Showing posts with label Datuk Musbah. Show all posts
Showing posts with label Datuk Musbah. Show all posts

14 May 2013

Sabah akan laksana enam strategi Transformasi Pertanian

Negeri Sabah akan melaksanakan enam strategi untuk mentransformasi sektor pertanian negeri ke tahap yang baik menjelang 2020.

Timbalan Ketua Menteri serta Menteri Pertanian dan industri Makanan Negrei Datuk Yahya Hussien berkata strategi itu termasuk penambahan sumbangan daripada sumber baharu sektor pertanian dengan nilai tambah yang tinggi dan penggunaan teknologi moden secara meluas dan penggalakan inovasi dalam sektor pertanian.

Katanya ia juga meliputi penyertaan sektor swasta yang lebih giat dalam sektor pertanian, pembangunan ushawan pertanian dan peningkatan pendapatan golongan sasar dari kumpulan miskin tegar, miskin dan berpendapatan rendah sektor pertanian.

Yahya berkata satu daripada fokus utama kementerian ialah menyediakan infrastruktur pengairan dan saliran yang lengkap dan cekap, terutamanya dalam melonjakkan pengeluaran padi di Sabah.

Dalam hubungan ini katanya kementerian itu akan melaksanakan program Bidang Keberhasilan Utama Ekonomi (NKEA), Projek Permulaan Ekonomi (EPP) 11 di Kota Belud dengan kos RM305 juta.

Sasaran utama projek itu ialah menanam padi secara komersial di atas tanah seluas 4,500 hektar yang mampu menghasilkan purata minimum 5.5 tan metrik sehektar menjelang 2018.

Sebagai rekod, sumbangan 12,200 hektar tanah sawah di Kota Belud kini adalah sebanyak 40,300 tan metrik padi. Menjelang 2020, sejumlah 5,000 hektar tanah akan dibangunkan dengan kos RM340 juta untuk menanam padi dua kali setahun yang dijangka dapat meningkatkan hasil daripada 5 tan metrik sehektar ke 8.5 metrik setiap hektar.

Yahya berkata matalamat utama kementerian itu adalah untuk mencapai kecukupan 60 peratus kegunaan dalam negeri.

6 April 2013

Pengalaman Datuk Musbah selepas bukan bergelar Yang Berhormat

SEMALAM mantan ADUN Tempasuk Datuk Musbah Jamli pertama kali hadir dalam satu program Anjuran KEMAS di Kg Gunding Kota Belud sebagai rakyat biasa. Meskipun hadir sebagai rakyat biasa, penganjur tetap memberikan penghormatan kepada beliau merasmikan program itu.
 
Selepas lima tahun berkhidmat dengan rakyat sebagai ADUN dan Pembantu Menteri, untuk pertama kalinya pada hari semalam, beliau tidak banyak menerima panggilan daripada rakyat sesuai dengan tugasnya sebagai wakil rakyat.
 
Meskipun merasa lega, namun kerinduan mendengar aduan rakyat mengenai masalah-masalah, mahupun jemputan masjlis-majlis yang banyak mengisi masa selama 5 tahun merupakan satu pengalaman yang sungguh menyoronokan.
 
Acara turun padang sesuai dengan visi kerajaan BN Janji Ditepati merupakan satu pengalaman yang sungguh berharga dan bermakna.
 
Datuk Musbah bersyukur, kerana selama 5 tahun berkhidmat sebagai wakil rakyat Tempasuk, banyak pembangunan dan kemudahan untuk rakyat dapat dilaksanakan oleh kerajaan.
 
Selain program-program ekonomi, seperti Jelapang Padi, Agropolitan, Mesej dan kampung Sejahtera, juga pembangunan prasarana seperti jalan-jalan kampung serta jalan-jalan ke persawahan sempat dibina untuk kemudahan rakyat.
 
Pembinaan Bekalan Air Luar Bandar diantaranya membina loji di Pandasan, merupakan salah satu usaha kerajaan membekalkan air terawat kepada penduduk kampung. Walaupun bekalan air luar bandar akan siap sepenuhnya pada bulan Mei, yakni bulan depan, namun projek itu, merupakan projek yang lama ditunggu oleh rakyat Tempasuk.
 
Terlalu banyak kemudahan yang disediakan oleh kerajaan untuk rakyat, sehingga jika diperinci, tidak sesuai dimuatkan dalam tulisan blog.
 
Setidaknya, rakyat Tempasuk, akan mengingati bagaimana kerajaan benar-benar memberi perhatian kepada rakyat, terutama program pembasmian kemiskinan.
 
Sebagai mantan wakil rakyat Tempasuk, Datuk Musbah sangat berterima kasih kepada kerajaan terutama kepimpinan Ketua Menteri Sabah, Datuk Musa Haji Aman, kerana sokongannya sehingga keperluan rakyat Tempasuk terpenuhi.

20 September 2012

Musbah pemimpin akar umbi?

SEORANG kawan, dan kebetulan ahli politik veteran mengungkapkan kepada Suara Rakyat- Musbah adalah pemimpin akan umbi, atas sebab itu, apabila diberi peluang menjadi calon ataupun tidak, beliau tetap sahaja meneruskan perkhidmatannya kepada rakyat.

Musbah pernah menjadi wakil rakyat bermula tahun 1999 apabila diberi peluang bertanding mewakili BN pada PRU-1999. Dalam pilihanraya itu, Musbah menang mengalahkan calon PBS, di mana ketika itu PBS masih merupakan parti pembangkang.

Musbah tidak terpilih mempertahankan DUN Tempasuk pada PRU-2004, namun dipilih semula pada PRU-2008 dan menang menumpaskan calon PKR.

Kini ADUN Tempasuk itu bertugas sebagai Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Negeri. 

Sebaik sahaja dilantik sebagai Pembantu Menteri, beliau berjaya memujuk Kerajaan Pusat mengimplimentasikan Projek Jelapang Padi yang bernilai RM1 bilion di Kota Belud yang meliputi 10 ribu hektar tanah sawah. Selain itu, Musbah juga berjaya meyakinkan Kerajaan negeri, agar Projek Agropolitian dikembangkan di Kota Belud, demi membasmi kemiskinan tegar. Selain itu, RISDA juga semakin aktif di Kota Belud terutama dalam penanaman semula getah klon gajah.
 
Mengapa Musbah dikatakan pemimpin akar umbi? sepertimana diketahui bahawa Kota Belud tidak mempunyai sumber selain daripada pertanian, perkebunan dan perikanan. Sebahagian besar penduduk tergolong sebagai petani, pekebun dan nelayan.
 
Untuk menjadikan petani, pekebun dan nelayan berpendapatan lumayan, maka usaha yang boleh membantu mereka meningkatkan pendapatan perlu diutamakan. justeru itulah, pendekatan pertanian, perkebunan dan kelautan diutamakan, berbanding indiustri yang memerlukan kepakaran teknikal.
 
Kerana pendekatan pembangunan yang mengena dengan aspirasi penduduk, maka atas sebab itulah Musbah dekat dengan akar umbi. Musbah meredah sawah, perkebunan dan laut untuk berkomunikasi dengan rakyat.  Pendekatan demikian menjadikan Musbah dekat dengan mereka. Bak kata orang, tak kenal maka tak sayang.
 
Selain itu, hubungan kemasyarakat ADUN Tempasuk itu sungguh menyerlah. Sebut sahaja majlis kedukaan seperti kematian, Musbah pasti bersama-sama mereka yang berduka. 
 
Majlis perkahwinan atau majlis seperti Hariraya, pesta menuai tidak ketinggalan menjadi keutamaan beliau. Musbah pada suatu ketika, pernah menghadiri sembilan majlis perkahwinan bermula daripada pagi hingga ke tengah malam sehari.
 
Tujuan beliau menyempat diri ke majlis-majlis seumpama itu, selain tidak mahu mengecewakan penjemput, juga sebagai media beliau bertanya khabar dengan penduduk.

Musbah bukan seorang pakar politik, beliau hanya sebagai pemimpin yang menjiwai rakyat yang diwakilinya. Atas sebab itu, walaupun suatu ketika, beliau pernah menjadi ketua Bahagian Umno Kota Belud, namun kalah dalam pertandingan merebut jawatan itu kepada Datuk Salleh Tun Said seorang pakar politik asal Kota Belud.

Kelemahan Musbah adalah dalam permainan politik, kerana beliau sukar mengungkapkan janji-janji yang beliau tidak pasti mampu menunaikannya. Beliau tidak mampu memberi harapan yang menggunung, sebagai tarikan sokongan dalam politik, beliau hanya mampu melakukan janji yang beliau percaya boleh ditunaikan cepat atau lambat.
 
Atas sebab itu, apabila permainan politik menetukan siapa kah bakal calon BN pada PRU-13 akan datang, nama beliau mudah tercicir. Nasib baik, Perdana Menteri telah menggariskan, bahawa calon-calon yang akan dipilih nanti berasaskan kepada individu yang "winnable candidate".
 
Musbah adalah winnable candidate bagi kawasan Kota Belud, samada di DUN Tempasuk, Usukan mahupun Parlimen. Atas asas apa Musbah sebagai winnable candiate-- tulisan di atas menerangkan semuanya.

9 July 2012

Musbah dan rakyat

Mendengar keluhan rakyat adalah salah satu hobi ADUN Tempasuk-Datuk Haji Musbah Jamli. Atas sebab minat itulah, program turun padang merupakan aktiviti utama Pembantu Menteri Pertanian negeri itu.

Minat turun padang, anak kelahiran Kg Taun Gusi Kota Belud itu, bukan hanya bermula pada ketika mana beliau menjadi wakil rakyat, akan tetapi minat itu bermula sejak tahun 80-an lagi, semasa beliau berniaga yang berlokasi di kampungnya sendiri, Kampung Taun Gusi.

Kini, selepas menjadi wakil rakyat Tempasuk, mewakili UBN pada tahun 2008 untuk penggal kedua, kerancakan Musbah turun Padang semakin gencar/kerap dan terancang.

Kekerapan turun Padang itu, membolehkan Musbah mengumpul sebanyak mungkin maklumat daripada rakyat/akar umbi, untuk dijadikan masukan/input bagi menggumbal perancangan untuk membangun rakyat yang diwakilinya.

Disebabkan input yang digunapakai untuk merancang pembangunan adalah data primer/asal, maka perancangan yang dibuat sudah tentunya menepati keperluan rakyat.

Projek Jelapang Padi dan Agropolitan serta ternakan selain perancangan pelancongan, merupakan bentuk pembangunan yang diinginkan oleh rakyat Tempasuk khasnya dan Kota Belud amnya.

Kota Belud hanya mempunyai tanah yang landai, bukit bukau, laut dan sungai. Harta kurnian Tuhan selain daripada itu, misalnya kayu kayan atau galian tidak ditemuai di kawasan ini, kecualilah di kawasan ZEE di mana hasil minyak dan gas ditemukan.

Untuk membangun Kota Belud, pemanfataan tanah, laut dan sungai serta bukit bukau merupakan media yang digunakan oleh Musbah bagi membangun rakyat Kota Belud.Pemanfataan media tersebut, agar pada tahun 2020, pendapatan rakyat Kota Belud boleh seimbang dengan pendapatan rakyat negara ini sepertimana target pucuk pimpinan.

3 July 2012

Tempasuk yang semakin gah

TIDAK syak lagi, selepas berbagai PROGRAM pembangunan berjalan di tempasuk, kawasan ini semakin gah.

Kalau anda sempat berjalan-jalan di kawasan ini, terlalu sukar mencari jalan kampung yang belum bertar.

Pembangunan infrastruktur seperti jalan-jalan kampung, adalah sesuai dengan program pembangunan bagi kawasan ini.

Satu rahmat kepada penduduk Tempasuk khasnya dan amnya Kota Belud, apabila program pembasmian kemiskinan dilaksanakan oleh kerajaan.

Jika dahulu, kerajaan hanya mencurahkan bantun kecil-kecilan seperti pembaikan lorong-lorong kaki, namun kini, bukan lagi demikian.

Projek mega seperti Jelapang Padi yang menelan kos 1bilion ringgit dan projek agropolitan yang menelan kos jutaan ringgit merupakan jawapan kepada kepada masalah kemiskinan.

Pemimpin yang memperjuangkan semua ini adalah ADUN Tempasuk, Datuk Musbah Haji Jamli. Pemimpin ini, tidak jemu-jemu memperjuangkan agar taraf penduduk Kota Belud amnya dan Tempasuk khasnya supaya meningkat, kerana perkembangkan perekonomian sesuatu kawasan hanya akan berkembang, jika pendapatan rakyatnya meningkat.

Musbah, wakil rakyat Tempasuk dua penggal, belum berpuas hati dengan kadar pembangunan kawasan yang diwakilinya, beliau mahu kadar pembangunan lebih pesat lagi.

Adalah impiannya, jika Kota Belud, menjadi tarikan pelancong, pusat minyak dan gas serta penyumbang  beras dan hasil pertanian negara.

18 May 2012

Datuk Musbah calon boleh menang bagi DUN Tempasuk

Apabila diajukan pertanyaan "Bersediakah Datuk dicalonkan semula? pada PRU-13". Yang berhormat yang mudah didekati itu, hanya tersenyum.. Bro katanya... sebagai wakil rakyat... "saya sudah berusaha sedaya upaya membawa PROGRAM pembangunan untuk kawasan saya". Untuk itu... sebagai manusia.. saya juga ingin melihat ... bagaimana rakyat menerima semua usaha-usaha itu. Dalam sistem demokrasi.. maka melalui undilah semuanya itu terjawab.

Program untuk pembangunan Tempasuk khasnya dan Kota Belud amnya ada yang sudah siap, sedang berjalan, ada yang akan berjalan, serta ada yang dalam perancangan.

Semua program itu katanya melalui PROSES. Proses memerlukan masa. Saya bersyukur kata Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan negeri itu, kerana Kabinet negeri di bawah Kepimpinan DSP Musa Aman sangat pro-aktif kepada semua program pembangunan di Tempasuk dan Kota Belud.

Lawatan Ketua Menteri Sabah ke Tempasuk pada 13 Mei selain teruja dengan kadar pembangunan kawasan Tempasuk, juga telah mengumumkan satu lagi projek mega di Kota Belud- Projek minyak dan gas.

Projek minyak dan gas ini sebenarnya telah lama dirancang di Kota Belud,namun komitmen daripada pemimpin terdahulu, belum berapa melihat potensi projek tersebut kepada penduduk Kota Belud, atas sebab itu, projek itu terpakasa dipindahkan ke Kimanis. Namun, atas desakan pemimpin kota Belud yang sedia ada, maka projek seumpama itu diwujudkan semula di daerah Kota Belud.

Menurut Musbah, Kota Belud hanya mempunyai tanah, laut, bukit dan sungai-tiada kekayaan sumber alam seperti kayu kayan, galian atau perladangan yang luas. Atas sebab itu, pemanfataan media yang disediakan oleh Allah itu perlu dimaksimumkan demi rakyat Kota Belud khasnya dan negeri amnya.

Projek Jelapang Padi misalnya adalah Program selain cara untuk meningkatkan pendapatan rakyat juga sebagai upaya mengurangkan ketergantungan beras daripada negara luar.

Krisis beras pada tahun 2006, mengingatkan kita, bahawa ketergantungan kepada beras import boleh membawa bencana kelaparan kepada negara. Atas faktor tersebut, maka sumber beras negara perlu diusahakan mulai sekarang, atas sebab itu, jelapang Padi Kota Belud menjadi program nasional.

Selain itu, program-program lain yang bercorak membasmi kemiskinan seperti agropolitian diwujudkan di Kota Belud. Tujuan jangka panjangnya adalah agar supaya menjelang tahun 2020, penduduk Kota Belud rata-rata mempunyai pendapatan perkapita yang sederhana tinggi.

Datuk Musbah mempunyai impian, agar supaya tiada lagi miskin tegar di kota Belud menjelang tahun 2015 untuk itu, program yang beliau rancang perlu diteruskan demi rakyat Kota Belud.

3 February 2012

Sepetang bersama ADUN Temapsuk

Sebaik penulis duduk di ruang tamu ADUN Temapsuk-Datuk Musbah Haji Jamli terus mengeluarkan hujahnya... sebenarnya Rakyat hanya perlu 4P+1P.

Belum lagi penulis sempat bertanya, Pembantu Menteri Pertanian Negeri Sabah itu terus menguraikan apa yang beliau maksudkan dengan 4P+1P.

P yang pertama katanya adalah PENDIDIKAN. Melalui pendidikanlah katanya, minda dan bakat akan terlahir, sebab itu kerajaan menyediakan sekolah percuma dari Tadika hinggalah ke sekolah Menengah. Di Tempasuk katanya, boleh dikatakan semua kampung ada sekolah rendah atau setidak-tidak Taska atau Tadika. Melalui pendidikan, maka akan melahirkan sumber insan yang gemilang dan terbilang.

Selepas P yang pertama diikuti pula oleh P yang kedua, yaitu PEKERJAAN. Perkerjaan dapat berbentuk makan gaji atau usaha sendiri.

P yang ketiga adalah PENDAPATAN. Sudah tentu kalau ada Pendidikan ada Pekerajaan, maka pada gilirannya adalah PENDAPATAN. Bagi mereka yang berani mencuba, maka sumber pendapatan yang paling lumayan adalah melalui perniagaan atau usaha sendiri.

Sebab itu katanya, semasa muda, disebabkan masa sangat terhad untuk pendidikan, beliau mencebur diri dalam dunia perniagaan walaupun hanya dilengkapi kelulusan peringkat SPM. Bermula pada tahun 1980, beliau terus mencuba melalui disiplin yang tinggi dalam dunia perniagaan. Syukur katanya, lima tahun kemudian, beliau bergelar jutawan.

Dunia perniagaan terus diceburinya kerana menurutnya itulah bidang yang beliau ada bakat. Selepas perniagaannya mantap, baru beliau merasa menyambung pelajaran, walaupun bukan sepenuh masa. Melalui pendidikan yang beliau perolehi memantapkan lagi pengetahuannya dalam dunia perniagaan.

Selagi beliau diberi amanah sebagai wakil rakyat, inilah perjuangannya, kerana beliau tahu, bahawa kadar kemiskinan bagi daerah Kota Belud amnya masih tinggi walaupun kawasan Tempasuk agar bernasib baik berbanding Usukan dan Kedamaian.

Selepas 3P yang pertama, sudah tentunya rakyat perlu tempat berteduh, yakni Perumahan. Atas sebab itu, semasa beliau menjadi Pengerusi Supernisa Sdn Bhd anak syarikat LPPB, beliau mengusahakan berbagai projek perumahan untuk rakyat. Bagi penduduk Kampung pula, beliau berusaha membina perumahan rakyat melalui PPRT bagi mereka yang tergolong miskin tegar.

Namun masalah ini akan terselesaikan menjelang 2020, apabila semua isi rumah mempuyai sekurang-kurangnya satu anak yang mempunyai PENDIDIKAN DAN PEKERJAAN.

Pada situasi ini, maka P yang kelima diperlukan, malah menjadi keharusan, yaitu PENGAKUTAN AWAM.

Pengakutan awam akan berkembang apabila telah ramai rakyat berkerja dan berpendapatan. Atas sebab itu, infra seperti jalan-jalan perlu di bina. Di kawasan Tempasuk, katanya tiada lagi kampung yang tidak boleh dihubungi menggunakan kenderaan. Malah sebahagian besar jalan telahpun bertar.

Beliau maklum, bahawa kawasan Tempasuk tidak mempunyai sumber asli, selain tanah dan laut. Sebab itulah katanya, beliau berusaha agar projek Jelapang Padi Kota Belud menjadi kenyataan. Melalui projek itu, akan lahir berbagai bentuk perniagaan daripada kilang padi, kilang baja, kilang membaiki jentera dan sebagainya. Sudah tentu katanya, kejayaan projek tersebut akan menguntungkan rakyat Tempasuk khususnya dan Kota Belud amnya.

Mungkin, ADUN Tempasuk itu telah menyediakan curahan hatinya begitu lama dalam benaknya, sehingga penulis, tidak sempat bertanya atau menyampuk, atas sebab uraian dan penjelasan cukup terang dan jelas. Yang paling mustahak, visinya itu masuk akal dan nyata.

Semasa ADUN Tempasuk itu menguraikan apa yang difikirannya, penulis tidak terasa bahawa sudah dua cawan black coffee habis dihirup, sekotak rokok Dunhill methol selesai.

Sekian.. Blog Suara Rakyat.

9 November 2010

Kenapa Mangsa Banjir 16 Januari 2010 belum selesai?

Enam kampung yang membabitkan kawasan 180 ekar sawah padi di Kota Belud, yang dianggap sebagai jelapang padi di daerah itu, mahu kerajaan persekutuan dan Sabah mengotakan janji mereka pada 16 Januari lalu untuk menghulurkan bantuan berhubung masalah banjir.

Kampung-kampung yang dilanda teruk itu adalah disenaraikan sebagai kawasan miskin tegar sejak kerajaan Usno memerintah dan tumbang pada 1976.

"Saya tak boleh dipersalahkan jika ada cakap-cakap menentang kerajaan di kampung-kampung itu kerana sudah begitu lama kerajaan belum mengotakan janji untuk memberi bantuan,” kata Jamari Seleh, 51, yang mengetuai Jawatankuasa Kecil Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Jawi-Jawi .

Bercakap bagi pihak enam kampung berkenaan, beliau menjelaskan bahawa perhimpunan aman yang dihadiri oleh kira-kira 60 pesawah di Kota Belud, minggu lalu bertujuan supaya rintihan mereka mendapat perhatian.

Selain Jawi-Jawi, kampung lain adalah Taungusi, Labuan, Wakap, Merabu and Katabungan.

Menurut Jamari, pesawah dan petani begitu kecewa kerana usaha mereka bagi mendapatkan bantuan setkat ini terus tidak dihiraukan oleh kerajaan.

Katanya, daripada tontonan TV, mereka dapati kerajaan persekutuan dan juga negeri lebih berminat dan prihatin untuk menghulurkan bantuan kepada negara lain yang terjejas akibat bencana alam dan peperangan.

Seorang lagi anggota JKKK, Razlan Saitim, 31 berkata tidak ada masalah bagi Malaysia membantu negara yang kurang bernasib baik tetapi bukan sehingga menjejaskan rakyat di negara ini.

“Jangan seperti kera di hutan disusukan, anak di pangkuan mati kelaparan. Kita mesti bantu diri kita sendiri dulu,” katanya.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels