ALOR SETAR, 24 Feb (Bernama) -- Kaum minoriti di negara ini mempunyai peranan yang harus dimainkan dan mereka tidak sekali-kali disisihkan dari arus pembangunan perdana, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Beliau memberi jaminan bahawa kerajaan mengambil kira kepentingan semua kaum tanpa mengira sama ada mereka dari kumpulan minoriti atau majoriti.
"Dasar kerajaan dalam membela hak semua kaum telah lama diamalkan dan gagasan yang diperjuangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak meminggirkan mana-mana kaum supaya wawasan negara maju tercapai.
"Sebab itu transformasi dalam kerajaan dan ekonomi serius dilaksanakan dengan tumpuan kepada enam perkara Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA)," katanya sewaktu berucap merasmikan mesyuarat perwakilan tahunan ke-10 Persatuan Siam Malaysia (PSM) di sini, Khamis malam.
Beliau berkata NKRA dibuat bukan untuk kepentingan satu atau dua kaum malah meliputi semua golongan rakyat dan masyarakat negara ini bagi mewujudkan bidang ekonomi dan peluang pekerjaan baru.
Muhyiddin berkata kerajaan Barisan Nasional (BN) akan memastikan anak-anak masyarakat keturuan Siam mendapat layanan sama dalam segala perkara termasuk pendidikan, kesihatan dan ekonomi.
"Saya bangga dengan kamu yang dedikasi dan sebab itu kerajaan mengiktiraf masyarakat keturuan Siam," katanya dan menambah usaha tidak terbatas boleh membawa sesiapa sahaja di negara ini mencapai kejayaan dalam apa jua bidang.
Menurutnya ramai dari masyarakat minoriti berjaya dalam pelbagai bidang membuktikan usaha kerajaan berjaya dan mereka tidak terkeluar dari arus perdana.
Justeru itu, beliau mahukan masyarakat minoriti terus bekerja dan seiringan dengan kerajaan serta kaum majoriti membangunankan negara ini dalam mencapai tahap kemakmuran terbaik.-- BERNAMA