiga faktor ini belum belaku.

Memang benar, sidang DUN telah dilaksanakan, namun pihak yang melaksanakan tiada locus standi berasaskan Perlembagaan Negeri. Status ini lah yang bakal diputuskan pada 26 Oktober ini, iaitu dalam tempoh 6 hari daripada hari ini.

Walaupun banyak pakar peundangan berpendirian, bahawa mahkamah akan berpihak kepada Tan Sri Musa Aman, namun senario semasa perlu diambil kira, khususnya tindakan tangan-tangan ghaib. Jika khabar angin itu benar-benar berlaku, maka dunia akan mentertawakan Perlembagaan Negeri Sabah.

18 October 2018

KERAJAAN SABAH: DETIK-DETIK RAMPASAN KUASA (PART-iii)

Sebelum Datuk Shafie Apdal membacakan watikah perlantikan Jawatan Ketua Menteri pada malam 12 Mei, laporan media sosial dan saksi mata melaporkan keadaan Tan Sri Musa Aman meninggalkan Kediaman Rasmi Ketua Menteri (Sri Gaya) menunju ke rumah peribadi beliau di Luyang, Kota Kinabalu.

Malam itu berbagai cerita berlegar-legar di media sosial, termasuk ramainya penyokong Parti Warisan Sabah berkumpul di Padang Merdeka, 2km daripada Istana Negeri. 

Beberapa hari selepas sahaja Datuk Shafie Apdal dapat masuk ke Pejabat Ketua Menteri Sabah di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS) Teluk Likas pada 14 Mei, 2018, rakyat Sabah kecoh seketika, kerana TYT Sabah dikhabarkan membuat laporan kepada polis kononnya mendapat ancaman daripada Tan Sri Musa Aman. Walaupun butir-butir ancaman itu tidak jelas, namun ada hubungkait dengan jawatan Ketua Menteri.

Selain itu, penyokong Datuk Shafie membuat laporan kepada SPRM, mendakwa bahawa kerajsama parti STAR dengan Bn, kerana telah dibayar RM20juta. Mereka juga mendakwa, bahawa Musa cuba membeli ADUN-ADUN daripada parti tertentu untuk menyertai kerajaan Bn dan STAR.

Kehilangan "sementara" Tan Sri Musa yang kemudiannya diketahui sedang berubat di United Kingdom, disenasikan, bukan sahaja di media-media cetak, malah media sosial memperancaknya, dengan istilah "Musa melarikan diri", istilah "fugitive" digunakan. Berbagai pihak membuat ulasan, termasuklah pihak polis dan Ketu Imigresen Malaysia.

Perkataan "fugitive" yang membawa ertinya seseorang yang berada dalam tahanan telah berjaya meloloskan diri.

Apabila Musa kembali ke tanah air pada 20 Ogos, walaupun atas bantahan pakar perubatan yang merawat beliau, namun Ketua Menteri terlama Sabah itu bebas sehingga kini. 

Musa memang hadir ke Pejabatan SPRM pada 6 September selepas angkat sumpah ADUN Sungai Sibuga pada petang 5 September, namun SPRM tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan kehadiran beliau di pejabat suruhanjaya pencegahan rasuah itu.

Tan Sri Musa sedang menunggu keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu yang dijadualkan membuat keputusan pada 26 Oktober, berkaitan saman beliau terhadap TYT Sabah dan Datuk Shafie Apdal berhubung kemelut dua ketua menteri Sabah.

Umum mengetahui, bahawa Musa mempunyai 31 kerusi DUN Sabah sebelum beliau dan kabinet beliau mengangkat sumpah jawatan pada malam 10 Mei, 2018 yang mana proses angkat sumpah itu ditunda-tunda sebanyak 3 kali oleh pihak Istana Kota Kinabalu.

16 October 2018

KERAJAAN KATAK SABAH DICABAR

Tidak wajar kerajaan Katak Sabah diteruskan.

Kerajaan yang ditubuhkan menerusi tindakan katak, bukanlah pilihan rakyat. 

Wakil rakyat yang melompat, hanya mewakili dirinya, bukan mewakili pengundi.

Ada lah lojik, jika rakyat mahukan sesebuah parti mewakili mereka, maka rakyat akan memilih parti itu. Sebagai contoh, di mana berlaku, wakil rakyat menjadi katak, DUN Merotai, rakyat kawasan itu mengundi calon parti Warisan, demikian juga di Dun Sri Tanjung mengundi calon DAP, kerana rakyat dikawasan itu mahu diwakili daripada parti-parti itu, manakala di DUN Balung, APAS, Sebatik dan Tanjung Batu, mengundi calon Bn, kerana mahu diwakili parti Bn. Antara Dun itu saling berdekatan, makna kata, rakyat di kawasan-kawasan Dun itu sudah memutuskan untuk diwakili parti mana. Jika calon yang dipilih berasaskan parti, kemudiannya menjadi katak, maka ianya hanya mewakili dirinya sendiri. Selain itu, bagi kawasan Kota Belud, semua DUN dimenangi Bn, manakala Parlimen dimenangi calon PWS, mengsahkan, bahawa rakyat telah memutuskan parti mana mewakili mereka. Kepada wakil rakyat yang menjadi KATAK, jangan lah berangan-angan bahawa kerana anda melompat, maka pengundi juga turut menyokong anda. Anda sebenarnya di MATA pengundi adalah pengkhianat nombor wahid!!!!.

Tergambar sungguh pada masa ini, bahawa wakil rakyat KATAK. "dihina" secara tidak langsung, apabila kenyataan-kenyataan para pemimpin daripada PH, bahawa mereka menutup pintu daripada wakil rakyat Umno. Sebenarnya tindakan itu tepat, kerana pemimpin PH maklum, bahawa tindakan wakil yang melompat itu, hanya berasaskan kepentingan peribadi, bukannya kepentingan rakyat.

Sebenarnya, jika wakil rakyat Umno atau Bn tidak melompat dan tetap menjadi pembangkang, Kerajaan of The Day mempunyai komitmen memajukan dan membangunan kawasan yang diwakili. Alasan Datuk James Ratib, Datuk Hamisah Samat, dan ADUN BN yang melompat, kononnya demi rakyat, sebenarnya, hanya alasan untuk menyokong tindakan khianat mereka.

Keputusan PRU-14 Sabah sangat jelas, Bn-29, PWS-21, DAP-6, PKR-2, STAR-2. Jika berasaskan First Past The Post system maka Bn yang menang, namun berasaskan amalan demokrasi di negara ini, bahawa pemenang, adalah parti yang mempunyai jumlah kerusi lebih separuh daripada jumlah kerusi yang dipertandingkan. Bagi Dun Sabah, jumlah itu adalah 31 daripada 60.

Keputusan PRU-14 Sabah sebenarnya, tiada parti secara bersendirian dapat membentuk kerajaan, kecuali adanya pengabungan atau kerjasama antara parti-parti. Sebab itu, SPR pada pagi 10 Mei, 2018 mengumumkan bahawa penentuan parti mana bakal membentuk kerajaan Sabah bergantung kepada parti-parti di Sabah.

Dengan kedudukan DUN tergantung, apabila ada parti bekerjasama, seperti mana yang dicapai antara Bn dan STAR, maka parti-parti itulah diberi peluang sesegeranya untuk membentuk kerajaan, bukannya melengahkan pembentukan, bagi memberi peluang, kepada tindakan KATAK. Kalau lah semua pihak, menganggap, bahawa wakil rakyat yang menjadi KATAK adalah khianat kepada rakyat yang diwakili, maka pihak itu tidak melayan perbuatan itu, kerana menghindar daripada bersubahat kepada pengkhiantan.

Jika tertanam dalam sanubari, bahawa perbuatan khianat tidak perlu dilayan, maka perlantikan Ketua Menteri kedua Sabah tidak akan berlaku. Oleh kerana "berlaku" subahat kepada pengkhiantan, maka kini berlaku KRISIS perlembagaan Negeri, apabila dalam masa yang sama Sabah mempunyai dua Ketua Menteri.

Kesilapan belum terlambat. Bagi memperbetulkannya, maka sepatutnya DUN Sabah dibubarkan bagi memberi peluang kepada rakyat Sabah menentukan parti mana yang perlu memerintah, bukannya meneruskan KERAJAAN KATAK!!!!.

DISEBALIK MORAL KERAJAAN KATAK SABAH

Dilihat daripada sudut manapun, Kerajaan Katak Sabah adalah kerajaan yang tidak bermoral. 

Siapa-siapa sahaja, diperingkat manapun juga yang terlibat berkolabrasi dengan pengwujudan Kerajaan Katak, tidak dapat menafikan diri mereka, mereka itu adalah para individu yang tidak bermoral.

Akibat tindakan tidak bermoral kerana terwujudnya Kerajaan Katak, maka beribu rakyat dinafikan hak dan kebebasan mereka mempunyai kerajaan yang mereka pilih.

Tindakan tidak bermoral ini bukan sahaja perlu dihentikan, akan tetapi perlu dimusnahkan, kerana tindakan seumpama itu tidak wajar untuk diwarisi, tidak wajar tercatit dalam sejarah Sabah. 

Tindakan mereka itu, lebih busuk daripada najis, kerana bau najis hanya terhad dalam mangkuk tandas, akan tetapi tindakan katak telah memalitkan bahu najis itu pada beribu orang di Dun Balung, Dun Tanjung Batu, Dun Sebatik, Dun Kemabong, Dun Paginatan dan Dun Kedamaian.

Para individu yang bersengkokol dengan tindakan Katak, sehinggakan kerajaan Katak terwujud, telah memalitkan imej buruk bukan sahaja pada tindakan akan tetapi pada imej.

Seharusnya tiada sesiapapun yang perlu melibatkan diri pada tindakan Katak, kerana bukan sahaja tindakan tidak bermoral, akan tetapi telah memalitkan imej buruk kepada sistem demokrasi. 

Tindakan Katak dan mereka yang menyokongnya, telah merampas hak orang lain, di siang bolong.

Sepatutnya, kalau merujuk kepada istilah kleptokrasi, tindakan para Katak itu bukan sahaja memenuhi definisi istilah itu, akan tetapi mereka lah puncanya.

Tersangat jelas PRU-14, memberi keputusan Bn menang 29 kerusi, PWS 21, DAP 6, PKR 2 dan STAR 2. Oleh kerana PWS, DAP dan PKR berkolaborasi pada PRU itu, maka parti-parti itu mempunyai jumlah 29 sama dengan jumlah kerusi Bn. Sebagai impak kepada keputusan itu, maka Dun Sabah tergantung. Dalam keadaan Dun Sabah tergantung, maka Parti kecil STAR menjadi parti Kingmaker. Dalam mana-mana negara yang mengamalkan demokrasi parti berkedudukan Kingmaker diharapkan bekerjasama dengan parti yang dijemput membentuk kerajaan. Dalam hal Sabah, Bn yang dijemput membentuk kerajaan, dan selanjutnya berjaya meminta STAR untuk bekerjasama.

Kerana kerjasama itu, maka pada 10 Mei Kerajaan Sabah dibentuk diteruskan dengan angkat sumpah Ketua Menteri dan kabinet.

Namun tindakan tikam belakang daripada UPKO dan 4 ADUN Umno selepas kerajaan baru Sabah dibentuk, menyebabkan kemelut dua Ketua Menteri Sabah. Pada 26 Oktober, Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu, akan membuat keputusan berkaitan tindakan tidak bermoral yang menyebabkan perlantikan Ketua Menteri ke-2 kurang daripada 48 jam pada malam 12 Mei, 2018.

15 October 2018

11 HARI LAGI- KEPUTUSAN KEMELUT KETUA MENTERI SABAH

11 hari lagi, Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu akan memutuskan kemelut Ketua Menteri Sabah.

Pada 24 Ogos lalu, Mahkamah Tinggi menolak permohonan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal membatalkan saman Tan Sri Musa Aman yang mempertikaikan perlantikan beliau sebagai Ketua Menteri Sabah yang sah.

Mahkamah turut menolak satu lagi permohonan Shafie untuk membatalkan saman yang difailkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Tamparuli, Datuk Jahid Jahim.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Yew Jen Kie yang berada di Kuching menyampaikan keputusan beliau melalui “teleconference” bahawa:

“Selepas melihat afidavit dan hujah daripada pihak yang terlibat saya berpuas hati bahawa pihak Plaintif telah menimbulkan Persoalan Undang-Undang yang memerlukan pertimbangan yang menyeluruh. Oleh itu tidaklah sesuai bagi saman itu dibatalkan secara ringkas.

Untuk itu, Yew mengarah pihak Plaintif (Musa) untuk memfail hujah pada 14 Sep, manakala Defenden pula pada 28 Sep. Plaintif boleh menfail jawapan pada 5 Okt sebelum beliau membuat keputusan pada 26 Okt.

Dilaporkan saman meminta deklarasi Mahkamah beliau sebagai Ketua Menteri Sabah yang sah telah difailkan oleh Musa pada 6 Jun. Dalam saman itu, Musa menamakan Juhar sebagai defenden pertama dan Shafie sebagai defenden kedua.

Berikutan itu, Shafie yang juga Presiden Parti Warisan Sabah membalas saman Musa dengan memfailkan permohonan pembatalan saman Musa pada 28 Jun.

Beliau menyatakan saman terhadapnya oleh Musa harus dibatalkan kerana antaranya tidak mempunyai sebarang asas dan menyalahgunakan proses Mahkamah.

Sementara itu, Jahid dalam saman beliau yang juga akan diputuskan oleh Mahkamah Tinggi pada 26 Okt telah menamakan Shafie, Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Syed Abas Syed Ali dan Setiausaha Dewan Undangan Negeri, Datuk Bernard Dalinting masing-masing sebagai defenden pertama, kedua dan ketiga.

26 Oktober, akan menjadi titik sejarah Sabah, kerana akan melihat di mana kedudukan Perlembagaan Negeri. Namun berasaskan pendapat mereka yang mahir berkenaan Perlembagaan Negeri, Hakim tiada pilihan selain mengikut apa kandungan Perlembagaan.

11 October 2018

RAKYAT MEE SEGERA SABAH

Kerajaan sementara Sabah akan terus melaksanakan pendaftaran lewat bagi penduduk yang tiada dokumen.

Sabah sejak tahun 70-an dikerumuni oleh rakyat jiran khususnya daripada Filipina dan Indonesia. Faktor mereka itu datang, kerana soal-soal ekonomi disamping lari daripada perang saudara di selatan Filipina.

Kini (tahun 2018), penduduk Sabah menurut Jabatan Statistik seramai 3.900,000 jiwa, yang mana 2,741,700 jiwa adalah warganegara dan 1,158,300 adalah warga asing.

Pada PRU-14, daripada 2,741,700 jiwa rakyat Sabah, 1,104,000 adalah pengundi berdaftar atau 40.27%.

Menurut Jabatan Statistik kategori warga asing yang berada di Sabah terbahagi kepada 3, iaitu warga asing dengan dokumen yang sah, warga asing tanpa dokumen dan warga asing di bawah pengurusan Jawatankuasa Pengurusan Rakyat Asing Sabah (PJPRAS)

Akan diketahui pada tahun 2020, berapa jumlah rakyat sebenar Sabah? Jika jumlah penduduk Sabah melebihi 2,852,465 jiwa, maka lebihan itu adalah rakyat mee segera Sabah.

Untuk sementara, memang tiada data rasmi pecahan warga asing yang termasuk dalam kategori tanpa dokumen dan PJPRAS. Mungkin atas tindakan agresif Parti Warisan Sabah mendaftar mereka ini, akan diketahui jumlah sebenar.

2 October 2018

SEJAUH MANA SHAFIE DAPAT SOKONGAN KDM?

Datuk Shafie Apdal, kena mengambil iktibar, pada PRU-14, bahawa beliau dan parti Warisan Sabah tidak mendapat sokongan KDM.

Daripada 21 kerusi yang dimenangi PWS, hanya 3 kawasan KDM, iaitu Moyog, Liawan dan Melalap,

Walaupun beliau dan parti beliau selepas PRU-14 mendapat sokongan 4 ADUN UPKO, bukan bermakna, kawasan itu dapat dipertahankan semula.

Isu yang paling muktabar kepada KDM adalah berkaitan PATI/PTI, sebab itu calon-calon KDM daripada BN menang banyak kerusi, ekoran tindakan penubuhan RCI PATI Sabah. Tindakan Kerajaan Bn selepas keputusan RCI itu adalah MEMBURU, MENANGKAP, MENGHANTAR PULANG PATI, adalah pendorong kepada kaum itu berpihak kepada Bn.

Kemenangan PWS di Moyog, bukan kerana parti itu, akan tetapi lebih kepada personaliti Timbalan Presiden PWS- Darell Leiking, demikian juga Dun Liawan, kerana faktor calon Bn yang ditolak rakyat, manakala di Melalap, kerana faktor fluke shoot, kerana perbezaan undi antara calon PWS dan Bn hanya 293, lagi pun calon Bn adalah calon yang sepatutnya sudah lama bersara.

Sokongan KDM kepada Shafie pada masa ini, adalah sokongan "after thought" sokongan yang difikirkan semula, bukan sokongan orijinal.

Pada masa ini, ekoran tindakan Shafie cuba menghalalkan PTI dengan berbagai alasan, menyebabkan kaum KDM curiga kepada beliau, bahawa beliau mempunyai agenda mengubah demografi Sabah.

Penulis tidak pasti, apa kah kejadian-kejadian penempatan setinggan yang dihuni majoriti "PTI"  yang mengalami kebakaran dan kemudianya keputusan kerajaan melaksanakan pemutihan, ada hubung kait dengan mengubah demografi Sabah. Akan diketahui nanti, apa kah pertambahan rakyat Sabah melonjak dengan ketara pada sensus penduduk akan datang.

Lazimnya dalam dunia yang semakin maju ini, kadar pertambahan penduduk berkisar kepada 2% setahun, makna kata, rakyat Sabah yang berjumlah 2,741,700 tahun 2018 akan berjumlah 3,027,058 pada tahun 2024, dengan jumlah pertambahan 285,358 atau purata seramai 57,071 orang setahun.

Jika pada tahun 2024, jumlah rakyat Sabah di atas angka yang dipaparkan, maka patut dicurigai bahawa peningkatan itu kerana kehadiran PTI.

Sabah sebenarnya mengalami pertambahan penduduk luar biasa tinggi, malah mengatasi pertambahan penduduk negara-negara Afrika.

Isu PTI akan terus menghantui Shafie dan Parti Warisan Sabah, seperti mana dialami Kerajaan Bn dahulu. Sebenarnya, keadaan yang sama berlaku, sehingga timbul Ditelan Mati Emak, Diluah Mati Bapa.

1 October 2018

PBS TERUSKAN GABUNGAN BERSATU SABAH TANPA UMNO

Timbalan Presiden PBS yang juga MP Kota Marudu membuat kenyataan bahawa parti PBS akan meneruskan Gabungan Bersatu Sabah (GBS) tanpa Umno.

Beliau mengatas nama "dapatan" atau "maklum balas" akar umbi, bahawa jika gabungan itu disertai Umno, maka tidak akan pergi jauh.

Melihat kepada kenyataan itu, memang tersirat, bahawa PBS tidak minat dengan penyertaan parti yang pernah menjadi tunjang kerajaan Bn sejak tahun 1994 sehinggalah pada PRU-14.

Sejauh mana kebenaran kenyataan Maximus itu?

Penulis yakin kemyataan Maximus itu ada hubungkait rekod lama antara PBS dan Umno, kerana kehadiran Umno lah yang menyumbang kepada tumbangnya parti itu pada tahun 1994.

"Feud" lama itu dipendamkan pada tahun 2002 sehingga pada 9 Mei, 2018. Seperti yang kita ketahui PBS meninggalkan BN selepas PRU 14.

Menurut hemat penulis pula, PBS tidak akan pergi jauh, tanpa kerjasama dengan Umno. Kenapa? Umno merupakan parti yang masih mendapat sokongan kaum bumiputera islam, sesuai dengan "roh" Usno dan Tun Mustapha.

Fakta yang tidak boleh dipersoalkan adalah keputusan PRU-14, daripada 60 kawasan Dun, PBS hanya ada tiga calon termasuk dalam rangking 60 dari segi jumlah undi calon , walaupun menang 6 kerusi, berbanding UPKO yang menempatkan 6 calon walaupun hanya menang 5 kerusi Dun.

Jika dilihat calon popular bagi kelompok 20 ke atas, tiada calon PBS yang tersenarai berbanding UPKO 2. Kelompok 20 ke atas dikuasai DAP-5, PWS-6, Umno-5, dan PKR-2. Untuk rangking 1-31 pula, PWS- 11, Umno-8, DAP-6, Upko-3 PKR-2 sementara PBS-1.

Berasaskan persempadanan Dun Sabah, daripada 60 Dun, 20 adalah kawasan KDM. Ertinya, mana-mana parti berasaskan KDM bersaing merebut kawasan tersebut. Keputusan PRU-14, dimenangi parti-parti seperti berikut:- PBS-6, UPKO-5, STAR-2, PBRS-1, Umno-2 PKR-1, PWS-3. (Nota Umno dan PWS turut menang kerana dua parti itu menerima keahlian daripada KDM juga).

Bagi kawasan cina pula, DAP-6, PKR-1, PWS-3, kosong bagi PBS.

Bagi Kawasan Bumiputera islam, Umno-15 dan PWS-15.

Melihat kepada keputusan PRU-14, kenyataan Maximus, bahawa Umno Sabah tidak akan memberi sumbangan kepada gabungan, hanya bersifat andaian, kerana fakta menolaknya.

Keputusan PRU-14, parti-parti yang bersama Umno, PBS, UPKO, PBRS gagal mendapat sebarang kerusi kawasan cina, kerana parti yang diwakili kaum itu semuanya kalah.

Jika Maximus membuat kenyataan, bahawa selagi Umno, PBS dan STAR tidak mendapat sokongan parti yang diwakili kaum cina, maka parti-parti itu tidak akan pergi juah, maka penulis akur dengan kenyataan itu.

Penulis sangat yakin, apapun strategi atau cara parti-parti yang berasaskan bumiputera mencatur politik Sabah, tanpa penyertaan kaum cina, parti-parti itu sukar untuk menang dalam pilihanraya.

Rekod politik Sabah menunjukkan, setiap parti yang ditolak kaum cina tidak pernah menang dalam , pilihanraya, walaupun di atas kertas kawasan bumiputera boleh membentuk kerajaan tanpa penyertaan kaum cina. 

Bukti itu terlihat pada PRU-14, apabila Bn ditolak kaum cina, terbukti hanya menang 29 kerusi, kurang 2 kerusi untuk majoriti mudah. Demikian juga sebaliknya, parti yang disokong kaum cina, tetapi tidak mendapat sokongan penuh daripada kaum bumiputera, maka hanya menang 29 kerusi, juga dalam kedudukan yang sama dengan Bn, kurang 2 kerusi untuk membentuk kerajaan dengan majoriti mudah.

Menggunakan HIPOTISA bahawa parti-parti berasaskan bumiputera bergerak sebagai satu pasukan, namun pengundi pula tidak akan memberi sokongan, kerana terbukti sejak dahulu.

Bagi pendapat penulis, apapun cara Gabungan Bersatu Sabah bertindak, tidak akan boleh menang pilihanraya tanpa penyertaan parti cina yang disokong kaum itu, apatah lagi gabungan itu tanpa Umno Sabah. Demikian juga sebaliknya, jika Umno Sabah bergerak bersendirian tidak akan juga pergi jauh, paling-paling mencontohi keupayaan parti Usno semasa menjadi pembangkang kepada parti Berjaya dan PBS.

Melihat kepada senario politik Sabah, perkara pokok yang diutamakan, jika mahu menang pilihanraya ada bekerjasama, dan pada masa yang sama membentuk kerjasama dengan parti kaum cina. Parti kaum cina itu, perlulah baru ditubuhkan. Fikir-Fikirkan.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels