Showing posts with label Umno Sabah. Show all posts
Showing posts with label Umno Sabah. Show all posts

22 January 2016

Bn Sabah: Fokus Kepada Bukan Bumiputera Islam Dan Cina- Tindakan Undur Ke Belakang

Bagi mereka yang mengalami pemerintahan Sabah daripada Tahun 1985-1994, benar-benar merasakan, satu kepiluan, apabila kerajaan yang ada sekarang, kembali fokus kepada kaum bumiputera bukan islam dan kaum cina.

Bumiputera islam, secara umunya pada masa kini merasakan, bahawa perjuangan asal Bn yang bermula sejak Tahun 1991 semasa kemasukan Umno ke Sabah, mulai terlupakan, sebabnya, mereka yang mendapat peluang dan pembelaan adalah mereka-mereka yang sebelumnya ditentang, kerana tindakan mereka yang mengenepikan kaum bumiputera islam.

Lihat sahaja, di jabatan-jabatan kerajaan, atau agensi-agensi kerajaan, majoriti mereka yang berkhidmat pada period yang disebutkan, masih mempunyai kuasa pentadbiran, malah menjadi pencatur kepada pemerintahan negeri. Demikian juga, yang mendapat peluang melaksanakan projek-projek mega, pemain di belakang syariakt-syarikat itu adalah yang mereka mendapat peluang pada pemerintahan lalu.

Kelibat mereka ini, bukan sahaja berani mencabar, akan tetapi berani mempersoalkan kedudukan Umno, walaupun parti tunjang kerajaan itu, melupakan apa yang diperlakukan parti pemerintah sebelum itu.

Para pemimpin seperti Bernard G Dompok, Madius Tangau, Wences Anggang serta para pemimpin PBS merupakan para pemimpin yang bertindak sinis  kepada kaum bumiputera bukan islam semasa mereka berkuasa. Demikian juga mereka yang sekaum yang berkhidmat dengan kerajaan, pada masa itu, menganggap kaum yang bukan sekaum mereka merupakan rakyat kelas dua.

Bagi bumiputra islam yang pernah berkhidmat semasa pemerintahan PBS, memang benar-benar mengalami bagaimana tertindasnya mereka, di mana kerap berlaku, kedudukan dalam jawatanpun, tidak diambilkira, melainkan, perlu patuh kepada “government of the day” walaupun tindakan itu, tidak sesuai dengan sistem demokrasi, di mana hak seseorang rakyat perlu dihormati.

Dalam aktiviti politik pula, sejak akhir-akhir ini, nampaknya para pemimpin Umno terperangkap dengan desakan kaum bukan bumiputera islam dan cina dengan berbagai tuntutan, sehingga terpaksa mengenepikan keperluan bumiputera islam. Sebagai contoh, peruntukan memperbaiki jetty untuk laluan pelajar sekolah, di kawasan bumiputera islam, tidak menjadi perhatian, demikian juga sungai yang semakin membesar kerana akisan tidak mendapat perhatian, sebaliknya mengutamakan pembaik pulihan jalan-jalan di kampong bukan bumiputera islam atau kawasan-kawasan bandar yang memang kubu kuat pembangkang, kononnya tindakan itu untuk menggamit sokongan kumpulan itu pada PRU akan datang.

Yakinlah, tiada kumpulan lain yang boleh menempatkan kita pada suatu kedudukan kuasa, melainkan kumpulan yang sealiran dengan kita. Sebagai misalan, di sesuatu kawasan yang majoriti kaum KDMR atau cina, seperti Moyog, luyang atau Likas, apapun bantuan kerajaan di kawasan itu, tidak akan membuatkan penduduknya mengundi Bn. juga dibuktikan melalui Parlimen Sandakan, walaupun permintaan rakyat agar menaikkan taraf lapangan terbang dan membina berbagai jalan lorong konkrit di kawasan majoriti kaum cina, terbukti, pada PRU-13 lalu, mereka menolak calon Bn. Demikian juga di kawasan Kedamaian, Tamparuli atau Kepayan misalnya, bukan sedikit peruntukan kerajaan diluncurkan, pun demikian, menolak calon-calon Bn. Sebagai perbandingan, di Kawasan Kota Belud misalnya DUN Tempasuk atau Dun Usukan, kampong-kampong yang didiami kaum islam misalnya, berapa kah peruntukan yang diluncurkan? atau kemudahan apa yang dibina? sedangkan sekolah agama yang dibina tahun 70-anpun tidak sanggup dibuatkan tandas yang sesuai, pun demikian, para pengundi mememangkan calon-calon Bn dengan majoriti yang sangat besar. Daripada segi padang permainanpun tidak tersedia, cuba lawat sekolah-sekolah di perkampongan itu, apa kah ada padang bola? atau gelangang bola keranjang? atau gelanggan sepak takraw? Seperkara lagi, ada kah kemudahan asas seperti air bersih tersedia? Bayangkan sejak sebelum merdeka, penduduk kampong hanya tergantung kepada air tube, di mana taraf kandungan mineralnya tidak diketahui.

Proses pembelajaran memerlukan makanan dan minuman yang sihat, kerana di peringkat tumbesaran kanak-kanak kandungan mineral sangat diperlukan untuk perkembangan otak. Lihat kepada fakta, setiap peperiksaan UPSR bagi sekolah-sekolah di kampong berkenaan dimana setiap keputusan keluar, kedudukan sekolah-sekolah  itu berada dikedudukan tercorot, atas sebab itu jangan termimpi bahawa ada pelajar yang mendapat keputusan cemerlang. Oleh kerana para pelajar itu menyambung ke sekolah menengah di sekolah menengah berhampiran, maka sudah pasti keputusan PMR atau SPM atau STPM juga tidak memuaskan atau rendah.

Apa yang ditulis ini, merupakan perasaan ramai rakyat yang berada di kawasan-kawasan kubu kuat Umno, mungkin bukan pada kawasan Ketua Menteri, atau kawasan Datuk Tawfiq atau kawasan Datuk Anifah, akan tetapi kawasan-kawasan lain yang tidak diwakili dalam kabinet, merasakan apa yang diluahkan ini.

Dalam segi peluang mendapatkan biasiswa baik daripada Kerajaan Negeri atau Yayasan Sabah, berapa peratatus kah yang mendapat peluang itu, di mana ibu bapa mereka merupakan penyokong tegar Umno atau Bn, atau dalam peluang mendapat jawatan, atau projek-projek kerajaan, berapa peratus kah daripada mereka itu yang merupakan penyokong tegar Bn/Umno asal. Jika dilihat daripada mata kasar, mereka-mereka yang mendapat peluang itu, adalah mereka-mereka yang suatu masa dahulu merupakan penyokong parti yang ditentang Umno dan Bn.

Sudah menjadi lumrah bagi penyokong tegar, mereka ini tidak tahu atau tidak pandai berpura-pura, tidak mahir berlakon atau pendek kata tidak mahir “angkat kaki”. Oleh kerana sifat itu melekat pada jiwa mereka, maka mungkin penyebab mereka tidak mendapat peluang, atas sebab itu mungkin terlupakan atau terlepas pandang, kerana mereka ini tidak suka mendapat perhatian.

Sempena Umno Sabah menyambut hari lahir ke 25 atau jublee Perak, penulis suka mengambil peluang mengingatkan kembali  pemimpin awal Umno, agar dapat mengimbas kembali mengapa dan kenapa Umno mengembangkan sayapnya ke Sabah.

18 January 2015

Tidak Benar Jumat Mempunyai Hubungan Khusus dengan Najib

SEHINGGA 10 Julai 2014, tidak kedengaran apa-apa keluhan Ketua Bahagian Umno Sepanggar merangkap MP kawasan yang sama- Datuk Jumat Idris. Sebabnya, sejak menjadi ahli parlimen selepas PRU-13 lalu, tidak sekalipun MP itu bercakap atau berucap semasa sessi Parlimen. Atas sebab itu tiada yang mengetahui asas tindakan beliau membuat dakwaan tidak berasas terhadap pucuk pimpinan Umno negeri.

Kawan-kawan Jumat, termasuk para penyokongnya, malahan ada pemimpin veteran mendakwa bahawa MP Sepanggar itu mempunyai hubungan yang khusus dengan Perdana Menteri, atas sebab itu, beliau menjadi calon pada PRU-13 lalu. 

Menurut ceritanya, Parlimen Sepanggar yang dikosongkan oleh SAPP diperuntukan untuk Dato Rahman Dahalan, kerana kawasan Parlimen Kota Belud akan ditandingi oleh calon tempatan Kota Belud. Namun, atas permintaan Najib, cadangan tersebut batal, kerana PM mahukan Jumat dicalonkan di Sepanggar.

Berasaskan senario di atas, memang boleh dipercayai bahawa cerita itu benar, kerana semuanya menjadi kenyataan. Jikalah demikian, mengapa Jumat bertindak membabi buta menghentam kepimpinan negeri, sedangkan pemimpin itu direstui Najib.

Benarlah Musa pada asalnya di lantik ke jawatan Pengerusi Perhubungan Umno negeri oleh mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir, namun kena ingat, setiap pemilihan parti jawatan itu diperbaharui. Sejak Najib menjadi Perdana Menteri telah dua kali pemilihan Umno, ertinya telah dua kali Pengerusi Perhubungan Umno dilantik.

Sebelum ini kedudukan kepimpinan Umno Sabah adalah Musa-Shafie, kemudian Najib melantik kombinasi baru Musa- Salleh (Datuk Salleh Tun Said). Kemudian kombinasi itu diteruskan selepas pemilihan lalu.

Mengeritik Musa, ertinya sama juga mengeritik Najib. Kalaulah demikian tidak betullah bahawa Jumat mempunyai hubungan khusus dengan Perdana Menteri.

17 January 2015

SELEPAS DATUK LAJIM KINI DATUK JUMAT PULA

TAHUN 2012, DATUK LAJIM UKIN membuat berbagai dakwaan terhadap kempimpin Umno negeri, akhirnya keluar Umno, kini Datuk Jumat Idris pula.

Isu yang Lajim bawa serupa, berkaitan projek dan kepimpinan. Bezanya Lajim tidak membawa segelintir Ketua-Ketua bahagian, untuk menyokong tindakan beliau, manakala Jumat mampu mempengaruhi tujuh Ketua bahagian, walaupun dua diantara mereka berpaling tadah.

Perjumpaan dengan Perdana Menteri pada 10 Julai 2014 didedahkan sendiri oleh Jumat semasa berucap semasa Persidangan Bahagian Umno Sepanggar pada September tahun lalu. Dalam ucapan itu, beliau mengakui berlaku perjumpaan dengan Perdana Menteri yang juga Presiden Umno, dan isi perjumpaan itu adalah berhubungan dengan Pelan Peralihan Kuasa Di Sabah.

Ekoran kenyataan MP Sepanggar itu, maka dua Ketua Bahagian yang terlbat membuat kenyataan bahawa mereka tertipu mengikuti rombongan yang diketuai oleh Jumat, kerana tujuan asal perjumpaan itu adalah semata-mata meminta projek bagi kawasan-kawasan mereka.

Walaupun perjumpaan 8 Ketua Bahagian yang diketuai oleh Jumat tidak didedahkan kepada umum, namun 27 bahagian lain tercium perjumpaan itu. Atas sebab itu, berlaku pula perjumpaan dengan Perdana Menteri oleh 27 Ketua Bahagian Umno Sabah pada 17 Julai dengan Tajuk Kelab Ketua Bahagian Penyokong Perdana Menteri.

Apa yang peliknya semasa Persidangan terakhir Bahagian Umno di Libaran sebelum Perhimpunan Umno Pusat 2014, semua Bahagian Umno Sabah telah bersetuju berketuakan satu, di Sabah berketuakan Datuk Seri Musa Aman, manakala di pusat berketuakan Dato Seri Najib Razak.

Pada Persidangan Bahagian Libaran yang diketuai Musa, memang semua Ketua Bahagian hadir, yang gagal telah menghantar Timbalan Ketua Bahagian; apa yang jelas, pada persidangan Bahagian Libaran, semua ketua sayap bahagian seluruh Sabah hadir. Dengan kehadiran itu, memang membuktikan bahawa keputusan BERKETUAKAN SATU memang keputusan seluruh bahagian.

Meskipun keputusan Bahagian Umno telah dibuat, akan tetapi Jumat bercakap mengatas namakan sebagai Ketua Bahagian Umno Sepanggar, seolah-olah tidak menerima keputusan Bahagiannya; dalam hal ini, mempersoalkan kepimpinan Musa yang diangkat oleh semuai sebagai Ketua Umno Sabah, lagipun Musa adalah Pengerusi Perhubungan Umno Negeri merangkap Pengerusi Barisan Nasional Negeri.

Jumat secara berkala, terus menulis melalui Facebook beliau, membuat berbagai dakwaan, namun tiada seorang pemimpin Umno Negeri membidas beliau. Apabila beliau menulis di facebooknya minggu lalu, kononnya telah mencadangkan pergantian Pengerusi Perhubungan Umno negeri daripada Musa kepada Datuk Shafie Apdal, dengan memberi alasan bahawa Shafie merupakan Naib Presdien Parti, dan kononnya Sabah perlu menyumbang banyak kerusi, kerana Bn Semenanjung goyang, telah dirasakan oleh sayap parti Umno Sabah bahawa tindakan MP Sepanggar itu telah melampau. Ekoran dengan itu, tiga sayap Umno Sabah telah membuat kenyataan bersama, dan mengsyorkan agar Jumat diambil tindakan disiplin kerana telah melanggar adab dan etika parti.

UMNO Sabah: Gelombang Kecil Dalam Cawan

APAKAH kesudahan gelombang kecil dalam cawan yang berlaku pada Umno Sabah?

Sebelum PRU-13, Datuk Lajim Ukin, yang mana pada masa itu, selain Ketua Bahagian Umno Beaufort, akan tetapi juga AHLI MAJLIS TERTINGGI Umno Pusat dan Timbalan Menteri Kesahjetaraan Bandar, Perumahan dan Kerjaan Tempatan Persekutuan, juga ADUN Klias penyebab gelombang kecil dalam cawan, akhirnya keluar daripada Umno.

Sama-sama kita tahu hasil tindakan Lajim itu, beliau gagal mempertahankan kerusi Parlimen Beaufort, walaupun menang tipis di kawasan tradisinya DUN Klias.

Kini, gelombang kecil berlaku, apabila Ketua Bahagian Umno Sepanggar merangkap MP Sepanggar, ikut langkah Lajim. Berikutan kenyataan-kenyataan beliau, tiga sayap Umno Sabah membuat kenyataan bersama, agar pucuk pimpinan mengambil tindakan tatatertib kepada beliau, kerana disifatkan telah melanggar adab dan etika parti.

Tindakan tiga sayap parti Umno Sabah, wajar bertindak demikian, kerana kalau tidak dibendung, rakyat atau ahli Umno melihat, dakwaan Jumat itu benar.

Jumat adalah MP penggal pertama. Kawasan Parlimen Sepanggar pada asalnya bukan wilayah Umno, akan tetapi diwakili parti kompnen Bn- SAPP, sebelum parti itu keluar selepas PRU-12.

SAPP bertanding pada PRU-13, namun semua calon-calon parti itu kalah teruk, termasuk Presidennya Datuk Yong Teck Lee.

Jumat bukanlah ikon di Sepanggar, kemenangan beliau, bukan kerana faktor dirinya, akan tetapi faktor Bn, khususnya Umno. Jika Jumat mengandaikan bahwa kemenangannya atas sebab faktor peribadi, beliau silap.

Semalam di wall FB MP Sepanggar itu, beliau menulis lagi dakwaan 

14 hrs · 

Teringat pula kami ketua2 bahagian dipanggil kerumah ketua menteri ketika kes micheal chia meletup dihong kong. Tujuan kami dipanggil untuk memberika sokongan terhadao kepimpinan ketua menteri yang dikaitkan dengan michael chia. 

Ketuka itu dato seri salleh juru cakap dan menjelaskan tentang pertemuan dengan perdana menteri bahawa duit yang micheal chia bawa tu untuk derma pada umno sabah.

Maka semua ketua bahagian pun berdiri ikrar. Saya disajikan kacang oleh ketua menteri. Dan bulan april dan mei tahun lalu ditempat yang sama kursi yang sama saya dipanggil bersama ketua bahagian beluran dan turut hadir datuk nizam.

Pertemuan dua jam itu ketua menteri memberi tahu bahawa DSS sedang kumpul ketua2 bahagian dan mendakwa DSS menjadi ketua menteri. Saya dan datuk james hanya mendengar segala tohmahan terhadap DSS oleh ketua menteri.

Jawaban saya pendek saja. Saya kata selagi mana PM maseh percaya pada dato seri tiada siapa boleh gugat kedudukan dato seri. Dan semasa pertemuan pada 5.5.2014 dipejabat ketua menteri saya ulang ayat itu dan menambah Allah sentiasa melindongi kepimpinan dato seri. CM jawab Allah sudah tentukan saya ketua menteri sabah . 

Hari ini apa bila saya ajukan pelan peralihan saya dicop menjatohkan ketua menteri.

Dalam pertemuan saya kali terakhir bersama ketua menteri bulan nov lalu saya katakan cadangan saya jangan dipersonalise tapi rasional dan profesional. Jika diterima positif dan dibincang bersama PM apa saja keputusan kami semua terima. CM jawab ' saya sudah marah'. Nota: Menurut Jumat dalam jawapan pada yang bertanya, DSS=Datuk Salleh said

23 August 2014

Hanya Ada Satu Ketua: Salleh

SETIAP kita mahukan satu perjalanan atau pelayaran yang selamat; bukan sahaja selamat semasa dalam perjalanan juga selamat tiba ke destinasi.

Menurut Salleh-ibarat sebuah kereta api, hanya ada sebuah kepala; dengan berbagai gerabak; perjalanan kereta api itu sepenuhnya tergantung kepada kepala kereta api itu; gerabak akan ikut lenggang lenggok kepalanya sehinggalah berhenti atau tiba ke destinasi terakhirnya. Dalam politik atau organisasi atau kerajaan juga demikian, kejayaannya semua bergantung kepada ketua dengan syarat, apa sahaja perancangan, idea atau tindakan ketua perlu dipatuhi, dilaksana hingga berjaya.

Berjayanya sang ketua, jika tidak berlaku sabotaj, tidak berlaku tikam belakang. Untuk itu konsep satu ketua perlu benar-benar dihayati, dihormati, oleh semua pihak agar dapat berkesan dan menjamin kejayaan.

Salleh menlontarkan konsep satu ketua ketika berucap pada Mesyuarat Umno Bahagian Kota Belud hujung minggu lalu. Mesyuarat Bahagian itu dirasmikan oleh Pengerusi Perhubungan Umno Sabah Merangkap Ketua Menteri Sabah Datuk Musa Haji Aman.

Salleh meneggaskan, bahawa pada satu-satu masa, adalah perlu bagi kita berketuakan satu, disokong dengan cara berpasukan; berjalan seiring dengan sang ketua; kerana sang ketua sudah tentu mempunyai perancangan di luar makluman kita, untuk sampai ke suatu destinasi dengan selamat dan paling membahagiakan adalah mencapai kejayaan.

Sabah yang berketua menterikan Musa sejak tahun 2003, ternyata dalam landasan betul baik daripada segi politik mahu daripada segi ekonomi. Kestabilan politik Sabah menyebabkan setiap PRU, BN Sabah mencapai kejayaan dan memerintah dengan kuasa 2/3 di Dewan undangan negeri; malah salah satu penyumbang terbesar MB di Dewan Rakyat.

Sabah kini bukan sahaja setiap tahun membuat rekod dalam bajet, malah mampu memperkuat tabungan kewangan negeri; itu kepada paras RM3bilion. Tabungan kewangan itu berjaya dikumpul ekoran setiap tahun sejak tahun 2003, belanjawan Sabah senantiasa surplus dalam lingkungan RM272 juta setahun.

Lontaran Salleh berketuakan satu, kalau di Sabah berketuakan Musa dan diperingkat pusat adalah Najib; sesuai dengan keadaan semasa. Hanya melalui sokongan tidak berbelah bahagi kepada ketua, maka sebarang bentuk perancangan, tindakan dan keinginan rakyat dapat dilaksanakan, kerana sang ketua tidak disibuk dengan karenah-karenah tertentu, sebaliknya dapat menumpukan masa dan tenaga serta fikiran kepada kemajuan negari/negara demi rakyat.

7 July 2012

Benarkah krisis Umno Sabah hanya antara Lajim dan Musa?

Jika memandingkan tempoh antara Datuk Lajim Ukin dan Datuk Musa Aman memegang jawatan kerana politik, Lajim masih unggul.

Mantan ADUN Klias itu, telah menjadi anggota kabinet negeri sejak tahun 1985, antaranya jawatan Timbalan Ketua Menteri. Manakala Musa pula, hanya bermula pada tahun 1994. Musa bernasib baik, kerana dilantik sebagai Ketua Menteri pada tahun 2003, melalui sistem penggiliran jawatan Ketua Menteri Sabah, antara tiga suku terbesar-Bumiputera Islam, Bumiputera bukan Islam dan kaum tionghua.

Pergeseran antara beberapa pemimpin Umno bermula, sebelum perlantikan Ketua Menteri Sabah yang ke-14.

Pada waktu itu, kasak kusuk, lobi melobi berlaku untuk dilantik sebagai Ketua Menteri, termasuklah kem Lajim ukin.

Musa yang ketika itu, yang merupakan Menteri kewangan negeri, dalam kabinet Tan Sri Chong Kah Kiat, bersifat low profile, tidak terlibatpun dalam kasak kusuk atau lobi melobi untuk dilantik sebagai Ketua Menteri bagi menggantikan Chong Kah Kiat yang akan tamat tempoh.

Walaupun usaha beberapa pemimpin kanan umno termasuk beberapa ketua bahagian umno mencuba mempengaruhi Datuk Seri Dr Mahathir (kini Tun) masa itu, supaya melantik sesiapa sahaja, asalkan bukan Musa, akhirnya gagal, sebaliknya Dr Mahathir melantik Musa sebagai Ketua Menteri.

Sebenarnya usaha beberapa pemimpin Umno negeri yang mahu mengenepikan Musa dihadapan Dr Mahathir, telah menjadi faktor pemasaran kepada ADUN N.42 Sungai Sibuga itu. Kebenaran persepsi ini diakui sendiri oleh beberapa Ketua bahagian Umno sendiri, kepada penulis.

Dr Mahathir, sebenarnya mahu melantik seseorang untuk menjadi Ketua Menteri yang tidak mempunyai cita-cita untuk jawatan itu. Pertimbangan mantan Perdana Menteri itu, apabila seseorang yang tidak mempunyai cita-cita untuk sesuatu jawatan, maka seseorang itu adalah bebas kepada semua bentuk janji-janji politik. Apabila bebas, maka Ketua Menteri yang dilantik itu, dapat menumpuhkan masa dan amanah yang diberikan untuk membangun negeri dan rakyat tanpa pilih bulu.

Pertimbangan itulah (yang disebutkan diperenggan diatas) yang mendorong Dr Mahathir melantik Musa, kerana nama Musa, hampir tenggelam dalam permainan politik negeri Sabah ketika itu, walaupun beliau memeggang jawatan penting.

Dr Mahathir memilih Musa, namun pilihan itu menyebabkan beberapa pemimpin Umno negeri tidak berpuashati, walaupun tidak diluahkan secara langsung. Mereka bersifat manis didepan Musa, akan tetapi di belakang beliau, mereka berkata berlainan nada.

Sebagai pemimpin politik, Musa juga mempunyai penyokong, mempunyai telinga dan mata. Berasaskan kepada desakan para penyokong yang juga pemimpin yang dipersetujui oleh pimpinan pusat, maka pada tahun 2004 dan 2008, Musa mengetengahkan para pemimpin yang sanggup berkerja secara berpasukan dengannya bagi menghadapi pilihanraya dan seterusnya membangun negeri dan rakyat.

Berasaskan kepada keputusan politik itu, maka ada pemimpin veteran yang telah direhatkan, namun selepas pilhanraya, mereka yang direhatkan menjadi calon pilihanraya itu, diberi peranan dengan kapasiti lain yang lebih mencabar dan penting dalam politik negeri mahupun tanah air.

Musa membuat keputusan bukan untuk menghidupkan politiknya akan tetapi membuat keputusan demi untuk semua, agar supaya, mereka yang tadi direhatkan akan tersedar, bahawa semangat berpasukan adalah segala-galanya. Kejujuran, komitmen yang telus diperlukan untuk mengwujudkan satu pasukan yang mantap, yakni apabila didepan kata sokong dalam gelap ataupun dibelakang juga bernada sama.

Kini, keadaan politik di negeri di bawah bayu ini, hampir segalanya berjalan lancar, walaupun ada satu dua pemimpin yang tidak sedar-sedar berhubung corak politik yang ingin diwujudkan oleh Musa.

Musa pada setiap peluang senantiasa berkata "Pintu pejabat saya senantiasa terbuka" "saya senantiasa terbuka pada apa sahaja perbincangan" demi rakyat dan negeri. Namun sifat keterbukaan Musa ini, tidak dimanafaatkan oleh pemimpin tertentu ini, sehingga menwujudkan satu persepsi, bahawa krisis Umno Sabah wujud kerana sifat pemimpin itu.

2 July 2012

Umno Sabah tiada krisis

USAHA beberapa orang yang cemburu melihat keutuhan Umno Sabah, bahawa kononnya, Umno dibawah teraju Pengerusi Perhubungan Negeri DSP Musa Aman dalam krisis, adalah sia-sia.

Umno Sabah tiada krisis, yang merasa ada krisis adalah pemimpin Umno yang meminggirkan dirinya kerana enggan berkerja secara berpasukan.

Memang terdapat pemimpin Umno yang mahu menjaga kepentingan dirinya, kerana kepimpinannya sudah tidak seiring lagi dengan corak Umno yang banyak berubah.

Melihat kepada corak kepimpinan Umno yang berubah begitu pantas, maka pemimpin yang masih mempunyai sifat yang suka mengugut, mengancam, demand dan sewaktu dengannya, tentunya tidak relevan lagi.

Sebenarnya, kehilangan para pemimpin Umno yang mempunyai sifat demikian, adalah anugerah kepada parti, bukannya satu kelemahan.

Ahli dan penyokong parti yang majoriti bersyukur, kerana pemimpin seumpama ini menampakan dirinya, kerana bersembunyi seperti musang dalam reban ayam, sungguh bahaya.

Percayalah Umno Sabah tidak mengalami krisis. Perkara ini dapat dilihat, dengan kenyataan Timbalan Pengerusi Umno Negeri, DSP Salleh Said dua hari lepas, bahawa kepimpinan Musa bukan sahaja diterima oleh pemimpin negeri, akan tetapi juga oleh Perdana Menteri.

Kekerapan para pemimpin pusat melawat negeri ini, mengiakan bahawa kepimpinan negeri ini mendapat dokongan padu.

11 June 2011

Pemimpin Umno Sabah? mahu berubah kah?

OKB terbaca satu tajuk pada sebuah portal yang baru muncul di dunia siber ini rabu lepas. Tajuk daripada portal tersebut : MAMPUKAH UMNO SABAH BERUBAH?

Melihat kepada tajuk tersebut-OKB tertanya-tanya pada diri sendiri-kenapa perlu berubah? bukan kah Sabah yang ditunjangi UMNO adalah "Simpanan Tetap BN" sepertimana kata-kata DS Najib sebaik sahaja dilantik sebagai PM selepas mengambil alih jawatan tersebut daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Namun selepas membaca seterusnya tulisan itu, nampaknya isu sebenar yang cuba disampaikan oleh penulis itu, ada lah pergelutan tersembunyi antara kepimpinan Umno negeri dan seorang pemimpin Umno di peringkat pusat.

Walaupun penulis itu tidak menyebut nama, namun telah menjadi rahsia umum, pemimpin yang dimaksudkan itu adalah Pengerusi Umno Negeri-Datuk Musa Aman dan Naib Presiden ke 3- Datuk Safie Apdal.

Kenapa ada persepsi bahawa terdapat pergeseran antara Musa dan Safie? Sebenarnya ini yang menjadi pertanyaan ramai kalangan akar umbi Umno? kenapa adanya pergeseran itu?

Baru-baru ini, Safie semasa ditanya selepas merasmikan masyuarat bahagian Papar yang diketuai oleh Datuk Rahim Ismail (pemimpin Umno yang juga mempunyai pergeseran pendapat dengan Musa)- Safie berkata- beliaupun tidak faham kenapa, lawatan-lawatannya di berbagai temapat di Sabah selain Semporna, disalah ertikan sebagai merampas kepimpinan negeri; sedangkan beliau menerajui satu kementerian jika dilihat dari segi peruntukan jauh lebih besar dibanding dengan bajet tahunan negeri.

Berbalik kepada tulisan portal berita (rontogdaily.com)-penulis mengingatkan para pemimpin Umno, bahawa mereka berada dalam singgahsana mereka, kerana rakyat, jika rakyat tidak meletakkan mereka pada kedudukan mereka yang ada, maka tiadalah kedudukkan itu.

Penulis itu juga menegur kealfaan para pemimpin itu, kerana terbuai dengan kedudukan, maka mereka hanya nampak kroni-kroni mereka dan sambil itu-mengatur strategi untuk mempertahankan kedudukan.

Penulis itu juga, suka mengingatkan pemimpin yang berbalah itu, serta tindak tanduk kepimpinan Umno negeri- bahawa perkara yang sama berlaku di Semenanjung-akibatnya BN kehilangan 4 negeri, dan jika WP diambilkira-maka 5 negeri terlepas daripada tangan BN; dan hampir Negeri Sembilan juga jatuh ke tangan pembangkang.

Keadaan sekarang, di mana kerabat dan kroni yang menguasai apa sahaja bidang yang bersifat ekonomik penjawatnya adalah daripada kalangan kroni2, demikian juga mereka yang menggunakan sekeping kertas dan air liur, kebanyakannya mereka ada "hubungan mesra" dengan pemimpin tertentu disamping "hubungan mesra" dengan para pegawai yang diberi kepercayaan mengatur projek2 tertentu dalam negeri.

Apabila kita berhubungan dengan pejabat Ketua Menteri- Adik kepada seorang pembantu menteri adalah orang harapan, pegawai yang mengontrol dipihak kerajaan, juga adik atau kakak kepada pembantu menteri- dan apabila kita kementerian yang jaga duit-disitu juga pembantu menteri itu bertugas. Ertinya, kemana sahaja, pusing kiri-atas-bawah- kita akan berjumpa dengan keluarga yang berbin dan berbinti orang yang sama.

Demikian juga, apabila kita berurusan dengan projek2 yang pembangunan- orang yang berkuasa adalah orang yang ada kaitan dengan kepimpinan negeri.

Perkara ini lah yang cuba dibayangkan atau dibangkitkan oleh penulis portal itu. Rupanya apabila kita berada di atas, kita terlupa melihat ke bawah, kita mungkin alfa-terlalu banyak mata memerhati kita.

Mampukah Umno Sabah Berubah? sepatutnya mampukah pemimpin UMNO Sabah berubah?!

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels