Showing posts with label PICK Sabah. Show all posts
Showing posts with label PICK Sabah. Show all posts

27 August 2021

COVID-19 SABAH: ASAS KEBIMBANGAN SHAFIE?


DATUK Shafie Apdal merujuk pada jumlah jangkitan harian negeri Sabah yang konsisten 4 angka sejak awal Ogos, 2021.

Jika melihat pada data, angka 3,000 atau lebih memang cukup tinggi. Jika diteliti kategori pesakit, kurang 2% yang dimasuk ke hospital untuk rawatan, manakala selebihnya hanya perlu kurantin.

Perlu disedari, virus covid-19 sudah berada di tengah-tengah komuniti, sebab itu lah mustahaknya mengamalkan SOP.

Data pesakit positif, purata 40% daripada kontak rapat, hampir seimbang dengan jangkitan sporadik, manakala bakinya adalah jangkitan kluster.

Berasaskan kehadiran virus yang sudah tersebar luas, cara mencegahnya, selain program vaksinasi, juga mengamalkan SOP yang ketat.

Diakui, kadar vaksinasi Sabah agar perlahan, bukan kerana kerajaan tidak komited, akan tetapi pada awal pelaksanaan PICK, kerajaan yang bersandar pada Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang telah ditetapkan, sesuai dengan jumlah penduduk yang mendaftar menerusi MySejahtera atau keadah lain yang disediakan oleh kerajaan.

Oleh kerana sambutan pendaftaran secara atas talian yang kurang memberangksangkan, maka bermula pada Jun, 2021, kerajaan memperkenalkan OUTREACH dan memperbanyak PPV termasuk PPV bergerak (MOVAK).

Pada mulanya, sasaran inokulasi harian adalah 30,000. Oleh kerana pendekatan agresif Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS), inokulasi harian bukan sahaja melepasi sasaran, malah mencapai 62,365 suntikan pada 18 Ogos.

Pendekatan agresif JKNS khususnya melalui OUTREACH, agak terbantut, kerana kedatangan bekalan vaksin mengalami penjadualan, ekoran “outbreak” di Lembah Klang, WP Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan dan WP Labuan.

Dakwaan Shafie bahawa kerajaan negeri kurang komited melaksanakan PICK, dikeluarkan, untuk mengambil peluang, kejadian diluar perancangan.

Untuk makluman Presiden Warisan tersebut, komitednya kerajaan negeri melaksanakan PICK, apabila membuka hampir 100 PPV di seluruh negeri, termasuk PPV yang dikendalikan oleh UMS, selain melayan penduduk yang telah mendaftar, juga membuka “walk-in”. Selain itu, pembukaan PPV di SICC, yang melibatkan kakitangan syarikat swasta, juga salah satu pendekatan kerajaan mempercepat pelaksanaan PICK.

Mungkin Shafie, pura-pura lupa, halangan utama penduduk yang layak tidak mendaftar untuk tujuan vaksinasi, kerana impak hasutan pemimpin Warisan sendiri, semasa kempen PRN-16, yang memperdaya rakyat, bahawa Covid-19 itu hanya sandiwara kerajaan, dan yang paling malang lagi, bahawa ancaman virus tersebut, tidak benar.

Kerana impak daripada hasutan tersebut, kerajaan menerusi berbagai cara, terpaksa memujuk, memberi penerangan kepada penduduk, tentang pentingnya mereka divaksin.

Kepada Presiden Warisan tersebut, jangan bimbang, kerajaan negeri dengan berbagai cara, terus komited, menjelang Oktober, sekurang-kurangnya, 50% penduduk yang layak lengkap divaksin. Sasaran tersebut kemungkinan besar dilangkaui, kerana vaksin CanSino sudah digunapakai. Vaksin Cansino, hanya memerlukan 1 Dos, berbanding vaksin-vaksin yang digunakan sebelum ini pfizer dan Sinovac.

25 August 2021

VAKSINASI SABAH: JADIKAN MOVAK KEUTAMAAN


JADIKAN vaksinasi mobil (MOVAK) keutamaan, sebagai kaedah mempercepat jangkauan program PICK bagi Sabah.

Untuk menyokong kaedah ini, pastikan bekalan vaksin sentiasa mencukupi.

Memerhatikan jumlah jangkitan harian Sabah, memang membimbangkan, namun, jika ianya diiringi dengan kelajuan pemberian vaksin, jumlah jangkitan akan menurun dengan sendirinya.

Walaupun jumlah jangkitan sudah melepasi 3 ribu, dan konsisten 4 angka sejak awal Ogos, akan tetapi, sebahagian besar adalah terdiri daripada tahap 1 dan 2, yang tidak memerlukan rawatan di hospital.

Sebenarnya, tidak pasti, apa kah punca, jumlah vaksin yang dihantar ke Sabah, rendah berbanding keupayaan pusat pemberian vaksin (PPV) termasuk MOVAK, sedangkan Sabah ada lah punca gelombang ke-2 peningkatan jangkitan di negara ini, impak kepada PRN-16 Sabah pada September tahun lalu.

Jika dibandingkan dengan negeri jiran, Sarawak, bekalan vaksin Sabah cukup rendah berbanding penduduk yang layak. Namun, sejak akhir-akhir ini, bekalan vaksin, sudah selari dengan jadual pemvaksinan. Walaupun demikian, MOVAK perlu dijadikan keutamaan memandangkan topografi Sabah.

Kedatangan vaksin 1 dos, CanSino, pergunakan untuk MOVAK, dengan kadar segera, supaya, negeri cepat mencapai imuniti kelompok.

Imuniti kelompok dikatakan terwujud, jika sekurang-kurangnya 80% penduduk yang layak telah diberi vaksin lengkap.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels