Showing posts with label Suku Kaum. Show all posts
Showing posts with label Suku Kaum. Show all posts

18 September 2012

Politik Sabah: Sampai bila sentimen kaum dimainkan?

SAMPAI bila sentimen perkauman dimainkan? Sabah mundur kerana faktor sentimen kaum. Fakta tidak dapat dielakan, bahawa akibat sentimen kaum yang diamalkan parti-parti politik tertentu mengakibatkan kemunduran dari semua segi.

Datuk Harris Salleh (kini Tan Sri) diiktraf sumbangannya kepada Sabah semasa pemerinatahannya, kerana memerintah dari tahun 1976-1985 merentasi kaum. 

Harris mengambil pendekatan membangun kawasan luar bandar tanpa mengira etnik yang mendudukinya. Fakta membuktikan bahawa kadar pembangunan dari semua segi selama sembilan tahun kerajaan Berjaya, pembangunan Sabah begitu pesat sekali.

Namun disebabkan sentimen perkauman, maka Kerajaan Berjaya pimpinan Harris tumbang pada tahun 1985.

Sentimen perkauman ini terus dimainkan selepas itu, akibatnya Sabah mencatat kadar kemiskinan yang luar biasa tinggi, sehingga mendapat julukan negeri termiskin di Malaysia.

Sentimen perkauman selama sembilan tahun diamalkan begitu ketara sekali bermula daripada tahun 1985-1994, bukan sahaja meliputi bidang politik, malah merebak di sektor awam dan GLC kerajaan negeri. Akibat tekanan sentimen perkauman itu, maka kaum-kaum yang mendapat tekanan terpaksa beraksi. 

Pucuk pimpinan negara melihat bagaimana teruknya sentimen perkauman di Sabah pada masa itu; atas sebab itu demi membela kaum-kaum yang tertindas,maka diwujudkan Jabatan Pembangunan Persekutuan Sabah (JPPS) bagi membangun kawasan-kawasan yang dianaktirikan oleh kerajaan negeri, memberi peluang kepada anak-anak kaum-kaum yang tertindas untuk mendapatkan peluang pekerjaan.

Pembelaan pucuk pimpinan negara terhadap kaum-kaum yang tertindas menjadi jelas apabila parti tunjang kerajaan Persekutuan, Umno mengembangkan sayapnya ke Sabah pada tahun 1991, ekoran tikam belakang kerajaan Parti Bersatu Sabah terhadap BN diambang pembuangan undi pada PRU-1990.

Kemasukan Umno ke Sabah selain membela kaum-kaum yang tertindas, juga bertujuan untuk menstabilkan politik di Sabah, kerana Umno menerima semua suku bumiputra sebagai ahli. Atas sebab itu, keahlian Umno Sabah berlainan dengan keahlian Umno di Semenanjung, kerana keahilan Umno di Sabah meliputi semua kaum bumiputera tanpa mengira fahaman agama.

Dikeranakan konsep Umno yang mensamaratakan semua kaum, maka kaum-kaum yang berasal daripada kelompok minoritipun boleh menjadi pemimpin peringkat negeri malah nasional. Berlainan dengan amalan politik kesukuan, di mana hanya mereka yang berpaksi kepada suku besar sahaja menjadi pemimpin.

Pada akhir-akhir ini terutama di laman sosial dan kedai-kedai kopi dan lobi-lobi hotel malah di kampung-kampung bangkit semula masalah perkauman. Mereka mempersoalkan mengapa mereka yang berasal daripada kaum minoriti menjadi pemimpin kepada kaum-kaum yang majoriti.

Sebenarnya mereka ini, lupa kepada matalamat awal kemasukan Umno ke Sabah, mungkin mereka ini juga tidak terlibat dengan pergerakan itu. Mereka sebenarnya masih pada fikiran ditakuk lama, di mana poliltik mempermainkan kaum untuk mendapat sokongan.

Kumpulan ini, mahu kembali kepada takuk lama, di mana sentimen perkauman adalah pendekatan, dan terbukti pendekatan itu menjahanamkan negeri.

Sebelum keputusan PRU-2008, ramai pemimpin berasaskan suku berfikiran demikian, kerana akibat emosi kerana tidak terpilih sebagai calon pilihanraya, atau selepas terpilih dan menang tidak terpilih menganggoti kabinet negeri.

Namun, selepas mereka mengimbas kembali tujuan kemasukan Umno ke sabah, maka mereka bertaut semula sebagai satu pasukan.

Di peringkat kepimpinan negeri Sabah pada masa ini, kita menyaksikan bahawa semua pemimpin suku kaum bersatu di bawah payung barisan nasional yang diterajui Datuk Musa Aman. Malangnya, ada segelitir pemimpin pelapis masih kurang arif dengan penyatuan ini, sehinggakan fikiran lama, masih lagi membuak-buak.

Yakinlah, pembangkitan sentimen perkauman, lebih banyak mudaratnya daripada kebaikan. Mungkin dalam jangka pendek matalamat akan tercapai, akan tetapi dalam jangka panjang, mudaratnya lebih menggunung.

Sabah, dengan lebih 36 sukuan, tidak mampu  membangkitkan sentimen perkauman, kerana berasaskan strata kaum, tiada satu kaumpun lebih superior berbanding kaum lain. Berasaskan kepada keadaan inilah, mantan Perdana Menteri-Tun Dr Mahathir Mohammad pernah memperkenalkan konsep pengilirian jawatan Ketua Menteri pada tahun 1995.

Namun akibat persempadanan semula kawasan Piliahanraya Sabah yang digunapakai pada PRU-2004, maka sistem tersebut dilupuskan oleh Mantan Perdana Menteri-Tun Abdullah Badawi melalui permintaan semua kaum di Sabah.

Demi kestabilan politik, demi pembangunan Sabah yang berterusan, biarkan pembangkang yang membangkitkan isu perkauman, kerana mereka tiada tempat lagi. Kenapa pula kita terikut-terikut gaya pembangkang?.. cubalah tengok kebelakang demi berfikir semula.

16 September 2012

Kota Belud lambat membangun kerana isu kaum

MASALAH kaum merupakan faktor penyebab pembangunan Kota Belud lambat. Pada pemerintahan Usno tahun 60-an sehingga tahun 1976, masalah kaum merupakan faktor yang terus dimainkan.

Masalah kaum terus dimainkan semula pada tahun 1985, selepas reda selama hampir Sembilan tahun semasa kerajaan Berjaya.

Masalah kaum sebenarnya dianggap selesai, apabila Umno mengembangkan sayapnya ke Sabah. Kenapa demikian? Jawabnya, Umno menerima semua suku kaum bumiputera tanpa melihat latar belakang kaumnya. Dalam Umno, semua adalah sama rata.

Pengembangan Umno ke Sabah bertujuan agar kestabilan politik menjadi mapan. Selian itu Umno juga mahu mengurangkan politicking, agar supaya pemimpin dapat menumpukan masa untuk membangun negeri.

Kemasukan Umno selain menstabilkan politik, juga mengorak langkah untuk pembangunan yang seimbang antara wilayah.

Sebelum kerajaan BN yang diterjaui Umno, pembangunan wilayah sungguh timpang. Akibat ketimpangan pembangunan ini, maka timbul tidak puashati dan cemburu di kalangan rakyat.

Sebenarnya ketimpangan kadar pembangunan telah diambilkira dalam Perancangan HalaTuju Sabah yang diilhamkan oleh Ketua Menteri Sabah-Datuk Musa Aman. Atas sebab itu berbagai bentuk pembangunan yang bercorak ekonomik seperti Agropolitian, PIOC, Sabah Development Corridor telah diperkenalkan.

Pemilihan Sipitang untuk projek urea dan menjadikan Sandakan salah satu hub pendidikan, adalah antara program pembangunan seimbang antara wilayah.

Penumpuhan kawasan pelancongan yang bukan tradisi diperkenalkan. Kudat, Lahad Datu dan Tawau serta Pendalaman, suatu ketika bukanlah tumpuhan pelancongan, namun kini, kawasan-kawasan itu dijadikan lokasi tarikan pelancongan.

Tujuan keseimbangan pembangunan adalah untuk mengatasi ketimpangan antara kawasan yang didiami oleh berbagai etnik Sabah.

Kita sudah maklum, bahawa kawasan pesisir pantai adalah wilayah yang didiami oleh rakyat bumiputera islam, manakala pendalaman didiami oleh rakyat bumiputera bukan islam. Sementara pekan dan Bandar didiami oleh kaum cina.

Segregasi taburan penduduk ini cuba diatasi oleh kerajaan sekarang melalui pembangunan yang seimbang. Atas sebab itu, kerajaan telah memansuhkan kebenaran pembangunan pesisir pantai di kawasan Kota Kinabalu.

Pembangunan seimbang dapat dilaksanakan dengan membangun projek yang bersifat mega seperti projek minyak dan gas. Pertengahan tahun ini misalnya, Ketua Menteri Sabah mengumumkan satu lagi projek minyak dan gas di Kota Belud, projek kedua selepas Kimanis Sabah.
 
Melalui kerajaan BN yang ditunjangi Umno juga Kota Belud menerima tempiasan pembangunan seperti Jelapang Padi, agropolitan dan pelancongan.Projek-projek ini melibatkan semua suku kaum. Tujuannya agar keakraban suku kaum diperat lagi, agar tidak menjadi isu politik.

Kita boleh lagi bertengek pada suku kaum, kerana kita tahu, faktor pembangkitan suku kaumlah yang mengakibatkan kebantutan pembangunan Kota Belud. Kita sudah tahu..itulah faktornya.. kenapa kita perlu bangkitkannya lagi?

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels