Showing posts with label Jelapang Padi. Show all posts
Showing posts with label Jelapang Padi. Show all posts

19 December 2013

Tanam Padi Secara komersil Kota Belud Mula Berjaya

Menjadikan Kota Belud Jelapang Padi bagi Sabah menjelang tahun 2020, mula berjaya apabila 536 hektar daripada 5,000 hektar tanah sawah berjaya diusahakan secara komersial bermula awal tahun ini.

Projek pengkomersilan padi yang juga di bawah National Key Economic Area's Entry Point Project 11 merupakan satu program penanaman padi dua kali setahun. 

Program ini merupakan usahasama dengan pemilik tanah atau petani dengan kaedah menang-menang. Pemilik tanah dibayar RM 10,000 sehektar untuk tempoh masa lima tahun. Pun demikian, pemilik juga masih mendapat bayaran jika terlibat mengusahakan tanahnya sendiri.

Program pengkomersilan padi Kota Belud dilaksanakan sepenuhnya oleh Persatuan Peladang Kawasan Kota Belud.

Jelapang Padi Kota Belud, adalah hasil usaha ADUN Tempasuk Datuk Musbah Jamli, bermula sejak tahun 1990-an lagi.

24 December 2012

Jelapang Padi Kota Belud:Sistem Tanam Padi Berproduksi Tinggi Bermula

HARI ini bertempat di Dewan Terbuka Datuk Musbah Kampung Taun Gusi Kota Belud, Menteri Pertanian dan Industri Makanan Negeri Sabah menyempurnakan Majlis Penyerahan Insentif Pengurusan Berpusat NKEA Pertanian, EPP11 Kota Belud kepada lebih 100 petani.

EPP11 adalah satu program dalam NKEA Pertanian negara yang bertujuan untuk meningkatkan produksi padi melalui kaedah moden.

100 petani yang terlibat pada Majlis itu hari ini merupakan sebahagian petani Kota belud yang termasuk dalam program Jelapang Padi Kota Belud yang meliputi 10 ribu hektar.

Kota Belud telah dikenal pasti sebagai salah satu pusat pengeluaran beras negara melalui pengwujudan Jelapang Padi dan peruntukannya telah diumumkan dalam Bajet Negara Tahun 2013.

Program yang bercorak pertanian sungguh membantu penduduk Kota Belud dalam peningkatan pendapatan, kerana daerah itu tidak mempunyai sumber kekayaan lain, selain hasil pertanian, perkebunan dan perikanan.

Hasil usaha dan ketekunan ADUN Tempasuk dan sokongan MP Kota Belud serta Kerajaan Negeri di bawah kepimpinan Ketua Menteri Sabah-Datuk Musa Aman; akhirnya Program Jelapang Padi berjaya dimuktamadkan, dan program ini kini telahpun menjadi program nasional.

2 October 2012

Kekangan Jelapang Padi Kota Belud

Bajet, bendang, infrastruktur, pelaksana dan pemandu untuk Jelapang Padi Kota Belud sudah muktamad, namun masih ada bisilk-bisik dibelakang, bahawa projek itu tidak akan berjaya
 
Empangan Tambatoun.

Kejayaan sesebuah projek persawahan, banyak bergantung kepada sumber air. Pada asalnya Empangan Tambatoun dirancang sebagai sumber air, namun protes daripada penduduk kampong itu, mungkin mengakibatkan empangan itu terbatal dengan sendirinya.

Pada awalnya, apabila perancangan pembinaan empangan itu, penduduk bersedia berkorban demi lebih 80 ribu penduduk Kota Belud. Entah apa yang mengakibatkan penduduk Tambatoun tiba-tiba naik angin memprotes pembinaan empangan itu. Apabila perkabaran mengenai protes penduduk itu meluas, maka pihak pembangkang menimba di air keroh.

Jelapang Padi

Semasa Jelapang Padi diuar-uarkan, dan kebetulan projek itu menjadi “anak angkat” kepada ADUN Tempasuk-Datuk Musbah Jamli, ada pemimpin tertentu pernah berkata “potong lehernya” kalau projek itu berjaya. Manakala seorang pemimpin tertentu lagi melakukan gerak saraf termasuk menghasut penduduk kampong yang terlibat agar tidak bersetuju dengan projek itu, termasuklah penduduk kampong Tambatoun.

Bukan sahaja Projek Jelapang Padi menjadi sasaran pemimpin-pemimpin tertentu itu akan tetapi juga projek Agropolitan Kota Belud. Atas sebab itu, beberapa orang penduduk melakukan pemagaran pada kawasan di mana projek agropolitan itu bertapak.

Hambatan Pembangunan

Inilah masalah utama Kota Belud. Jika dari dahulu kawasan ini dibangunkan, sudah tentu penduduknya tidak ramai yang tersenarai sebagai rakyat miskin.

Kota Belud tidak mempunyai khazanah kekayaan seperti kayu kayan atau perladangan. Kota Belud hanya mempunyai tanah landai yang sesuai untuk tanaman padi, perbukitan yang sesuai untuk tanaman getah dan lautan untuk perikanan. Dikeranakan tiga bidang ini belum maju, maka secara automatic juga penguasahanya yakni petani, pekebun atau nelayan tidak maju.

Menanam padi hanya bertujuan untuk sara hidup, demikian juga berkebun dan nelayan. Mereka yang terlibat bukan tidak mahir dalam bidang masing-masing, akan tetapi infra yang mendokongnya belum tersedia.

Keadaan Pertanian

Lebih empat puluh tahun keadaan pertanian, perkebunan dan perikanan masih ditakuk lama, malah carapun masih ditakuk lama juga. Kewujudan jabatan-jabatan atau agensi yang berkaitan tiga bidang itu, hanya memperkenalkan cara lapok dengan persembahan moden.

Kewujudan Skim Padi Jawi-Jawi misalnya, sama sekali tidak mencapai sasaran; yang berlaku hanya jumlah keluasan tanah NT atau tanah sawah berkurangan, kerana akibat pengubahsuaian status tanah. Selain itu, cara mendidik petani dalam meningkatkan hasil padi dengan menggunakan produk kilang seperti baja, racun dan sebagainya, menyebabkan kesan sampingan kepada alam sekitar.

Impak Skim Jawi-Jawi

Kualiti air di sekitar skim Jawi-Jawi bertambah teruk, kerana tiadanya system pembuangan air yang bersepadu. Akibat akses pembajaan, maka fauna dan flora yang terdapat di sekitar Daerah Aliran Sungai Tempasuk (DAST) menjadi binasa dan rosak teruk. Fauna seperti kerang, udang, ikan-ikan payau penghuni sungai itu punah, dan tidak berganti.

Jika dahulu, ikan tilapia, kambura, pait, sapat, kabulan, bibi merupakan sumber protein penduduk kampong, kini sumber itu telah tiada.

Satu perkara lagi yang sungguh merugikan penduduk kampong adalah, air tercemar akibat akes baja daripada skim itu, telah bertahun-tahun menjadi sumber air harian penduduk kampong sekitar. Disebabkan konsumsi air yang tercemar ini, maka ramai penduduk kampong dijjangkiti penyakit hepitis, gugur gigi, buah pinggang dan sakit perut yang menaun.

Projek Baharu

Kini projek serupa akan mencul dengan keluasan yang berkali lipat. Jika system pengairan tidak diambilkira, maka besar kemungkinan, impaknya terhadap alam sekitar perkampongan akan lebih dahsyat lagi.

Disebabkan pengalaman melalui skim Jawi-Jawi, maka pihak pelaksana Jelapang Padi Kota Belud telah mengambilkira semua factor yang memudaratkan alam sekitar. Satu sisitem pengairan canggih akan digunapakai, dimana air akses daripada bendang akan melalui system penapisan semulajadi sebelum dilepaskan ke sungai atau laut.

Sistem yang akan digunapakai itu akan berjaya jika ada sumber air yang tidak tercemar selain daripada air hujan. Sumber air yang dimaksudkan adalah daripada empangan Tambatoun. Jika empangan itu, terbatal, maka akibatnya sumber air jelapang padi Kota Belud akan berasal daripada air yang dikitar. Jika ini berlaku, maka Skim Jawi-jawi ke dua akan muncul, di mana impaknya kepada alam sekitar akan sungguh luar biasa.

Halangan Politik

Disebabkan percaturan politik, maka ada pemimpin tertentu mahu projek Jelapang Padi gagal. Pemimpin itu, tahu betul, bahawa nadi kejayaan Jepalang Padi kota Belud adalah empangan Tambatoun. Atas sebab itu, secara tidak ketara, tindakan-tindakan dan gerakan rahsia dijalankan demi menggagalkan pembinaan empangan itu.

Jelapang Padi Projek Nasional

Kini, bajet Jelapang Padi Kota Belud telapun masuk ke dalam bajet Negara, bukan lagi bajet kerajaan negeri. Pada asasnya, projek itu sudah menjadi projek nasional, bukan lagi projek kerajaan negeri atau ADUN Tempasuk yang ada.

Apa kah kerana projek ini telah menjadi projek nasional, maka pernyataan “potong leher saya” pemimpin tertentu; jika projek itu berjaya; terpaksa ditarik balik dan akan pula menyokong kejayaan projek itu?

Dalam politik tiada kawan selama-lamanya demikian juga tiada musuh selama-lamanya. Kenyataan politik boleh berubah-ubah dan disesuaikan dengan keadaan. Mungkin kenyataan “potong leher saya” berkaitan projek itu, sebagai pendorong atau cabaran kepada pemimpin yang mencetuskan idea itu, agar cetusan idea itu benar-benar diperjuangkan sehingga berjaya dan bukannya cetusan retorik.

Inilah keistimewaan kenyataan politik, boleh bertukar-tukar, dan boleh dimanifestasikan sesuai dengan keadaan dan masa.

Apa kah Penduduk Yang Terlibat Turut juga Menyokong?

Masalahnya, walaupun pemimpin tertentu itu akan menyokong kejayaan projek Jelapang Padi, apa kah juga penduduk yang melakukan protes itu akan setuju? Kini, penduduk yang berada dalam lingkungan di mana empangan itu dibina, telahpun masuk dalam kawalan pembangkang.

Kerana keadaan ini, maka sukar bagi kerajaan melaksanakan projek empangan itu, kecualilah secara paksaan sama seperti kejadian zaman Berjaya, di Sorob, apabila berlaku kematian penduduk kerana protes terhadap wujudnya kem askar Sorob (kini Kem paradise).

Mampukah pemimpin tertentu meneutralisasikan keadaan, sehingga penduduk yang pada awalnya bersetuju, bertukar kepada tidak bersetuju, kemudian bertukar kepada bersetuju, kerana pemimpin yang mengerakan penentangan sudahpun bersetuju?

Contoh yang diutarakan di atas adalah berpunca daripada perebutan kuasa dalam politik. Akibat perebutan itu, maka rakyatlah yang menjadi mangsa. Jika kesepakatan awal daripada pemimpin politik telah ada, kerana jika dari awal-awal lagi mereka faham bahawa kuasa dalam politik adalah kuasa dinamik, maka penentangan terhadap pembinaan empangan Tambatoun mungkin tidak akan wujud.

Walaupun keadaan terantuk baru terngadah, akan tetapi nasi belum menjadi bubur lagi. Masih ada TIME. Fikir-fikirkan lah.

14 October 2011

Kalaulah Jelapang Padi Kota Belud telah beroperasi

Kalaulah JELAPANG PADI Kota Belud telah beroperasi, banjir yang melanda negara Indochina tidak akan menimbulkan kerisauan bekalan beras ke negara kita.

Malaysia mengimport hampir 30 peratus keperluan berasnya daripada Thailand dan negara Indocina.

Akibat banjir yang melanda Thailand dan negara-negara Indoncina, kira-kira 1.5 juta hektar kawasan penanaman padi di Thailand, Vietnam, Kemboja dan Laos musnah akibat banjir buruk yang melanda negara masing-masing.

Bukan sahaja bekalan beras yang terganggu akan tetapi harga komoditi berkenaan dijangka melambung tinggi ekoran kekurangan bekalan dalam tempoh terdekat.

Rakyat Malaysia menggunakan kira-kira 180,000 tan beras setiap bulan.

27 April 2010

Impak Jelapang Padi Di Tunggu-Tunggu? Kapan Kah? Hasilnya?

Datuk Rohani Semasa Melawat Jelapang Padi Kota Belud
Jelapang padi baru akan dibuka di Kota Belud, Sabah dan Lingga Banting, Sarawak pada tahun depan bagi memastikan bekalan makanan dalam negara terus terjamin, kata Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Rohani Abdul Karim.

Beliau berkata projek kementerian itu akan menyaksikan jelapang seluas 8,000 hektar dilaksanakan di Kota Belud manakala seluas 5,000 hektar lagi di Lingga Banting.

Menurutnya projek itu penting untuk menampung keperluan terutamanya di kedua-dua negeri itu yang kini mendapat kira-kira 70 peratus beras import.

"Pembukaan jelapang padi ini dijangka dapat mengurangkan import beras ke negeri-negeri berkenaan," katanya pada sidang berita selepas merasmikan Mesyuarat Perhubungan Pertanian Negeri Sabah dan Sarawak di Cameron Highland, Pahang pada 18 April lalu.

Seramai 100 anggota delegasi dari Jabatan Pertanian Sabah dan Sarawak menghadiri mesyuarat itu.

Rohani berkata selaras dengan pembukaan jelapang padi baru itu, sebuah badan kerajaan akan ditubuhkan untuk menjalankan dan mentadbir pengurusan projek itu.

Walaupun perkembangan pertanian di Sabah dan Sarawak berjalan lancar,pengeluaran padi di kedua-dua negeri itu amat diperlukan berikutan krisis makanan yang berlaku pada tahun 2008, katanya yang turut mengadakan lawatan kerja di sekitar Cameron Highlands selepas mesyuarat tersebut.

Sementara itu, Menteri Muda Pemodenan Pertanian (Pertubuhan Peladang dan Koperasi) Sarawak Datuk Peter Nyarok Entrie berkata beliau tidak mahu negeri itu melalui krisis kekurangan beras seperti yang berlaku pada 2008 dan berharap projek itu akan menjadi permulaan bagi Sabah dan Sarawak untuk mengeluarkan padi secara besar-besaran.

Beliau enggan mengulas lanjut mengenai kos pembukaan kedua-dua jelapang padi tersebut tetapi mengakui bahawa jumlahnya adalah besar.

Tahun lepas Datuk Noh Omar semasa lawatan ke Sabah, telah mengumumkan bahawa kos Jelapang Padi untuk daerah Kota Belud mencecah 1 billion ringgit.

Akan bilakah projek jelapang ini akan siap? Penyiapan projek ini sangat ditunggu oleh rakyat Kota Belud, agar impaknya kepada pendapatan rakyat daerah dapat dinikmati.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels