Showing posts with label BN. Show all posts
Showing posts with label BN. Show all posts

17 May 2013

Hanya Perpecahan boleh mengalahkan BN

Kelap kelip tempoh lima tahun bukanlah lama. Kalau dipanjangkan umur, Mei 2018 adalah tarikh PRU-14.

Sama-sama kita menyaksikan bahawa pada PRU-13 lalu, untuk pertama kalinya gabungan beberapa parti dalam BN mengalami kemerosotoan sokongan meskipun menang  133 kerusi dewan rakyat daripada 222 yang dipertandingkan.

Penyumbang utama kerusi BN adalah di kawasan luar bandar, manakala di bandar mengalami kekalahan teruk. Sebagai rekod, dari 14 ibu negeri, hanya Kangar dan Johor Bahru masih berpihak kepada BN, manakala lainnya semua di menangi parti lawan kepada BN.

Apa yang dapat dilihat daripada keputusan PRU-13, rakyat yang mengharapkan pembangunan dan pembelaan masih menyokong BN, manakala mereka yang mempergunakan suara demokarsi tanpa melihat kepada merit kerajaan menyokong parti lawan BN.

Pada PRU-13, kita juga menyaksikan bahawa tsunami politik yang melanda semenanjung pada PRU-12 lalu telah merebak di negeri-negeri simpanan tetap BN seperti Johor, Sarawak dan Sabah.

Dalam PRU-13 juga, disebabkan sokongan kepada Umno meningkat sehingga mampu mendapat tambahan 9 kerusi parlimen, maka menyelamatkan status quo di Semenanjung seperti mana keputusan PRU-12. Pada PRU-12, BN mendapat 85 kerusi parlimen di Semenanjung, manakala PR 80. 

Kemerosotan kerusi BN sebenarnya disumbangkan oleh berbagai faktor; selain faktor putar belit pembangkang dan juga kepentingan para pemimpin Bn sendiri. Rasa tidak puas hati antara pemimpin Bn, sehingga ada yang sanggup menikam belakang atau keluar menentang Bn 

Sebagai rekod sebelum PRU-13, telah berlaku penentangan terhadap Bn oleh pemimpinnya sendiri. Pada September 2008 misalnya parti SAPP keluar daripada BN; pada julai 2012 dua MP BN daripasa Sabah keluar BN menyertai parti lawan, dan di ambang pilihanraya, mantan MB Selangor dan Ketua Penerangan Umno Tan Sri Muhannad Mohammad Taib menyertai Parti Pas.

Keluarnya parti Bn dan para pemimpin Bn menyertai barisan pembangkang, walaupun tidak menyebabkan kalahnya Bn secara keseluruhan, namun berimpak juga daripada segi perolehan kerusi.

Di Sabah misalnya, untuk pertama kalinya selepas PBS menyertai BN, parti lawan mendapat banyak kerusi di peringkat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri.

Sebagai catatan, pada PRU-2004 dan 2008 di Sabah, Bn hampir menyapuh bersih semua kerusi, akan tetapi pada PRU-13, pembangkang menambah 11 Kerusi Dun dan dua Parlimen, sehingga kedudukan Bn Sabah Parlimen 22 kerusi, Pembangkang 3, manakala Dun, BN 48, manakala pembangkang 12.

Sementara di Selangor terlalu awal mengatakan bahawa impak penyertaan Tan Sri Taib kepada Pas terhadap kejayaan Pakatan Rakyat; namun fakta yang ada; adalah kerusi BN di peringkat DUN berkurangan daripada 20 ke 12. Keputusan itu merupakan keputusan paling   buruk BN di negeri terkaya itu.

Juga, akibat buruk BN di Selangor, mungkin menyebabkan Perdana Menteri yang juga Pengerusi Perhubungan Umno negeri, membuat keputusan tidak melantik seorangpun daripada Umno Selangor menyertai kabinet Persekutuan.

Bn di masa akan datang masih berdepan dengan masalah dalaman. Penghujung tahun ini, parti UMNO akan mengadakan pemilihan pemimpin. Seperti biasa setiap pemilihan kepimpinan akan berlaku pergeseran. Apa yang menjadi lumrah, yang kalah tidak menerima hakekat adat bertanding; demikian juga yang menang, tidak bersifat "take all" sehingga wujud sifat membelakangkan mereka yang menentang.

Di masa terdekat akan wujud pergantian pucuk pimpinan Parti Peska Bersatu (PBB) di Sarawak; dengan bersaranya Tan Sri Taib Mahmud, ada kemunginan berlakunya perpecahan dalam parti itu sama seperti yang berlaku pada Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) selepas persaraa Tan Sri Leo Moggie.

Di Sabah persaraan Presiden PBS-Tan Sri Pairin Kitingan pada pemilihan parti itu tahun dalam tempoh dua tahun lagi, mungkin menyebabkan berkurangnya sokongan terhadap parti itu. Tanda-tanda rakyat menolak parti pimpinan Pairin itu, apabila mengalami kekalahan teruk pada PRU-13 lalu, apabila 7 kawasan dun dan satu parlimen kalah.

Demikian juga masa depan parti Upko salah satu komponen Bn Sabah, di mana Presidennya kalah pada PRU-13.

Bagi parti komponen Bn yang berasas kaum cina, masa depan MCA dan Parti Gerakaan dalam keadaan simpang siur. Kekalahan teruk parti-parti itu dalam PRU-13 lalu, mungkin akan mengikuti status parti PPP, dimana suatu ketika begitu gah, namun berasaskan peredaran masa, kini hanya tinggal pada nama sahaja.

PRU-14 merupakan tolok ukur BN, apakah gabungan itu masih utuh?

15 September 2012

Mantan Bendahari Umno Sabah akhirnya menyertai Anwar

AKHIRNYA mantan Bendahari Umno Sabah Tan Sri Ibrahim Menudin menyertai Anwar. 
 
Spekulasi penyertaan Mantan Pengerusi Suria Capital GLC kepunyaan Kerajaan Sabah itu bertiup kencang sejak 12 Ogos lalu.
 
Ibrahim Menudin diuar-uarkan akan menyertai pembangkang bersama-sama Datuk Lajim Ukin dan Datuk Welferd Bumburing.
 
Namun pada Hari ini bertempat di Kampung Tanjong Aru, Labuan, akhirnya Ibrahim menyertai Anwar.
 
Beliau dijangka akan bertanding di Parlimen Labuan pada PRU-13 akan datang.
 
Mengapa ramai pemimpin BN yang bersifat gunting dalam lipatan ini sukar dipantau? Mereka bertahun-tahun mempergunakan semua kemudahan dan rangkaian BN untuk menumpuk sokongan dan bertindak merosakan BN dari dalam.
 
Mereka mendapat semua yang mereka inginkan dalam BN untuk peribadi mereka, namun akhirnya meninggalkannya. Sebagai contoh- Ibrahim Menudin, telah diberi peluang untuk menjawat berbagai jawatan rangkap dalam GLC dengan pendapatan yang lumayan,sehingga mengenepikan peluang orang lain yang lebih setia kepada perjuangan. Di mana silapnya BN?

11 September 2012

BN: Isu Sabotaj Calon timbul lagi

MENGAPA isu sabotaj calon BN timbul lagi? sehinggakan Timbalan Perdana Menteri memberi amaran kepada ahli-ahli parti.

Seharusnya semua ahli/penyokong/pemimpin mengambil iktibar pada PRU-12 lalu. Pada PRU-12 lalu, akibat sabotaj, maka BN kehilangan kuasa 2/3 di Dewan Rakyat, kehilangan Pulau Pinang, Selangor, Kedah, Perak dan Wilayah Persekutuan.

1 August 2011

Semua bahagian BN diarah kemuka bakal calon PRU-13 kepada PM

Semua parti komponen BN pada peringkat bahagian di semua 222 kawasan pilihan raya parlimen telah diminta mengemukakan nama calon yang difikirkan sesuai untuk diserahkan kepada pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak dan pemimpin atasan secepat mungkin.

Akhbar harian Cina Sin Chew Daily pada tajuk utamanya yang memetik sumber berkata semua bahagian menerima arahan itu sejak dua atau tiga bulan lalu yang meminta mereka mengemukakan senarai calon berdasarkan agihan kerusi yang dibuat pada pilihan raya umum 2008.

Setiap bahagian diminta mengemukakan tiga nama bersama latarbelakang terperinci mereka.

Menurut akhbar itu, arahan daripada pemimpin BN itu dibuat sebelum perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai lalu tetapi berdasarkan scenario politik semasa, kemungkinan besar pilihan raya umum akan diadakan pada November atau Mac, April tahun depan.

Senarai itu adalah hanya nama awal yang akan dikaji bersama laporan penilaian dan kaji selidik untuk menentukan kemampuan seseorang calon untuk menang sebelum keputusan muktamad dibuat.

Penyerahan nama yang awal itu bertujuan memberi Najib lebih banyak masa untuk “menyaring” calon menjelang pilihan raya umum akan datang.

Memetik seorang ahli parlimen yang tidak disebutkan namanya, akhbar Sin Chew Daily melaporkan pemimpin BN telah mewawancara beberapa ahli parlimen BN baru-baru ini dan sesi terbaru itu berlainan dengan temu-bual tiga minit yang diadakan dengan Najib, sebelum ini.

"Sepanjang pengetahuan kami, laporan kali ini yang diperolehi pemimpin atasan BN, tidak hanya terhad yang diterima daripada polis Cawangan Khas (SB) atau Kementerian Penerangan sahaja.

“Tidak memeranjatkan jika terdapat 20 atau 30 laporan berhubung satu-satu kerusi. Ini akan memastikan maklumat yang diterima boleh menggambarkan keadaan sebenarnya,” kata ahli parlimen itu.

Menurut sumber lain yang dipetik akhbar itu lagi, peluang BN menang di 80 daripada 222 kerusi parlimen yang dipertandingkan adalah antara 40 hingga 60 peratus dan kerusi-kerusi ini yang akan menentukan jika BN dapat merebut kembali majoriti dua pertiganya di parlimen.

"Kerusi-kerusi ini bukan sahaja yang BN tewas pada 2008 tetapi juga adalah kerusi yang dimenanginya,” kata sumber itu sambil menambah 'kerusi sasaran' itu kini 'dijaga' oleh menteri dan timbalan menteri BN.

Mengenai negeri-negeri yang tumbang pada Pakatan Rakyat pada pilihan raya yang lalu, BN yakin dapat merampas kembali Kedah dan Selangor, lapor akhbar berkenaan.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels