Showing posts with label PRU-13 Sabah. Show all posts
Showing posts with label PRU-13 Sabah. Show all posts

20 April 2013

PRU-13 Sabah: Tiada calon Menang Tanpa Tanding- Musa Aman Berdepan lima Penjuru Salleh Said Tiga Penjuru

Kerusi DUN Sungai Sibuga yang disandang Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman akan menyaksikan pertandingan lima penjuru membabitkan calon Bebas, SAPP, STAR dan PKR. 

Musa yang memenangi kerusi itu pada pilihan raya umum lalu dengan majoriti 7,657 undi akan ditentang calon Bebas, Mohd Arshad Abdul, A.M. Jafar @ Damaid Juana (SAPP), Mohd Roslan Yussof (STAR) dan Irwanshah Mustapha Ahmad (PKR). 

Sementara itu Timbalan Pengerusi Umno Sabah Datuk Dr Salleh Tun Said dicabar oleh dua calon lain daripada Parti Pembangkang.

Manakala Datuk Rahman Dahalan berdepan lima penjuru selain daripada parti-parti pembangkang juga oleh seorang calon bebas.

Berikut Senarai Penuh

10 August 2012

Sabah PRU-13: Pastikan semua kerusi ditandangi Umno menang

PASTIKAN semua kerusi yang ditandingi UMNO menang; jika tidak; peluang "tikam belakang" mungkin berlaku. Hanya kerusi Umno yang mencukupi dapat mengekang tindakan tikam belakang.

Anggapan tikam belakang ini tidak boleh dielak; contohnya walaupun Umno dan BN Sabah begitu kuat hasil daripada keputusan PRU-12, pun demikian SAPP dengan dua kerusi Parlimen bertindak keluar, kerana termakan pancingan Anwar, kononnya 31 MP BN akan menyertai Pakatan Rakyat menjelang 16 September,2008. 

Cuba bayangkan, jika jumlah kerusi Umno tidak cukup untuk membentuk kerajaan, dan tergantung kepada kerusi parti lain, malapetaka besar akan berlaku.

Politik Sabah tidak sunyi dengan kejutan. Tahun 1994, PBS kalah kerana tindakan tiga Adunnya menyeratai BN; perkara seumpama itu, tidak boleh dianggap tidak akan berlaku terhadap BN. Contoh, tahun 1990-PBS bertindak keluar BN diambang pembuangan undi, kalaulah pada masa itu, BN Semenanjung tidak mampu mencapai keputusan yang baik, maka BN kecundang dengan mudahnya angkara kawan yang berpaling tadah.

Pimpinan Umno negeri, perlu memastikan, bahawa Umno perlu bertanding sekurang-kurangnya 32 kerusi DUN untuk mempertahankan kerajaan negeri daripada sebarang kemungkinan.

Di bahagian Parlimen pula, Umno kena pastikan 12 kawasan Parlimen dipertahankan dan kalau boleh bertandinglah di Sepanggar dan Tawau, kawasan SAPP.

Kemenangan Umno peringkat parlimen sangat diperlukan oleh kerajaan pusat untuk mempertahankan Putrajaya.

Diperkirakan pada PRU-13, Umno di Semenanjung boleh menang 90-99 kerusi berbanding keputusan tahun 2008 yang hanya 79 kerusi. Jika ini berlaku, walaupun apa-apa berlaku di 11 kerusi parlimen di Sabah, tidak memudaratkan kerajaan BN untuk mempertahankan Putrajaya.

Di Sabah, parti komponen BN yang masih boleh "diharap" adalah LDP dan PBS-diperkirakan dua parti ini akan terus setia dengan BN, walaupun berlaku sebarang kemungkinan yang buruk terhadap BN.

UPKO masih dalam keadaan tandatanya, kerana kesimpangsiuran halatuju parti itu. Tiada parti yang dianggap kuat, jika pucuk pimpnan dan ahlinya telah terbelah dua. Pada zahirnya-UPKO kini telah terbagi dua antara Dompok dan Bumburing. Dompok mendapat sebahagian, manakala Bumburing sebahagian. Berlainan dengan Lajim, Lajim hanya mendapat sebahagian penyokongnya di Beaufort sahaja, tidak melibatkan kawasan lain.

Lebih baik sediakan payung sebelum hujan. Fikir-fikirkanlah.

7 March 2012

8 Mac 2012 genap empat tahun usia PRU-12

Esok 8 Mac merupakan tarikh PRU-12 yang diadakan pada tahun 2008. Tarikh 8 Mac yang jatuh esok menandakan bahawa usia PRU-12 telah genap 4 tahun.

Biasanya PRU di Malaysia tidak melangkau 5 tahun, ini bermakna PRU-13 akan tiba bila2 masa.

Umno telah meminta semua jenteranya hendaklah memasang "gear lima" bagi menghadapi PRU-13.

Bagi kawasan Kota Belud, telahpun memulakannya sejak pertengahan Januari lalu, apabila BN P.169 Kota Belud telah memulakan mesyuarat.

Selepas itu, telah diadakan majlis makan malam P.169 Kota Belud, yang dihadiri oleh pemimpin akar umbi komponen BN-Sabah, bagi kawasan Kota Belud.

Dalam pilihanraya, rakyat adalah pengadil/penentu/pemilih yang mencorakkan kerajaan yang bakal dipilih. Sementara para pemimpin hanya sebagai perantara/konduktor yang melaksanakan mesej parti dan dipersembahkan kepada rakyat.

Konduktor yang terbaik, sudah tentu mendapat penerimaan dan sokongan yang ramai, dan sudah tentu akan menang dalam pilihanraya.

Para pemimpin BN kini berhadapan dengan mesej pembangkang yang berbentuk retorik. Berbagai janji ditaburkan, sehinggakan kalau tidak dianalisa dengan baik, bangkaipun boleh hidup semula.

Sebaliknya para pemimpin kerajaan melaksanakan apa yang boleh dilaksanakan, berasaskan kepada fakta. Misalnya bantuan BR1M, kerajaan melaksanakannya, pemberian RM100 bagi pelajar tahun satu hingga tingatan lima, dan pemberian baucer buku RM200 kepada mahasiswa.

Bagi Sabah, pembangkang dalam Pakatan Rakyat misalnya, kalau berjaya menduduki Putrajaya, dalam tempoh 100 hari, akan menghapuskan bayaran tol di Semenanjung (ertinya hanya rakyat semenanjung yang untung), menurunkan harga minyak, entah berapa sen yang mahu diturunkan, memberikan 20% royalti minyak kepada negeri2 pengeluar minyak, menghapuskan PTPTN. Kalau dikira-kira, kerajaan akan kehilangan RM40bilion dalam masa 100 hari Pakatan memerintah.

Tindakan Pembangkang ini, sebenar tidak langsung menyumbang kepada kesejahteraan rakyat. Sebaliknya, tindakan itu akan mengurangkan dana untuk pembangunan infrastruktur.

Jalanraya perlu diselenggara, untuk itu memerlukan kos. Jika bayaran tol dihapus, maka kerajaan terpaksa mengeluarkan dana untuk penyelenggaran. Dari mana kerajaan dapat wang? Cukai? cukai kenderaan, cukai perniagaan, cukai pendapatan individu, cukai import, cukai export, ini lah sebahagian pendapatan negara. Kalau, harga minyak diturunkan, maka kerajaan terpaksa memberi subsidi berlipat ganda, ertinya wang untuk pembangunan kepada rakyat terpaksa dikurangkan.

Percayalah, kalau tindakan pembangkang ini dilakukan, kita akan menyaksikan pembangunan dan perkembangkan ekonomi negara ini akan merundum. Secara jangka panjang, negara akan jatuh miskin, kerana kerajaan tidak mempunyai cukup wang untuk pembangunan. Jalan keluarnya apabila tidak cukup wang adalah meminjam daripada badan2 dunia seperti IMF, World Bank atau ADB. Jika ini, berlaku, maka kos pembangunan negara akan semakin tinggi, kerana terpaksa membayar bunga. Jika berlanjutan, ada kemungkinan negara akan jadi muflis, seperti Argentina pada tahun 80-an dan Greece yang muflis.

Cara kerajaan BN sekarang memberi bantuan langsung kepada rakyat adalah cara yang paling tepat, kerana pendekatan secara mikro melalui penurunan harga barangan atau subsidi hanya menguntungkan syarikat2 besar. Contoh yang paling sederhana, pemberian percuma uniform sekolah pelajar sekolah rendah, yang mendapat keuntungan paling besar adalah pembekal2, kerana kalau diteliti, barangan yang dibekalkan, kualiti yang terlalu rendah dan tidak bersesuaian dengan kos yang dibayar kerajaan.

Percayalah, para pemimpin Pembangkang mahu menjadi kerajaan, kerana mereka pernah merasakan keistimewaan semasa di tampuk kuasa. Anwar Ibrahim, pernah menjadi TPM. Atas sebab itu, beliau mempergunakan rakyat sekali lagi untuk beliau duduk di singgahsana. Di Sabah, Yong Teck Lee, pernah menjadi Ketua Menteri Sabah.

Rakyat jangan terkeliru dengan sepak terajang pembangkang, kerana tujuan mereka hanya untuk berkuasa dan memulihara semula empayar mereka.

6 March 2012

Apa kah peluang wakil rakyat yang hanya menang tipis pada PRU-12?

Di Sabah, banyak kawasan pada PRU-12 lalu di mana pemenangnya hanya menang tipis. Malah kemenangan itu disebabkan pertandingan banyak penjuru. Di banyak kawasan, undi yang diperolehi pemenang, jauh lebih kecil berbanding undi calon2 yang kalah kalau dijumlahkan. Ironinya, jumlah undi yang banyak itu adalah daripada calon2 pembangkang.

Kalaulah berlaku pertembungan satu lawan satu pada PRU-12 lalu di Sabah, kawasan2 seperti Parlimen Sandakan, akan dimenangi pembangkang. Demikian juga DUN2 API2, Kepayan, Tanjung Aru, Tanjong Kapor, Merotai, Luyang, Inanam; malah moyog.

Sebanyak 17 DUN Sabah, nampak tidak selamat. Ironinya kawasan2 itu adalah kawasan2 yang ditandingi LDP, UPKO, PBS dan MCA.

Pada PRU-13, apa yang akan belaku? kalau lah trend pengundi kaum cina terus berkekalan, sepertimana dibuktikan pada PRN Sarawak April tahun lalu, nampaknya ramai calon2 BN yang diwakili LDP, MCA dan calon PBS bagi kawasan majoriti kaum cina akan kecundang.

Walaupun calon2 bagi kawasan2 yang marjinal ini akan tertawan pihak pembangkang, namun kerajaan Sabah yang ditunjangi Umno akan terus kekal dengan kuasa 2/3. Perkara ini disebabkan, 32 kawasan yang ditandingi Umno akan terus menyerlah.

Sebagai tambahan kerusi bonus, adalah terletak kepada percaturan Datuk Musa Aman, untuk meletakkan calon2 yang akan bertanding di kawasan2 tersebut, misalnya DUN Karamunting, Dun Merotai, DUN Tanjong Kapor dan Dun Elopra.

Di kalangan komponen BN, persaingan antara LDP dan Gerakan ibarat api dalam sekam. Tidak dapat dinafikan, bahawa antara parti ini akan berlaku sabotaj antara satu sama lain. Tindakan inilah yang berakibat kekalahan calon2 BN. Bagi mengatasi perkara ini, syogianya dicalonkan orang baru yang bersifat "bebas", agar unsur sabotaj dapat diminimakan.

Pecalonan Peter Phang di Karamunting, sudah tentu akan mendapat sabotaj luarbiasa daripada para pemimpin LDP disemua peringkat, natijahnya, kawasan itu akan terlepas kepada pembangkang dengan "percuma".

DUN Merotai, dapat dimenangi dengan mudah jika Umno bertanding di kawasan itu, memandangkan kawasan itu adalah kawasan majoriti bumiputera. Sementara Parlimen Tawau, sebaiknya Tan Sri Liew, mantan DUN Merotai bertanding di situ. Jika ini menjadi pilihan, maka Bn/Umno Sabah akan dapat memastikan kemenangan.

Demikian juga DUN Tanjong Kapor Kudat, sebaiknya Umno atau PBS yang bertanding, jika BN mahukan kawasan tersebut masih dalam genggaman.

19 July 2010

Sabah: Siapa Pengerusi Umno negeri Beliaulah Mengisi Jawatan Ketua Menteri

Jangan berspekulasi mengenai jawatan Ketua Menteri. Untuk rekod siapapun dilantik sebagai Pengerusi Umno Negeri, beliau lah bakal ketua menteri, jika Umno atau BN menang pada pru-13 akan datang.

Para pemimpin Sabah yang mempunyai merit untuk jawatan Pengerusi Umno negeri selain Datuk Musa Aman, yang sekarang ini menjawat jawatan tersebut, adalah Datuk Salleh Tun Said dimana pada masa ini adalah timbalan pengerusi, Datuk Safie Apdal adalah pengerusi perhububungan Umno Kedah.

Dalam rekod, memang Datuk Salleh pernah menjawat sebagai pengerusi Umno negeri sewaktu sistem pengiliran Ketua Menteri tajaan Tun Mahathir mantan Perdana Menteri. Namun setelah sistem itu dihapus, maka keadaan Salleh yang pernah menjawat jawatan tersebut maka tamatlah jawatan Salleh sebagai Ketua Menteri dan Pengerusi Perhubungan Umno Negeri, sama dengan tamatnya sistem pengiliran jawtan ketua Menteri.

Pada masa kini tersibar luas bahawa Musa Aman terpaksa melepaskan jawatannya sebagai Pengerusi Umno negeri sekaligus juga jawatan Ketua Menteri.

Kita tidak tahu apa kah sebenarnya yang berlaku sehingga Musa Aman diisukan melepaskan semua jawatan baik jawatan kerajaan mahupun jawatan politik.

Menurut isu yang tersebar, Musa terpaksa melepaskan jawatan dalam Umno sebelum persidangan Umno pada bulan oktober ini. Alasannya jika Musa menyertai persidangan tersebut, ada kemungkin persidangan tersebut akan terbatal secara keseluruhan kerana Musa dikatakan mempuyai rekod yang melanggar peraturan parti.

Faktor kedua yang menyebabkan Musa berundur sebelum Pru-13 adalah isu pengubahan wang. Jika isu ini boleh ditutup dalam negera, akan tetapi di luar negara tetap tersebar. Najib tidak mahu imejnya tercalar, kerana itu meminta Musa berundur, demi negara dan pentadbiran Najib.

Nah,kembali kepada siapa pengganti Musa? Pemimpin yang paling dekat kepada jawtan pengerusi perhubungan umno negeri adalah Salleh Said. Dari segi kelayakan, tidak boleh dinafikan lagi, walaupun kepimpinan Salleh selalu mendapat tantangan daripada kawasannya sendiri.

Sebagai rekod, Salleh dilantik ke jawatan Timbalan Pengerusi Umno negeri di mana pada masa itu, mantan Ketua Menteri Sabah ini tidak mempunyai apa-apa kedudukan dalam parti,kecuali sebagai ahli biasa Umno.

Salleh dalam memperkukuhkan kedudukannya dalam parti, maka terpaksa bertanding jawatan ketua bahagian Kota Belud, di mana pada masa itu disandang oleh ADUN Tempasuk Datuk Haji Musbah Jamli.

Melalui pertandingan tersebut, Musbah mendapat sokongan padu daripada Musa Aman sendiri, Ahli parlimen Kota Belud, Rahman Dahalan dan ahli dewan undangan negeri kawasan Usukan Japlin Akim. Sementara itu, Salleh mendapat sokongan padu daripada Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandkiar Amin dan Safie Apdal penaung Usbo.

Keputusan pertandingan tersebut Salleh menang dengan majoriti 47 undi.Yang menjadi persoalan besar pada masa itu adalah Salleh adalah pilhan presiden parti dan juga Perdana Menteri, pun demikan masih mendapat tantangan yang luar biasa di peringkat negeri umunya dan khasnya kawasan Kota Belud. Sekiranya Salleh kalah pada masa itu, yang kalah sebenarnya adalah Najib, bukan Salleh.

Salleh adalah pakar politik, seseuai dengan ilmunya sebagai master dalam sains politik.Setelah memegang jawatan Ketua Bahagian dan timbalan perhubungan umno negeri (jawatan yang ditinggalkan Safie Apdal), Salleh mengatur langkah; akhirnya keakraban dengan Musa berjaya tercipta. Penanda aras kepada keakraban tersebut ialah apabila Salleh dilantik menjadi penasihat Sains dan Teknologi kepada Ketua Menteri berstatus menteri.

Akibat penerimaan jawatan tersebut, ramai yang berspekulasi bahawa Salleh telah menjadi satu pasukan dengan Musa Aman, akibatnya hubungan dengan Safie Apdal semakin renggang, kerana Salleh dikatakan meninggalkan kawan seperjuangan.

Jika dihibau keadaan sebelum PRU-12, mac 2008, Salleh adalah MP Kota Belud. Salleh digugurkan dan tidak dipilih sebaliknya diganti oleh orang luar Kota Belud. Pada masa itu, ramai yang telah beranggapan, bahawa politik Salleh akan padam selama-lamanya. Namun atas kebijaksanaan ketiga-tiga pemimpin USBO tersebut, yakni Pandikar dan Amir Kahar serta Salleh, mereka mengatur perjumpaan dengan Musa diambang PRU-12. Ketiga-tiga pemimpin ini mengatakan sokongan padu dan tidak berbelah bagi kepada kepimpinan Musa. Akibat sokongan tersebut, BN Sabah berjaya menang dengan besarnya; walupun sokongan kepada BN di Semenanjung merosot sekali.

Akibat merosotnya sokongan kepada BN di Semenanjung, maka Tun Abdullah terpaksa melepaskan jawatannya kepada Najib.

Disini lah bermula perubahan kepimpinan parti di peringkat negeri-negeri, walaupun Sabah masih diterajui oleh lantikan era Tun Abdullah.

Sampai bila kah Najib mempertahankan lantikan-lantikan era Tun Abdullah? OKB merasakan Najib telah mempersiapkan semua pengganti itu melalui lantikan-lantikan Timbalan Pengerusi perhubangan Umno Negeri. Bagi Sabah, jangan berspekulasi lagi, PRU-13 akan datang akan dikemudi oleh Timbalan Pengerusi Umno Negeri, yakni Datuk Salleh Tun Said. Bagi Safie, Najib tidak akan melepaskannya di peringkat persekutuan,kerana Safie diperlukan di situ.

18 June 2010

PRU-13: Jika BN Sabah Salah Letak Calon; Akibatnya Parah

Ada yang mencongak-congak bahawa jika pada PRU-13 akan datang jika ADUN-ADUN yang tidak disukai rakyat diletakkan semula, kemnugkinan pengundi tegar BN akan melakukan protes.

Protes pengundi-pengundi tegar BN itu telah mula kenampakan semasa PRU-12.

UMNO jangan terlalu yakin dengan 32 kerusi di mana terdapat pengundi tegar parti itu, kesilpan sedikit akan mengundang padah.

28 kerusi yang dikuasai pengundi bukan islam termasuk kawasan cina, berasaskan perkembangan semasa kawasan-kawasan ini tidak selamat bagi BN.

Alasan mereka, hak Sabah semakin terhakis di bawah pemerintahan Umno.

Jika semasa pra-kemerdekaan Sabah dan Sarawak dikategorikan sebagai negara, kini hak-hak itu dikategorikan sebagai salah satu negeri di bawah persekutuan. Pada pra-kemerdekaan, status Sabah dan Sarawak adalah sama dengan Malaya, kini status itu tiada lagi, apatak lagi dengan konsep 1Malaysia. Melalui konsep 1Malaysia status Sabah dan Sarawak adalah sama dengan negeri-negeri di Malaya.

Jika mengimbas kenapa Sabah dan Sarawak dipelawa menjadi federasi pada tahun 1963 adalah agar Sabah dan Sarawak menjadi negara maju seperti Malaya, namun setelah 47 tahun menyertai Sabah dan Sarawak masih ketinggalan begitu jauh. Kalau bukan kerana PRU-12 di mana di Semenanjung, BN kecundang, Sabah dan Sarawak tidak akan menjadi perhatian.

Bagi penduduk Sabah dan Sarawak, walaupun perhatian pihak persekutuan sudah terlambat, namun demi kesetian kepada negara, maka rakyat masih menyokong konsep penggabungan itu.

Namun, walaupun PRU-12 telah berlalu lebih 2 tahun, kerancakan pembangunan bagi 2 negeri ini masih terlalu perlahan. Kalaupun ada projek-projek pembangunan yang berjalan di dua negeri itu, namun projek-projek adalah kepunyaan kontraktor yang berasal daripada Semenanjung dan projek-projek itu tidak pun menyumbang kepada penyediaan peluang pekerjaan. Peluang yang ada hanya bertaraf buruh, sudah tentunya diisi oleh PTI.

Bayangkan untuk mendapat projek pembangunan bagi negeri Sabah misalnya, terpaksa berurusan dengan pihak-pihak tertentu di Putrajaya. Sudah lah karenah birokrasi di peringkat negeri begitu tebal, ditambah lagi dengan birokrasi yang di atur di tanah seberang.

Untuk membangun negeri, bayangkan orang Sabah terpaksa mengemis. Sabah dan Sarawak kaya dengan sumber alam. Ada minyak, ada arang batu, penyumbangkan kepada eksport negara terutama hasil minyak kelapa sawit, koko, kayu dan lada sumber laut dan sebagainya, pun demikian Sabah dan Sarawak masih ketinggalan dalam semua perkara.

OKB sungguh sedih dengan semua ini, OKB berharap jangan pula majoriti pengundi dua negeri ini tumpang sedih, sehingga mereka menolak kerajaan BN.

Sarawak beruntung kerana ada Ketua Menteri pribumi, tetapi Sabah? Seharusnya Sabah diberi peluang ditadbir urus oleh pribumi agar naluri membangun anak watan terus membara. Benar, Sabah pernah diurus oleh pribumi. Semasa PBS, kerana politik sempit, maka yang dimajukan hanya kaum pribumi bukan islam. Zaman Usno, kerana kepimpinan yang belum ke depan. Zaman BN, kerana konsep bergilir-gilir, maka keupayaan pemimpin pribumi belum kenampakan.

Cuba beri contoh, mana ada sesuatu perniagaan itu boleh maju dalam sekelip mata?. Tanam kelapa sawitpun perlu 4 tahun untuk mendapatkan hasil yang maksima.

Sabah kini, di terajui oleh Musa Aman, akhirnya hanya orang-orang tertentu ada hubung kait dengannya sahaja yang maju, apa kah dari segi perniagaan atau peluang projek.

Siapa kata orang Sabah, tidak mampu. OKB pernah bertugas di Semenanjung lebih 10 tahun sebagai pengurus besar pada syarikat swasta dan GLC yang ada hubungan dengan kerajaan negeri.


OKB cukup terkilan sejak tahun 2004, OKB berusaha berjumpa Musa Aman, sehingga kini peluang itu belum pernah ada. Siapa kata, usaha tiada, semua usaha telah dilakukan. Bayangkan, mereka yang tidak tahu guna lif ingin berjumpa ketua menteri?

Kesimpulannya, untuk dapat peluang.. betul lah kata orang... Siapa anda kenal? Contoh yang paling dekat.. pada masa ini.. siapa-siapa yang kenal dengan Musa Aman dan Safie Afdal.. sedang sibuk melaksanakan projek-projek jutaan ringgit.

OKB hanya mampu mengeluh melalui tulisan!!!

17 March 2010

Jika PRU-13 Esok BN Sabah Akan Hilang 10 Kerusi

Jika PRU-13 esok, BN Sabah akan kehilangan Sri Tanjung (sudah pun hilang-kini disandang DAP) Parlimen Kota Kinabalu (telahpun hilang kini di tangan DAP), Kuala Penyu, Sandakan, Kepayan, Bingkor,Inanam,Likas, Luyang, dan Merotai.

Pada PRU-12 lalu Di DUN Sri Tanjong, DAP merampas kerusi berkenaan apabila calonnya, Wong Sze Phin @ Jimmy menewaskan penyandang dari BN, Samson Chin Chee Tsu, selain calon PKR, Datuk Kong Hong Ming.Jimmy memperoleh 5,359 undi manakala Samson (4,187) dan Kong (3,090) sekali gus membolehkan Jimmy menang dengan undi majoriti 1,172.

Yang jelas, jumlah keseluruhan undi diperoleh calon DAP dan PKR 8,449 jauh mengatasi undi diperoleh Samson. Bayangkan jika pembangkang mencapai kesepakatan untuk mencalonkan hanya seorang daripada mereka untuk menentang Samson.

Dengan pengundi Cina seramai 74.21 peratus daripada keseluruhan 19,536 pengundi dan Bumiputera Islam (22.81 peratus), Bumiputera Bukan Islam (2.67 peratus) dan etnik lain (0.31 peratus), Jimmy mengatasi Samson yang menang pada pilihan raya 2004 dengan undi majoriti 3,907.

Di kerusi Parlimen Kota Kinabalu, keadaan yang sama dapat dilihat melalui undi diperoleh calon DAP dan PKR yang jauh mengatasi calon BN, Chin Teck Ming dari Parti Bersatu Sabah (PBS).

Chin yang pertama kali dicalonkan, terpaksa akur kepada 8,420 undi yang diperolehnya manakala calon DAP, Dr Hiew King Chew memperoleh 9,464 undi dan calon PKR, Christina Liew Chin Jin (9,358) dan calon Bebas, Kong Yu Kiong (341).

Walaupun berhadapan dengan Chin dan Christina serta Kong, Dr Hiew menang dengan undi majoriti 106 berbanding undi majoriti diperoleh calon BN pada Pilihan Raya 2004, Datuk Dr Yee Moh Chai sebanyak 10,860 undi.

Calon BN di Parlimen Sandakan, iaitu Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP), Datuk Liew Vui Keong yang pertama kali melangkah ke gelanggang pertarungan pilihan raya, harus berterima kasih kepada ketidaksepakatan calon DAP, Shanty Chong Chui Lin dan calon Bebas, Fong Vun Fui.

Liew memperoleh 8,297 undi berbanding Shanty (8,121) dan Fong (2,929), sekali gus membolehkan BN merampas semula kerusi berkenaan dengan undi majoriti hanya 176.

Jelas, kehadiran calon Bebas itu membolehkan BN menguasai semula kerusi Parlimen Sandakan yang sebelum ini dikuasai calon Bebas, Chong Hon Min yang menang pada pilihan raya 2004 dengan undi majoriti 1,330.

Di DUN Kepayan (dalam Parlimen Penampang), calon BN yang juga calon tunggal MCA, Datuk Edward Khoo Keok Hai memperoleh 6,162 undi, manakala calon DAP, Stephen Jacob Jimbangan (4,100) dan calon PKR, Datuk Chau Chin Thong @ Chau Chin Tang (3,658).

Di DUN Kuala Penyu (dalam Parlimen Beaufort), calon BN, Teo Kwan Chin @ Teo Mau Sing merampas semula kerusi berkenaan daripada calon Bebas yang juga penyandang, Datuk Johan @ Christopher O T Ghani.

Bagaimanapun, Teo yang memperoleh 4,416 undi hanya menang dengan undi majoriti 257 berbanding Ghani (4,159 undi) dan calon PKR, Guandee Koh Hoi (889 undi).

Sekali lagi pertelagahan meletakkan calon pembangkang menyebabkan peluang Ghani mempertahankan kerusi berkenaan digagalkan dengan kehadiran Guandee.

Di DUN Bingkor (dalam Parlimen Keningau), peluang Naib Presiden PKR, Datuk Dr Jeffrey Kitingan untuk merampas kerusi itu daripada penyandang, Justin Guka dari BN, digagalkan dengan kehadiran dua calon Bebas, masing-masing Victor Leornadus @ Victor Leonardus dan Uling @ Thomas Anggan.

Jeffrey tewas dengan kekurangan 171 undi. Victor memperoleh 129 undi, manakala Uling memperoleh 164 undi. Jika kedua-dua calon Bebas itu memberi laluan kepada Jeffrey untuk berdepan dengan Justin, besar kemungkinan DUN Bingkor dirampas pembangkang.

Keadaan sama dapat dilihat di DUN Inanam, Likas, Luyang dan Merotai. Ketidaksepakatan calon DAP, PKR dan Bebas menyebabkan calon BN menang di kawasan berkenaan.

Bagaimanapun, dengan kemenangan pembangkang di lima negeri di Semenanjung dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, pembangkang di Sabah dikatakan sudah mula celik. Pembangkang di negeri itu dikatakan mula melihat Sabah akan dijadikan sasaran selepas ini.

Namun, BN Sabah awal-awal lagi sudah bersedia menangkis serangan pembangkang.

Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Musa Aman ketika diminta mengulas mengenainya selepas majlis mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri pada Ahad lalu, menegaskan BN Sabah sudah menyediakan perisai menghadapi serangan itu.

Bagaimanapun, BN Sabah berjaya membuktikan bahawa parti itu bukan setakat terus menerima keyakinan rakyat, malah menyediakan 24 kerusi Parlimen untuk BN kekal membentuk kerajaan pada peringkat Persekutuan.

Usaha gigih perlu dilakukan BN Sabah bagi mengekang serangan pembangkang selepas ini yang pastinya mencemburui 24 kerusi berkenaan.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels