Showing posts with label Tentara Sulu. Show all posts
Showing posts with label Tentara Sulu. Show all posts

13 March 2013

Krisis Lahad Datu: Pandangan Pemimpin Cina terhadap Anwar

He NEVER come, NEVER offer words of comfort but he is busy singing - "Sabah Dah Goyang Sabah Dah Hilang." How cruel!!!! We Sabahan must tell Anwar that Sabah 'Tak Akan Hilang' - LONG LIVE SABAH. Dipetik daripada Wall FB- Datuk Liew Vui Keong-Presiden LDP- parti kaum cina Sabah.

Jika kenyataan di atas ditelaah dengan lapang dada, jelas Anwar Ibrahim seseorang yang tiada perasaan, kerana Krisis Lahad Datu mengorbankan kaumnya sendirinya yakni melayu, kecuali seorang bumiputera daripada Sarawak.

Anwar tiada simpati langsung, bukan sahaja kepada perwira yang gugur, akan tetapi kepada keluarga yang ditinggalkan.

Malah rakan-rakan Anwar seperti Tian Chua, menuduh krisis Lahad Datu merupakan satu sandiwara. Kini, pula pembangkang mengutuk pasukan keselamatan sebagai kurang risikan taktikal, sehingga menyebabkan krisis Lahad Datu berlanjuatan sehingga sebulan.

Dakwaan demi dakwaan kepada pasukan keselamatan, sehingga ada memperlekeh tahap risikan mereka. Pembangkang mempersoalkan mengapa krisis Lahad Datu berlaku.

Perlu diingat, kerbau seribu mudah dikawal, manusia seorang sungguh sukar. Ini yang berlaku di Lahad Datu. Pengganas tidak datang berkumpulan. Mereka datang berperingkat. Mereka datang dengan orang-orang tua termasuk wanita dan kanak-kanak. Mereka datang tidak bersenjata. Mereka datang menyamar seperti merka yang benar-benar susah, tidak berkeupayaan.

Satu perkara, pengganas tidak mungkin termampu menjalankan tindakan pencerobohan tanpa dalang. Seperti kata Presiden Filipina, individu yang dikatakan punca daripada pencerobohan Lahad Datu adalah seorang yang papa kedana.

Seorang yang papa kedana mampu menyediakan persenjataan yang canggih yang sudah tentu berharga ratusan ribu. Pengganas mampu membeli rumah sebagai sarang di Kg Sri Jaya Simunul, Semporna, bukan sebuah tetapi 9 buah, pembelian secara tunai pula tu.

Kalau tiada dalang, tidak mungkin, Agbimuddin dapat bertahan lebih seminggu daripada gempuran pasukan keselamatan. Sudah tentu orang yang paling dikehendaki itu mempunyai jalinan dengan penduduk tempatan, sehingga memudahkan dia mengelak sebarang serbuan.

Tiada orang yang akan bersimpati tindakan seperti ini, kerana nyawa adalah taruhan, namun kerana kekuatan wang, maka seseorang itu sanggup bertindak.

Pengaruh wang, merupakan tindakan pengganas sulu berlaku. Atas sebab apa? Nothing To Lose bagi mereka. Misalnya Komonder Pangganas itu Haji Musa Abdulla hanya tinggal di sebuah gubuk buruk di Simunul Tawi-Tawi, demikian juga Jamalul Kiram III hanya tinggal disebuah rumah usang di Taguig City selatan Manila.

Demikan juga Ernesto Sambas, yang menyertai Haji Musa Abdulla ke Lahad Datu pada 9 Februari lalu, hanya mempunyai rumah usang di Tawi-Tawi.

Seperti kata pengganas, diawal perundingan dengan pihak Polis, bahawa kedatangan mereka adalah untuk memuktamadkan satu perjanjian. Perjanjian apa itu? sudah tentu berkaitan dengan wang.

Sebelum 21 Februari, apabila pengganas pada mulanya bersetuju mahu meninggalkan tanah Sabah, namun mahu berjumpa seseorang pemimpin Pembangkang berprofile tinggi; siapakah pemimpin itu? sehingga kini, belum ada pengesahan siapa pemimpin itu.

Namun, melihat kepada komen Presiden LDP itu, jelas, hingga kini, Anwar lah pemimpin yang tidak pernah mengeluarkan kata-kata mengutuk penerobohan pengganas itu. Komen Anwar hanya berkisar kepada mengutuk kerajaan dan pasukan keselamatan, dengan berbagai dakwaan.

Sesuatu yang jelas, apabila seseorang enggan mengutuk, maka seseorang itu merupakan sebahagian daripada kejadian itu. Anwar tidak selamanya mampu bertukar rupa; keggagalan mengutuk pengganas sulu, adalah salah satu kegagalan itu.

15 February 2013

Mudahnya Pencoroboh masuk ke Sabah

Lebih 100 lelaki warga asing dipercayai dari selatan Filipina yang berpakaian ala tentera dan sebahagiannya dipercayai bersenjata api berjaya dikesan menyeludup masuk dan menceroboh ke Lahad Datu, Sabah pada Selasa lalu.

Bagaimanapun keadaan di sana ketika ini terkawal dan pihak keselamatan negara yang terdiri pasukan tentera dan polis, termasuk dari unit komando sedang memantau situasi tersebut bagi mengelakkan sebarang insiden yang tidak diingini berlaku.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dalam kenyataan tiga perenggannya pada malam Rabu bagaimanapun meminta orang ramai supaya tidak bimbang dengan insiden tersebut.

Menurutnya, insiden yang berlaku disebabkan masalah yang berlaku di selatan Filipina.

Beliau berkata pihak keselamatan telah mengambil tindakan mengepung kawasan tersebut dan mengarahkan kumpulan tersebut meletak senjata serta menyerah diri.

“Keadaan ini adalah terkawal dan orang ramai tidak perlu bimbang,” kata Ismail.

Menurut sumber polis, kumpulan ini dikatakan telah mendarat di persisiran pantai Lahad Datu dengan menaiki bot pancung.

Pada mulanya pihak berkuasa keselamatan tidak dapat mengesahkan tujuan kumpulan itu sama ada merancang untuk melakukan aktiviti keganasan di bandar berkenaan.

Berikut adalah punca sebenar pencerobohan tentera Filipina Di Lahad Datu Sabah. Ada juga yang anggap kumpulan itu adalah Abu Sayyaf. Berdasarkan laporan media rasmi, satu kumpulan ini mendakwa mahu mengembalikan semula tuntutan Filipina ke atas Sabah. Untuk info terkini, kumpulan bersenjata ala tentera itu mendakwa mereka adalah Tentera Diraja Kesultanan Sulu.

Menurut laporan, kumpulan lelaki bersenjata terbabit yang menaiki beberapa bot kecil telah mendarat di Lahad Datu, Selasa lalu dan kini sedang berdepan secara ketenteraan dengan pasukan keselamatan negara.

Laporan mengatakan bahawa kesemua lelaki berkenaan adalah warga Filipina, namun ia belum dapat disahkan secara rasmi. Sumber berkenaan yang ditanya jika beliau pernah mendengar nama pasukan tentera seperti itu sebelum ini sebaliknya berkata, matlamat kumpulan itu adalah untuk menjadikan Sabah sebahagian daripada Kesultanan Sulu.

Sementara itu, Jabatan Hal Ehwal Luar di Manila berkata, mereka masih tidak dapat mengesahkan jika 100 lelaki yang kini di Malaysia memang rakyat Filipina.

Menurut jurucakap hal ehwal luar, Raul Hernandez, Filipina menjalankan siasatan sendiri dalam kejadian itu. Terdahulu, terdapat juga laporan bahawa kumpulan lelaki bersenjata berkenaan adalah ahli kumpulan Abu Sayyaf yang berpusat di Sulu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata polis telah mengenal pasti kumpulan warga Filipina yang mendarat di persisir pantai Lahad Datu, Sabah sebagai pewaris berketurunan 'Raja Sulu' dari Selatan Filipina.

Beliau berkata kumpulan terbabit menuntut mereka dikenali sebagai Askar Diraja Kesultanan Sulu dan mereka tidak mahu rakyatnya berketurunan Sulu dihantar pulang ke negara asal.

"Kita telah hantar pasukan untuk berunding dengan mereka dan perbincangan berjalan baik dan kita beritahu mereka bahawa mereka kena tinggal (Sabah) secara baik dan kita tidak mahu apa-apa keadaan yang boleh menggugatkan keselamatan rakyat di negeri ini," katanya pada sidang akhbar di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu di sini, Khamis.

Ismail berkata kumpulan itu yang kini berada di Kampung Tandau, Labian di Lahad Datu memberi jaminan akan meninggalkan tempat itu (Sabah) secepat mungkin dengan syarat tuntutan mereka dipenuhi.

Beliau berharap anggota kumpulan berkenaan akan meninggalkan negeri ini secepat mungkin dan menegaskan tuntutan seharusnya dibuat secara diplomatik, bukan secara mengejut seperti yang dilakukan itu.

"Kita lihat perbincangan dalam keadaan terkawal dan pasukan keselamatan telah mengambil tindakan awal dengan mengepung kampung itu sejak semalam dan saya percaya perkara ini dapat diselesaikan secara baik dalam masa terdekat," katanya.

Beliau berkata pihaknya mengganggarkan kumpulan itu melebihi 100 orang dan tidak menolak kemungkinan mereka bersenjata, namun demikian polis mengambil pendekatan 'berhati-hati' bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

"Setakat ini keadaan tidak tegang dan mereka kelihatan berkelakuan baik. Kita percaya kumpulan itu mempunyai sahabat di kampung itu tetapi tidak mempunyai rumah di situ. Mereka pergi duduk di surau dan menumpang rumah-rumah di kampung," katanya sambil menambah kumpulan itu tidak mahu dikaitkan dengan mana-mana kumpulan militan di Filipina.

Pada peringkat ini, katanya, rundingan sedang berjalan dan beliau menasihati penduduk di sekitar Lahad Datu supaya tidak percaya pada khabar angin.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels