Showing posts with label Tan Sri Muhiyiddin Yassin. Show all posts
Showing posts with label Tan Sri Muhiyiddin Yassin. Show all posts

5 September 2021

JIWA BESAR TAN SRI MUHIYIDDIN YASSIN


Tan Sri Muhiyiddin Yassin memberi tauladan, seorang mantan Perdana Menteri, sanggup berkhidmat semula sebagai menteri selepas melepaskan jawatan.

Menerima jawatan Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) bertaraf menteri, memperkuat lagi pengertian tugas seseorang menteri bukan untuk mengurus manusia atau rakyat secara fizikal, akan tetapi untuk merangka, mengubal dan melaksanakan polisi dalam bidang-bidang yang difikirkan perlu oleh sesebuah negara.

Perlantikan sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) selain melaksanakan halatuju kerajaan yang berorentasikan hasil demi Keluarga Malaysia, juga berperanan seperti mana yang tanggungjawab seorang menteri.

Sebagai Pengerusi bertaraf menteri, yang menghimpunkan berbagai idea daripada anggota majlis yang dianggotai berbagai pihak termasuk pembangkang dan teknorat, maka boleh dibentangkan menerusi mesyuarat kabinet, dan seterusnya, jika cadangan-cadangan dipersetujui, maka dijadikan polisi untuk dilaksanakan.

Jika perlantikan tersebut tidak sambut positif pihak pembangkang, termasuk penganalisis politik pro mereka, mengsahkan, bahawa mereka itu, hanya tahu mengeritik, tidak dapat mengenal sebutir kebaikkan pun, tidak dapat mengenal kelebihan orang lain, kerana itu lah erti tin kosong, nyaring sahaja bunyi.

23 August 2021

PPN WARISAN KERAJAAN PN TANGANI KRISIS KESIHATAN & EKONOMI


SALAH satu nilan ambang PPN adalah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK). Bersasaskan data, PICK dilandasan betul, dan memenuhi sasaran pengwujudan imuniti kelompok.

Kejayaan hanya tertangguh, dan tiba masanya, kita semua akan merayakannya.

Jangan dengar, hujah para pemimpin yang terdesak dan kecewa, kononnya, rakyat akan mempersalahkan Perdana Menteri ke-9, jika melawan Covid-19 mengalami kegagalan.

Dalam ucapan sulung Perdana Menteri, beliau menekankan strategi melawan covid-19 menerusi PPN akan diteruskan, dan jika perlu ditambah baik.

Kejayaan PPN sudah dibuktikan di Wilayah Persekutuan Labuan, dan kini, menampakkan hasil di Lembah Klang dan Putrajaya serta Negeri Sembilan, apabila Rt sudah berada di bawah satu. Kadar kebolehjangkitan di wilayah-wilayah tersebut, kerana peratusan PICK di atas 70% vaksin lengkap.

Selagi PICK berjalan lancar, dan rakyat yang anti vaksin, bersedia menerima vaksin, maka kemenangan akan tiba jua akhirnya.

Melawan virus pembunuh ini, hanya menerusi pemvaksinan seluruh penduduk yang layak. Kerana menerusi cara itu sahaja, setiap rakyat selamat kerana dilindungi. Tiada seorang pun selamat, melainkan semua mesti selamat.

Apabila rakyat selamat, maka aktiviti ekonomi akan kembali normal. Dan tidak ketinggalan aktiviti sosial juga akan berjalan seperti biasa.

Walaupun secara umumnya, PICK berada pada landasan betul, akan tetapi, ada juga negeri-negeri yang masih ketinggalan. Negeri Sabah misalnya masih tercorot, apabila 51.7% penduduk menerima dos 1, manakala 29.3% penduduk lengkap 2 dos.

Sabah, telah lebih seminggu terdapatnya jangkitan harian konsisten 4 digit, menghampiri 3,000.

Memandangkan keluasan negeri, maka kepadatan penduduk, bukan isu, tetapi, jangkitan tinggi, ertinya, virus benar-benar berada di tengah-tengah komuniti.

Di lokaliti penulis, sudah dua kali diadakan PKPD, namun, jangkitan jika berpandukan hotspot MySejahtera, masih berlegar-legar pada 2 digit. Dalam radius 1 km, tiada kawasan yang selamat, kerana kebanyakkan kawasan ada jangkitan 3 digit.

16 August 2021

BERAKHIRNYA KERAJAAN ABAH


SEBUAH kerajaan prihatin rakyat, akhirnya berakhir pada 16 Ogos, 2021, 15 hari sebelum sambutan Hari Kemerdekaan.

Tumbang bukan kerana apa, kerana perbuatan kawan-kawan yang mengutamakan kepentingan peribadi.

Jika memetik ucapan Tan Sri Muhiyiddin Yassin semasa mengumumkan perletakan jawatan, mengakui, kerana beliau enggan mengorbankan prinsip, adalah punca tumbangnya kerajaan prihatin rakyat.

Malang sungguh nasib rakyat negara ini, kerana perbuatan segelintir ahli parlimen, sebuah kerajaan peduli rakyat terpaksa mengalah, kerana memenuhi sistem demokrasi.

Nasib rakyat yang disandarkan pada 220 individu, yang asalnya rakyat biasa juga, tetapi diletakkan sebagai ahli parlimen, bagi membela 32 juta orang, apabila berbalah, bukan kerana kepentingan rakyat, akan tetapi peribadi, maka 99 peratus rakyat menjadi mangsa.

Punca tumbangnya kerajaan Abah, hanya kerana angkara 15 individu, manakala 105 lagi bertempik dan bersorak memberi dokongan dan sokongan.

Kini, walaupun Abah dan kerajaan beliau tumbang, akan tetapi masih diberi tanggungjawab dan amanah sebagai caretaker Prime Minister, sehingga seorang dilantik sebagai Perdana Menteri yang baharu.

Mungkin sekarang 120 ahli parlimen tersebut, bukan sahaja puas, akan tetapi telah klimaks, dan kerana itu, tiba-tiba kerancakkan membidas, mengertik, mendesak, dan 1001 macam tohmahan dan dakwaan, senyap. Tetapi, di laman FB Tan Sri Muhiyiddin, dipenuhi luahan neitizen yang merasa sedih, dan ramai yang menangis, kerana Abah, bukan lagi Perdana Menteri.

Rupanya, panggilan Abah itu, bukan atas nama sahaja, akan tetapi telah meresap di jiwa rakyat yang benar-benar terasa, keprihatian Abah dan kabinet beliau, selama 17 bulan.

Tidak mudah mendapat pengiktirafan sedemikian tinggi daripada rakyat jelata, apa tah lagi dalam tempoh Abah sebagai Perdana Menteri, rakyat melalui bukan sekali PKP, akan tetapi 3 PKP, dan termasuk yang terakhir Total Lockdown. Rakyat terkurung begitu lama, ramai rakyat kehilangan pekerjaan,ramai rakyat kehilangan keluarga tercinta, tetapi sungguh diluar dugaan, apabila pemimpin yang terlibat sama mengharungi masa-masa sedemikian, bukan disambut dengan kegembiran akan tetapi kesedihan yang amat mendalam, apabila pemimpin yang dipanggil Abah, terpaksa melepaskan jawatan.

PARLIMEN BUBAR SATU OPTION TAN SRI MUHIYIDDIN YASSIN


SEMENTARA semua pihak tertumpu pada kemungkinan Tan Sri Muhiyiddin Yassin menyerahkan surat perletakan jawatan pada YDPA tengah hari ini, di Istana pula berlaku majlis menghadap Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR).

Pada kelazimannya, di masa lalu, jika ini berlaku, maka sebagai petanda adanya pilihan raya.

Memang semua pihak memandang, kerana covid-19 belum mereda, maka tidak kondusif untuk mengadakan pilihan raya. Akan tetapi, tidak menutup kemungkinan itu, asalkan,SPR mempunyai kesanggupan melaksanakannya dengan SOP khusus untuk itu.

Berbeza dengan PRN-16 Sabah atau pilihan raya di negara luar yang dilaksanakan sebelum ini, kerana belum adanya vaksinasi, maka pilihan raya telah menyebabkan peningkatan jangkitan.

Jika PRU-15 dilakasanakan pada awal November, 2021, lebih separuh rakyat telah menerima vaksin, keadaan tersebut memungkinkan diadakan pilihan raya.

Kemelut politik yang ada, tidak akan selesai menerusi pertukaran Perdana Menteri, atau pertukaran kerajaan, atau bentuk kerajaan apapun. 

Jika kerajaan yang mengambil alih, kononnya untuk menangani krisis kesihatan dan ekonomi, tidak akan mampu berbuat banyak, kerana metodolgi yang bakal digunakan adalah sama.

Telah pun ditemui ramuan jalan keluar daripada krisis kesihatan dan ekonomi, iaitu menerusi Pelan Pemulihan Negara (PPN). Hanya melalui PPN sahaja jalan keluar dapat direalisasikan, bukannya, dalam bentuk lain, atau bergantung siapa Perdana Menteri.

Berasaskan pada keadaan ini, option parlimen bubar, untuk membolehkan mandat dikembalikan pada rakyat, adalah option sebaik-baiknya.

15 August 2021

TAN SRI MUHIYIDDIN YASSIN AKAN DIKENANG SEBAGAI ABAH PRIHATIN


SEANDAINYA, rakyat boleh mempertahankan Tan Sri Muhiyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri, diyakni lebih separuh rakyat negara akan bangun mempertahankan beliau.

Abah terpaksa mengalah pada sistem demokrasi yang digunapakai, iaitu siapa yang paling banyak kerusi parlimen, maka pemimpin itu lah yang dikira mendapat sokongan.

Pun demikian, walaupun hanya 17 bulan sebagai Perdana Menteri, akan tetapi sumbangan beliau pada rakyat, bagaikan setengah abad.

Ditakdirkan Abah menjadi ketua kerajaan, dikala rakyat mendapat musibah besar yang tiada tolok bandingnya. Bencana yang tidak memberi ruang sedikit sudut di dunia ini, semuanya dilanda tanpa segan-silu termasuk mengambil nyawa.

Abah, sebagai seorang ketua keluarga, faham dan megerti kesusahan, keperitan, bertindak sebaik mungkin, memastikan, sekurang-kurangnya makanan atas meja setiap warga tersedia.

Kita semua maklum, sebaik sahaja Abah dilantik sebagai Perdana Menteri sehingga di saat akhir beliau sebagai ketua kerajaan, masih ingat dengan tanggungjawab, kerana masih dapat mengeluarkan keputusan berkaitan perlongaran SOP, semata-mata untuk memudahkan rakyat jelata.

Semua tindakan beliau bersama kerajaan dan anggota kabinet yang beliau pimpin, boleh digoogle atau melayari laman-laman sesawang, mana-mana kementerian, jabatan-jabatan kerajaan atau agensi kerajaan, telah tersenari 1001 perkara yang keseluruhannya untuk kepentingan rakyat dan negara.

Tidak cukup dengan itu, bacaan doa beliau memohoan ke hadrat Allah SWT, agar semua rakyat terhindar daripada malapetaka covid-19, tiap hari berkumandang dicorong-corong radio.

Belum pernah, berlaku, di negara ini, bacaan doa seorang Perdana Menteri sentiasa diulang-ulang, selama 17 bulan.

Apa pun kesudahannya, Abah, akan terus terpahat di hati rakyat dengan segala kebaikanya.

Benar lah kata pujanga, kenangan itu cukup tinggi nilainya.

DI SEBALIK PENOLAKAN TAWARAN RENTAS PARTI MUHIYIDDIN


INTIPATI penolakan tawaran rentas parti Muhiyiddin bukan kerana reformasi institusi disyorkan itu tidak menarik tapi yang lebih menarik ialah untuk melihat beliau jatuh dan mengambil alih kerajaan.

Tujuh perkara yang ditawarkan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan kerajaan Perikatan Nasional (PN) kepada parti-parti politik luar PN satu bentuk kerjasama merentas parti bukan sahaja sesuatu yang luar biasa malah belum pernah terjadi dalam sejarah politik Malaysia.

Luar biasa kerana ia penuh dengan elemen reformasi institusi yang sebelum ini gagal dilakukan bukan sahaja oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) malah oleh Barisan Nasional (BN) sekali pun.

Sebaliknya tawaran ini dilontarkan oleh Muhyiddin dan kerajaan pimpinannya.

Walaupun ramai yang memberi reaksi tawaran ini datang terlalu lewat iaitu ketika Muhyiddin sudah berada dalam kedudukan yang sangat terdesak malah ada yang menganggapnya sebagai satu bentuk rasuah, hakikat bahawa ia adalah satu tawaran untuk sama-sama melakukan reformasi institusi ke arah demokrasi yang lebih baik dan pembaharuan politik yang lebih mantap tidak harus dipandang ringan oleh sesiapapun.

Maka apa yang disarankan oleh Bersih 2.0 iaitu tawaran itu perlu disambut PH dan lain-lain parti pembangkang dengan tawaran reformasi institusi yang lebih komprehensif dan pakej yang lebih kuat adalah tepat.

Reformasi politik yang paling menonjol dalam tawaran Muhyiddin ialah keazaman untuk memperkenalkan undang-undang anti lompat parti yang sebelum ini membuka kepada apa yang dipanggil sebagai kerajaan pintu belakang.

Masalah paling besar yang menghantui kita semua ialah kerajaan pintu belakang ini dibenarkan oleh undang-undang.

Undang-undang dan peruntukan sedia ada sekarang menghalalkan pembentukan kerajaan pintu belakang kerana ia tidak menghalang ahli-ahli Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri daripada melompat dan menyokong parti lain selepas menang pilihan raya.

Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Lim Guan Eng dan Mohamad Sabu semua sedia maklum akan hakikat ini, tetapi mereka tetap melaungkan dan melabelkan kerajaan PN sebagai kerajaan pintu belakang.

Nampak sangat ia semua adalah retorik politik semata-mata. Jika mereka benar-benar ikhlas mahu melihat kewujudan dan pembentukan kerajaan pintu belakang dihentikan, maka mereka patut menyambut dan menyokong apa yang ditawarkan oleh Muhyiddin.

Ini kerana untuk melakukan pindaan ke atas perlembagaan bagi menghalang wakil-wakil rakyat melompat memerlukan sokongan dua pertiga di dalam dewan.

Jika semua orang bersungguh-sungguh mahu menghentikan tindak-tanduk politik tidak bermoral seperti ini daripada berterusan, mereka wajib menyahut seruan ini dan bersama-sama berganding usaha untuk melakukan reformasi.

Sesungguhnya keberanian Muhyiddin melontarkan idea dan tawaran ini secara realistik dan bersungguh-sungguh, tidak kisahlah sama ada ia ikhlas atau tidak ataupun dalam situasi sudah terlambat, harus dipuji dan diberi tabik hormat.

Setidak-tidaknya beliau memiliki keazaman untuk melakukannya dan menyuarakan kesungguhan tersebut berbanding yang lain walaupun kerajaan pimpinannya dibentuk melalui proses pintu belakang.

Adalah lebih kelihatan ikhlas untuk berani berbuat demikian berbanding dengan yang hanya pandai bercakap, akan tetapi apabila ruang terkuak berbagai dalih dipilih.

Untuk itu, Muhyiddin harus diberi kredit kerana berani bersuara dan mengajak semua parti bersama-samanya dalam melakukan perubahan. Malangnya usahanya itu telah ‘ditembak’ dengan serta merta oleh semua pihak di luar PN.

Pun demikian, yang menariknya ada juga dari kalangan PH - dalam konteks ini bekas Setiausaha Politik Menteri Kewangan (Lim Guan Eng), Tony Phua dan Ahli Parlimen Bangi, Dr Ong Kian Ming yang berani untuk melawan arus dengan berkata, sekurang-kurangnya dengarlah dahulu apa yang ingin diperkatakan oleh Muhyiddin kerana apa yang ditawarkannya adalah suatu bentuk reformasi institusi yang besar dan selama ini pun diperjuangkan oleh PH. 

KEMELUT POLITIK PERSEKUTUAN- APA PENGAKHIRAN?


DIKHABARKAN, Pakatan Harapan, dan parti pembangkang kecil yang lain, sedang mencatur bagai mana menambah jumlah kerusi daripada 105 kepada 111, untuk memaksa Perdana Menteri meletakkan jawatan.

Sehingga kini, tiada pihak yang dapat membuktikan mempunyai sokongan majoriti mudah, termasuk lah kerajaan.

Kerajaan yang mempunyai sokongan 115 kerusi, hanya berbaki 100, apabila 15 ahli parlimen yang diketuai Presiden Umno menarik diri.

Kesimpangsiuran kedudukan politik, hanya kerana kumpulan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak memberi ketetapan, pihak mana sokongan diberi. 

Setakat ini, maksud penarikan sokongan kumpulan tersebut, hanya menjatuhkan Perdana Menteri dan kerajaan.

Sejak petang Sabtu, berlegar-legar cerita, pada Isnin ini, PM dikatakan akan menghadap Agong. 

Setakat ini, belum ada pengesahan daripada mana-mana pihak berkaitan khabar angin tersebut.

Kemelut politik yang disengajakan, sedangkan rakyat sedang berhadapan dengan krisis kesihatan dan krisis ekonomi, impak daripada pandemik Covid-19.

Walaupun, ancaman pandemik ini belum mereda, akan tetapi laporan yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia bahawa kemasukan ke hospital dan ICU, semakin berkurangan, kerana  hasil program vaksinasi, pun demikian, jumlah jangkitan harian kekal 5 angka, dan kematian harian pada paras 3 angka.

Sungguh mengecewakan, pemimpin yang diharapkan membela rakyat dikala susah dan apa tah lagi dilanda bencana, sanggup mencetuskan ketidak stabilan politik, sehinggakan kerajaan yang pernah disokong dan turut sama menubuhkan, sanggup dikorbankan, hanya kerana menenuhi agenda peribadi, dendam dan cemburu.

Apa kah pengakhiran kemelut ini? Apa kah akan berlaku PRU-15 mengejut? atau kah PM kekal kerana gagalnya USUL PERCAYA? atau kah Datuk Seri Anwar Ibrahim berjaya mendapat sokongan majoriti? atau akan ada bentuk pemerintahan lain yang ditentukan Agong?  

Setakat ini, tidak jelas kesudahan kemelut di peringkat Persekutuan ini.

Dalam keadaan yang tidak menentu ini, rakyat hanya dapat menghitung jangkitan covid-19, hanya dapat mengucapkan simpati pada keluarga yang kehilangan keluarga, selain duduk di rumah, kerana mematuhi SOP KKM, agar tidak menjadi mangsa virus corona,khususnya varian delta, atau mungkin varian lamda.

Sememangnya, Kerajaan sudah menemukan ramuan jalan keluar dari krisis kesihatan dan ekonomi ini, menerusi Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang mengandungi 4 fasa yang dinilai melalui nilai ambang yang telah ditetapkan.

Keberkesanan PPN ini, telah dibuktikan di WP Labuan, apabila pada Sabtu mencatit sifar jangkitan.

Sayang sekali, pokok yang ditanam sudah membuahkan hasil, akan tetapi yang menanam, terkorban kerana dipancung oleh kawan sepermainan.

Malang sungguh nasib PM dan Kerajaan PN yang beliau terajui, terpaksa mengharungi kemelut yang tidak perlu.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels