Showing posts with label Skuad P169 Kota Belud. Show all posts
Showing posts with label Skuad P169 Kota Belud. Show all posts

12 April 2010

Apa Itu Skuad P-169 Kota Belud

Semalam saya sempat borak-borak dengan Idris Nanti Pegawai Perhubungan Khas Parlimen Kota Belud di Restoran Cita Rasa Kota Belud.

Melalui perbualan itu Idris menjelasankan serba sedikit mengenai peranan S-P169.

Latarbelakang kewujudan S- P169 Kota Belud adalah berpunca daripada saranan Menteri Pelancongan Malaysia Ng Yen Yen dalam program cari. Apa yang dicari adalah.. rakyat yang masih miskin.

Ekoran daripada itu, maka MP Kota Belud memperkenalkan Skuad P-169 yang bermatalamatkan RAKAN INFO.

Menurut Idris nanti, Skuad P-169 ini dianggotai oleh para sukarelawan yang terdiri daripada para pemuda berbagai suku kaum dan mereka yang tidak berafiliasi dengan mana-mana parti.

Pengelibatan para pemuda yang tidak berafiliasi ini menurut Idris perlu dimanafaatkan kononnya agar mereka tidak terjerumus dalam kegiatan-kegiatan yang tidak sihat.

Skuad P-169 kononnya melibatkan akitiviti yang berlainan dengan aktiviti yang biasa diketahui oleh para belia,misalnya permainan sukan. Namun melalui Skuad P-169, para belia ini akan didedahkan kepada aktiviti yang bersifat ekstrim, misalnya XPDC membersih sungai, membersih kampung, perkemahan di perkampungan dan melibatkan para warga kampung.

Kononya Skuad P-169 Kota Belud ini tidak bersifat politik, tetapi hanya sebagai wadah berkumpulnya para belia atau pemuda yang mempunyai kecenderungan lasak.

Walaupun kelihatannya skuad ini bersifat sebagai RAKAN INFO bagi para penduduk yang buta info, berisfat sukarelawan, namun kelihatannya skuad ini bersifat PADAT MODAL, kerana tanpa modal kewangan adalah tidak mungkin, skuad ini dapat bergerak seperimana impian pencetusnya.

Manusia dalam kehidupan seharian perlu minum, perlu makan. Demikian juga anggota skuad ini. Keperluan lain perlu juga diambil kira, misalnya keperluan pengakutan dan keperluan kenderaan itu sendiri.

Bagaimana kah.. kelanjutan kepada skuad ini? dan apa kah peranan dan tujuannya akan terasa oleh penduduk sasaran mereka? sama-sama kita tunggu!!!

10 April 2010

Di Sebalik Penubuhan Squad P-169 Kota Belud

Rahman Dahalan Dengan Kereta Yang Diubahsuai
Sebenarnya saya tidak tahu apa itu Squad P-169 Kota Belud. Saya mengetahui adanya skuad ini apabila saya terbaca "wall" facebook MP Kota Belud.

Tujuan dan objektif skuad ini tiada siapa yang tahu kecuali pencetus idea itu Datuk Rahman Dahalan sendiri. Namun apabila membaca posting Rahman Dahalan melalui blognya saya mula terang tujuan dan objektif skuad p-169 Kota Belud.

Tujuan dan objektif S-P169, beginilah simbol kepada skuad ini adalah bersifat riadah dan hiburan. Skuad ini memberi sasaran kepada kaum muda atau belia yang berumur di bawah 40 tahun.

Apabila membaca posting Datuk Rahman Dahalan, maka sifat Skuad ini adalah bersifat elite, ertinya mereka yang mempunyai keupayaan dalam segi material akan mampu menyertai Skuad ini.

Seperti kata Rahman Dahalan, jika dahulu permainan seperti sepak takraw adalah alat untuk menarik kaum belia berinteraksi, namun permainan sepak takraw telah bersifat usang. Permainan seperti x-games dan XPDC lebih mencabar dan lebih terkini kerana itu menjadi keutamaan S-P169 Kota Belud.

Kegemaran anak muda yang berduit seperti pengubahsuaian sound system kenderaan lebih menonjol dalam S-P169 ini, kerana bagi pemuda yang berasal daripada keluarga berduit, maka ini adalah satu kegemaran anak-anak muda.

Kota Belud adalah daerah yang tidak bersumber harta karun. Sumber Kota Belud untuk penghidupan rakyatnya adalah berasaskan kepada tanah dan laut. Kerana itulah rakyat yang dipanggil petani dan nelayan cukup ramai di Kota Belud.

Usaha kerajaan persekutuan dan negeri untuk menjadikan Kota Belud terutama kawasan Tempasuk sebagai kawasan Jelapang Padi adalah untuk meningkatkan nilai dan produktivti tanah, kerana tanah yang sepatutnya menghasilkan produktiviti maksima, belum diperolehi kerana ketiada system pengairan yang menucukupi dan memadai.

Kota Belud juga salah satu daerah termiskin di Malaysia, kerana itu usaha kerajaan untuk menaik taraf penduduk yang tergolong miskin tegar melalui projek agropolitan sangat dialu-alukan.

Kota Belud sebenarnya memerlukan satu perancangan yang jitu untuk membangun semua potensi yang ada terutama laut, tanah dan pantai demi menambah pendapatan penduduk daerah ini.

Membangun daerah hanya boleh dilakukan oleh kerajaan. Kerajaan adalah terdiri daripada orang-orang politik dan kaki tangan awam. Tanpa perancangan daripada orang-orang politik dalam hal ini wakil rakyat untuk dilaksanakan oleh kakitangan kerajaan, maka timpanglah semuanya.

Seharusnya wakil rakyat seperti Rahman Dahalan perlu mencadangkan master plan bagi membagun kawasan yang diwakilinya kini (Nota: Rahman Dahalan adalah ahli Umno Tuaran. Pernah bertanding jawatan Timbalan Ketua Bahagian Umno Tuaran namun tewas).

Di khabarkan S-P169 bukan bersandar kepada parti dalam hal ini Umno, kerana S-P169 adalah pasukan atau pertubuhan yang berdiri sendiri dan kononya bersaing dengan Umno bahagian Kota Belud terutamanya pemuda.

Pemuda Umno Kota Belud kini dikatakan tidak mempunyai arah tuju dan perancangan, kerana itu Rahman Dahalan mengenepinya dalam S-P169.

Namun sifat S-P169 itu sendiri yang bersifat elite, dijangkakan skuad ini tidak akan mampu menarik ramai belia terutamanya belia-belia kampung yang merupakan kelompok majoriti daerah ini.

3 February 2010

Skuad P169 bantu penduduk Kota Belud


KOTA BELUD 2 Feb. - Penduduk di daerah ini khususnya di kawasan pedalaman dinasihatkan supaya tidak terkejut dengan kehadiran pegawai yang memperkenalkan diri mereka sebagai Skuad P169.

Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, skuad berkenaan ditubuhkan bagi membantu dan menyebarkan maklumat mengenai peluang yang disediakan kerajaan kepada penduduk kampung.

''Penyebaran maklumat ke peringkat akar umbi masih menjadi masalah utama kita di sini. Oleh itu kita perlu mengatasinya dengan menghantar pegawai-pegawai kita menyebarkan maklumat berguna ini," katanya.

Beliau berkata demikian selepas ditemui pada sesi taklimat kepada sukarelawan Skuad P169 di Rumah Rehat Kota Belud di sini hari ini.

Abdul Rahman berkata, selain menyampaikan maklumat, pasukan itu juga akan membantu penduduk kampung mengisi borang program bantuan yang disediakan oleh agensi kerajaan.

''Kita akui masih ramai yang gagal mengisi borang dengan betul dan ini juga menjadi antara punca menyebabkan bantuan ditolak atau lambat diluluskan," ujarnya.

Beliau menambah, tugas tersebut bukan mudah dan memerlukan belia-belia yang mempunyai komitmen tinggi untuk menjayakannya.

Katanya, sehingga kini, sambutan daripada belia di daerah ini amat menggalakkan dan berharap lebih ramai akan tampil membantu menjayakan misi Skuad P169.

Ditanya kaedah operasi pasukan berkenaan, Abdul Rahman memberitahu, pasukan tersebut akan dipecahkan dalam kumpulan kecil sebelum ditugaskan ke kampung-kampung tertentu.

''Kita berharap penduduk kampung akan memberikan kerjasama kepada pasukan berkenaan," katanya.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels