Showing posts with label pemimpin Kota Belud. Show all posts
Showing posts with label pemimpin Kota Belud. Show all posts

20 May 2012

Pilih pemimpin yang tahu berkerja jangan yang tahu bercakap

Pilih pemimpin yang tahu bekerja, jangan pilih pemimpin yang hanya tahu bercakap. Kenapa demikian? sebagai negeri yang sedang membangun, pembangunan fizikal seperti prasarana sangat diperlukan. Selain itu, pembangunan yang menjana pendapatan rakyat juga sangat-sangat diperlukan sebagai kaedah membangun rakyat.

Kenapa penduduk Kota Belud suatu masa tergolong dalam kategori miskin? sebabnya.. mereka tersalah pilih pemimpin. Mereka terpilih pemimpin yang petah bercakap, petah berpidato, tetapi tidak mampu bekerja untuk kepentingan rakyat.

Memang dalam politik, rakyat lebih senang terpengaruh pada pemimpin yang orator, apatah lagi pemimpin yang mampu membuat janji-janji yang retorik. Manakala pemimpin yang kurang mahir dengan cara itu, hanya bercakap soal pembangunan rakyatnya, bagaimana rakyat yang diwakilinya maju dan mempunyai taraf hidup yang setanding dengan rakyat yang telah maju.

Menjelang PRU-13 ini, ramailah  mereka yang MERASA sebagai pemimpin berjinak-jinak dengan rakyat, mencuba berbagai kaedah untuk menarik perhatian, seolah-olah mereka itu seorang pemimpin yang boleh dihandalkan oleh rakyat, boleh dihandalkan oleh parti, malah oleh kerajaan sebagai calon boleh menang.

Namun, apabila melihat latar belakang mereka itu, nama mereka boleh dikenal kerana mengikut-ikut program turun padang yang diatur oleh pemimpin yang kuat bekerja itu. Mereka hanya menumpang tuah, menumpang toi, sedangkan mereka itu, tidak mempunyai senerai yang boleh diketengahkan sebagai seseorang yang berjuang untuk rakyat. Apa yang ada, adalah mempergunakan rakyat sebagai wadah untuk mendapatkan habuan, baik berupa projek mahupun jawatan.

Sayang sungguh... apabila genap sepenggal sebagai wakil rakyat, yang mengalami perubahan adalah wakil rakyat itu, sedangkkan rakyat yang diwakilinya tetap pada tahap awal dan asal.

Perlu diingat, pembangunan adalah PROSES. Pembangunan tidak akan boleh berjaya dalam seklip mata. Oleh sebab itu, kepada rakyat, bukalah mata... jangan terpengaruh dengan mereka yang hanya BERGIAT menjelang PRU-13... yakinlah mereka itu, hanya mahu mempergunakan rakyat sekali lagi untuk mendapat habuan untuk diri sendiri setidak-tidaknya dalam tempoh empat tahun.

Pilihlah pemimpin yang senantiasa berdampingan dengan rakyat,  senantiasa mengambil tahu kesusahan rakyat, bukan pemimpin yang hanya mahu mempergunakan rakyat demi kuasa pribadi.

Jika ditakdirkan, bahawa Parti yang kita naungi terpilih pemimpin yang hanya berjuang untuk diri sendiri, BERANILAH MENOLAKNYA, kerana kalau kita terus memilihnya maka pucuk pimpinan tidak akan terbuka mata, sosok yang bagai mana pemimpin yang kita perlukan mewakili kita.

21 March 2012

Kota Belud akan rugi kalau dapat pemimpin gila projek

Dalam rekod, banyak juga projek2 daripada kerajaan masuk Kota Belud. Namun, secara fizikal, projek2 itu tidak nyata. Kenapa? Sebab kebanyakan projek2 itu bukan projek "besar" tetapi projek yang diistilah "projek politik".

Biasanya projek2 itu akan diperolehi oleh "proksi" pemimpin. Sudah tentu dalam memprolehi projek2 itu, maka "macai-macai" pemimpin ini akan mendapat sokongan padu daripada pemimpin itu, kerana adanya persefahaman "kickback".

Kita lihat di Kota Belud, ramai individu yang berstatus "kontraktor", namun itu hanya status, sebenarnya majoriti mereka adalah alibaba atau berasaskan persen. Mereka ini, adalah peliharaan pemimpin tertentu, dan sudah tentunya berkongsi dengan "pegawai2" di kementerian tertentu atau jabatan2 terentu.

Mereka bukan mempunyai kepakaran, yang ada pada mereka adalah "kejujuran" membayar "rezeki" yang berasal daripada bermodal kertas dan air liur.

Kontraktor2 yang "ada" sebenarnya tidak mempunyai lesenpun, sebaliknya mempergunakan "lesen" kaum cina yang ditukar status untuk merebut kontrak daripada kerajaan.

Disebabkan mereka sebenarnya bukan usahawan, maka pertama bagi mereka, adalah membeli harta untuk tujuan lifestyle. Istilah peniaga money make money, tiada bagi mereka. Mereka sangat tergantung kepada projek yang bermodalkan air liur. Atas sebab itu, apabila wang persen yang diterima daripada projek itu (sudah tentu dibayar oleh kontraktor dan pemilik syarikat sebenar) langsai, mereka membuat permohonan lagi. Disebabkan pemimpin tertentu itu banyak macai, maka antara para macai saling ancam mengancam, sehingga berlaku pergaduhan. Untuk mengelak perakara sebenar berlaku, pemimpin tertentu itu sibuk menyelesaikan perkara ini, sehingga waktu pemimpin itu hanya menyelesaikan masalah2 macai2nya.

Sebenarnya yang kita inginkan daripada pemimpin adalah untuk menyelesai masalah2 rakyat secara menyeluruh, namun bagi pemimpin tertentu itu, masanya hanya tergunakan untuk macai2nya.

Pemimpin tertentu ini, hanya peduli pada macai2nya yang arogant, pemberani melalui adu kekuatan, namun penyokongnya yang menggunakan akal dan minda, biasanya beliau abaikan.

Malah pemimpin tertentu ini "tidak suka" kepada mereka yang mempunyai wawasan, pemikiran yang baik untuk digunakan bagi merancang kemajuan rakyat secara keseluruhan. Biasanya mereka ini akan diketepikan, kerana pemimpin tertentu ini hanya mahu jadi juara kepada mereka yang pak angguk, kepada mereka yang kuat fizikalnya, dan mereka yang mempuyai mulut yang celupar.

Berlainan dengan Musa Aman, Ketua menteri itu memelihara mereka yang mempunyai daya perniagaan yang tinggi, daya berfikir yang tinggi dan menggunakan pendekatan minda dan akal untuk mendapatkan sesuatu atau menyelesaikan masalah2.

Berkunjung ke Pejabat Ketua Menteri sekarang ini, sungguh selesa, tiada manusia yang berkeliaran, malah kalaupun ada pengujung adalah mereka yang beretika. Keadaan ini sangat bertolak belakang semasa Tahun 1994-1997. Masa itu, kawasan di mana pejabat ketua menteri terletak bagaikan tamu, dipenuhi berbagai orang dengan berbagai status dan berbagai masalah.

Inilah akibat, apabila rakyat yang berhubung dengan pemimpin untuk meminta bantuan, tidak diberi kail dan diajar memancing, sebaliknya diajar untuk menerima ikan. Apabila ikan habis, maka akan datang lagi, kerana ikan adalah makanan roji rakyat selain nasi.

Sebenarnya tujuan pemimpin tertentu ini adalah agar rakyat senantiasa bergantung padanya. Atas sebab itu, untuk mendapatkan wang untuk dibagikan kepada para penunggu gua ini, maka "projek2" habis disapu; kalau tidak "mana" sumber kewangan pemimpin tertentu ini berpunca? Tak kan harta yang telah dikaut sebelumnya tidak habis-habis? mustahil kan?.

Inilah bahayanya kalau pemimpin tertentu ini diberi peluang...kerana dia hanya akan memberi perkhidmatan kepada segelintir orang, bukan rakyat jelata.

Sebenarnya pemimpin tertentu ini baik secara peribadinya, namun yang merosaknya adalah kaedah politiknya. Karier politiknya ditentukan oleh kuasa wang, bukan atas kepimpinannya. Kalaulah dia ini, tiada wang, penulis yakin, bertanding group7pun diperingkat bahagian tidak akan menang.

Adalah dikhuatiri, kalaulah ditakdirkan pemimpin ini mendapat peluang sekali lagi, dia tidak akan mampu mengurus negeri, kerana masanya habis mengurus orang2nya yang itu-itu juga. Sejak dahulu kala, orang yang disekelilingnya yang itu-itu juga, kerana dia tidak sanggup membuang orang2 ini, kerana mempunyai mulut yang lebih teruk daripada mulut murai. Selain itu, orang2 ini berani mengguna tenaga fizikal bagi meneggakkan sesuatu atau jika menginginkan sesuatu.

Kalaupun ada orang2nya yang tidak aktif lagi, kerana dijangkiti sakit tua dan sakit2an. Jika dalam keadaan demikian pemimpin ini sebenarnya sangat bersyukur terlepas daripada genggaman orang2 ini. Atas sebab itu, ada keluhan, bahawa pemimpin ini putus hubungan dengan mereka, apabila mereka ditimpah sakit dan tidak bermaya lagi.Selain itu, disebabkan orang2 itu dianggap tidak berguna lagi,dan tidak mampu lagi digunakan di medan lagak, dan tidak mampu lagi menjadi spinner.

Berfikirlah wahai rakyat Kota Belud, mana yang kita pilih? pemimpin yang mampu memerjuangkan rakyat jelata, atau yang hanya terpaksa berjuang untuk orang tertentu, yang sudah tentu jumlahnya boleh dikira dengan jari.

Sayang juga kita dengan pemimpin ini, tapi jika dia ingin melangkah lebih jauh, ubahlah kaedah politik dan pendekatan. Penulis yakin, jika dia mengubah pendekatan, dia akan lebih disanjung lagi. Pilihlah penyokong dan pengikut berkualiti, kerana mereka2 ini boleh menjadi peguam dan penepis di medan lagak,melalui hujah2 bernas; Bukan berasaskan adu kekuatan fizikal.

Percayalah, jika pendekatan politik diubah, maka pemimpin ini akan lebih tenang merancang pembangunan rakyat, tanpa terlibat isu remeh. Dan yang paling penting, pemimpin ini tidak akan melibatkan diri lagi dalam mengejar2 projek daripada kerajaan, dan pada gilirannya terlahirlah kontraktor yang geunine dan berkelibar.Jika ini yang berlaku, maka pemimpin itu juga yang disanjung dalam jangka panjang.

Kita perlu mengambil iktibar kepada pemimpin yang bukan lagi berkuasa, namun tetap hidup mewah, kerana dia telah melahirkan kontraktor yang genuine dan tahu membalas budi. Fikir2kan lah

18 March 2012

Antara perjuangan dan kemahuan dalam politik Kota Belud

RAKYAT sepatutnya sudah mampu menilai mana satu pemimpin yang mempunyai perjuangan dan mana satu pemimpin yang hanya ingin memenuhi kemahuan.

Di peringkat Nasional, Anwar adalah pemimpin yang berjuang untuk memenuhi kemahuan; manakala ada pemimpin Kota Belud yang berjuang dalam politik juga untuk memenuhi kemahuan. Tidak perlulah disebut nama, kerana jika mereka itu, rakyat dan penduduk Kota Belud, pasti tahu siapakah para pemimpin itu.

Perjuangan dalam politik untuk membela rakyat berlainan dengan perjuangan dalam politik untuk memenuhi kemahuan.

Perjuangan dalam politik yang berbentuk pembelaan berupa perancangan yang menyeluruh pada segenap lapisan masyarakat, bukan hanya segelitir. Pemimpin yang berjuang untuk memenuhi kemahuan, suka menabur harapan menggunung, dan mahir menggunakan kata2... tunggu, kalau kita punya kuasa, tunggu kalau kita ada jawatan penting, tunggu kalau kita yang menentukan keputusan.

Pemimpin yang hanya berjuang untuk mencapai kemahuannya, biasanya tidak konsisten dalam tindak tanduknya. Kadang suka meniru2 perbuatan orang lain, malah menonjolkan dirinya dalam masa singkat lebih baik dari orang lain, tapi malangnya "copycat" itu hanya berjalan sementara.

Pemimpin yang mahu mencapai kemahuannya senantiasa berubah-ubah hala tuju, senantiasa mengadaptasi perkembangan semasa, agar dia dianggap senantiasa relevan. Percayalah pemimpin seumpama ini, akan mengecewakan rakyat yang menyokongnya, namun bagi dirinya, peluang itu akan digunakan semaksima mungkin untuk kepentingan dirinya.

Atas sebab itu, pemimpin seumpama ini akan menggunakan peluang, hartanya untuk manggapai kemahuannya.

PRU-13 semakin hampir, malah ramai yang berspekulasi, bahawa bulan Jun tahun ini adalah pilihan Najib. Kota Belud tidak ramai pemimpin. Kalau pun ada pemimpin pelapis, namun mereka hanya mampu berlegar-legar di rumah mereka sendiri.

Rakyat Kota Belud tidak sanggup kehilangan para pemimpinnya. Apa yang ada sekarang perlu dipertahankan sesuai dengan kapasiti masing2.

Pengaihan kerusi berasas kaum bagi Kota Belud akan terselesaikan apabila persempadanan baru diwartakan. Kota Belud akan mendapat dua parlimen dan ada satu tambahan DUN. Untuk suku iranun, pasti akan menguasai DUN Persisir pantai, nama DUN yang akan diwujudkan kelak.

Pilihanraya senantiasa datang setiap 4-5 tahun sekali, bersabar menunggu adalah lebih baik daripada kelam kabut. Kesabaran merupakan salah satu pilar perjuangan untuk membela bangsa. Untuk itu, bersabarlah, tiba masanya semua suku di Kota Belud pasti sedewan, di dewan undangan negeri.

1 March 2012

Pertahan kepimpian Kota Belud

Tidak dinafikan bahawa kepimpinan Kota Belud yang ada, ada kelemahan masa lampau, namun berasaskan proses, maka kelemahan itu sedikit demi sedikit diatasi, diperbaiki, malah dipertingkat.

Pemimpin adalah mediator antara pemerintah dan rakyat. Agressifnya pemimpin, maka agressif jugalah kemajuan rakyat yang diwakilinya.

Akan tetapi, pada permulaan kepimpinan seseorang pemimpin, tidaklah mudah melakukan tindakan agressif, kerana seseorang pemimpin itu, perlu mengukuhkan jalinan antara para pemimpin seperingkat dengannya, malah mengukuhkan jalinan kerjasama dengan pelbagai pihak termasuk kakitangan awam.

Ambil contoh Tun Dr Mahathir. Mantan PM itu menjadi perdana menteri selama 22 tahun bermula tahun 1981, tidak termasuk sebagai TPM bermula tahun 1976, dan jawatan2 menteri lain sejak tahun 1973. Demikin juga Datuk Seri Najib bermula tahun 1976. PM sekarang ini pernah menyandang berbagai jawatan termasuk MB pahang, dan kementerian2 lain sebelum menjadi TPM dan kemudian PM.

Para pemimpin Kota Belud, belum ada yang berkhidmat selama para pemimpin yang disebutkan. Namun, ada juga rakyat Kota Belud mempersoalkan kepimpinan mereka, malah ada yang mahukan mereka diganti.

Sebenarnya, pembangunan Kota Belud hanya bermula pada tahun 1994, apabila BN/umno mengambil tampuk pemerintahan. Tahun2 sebelumnya, walaupun diperintah Bn, tetapi komponen BN yang berasas parti tempatan, keculai tahun 1990-hingga awal tahun 1994, diperintah oleh parti pembangkang.

Pembangunan Kota Belud terbantut, kerana sepenuhnya bergantung kepada dana kerajaan. Kota Belud tidak mempunyai sumber asli seperti balak, minyak atau gas. Malah Kota Belud tidak mempunyai tanah luas untuk tujuan perladangan dalam skala besar.

Berasaskan kepada keterhadan itu, maka pembangunan ekonomi Kota Belud tidak selancar kawasan2 lain.

Sejak tahun 1994, pembangunan Kota Belud bermula melalui berbagai projek persekutuan, misalnya pembinaan jalanraya Tuaran-Kota Belud yang dinaik taraf. Kemudian itu disusuli berbagai pembangunan jalanraya melalui kementerian Luar Bandar Persekutuan; dan pada tahun 2010 bermula pemasangan paip air bersih secara besar2an meliputi seluruh kawasan Kota Belud. Dana itu, sudah tentu daripada kerjaan Persekutuan. Menurut MP Kota Belud, air bersih untuk kawasan Kota Belud yang menelan kos RM93 juta akan siap sepenuhnya pengakhir tahun 2012.

Disebabkan keterhad sumber, maka adalah penyebab utama pembangunan Kota Belud agak lambat. Atas sebab itu, kita tidak boleh menyalahkan pemimpin, kerana pemimpin hanya sebagai perantara antara keperluan rakyat dan kerajaan.

Siapapun pemimpin aka wakil rakyat, tidak akan mampu membawa pembangunan, kalau dana untuk pembangunan itu tidak tersedia.

Pembangunan juga sangat tergantung kepada perancangan, perancangan daripada wakil2 rakyat dan dibantu oleh pejabat pegawai daerah dan kemudian oleh kerajaan negeri/persekutuan.

Merancang sesuatu pembangunan tidak semudah apa yang difikirkan. Ianya perlu masa, tenaga, pemikir dan komitmen.

Pengujudan projek Jelapang Padi Kota Belud, misalnya telah memlalui masa yang panjang; bermula tahun 1999 yang melibatkan berbagai agensi termasuk IDS, marditec dan ketekunan pencipta idea itu- Datuk Musbah Haji Jamli.

Kini sedang rancak diperkatakan projek agropoliten, satu pendakatan kepada pembasmian kemiskinan. Projek ini diilihamkan oleh mantan PM Tun Abdullah Badawi, kerana rekod kemisikian pada kawasan2 tertentu termasuk Kota Belud sangat tinggi.

Akibat iktizam kerajaan pusat, maka disalurkanlah dana kepada kerajaan negeri untuk tujuan projek tersebut. Kini, pembangunan projek agropolitan sedang rancak berjalan.

Pembangunan untuk sesuatu kawasan tidak terlepas kepada pemimpin parti politik. Disebabkan kekuatan parti dan sekaligus kekuatan pemimpin, maka mudah bagi kerajaan menyalurkan dana pembangunan untuk rakyat. Atas sebab, parti yang menjadi tunjang kepada kerajaan, akan berusaha sedaya upaya pemimpin parti itu merancang dan membawa kemajuan untuk rakyat, agar penyokong serta rakyat mendapat pulangan yang setimpal atas sokongan padu mereka.

Kota Belud sebenarnya mempunyai pasukan yang kuat baik daripada pemimpin politik mahu pemimpin yang ada dalam kerajaan.

Umno misalnya diketuai oleh mantan Ketua Menteri Sabah, DSP Salleh Tun Said. Sementara pemimpin dalam kerajaan pula terdiri daripada Datuk Musbah Jamli, Datuk Japlin Akim, sementara di pihak komponen BN-Datuk Herbert Timbon Lagadan.

Selain itu, di peringkat nasional ada Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia dan Datuk Rahman Dahalan. Kota Belud sebenarnya mempunyai kekutannya sendiri dalam soal kepimpinan politik dan kerajaan, sayang Tuhan hanya mencipta tanah, gunung/bukit dan lautan serta sungai, tanpa sumber harta karun yang boleh mempercepat pembangunan.

Bagi penulis, siapapun pemimpin yang bercita2 menjadi pemimpin Kota Belud akan berhadapan dengan proses yang sama sepertimana disebutkan diawal tulisan ini. Tiada jalan cepat/mudah untuk mengadakan pembangunan, jika jalinan di semua peringkat masih tersekat.

Kepada individu2 yang cuba mahu menggantikan para pemimpin Kota Belud yang sedia ada, tanya diri sendiri, apakah jalinan atau net working yang telah teredia? atau masih terkial2 mencari.

Demikian juga kepada rakyat, rakyat akan rugi mengetengahkan "pemimpin" yang hanya tahu kawasan dapur rumahnya. Oleh itu, janganlah terpengaruh kepada para pemimpin ini, baik "pemimpin" daripada pihak lawan mahupun separti dengan kita.

Bagi penulis, para pemimpin Kota Belud yang ada mesti dipertahankan, demi kelangsungan pembangunan yang dirancang baik pembangunan fizikal mahupun politik.Fikir2kan lah.

26 December 2010

Japlin dipersimpangan?

Sejak akhir-akhir ini aktibiti turun Padang ADUN Usukan itu sangat ketara di kawasannya. Sayang, disebabkan masalah parti yang melanda ADUN Usukan itu, maka masa depan politiknya masih samar-samar.

Namun Pembantu Menteri itu masih ada talian hayat, kerana Perdana Menteri mengatakan bahawa calon yang akan mewakli BN nanti, bukan semestinya berasal daripada parti, namun calon yang akan dikemukakan oleh BN adalah calon rakyat, yakni individu yang diyakini menang kerana disukai rakyat.

Japlin di mata rakyat Usukan adalah pemimpin yang diterima, bukan kerana kekayaannya, namun Japlin adalah pemimpin akar umbi yang mana dapat bergaul dengan rakyat di semua peringkat.

Sayang kalau pemimpin seumpama ini diketepikan untuk mewakili rakyat akan datang.

22 December 2010

Semua pemimpin Kota Belud adalah orang Ketua Menteri

Untuk pertama kali dalam sejarah Kota Belud, semua pemimpin daerah ini berjawatan.

Tan Sri Pandikar sebagai speaker dewan rakyat, Datuk Salleh Said sebagai Penasihat sains dan teknologi kepada Ketua Menteri yang bertaraf menteri, Datuk Musbah Jamli Pembantu Menteri pertanian dan asas tani negeri, Datuk Japlin Akim pembantu menteri dua penggal, Datuk Herbert Timbun lagadan pembantu menteri kebajikan masyarakat, semenetara Datuk Rahman Dahalan Pengerusi GLC negeri.

Sebenarnya tidak ada lagi pemimpin daerah ini yang tercicir. Berasaskan peranan yang diberikan kepada para pemimpin Kota Belud tersebut, tidak timbul kawasan Kota Belud tidak akan maju setimpal dengan kawasan-kawasan lain yang berdekatan dengan ibu negeri.

OKB merasakan hanya masa yang menentukan, bahawa Kota Belud akan berkembang pesat.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels