Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata
laporan Ketua Audit Negara yang memuji peningkatan hasil negeri yang
ditadbir Pakatan Rakyat membuktikan kerajaan tidak ada "niat jahat"
untuk menyembunyikan fakta dalam laporan tersebut.
"Kalau kita nak menyembunyikan fakta, kita sepatutnya mencari jalan untuk menutup pujian (Ketua) Audit Negara yang diberikan kepada Pakatan. Itu sahaja (sudah) membuktikan kita tidak ada niat (jahat).
"Ini membuktikan ada negeri Pakatan yang bagus dan ada negeri yang diperintah BN yang bagus... Mana yang bagus kita mengucapkan tahniah," katanya dalam satu sidang media di bangunan Parlimen hari ini.
Beliau menjawab soalan pemberita berhubung laporan audit negara yang dibentang hari ini memuji kenaikan hasil di negeri yang ditadbirkan Pakatan Rakyat.
Nazri juga berkata kenaikan hasil kerajaan merupakan hasil usaha yang dilakukan agensi badan kerajaan termasuk pihak kastam dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
"Sejambak bunga kita boleh berikan (kepada mereka), bukan kepada menteri-menteri kerana yang buat kerja adalah mereka semua (badan kerajaan)," katanya Nazri.
MP Padang Rengas itu berkata tujuan laporan itu dibentangkan hari ini – selepas dua minggu Bajet 2013 dibentangkan – untuk membolehkan ahli parlimen memfokuskan kepada perbahasan bajet terlebih dahulu.
Ahli dewan juga mempunyai masa seminggu untuk meneliti laporan tersebut memandangkan minggu ini adalah minggu para menteri menggulung perbahasan, katanya.
"Sebab itulah kita mengeluarkan laporan audit hari ini. Itulah alasan kita. Kalau dituduh hendak menyembunyikan sesuatu, lebih baik tak usah bentang langsung.
"Tapi akhirnya kita bentangkan juga... kerana alasan tadi. Dan ia tidak menyalahi apa-apa peraturan Dewan Rakyat," katanya.
Ditanya mengenai dakwaan ahli parlimen Indera Mahkota Azan Ismail bahawa laporan audit itu disaring sebelum dibentangkan, Nazri berkata dakwaan tersebut "tidak berasas".
"Dalam pengurusan kewangan negara, tidak ada kemampuan bagi kita untuk menyembuyikan apa-apa kerana rakyat sekarang sudah canggih.
"Saya kira dia cakap demikian kerana saya kira, kalau dia dalam kerajaan, dia nak buat macam tu kot?... Jadi orang yang jahat sahaja memikir perkara yang jahat," katanya.
Sehubungan itu, perkara tersebut "tidak perlu diambil berat" memandangkan dakwaan itu dibuat tanpa bukti kukuh.