Showing posts with label mca. Show all posts
Showing posts with label mca. Show all posts

20 November 2009

Nizar News: Biarkan MCA Bangkit Sendiri

Biarkan MCA bangkit sendiri. MCA bergoncang akibat pemecatan Timbalan Presdiennya Dr Chua Loi Lek. Ekoran pemecatan tersebut, MCA terbagi dua, ada yang mahu separuh mempertahankan Dr Chua. Kerana itulah, EGM triple 10 diadakan pada 10:10: jam 10 yang lalu.

Keputusan EGM tersebut; ternyata perwakilan MCA menolak kepimpinan presiden dan timbalannya sekaligus. Namun kerana perlembagaan parti mengatakan presiden hanya boleh dipecat jika 2/3 perwakilan mengundi bersetuju.

Ekoran EGM itu juga, cc pusat membuat perlantikan blunder! CC melantik Liow Tiong Lai sebagai Timbalan presdien. Nah! kerana perlantikan tersebut, krisis bukan dapat diredahkan malah bertambah kecoh.

Lilow yang pada awalnya sekem dengan Ong akhirnya Broke the range, menjadi penentang, kerana hendak mempertahankan jawatan, dan mungkin mahu jawatan presdien.

Perkembangan mutakhir MCA yang semakin bergolak ini menyebabkan DS Najib mengumumkan ingin campurtangan meredahkan krisis komponen ke-2 terbesar BN tersebut.

Akan redahkan krisis MCA selama-lamanya setelah campur tangan DS Najib? mungkin berjaya; akan tetapi keredahan yang sementara. Adalah lebih baik... BIARKAN MCA BANGKIT SENDIRI.

Dalam perkembangan lain Kira-kira 60 ahli MCA hari ini berkumpul di ibupejabat MCA di Jalan Ampang, Kuala Lumpur kerana membantah kepimpinan Datuk Seri Ong Tee Keat.

Mereka yang dipercayai ahli-ahli yang bersimpati dengan naib presiden Datuk Seri Liow Tiong Lai, mendakwa pelan damai telah menjejaskan proses demokrasi dalam parti itu.

Kumpulan itu, yang sebahagian besarnya memakai baju berwarna hitam, memulakan bantahan pada jam 7.30 malam dengan berdoa untuk parti.

Mereka kemudiannya menyanyi lagu Negaraku, diikuti dengan bacaan ikrar parti untuk menyatakan taat setia mereka kepada parti.

Pada jam 8 malam, mereka mengadakan bantahan sambil duduk di pintu masuk bangunan MCA.

Wakil-wakil mereka kemudian menyampaikan ucapan yang menggesa supaya parti diselamatkan daripada pelan damai yang dicadangkan oleh Ong dan timbalannya, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.

Kumpulan itu kemudian bersurai pada kira-kira jam 8.17 malam.

Kehadiran kumpulan itu dipantau oleh kira-kira 30 anggota polis, yang sebelum itu, meminta mereka supaya menyelesaikan perhimpunan tersebut pada jam 8.20 malam.Polis turut merampas dua kain rentang yang cuba dinaikkan oleh kumpulan tersebut.

Kain rentang itu menunjukkan gambar Ong dan Chua, sambil mengkritik mereka kerana membuat keputusan sendiri mengenai urusan parti tanpa menghiraukan ahli parti.

18 November 2009

Nizar News: MCA Tolak EGM: Liow Tiong Lai Tinggal Keseorangan

Jawatankuasa pusat (CC) MCA - selepas mengadakan undian - menolak mesyuarat agung luar biasa (EGM) 28 November, manakala sembilan penyokong Datuk Seri Liow Tiong Lai digugur daripada majlis presiden. Jawatankuasa itu memutuskan EGM yang dicadangkan itu, dan resolusinya untuk mengadakan pemilihan baru parti adalah cacat dan bercanggah dengan perlembagaan parti.

Keputusan untuk menolak EGM itu dibuat selepas undian dijalankan di mana 23 anggota CC menolak EGM itu, 10 menyokong dan dua berkecuali.

Cadangan untuk mengadakan EGM itu dibuat oleh kumpulan yang menyokong Datuk Seri Liow Tiong lai. Mereka menentang pelan damai Ong dan Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.

Mesyuarat CC itu juga memutuskan untuk merombak semula majlis presiden, dengan menggugurkan penyokong setia Liow - Datuk Wee Ka Siong dan ketua Wanita, Datin Paduka Chew Mei Fun.Mereka adalah antara sembilan penyokong Liow yang digugurkan daripada menganggotai majlis presiden.

Kini hanya tinggal Liow sahaja tanpa seorang pun penyokongnya, yang menganggotai majlis tersebut.

Manakala empat daripada pengganti mereka adalah terdiri daripada penyokong Ong dan Chua.

Dalam reaksinya, Liow berkata beliau kecewa dengan keputusan parti menggugurkan penyokongnya daripada menganggotai majlis presiden.

13 November 2009

Nizar News: MCA Akan Terbatal Jika Kemelut Terus Berjalan

Kemelut dalaman MCA yang kini berlarutan dibimbangi boleh menyebabkan parti itu digantung pendaftarannya, kata Ketua MCA Bahagian Tapah Datuk Seri Ong Ka Chuan.

Beliau berkata pemimpin parti sepatutnya mengambil iktibar daripada apa yang berlaku kepada Umno yang digantung pendaftarannya pada 1988.

"Kalau kita tidak selesaikan perkara ini dengan sebaik-baiknya, saya bimbang MCA bukan saja menghadapi masalah keyakinan daripada rakyat, malah mungkin kita (MCA) juga akan menghadapi masalah teknikal sepertimana Umno telah digantung pendaftaran, kalau kita tak berhati-hati," katanya pada sidang akhbar di Lobi Parlimen di sini Khamis.

Ong yang juga bekas Setiausaha Agung MCA menasihatkan pemimpin agar melihat kembali punca masalah yang timbul dalam parti itu sebelum ia menjadi semakin rumit.

"Masalah asal adalah ada EGM (10 Oktober) dipanggil kemudian keputusan tidak dihormati, kemudian (ada) dua timbalan presiden, secara teknikal akan menjadi semakin besar, sampai satu hari apa terjadi kalau di luar kawalan sesiapa pun, maka kita mungkin hadapi masalah teknikal," katanya.

Ong berpendapat campur tangan ROS menyebabkan imej parti itu tercalar kerana ia menunjukkan pimpinan MCA tidak berupaya untuk menyelesaikan masalah itu.

Beliau menyokong cadangan 16 anggota Jawatankuasa Pusat untuk diadakan Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) pada 28 November ini sebagai jalan terbaik bagi menyelesaikan krisis dalaman parti.

Pemilihan baru dengan mengadakan EGM adalah langkah bijak dengan menyerahkan kuasa kepada 2,380 perwakilan untuk menyuarakan pendirian dan sokongan masing-masing, katanya. BERNAMA

9 November 2009

Nizar News: MCA Telahpun Ditolak Kaum Cina: Imbas Keputusan PRU-12

DS Najib tidak akan campur tangan dalam masalah dalaman MCA, kecuali beliau menerima jemputan yang jelas dari parti itu untuk berbuat demikian.

Bagaimanapun beliau menegaskan bahawa MCA seharusnya menyelesaikan masalah mereka secepat mungkin bagi memastikan ia muncul sebagai sebuah parti yang kukuh dan bersatu.

Menjawab satu soalan, beliau berkata 'pelan perpaduan lebih menyeluruh' yang sedang diusahakan dalam parti itu, dicetuskan oleh kepimpinan MCA sendiri bagi menyelesaikan masalah mereka.

"Ia bukan pelan saya, tapi ditampilkan oleh kepimpinan MCA sendiri. Mereka ada memaklumkan kepada saya mengenainya, dan saya beritahu mereka bahawa apa yang paling penting adalah saya mahukan sebuah parti MCA yang kukuh dan bersatu. Kemudian baru MCA boleh mewakili majoriti komuniti Cina," katanya.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Kongres Tahunan Parti Demokratik Liberal di 1Borneo di Kota Kinabalu hari ini.

Beliau berkata MCA tidak punyai pilihan, mereka perlu menangani masalah dalaman dengan segera kerana sekiranya ia tidak diselesaikan dalam tempoh masa tertentu, ada kemungkinan calon-calon MCA ditolak orang ramai pada pilihan raya akan datang.

Semalam Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang juga Naib Presiden Umno berkata sudah tiba masanya bagi MCA meminta Najib, yang juga pengerusi BN, untuk masuk campur dan cuba menyelesaikan masalah kepimpinan parti itu.

MCA mengadakan mesyuarat agung tergempar (EGM) pada 10 Oktober lepas dalam usaha menyelesaikan krisis kepimpinan yang dihadapinya, namun hasilnya dilihat masih belum dapat merungkai masalah yang melanda parti itu.

Ini ekoran kumpulan yang mendakwa mewakili 16 orang atau satu pertima anggota jawatankuasa pusat (CC) MCA memanggil EGM baru pada 28 November ini untuk membolehkan perwakilan memutuskan sama ada pemilihan baru MCA perlu diadakan. - Bernama

4 November 2009

Nizar News: Tun Mahathir Minta Ali MCA Sokong Ong dan Dr Chua

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata ahli MCA perlu kembali bersatu dan memberi sokongan yang padu terhadap kepimpinan presiden parti itu, Datuk Seri Ong Tee Keat dan timbalannya, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.

Menurut beliau, memandangkan kedua-dua pemimpin itu telah kembali bersama, maka pemimpin lain dan semua ahli parti harus memberikan sokongan demi kepentingan MCA. "Soi Lek dan Tee Keat dah kembali bersama, yang lain sepatutnya menyokong di belakang dan beri sokongan," katanya kepada media selepas menyampaikan ucaptama siri syarahan perdana mengenai Peranan Wanita dan Belia dalam Pembangunan Nasional di Yayasan Kepimpinan Perdana hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai krisis kepimpinan yang terus melanda MCA apabila parti itu kini mempunyai 'dua' Timbalan Presiden selepas parti itu menerima keputusan Pendaftar Pertubuhan (ROS) bahawa Dr Chua kembali memegang jawatannya.

Manakala Datuk Seri Liow Tiong Lai yang sebelum ini dilantik ke jawatan itu menggantikan Dr Chua menyatakan pendirian untuk mencabar keputusan ROS itu di mahkamah.

Liow berkata keputusan ROS itu melanggar perlembagaan parti kerana ROS tidak mempunyai hak mencampuri keputusan mesyuarat agung luar biasa (EGM) MCA pada 10 Oktober lalu apabila menolak resolusi ketiga supaya mengembalikan jawatan Timbalan Presiden kepada Dr Chua.

Mengulas lanjut, Dr Mahathir berkata, perasaan tidak puas hati hanya akan merugikan MCA. "Mereka perlu beri sokongan, tapi sekarang ada orang yang tak gembira, Tee Keat pula perlu ambil tindakan pecat orang, ini semua perkara yang tidak sihat.

"Dr Mahathir juga mengulangi nasihatnya kepada MCA agar parti itu tidak mengadakan EGM yang baru kerana perkara itu hanya menimbulkan perpecahan dalam parti.

"EGM tak akan selesaikan apa-apa, EGM hanya akan tentukan siapa yang menang dan siapa yang kalah.

"Dan kebiasaannya, dalam setiap kes, yang kalah tidak akan sokong yang menang dan ia akan pecah belahkan parti... kita ada pengalaman itu dalam Umno," katanya.

Terdahulu dalam sesi soal jawab pada majlis berkenaan, Dr Mahathir berkata Umno perlu membuka ruang kepada generasi muda jika parti itu benar-benar mahukan melakukan perubahan. Jelasnya perubahan tersebut perlu dilakukan terutamanya di peringkat pemimpin akar umbi.

"Saya fikir kepimpinan Umno mesti percaya bahawa Umno menjadi semakin kecil kerana pemimpin peringkat bawah sebenarnya menghalang orang untuk menyertai Umno.

"Jadi tak ada pembaharuan kerana pemimpin yang ada sekarang akan menjadi semakin tua dan akhirnya dikalangan mereka sahaja yang akan dipilih menjadi pemimpin kerana mereka sahaja yang ada untuk dipilih," katanya.

Nizar News: Dr Chua Lebih Mesra BN: Ong Tee Kiat Salah Perkiraan

Keputusan Pendaftar Pertubuhan (ROS) mengiktiraf Datuk Seri Dr Chua Soi Lek sebagai timbalan presiden MCA yang sah dibuat berdasarkan kepada undang-undang, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini.

Najib yang juga pengerusi BN berkata ianya dibuat berdasarkan interpretasi ROS terhadap perlembagaan parti itu.

Perlembagaan parti itu, katanya, menetapkan peruntukan tertentu yang memerlukan majoriti dua pertiga untuk memecat seorang, sama ada dilantik atau dipilih.

Berdasarkan itu, kata Najib, maka ROS memutuskan Chua masih timbalan presiden dan begitu juga dengan kedudukan Datuk Seri Ong Tee Keat sebagai presiden.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di Parlimen, Najib berkata ROS perlu konsisten dan tidak boleh membuat dua keputusan yang berbeza apabila kesnya adalah sama.

Menurutnya, MCA telah memutuskan bahagian perlembagaan tersebut manakala ROS pula hanya menginterpresasi perlembagaan berkenaan.

Keputusan ROS itu dimaklumkan kepada ibupejabat MCA melalui suratnya, sebelum jawatankuasa pusat MCA bermesyuarat semalam.

ROS menjelaskan tidak berlaku kekosongan bagi jawatan tersebut kerana keputusan mesyuarat agung luar biasa (EGM) MCA pada 10 Oktober lalu tidak memenuhi syarat majoriti dua pertiga, seperti yang diperuntukkan di bawah Artikel 35 Perlembagaan MCA.

Chua dipecat pada 26 Ogos lalu, tetapi jawatankuasa pusat kemudiannya telah membatalkanya pemecatannya tetapi menggantung keahliannya selama empat tahun.

Berikutan itu, naib presiden MCA, Datuk Seri Liow Ting Lai telah dilantik mengisi jawatan timbalan presiden pada 15 Oktober lalu.

Semalam, Liow memberitahu satu akhbar selepas mesyuarat jawatankuasa pusat MCA di ibunegara bahawa beliau masih timbalan presiden.

Menurutnya, beliau mempunyai hak untuk membuat rayuan terhadap keputusan ROS itu.

Malah, katanya, jika perlu, beliau akan membawa perkara itu ke mahkamah.

11 October 2009

Najib: Ong Tee Kiat Perlu Letak Jawatan Sesuai EGM MCA

Datuk Seri Najib Razak mahu MCA menyelesaikan krisis kepimpinan parti itu dahulu sebelum soal kedudukan presiden MCA yang juga menteri pengangkutan Datuk Seri Ong Tee Keat dalam kabinet ditangani.

Perdana menteri, yang juga pengerusi BN, berkata apa yang penting kini ialah MCA mencari penyelesaian tuntas supaya perkara itu tidak berulang lagi.

"Saya amat berharap kepada kepimpinan MCA untuk membuat keputusan dengan segera, membaik pulih MCA serta mengembalikan keyakinan anggota-anggotanya dan masyarakat umum terhadap MCA," katanya kepada pemberita selepas melancarkan buku dwibahasa hasil nukilannya berjudul Menakhoda Zaman dan Helming the Times di Kuala Lumpur hari ini.

"Saya percaya mereka telah mengambil iktibar daripada keputusan mesyuarat agung luar biasa (EGM) semalam," katanya.

Najib berkata BN menghormati keputusan yang dibuat oleh perwakilan MCA dan percaya jika kepentingan BN dan MCA diutamakan, parti itu boleh kembali kuat dan stabil serta menjadi rakan yang penting dalam BN.

"Jadi apa-apa keputusan yang bakal dibuat oleh jawatankuasa kerja pusat MCA nanti, semestinya berlandaskan kepada keputusan yang telah dicapai di EGM MCA," katanya.

Jawatankuasa itu akan bermesyuarat Khamis depan untuk menentukan langkah seterusnya selepas usul tidak percaya diluluskan terhadap kepimpinan Ong, manakala bekas timbalan presiden Datuk Seri Dr Chua Soi Lek tidak dikembalikan kepada jawatan itu semalam.

Ditanya kesan terhadap BN jika Ong tidak mahu melepaskan kepimpinan parti itu, Najib berkata:

"Kenapa anda mahu membuat andaian yang beliau tidak akan melepaskan jawatan? Selesaikan satu-satu dahulu."

Najib berkata kepimpinan MCA perlu mempunyai ciri-ciri yang boleh dipercayai dan berkesan serta mampu meraih sokongan masyarakat kaum Cina untuk menyokong BN.

Buku Menakhoda Zaman dan Helming the Times itu mengandungi 11 bab yang ditulis semula oleh Najib berdasarkan lima ucapan beliau semasa bertanggungjawab sebagai timbalan presiden Umno dari 2004 hingga 2009.

Menerusi buku itu, beliau memetik semula bahan tertentu dalam ucapan berkenaan yang dilihat sebagai sangat relevan untuk dinilai masyarakat Malaysia dan memahami perspektif yang tersurat dan tersirat di sebaliknya demi memakmurkan semula fenomena politik negara.

Buku ini menzahirkan idea Najib yang menulis secara jujur dan telus perihal pelbagai kelemahan Umno, parti terbesar negara yang kini dilihat sebagai di peringkat agak kritikal.

Menerusi buku itu juga, beliau menyuarakan betapa pada tahap sebegini Umno sebagai tulang belakang pemerintahan negara tidak seharusnya hilang perspektif kekuasaan serta pengaruhnya.

Anggota Umno perlu berfikiran jelas dan ikhlas menghadapi kenyataan sosial dan politik semasa dan harus yakin menghadapi pelbagai kemungkinan sekiranya Umno hendak terus mempertahankan kekuasaannya.

Buku setebal 152 muka surat itu dijual di semua cawangan MPH serta kedai buku utama seluruh negara pada harga RM42 di Semenanjung dan RM45 di Sabah dan Sarawak.

Sementara itu, Ong berkata beliau akan mengambil langkah seterusnya dengan mengutamakan kepentingan parti, sambil menambah beliau memikul sepenuh tanggungjawab terhadap keputusan EGM MCA semalam.

"Saya memikul sepenuh tanggungjawab terhadap keputusan EGM dan akan mengambil langkah seterusnya dengan mengutamakan kepentingan parti selepas berunding dengan rakan setugas dan para penyokong serta perbincangan dalam mesyuarat jawatankuasa pusat parti yang berikutnya," kata Ong menerusi laman blog beliau.

Beliau berkata jawatankuasa kerja pusat akan membincangkan hala tuju parti dan keputusan EGM.

"Keputusan itu telah menghantar mesej tertentu yang saya lihat kini diberikan tafsiran dalam akhbar oleh pelbagai pihak dengan banyak cara," katanya.

Dalam satu kenyataan, Setiausaha Akhbar beliau, Lim Xiu Bin berkata Ong mengambil cuti empat hari sehingga Rabu. BERNAMA

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels