Showing posts with label Dompok mungkin musang berbulu ayam. Show all posts
Showing posts with label Dompok mungkin musang berbulu ayam. Show all posts

18 August 2010

Akan ada tikam belakang lagi kah?

Semasa PRU-1990 tepat diambang pembuangan undi, PBS komponen BN Sabah keluar BN dan bersatu dengan Barisan alternatif (BA) pimpinan Tengku Razalegh Hamzah.

Para pemimpin PBS yang mendesak Pairin Kitingan agar PBS keluar BN antara lain Yong Teck Lee dan Bernard Dompok.

Alasan yang diberikan mereka, jika PBS kekal dalam BN ada kemungkinan besar calon-calon Cina PBS akan tewas kepada calon-calon pembangkang khasnya DAP. Alasan kedua adalah menurut pemerhatian para pemimpin PBS, bahawa BA dan APU mempunyai peluang untuk menguasai 50% kerusi parlimen di Semenanjung, kerana itu PBS adalah penentu kepada gabungan itu untuk membentuk kerajaan persekutuan.

Dalam satu perjumpaan di Audotirum Yayasan Sabah yang dihadiri oleh Presiden S-46 Tengku Razalegh dan Setiausaha Agong DAP Lim Kit Siang dan sudah tentu Pairin sendiri, semasa berucap- Lim Kit Siang dengan nada cukup yakin.. telah mengistiharkan bahawa Tengku Razalegh ada "the next prime minster of Malaysia".

Namun tindakan PBS tersebut telah menyedarkan kaum melayu di Semenanjung, bahawa kuasa mereka akan punah, jika memberi peluang kepada BA dan APU. Benar juga, BA dan APU telah kalah teruk di Semenanjung.

Sebaliknya PBS menyapu bersih semua kawasan yang ditandinginya, dan PBS seterusnya membentuk kerajaan negeri.

Akibat tikam belakang PBS tersebut, maka UMNO masuk dan dirasmikan pada Februari 1991.

Pada PRU tahun 1994, UMNO-LDP-AKAR ternyata belum berjaya menumpaskan PBS, namun PBS hanya sebulan dapat bertahan setelah pilhanraya itu dan akhirnya tumbang apabila kehilngan majoriti di dewan undangan negeri disebabkan keluarnya Lajim Okin dan Robin Balang untuk menyertai UMNO.

Apabila PBS kehilangan kuasa, maka PBS terpecah tiga, yakni PBS-PDS-PBRS. PDS kini UPKO diketuai oleh Dompok, PBRS oleh Joseph Kurop.

PBS akhirnya diterima ke dalam BN pada tahun 2006.

Tindakan Dompok pada tahun 1990 kini berulang kembali apabila pada Ahad lalu semasa mersamikan Zon C bahagian UPKO menyalahkan Para pemimpin Umno yang mengelilingi presiden Umno tidak ikhlas untuk menjayakan konsep 1Mlaysia cetusan Najib Razak, Perdana Menteri ke-6 Malaysia.

Dalam blognya Timbalan pengerusi perhubungan umno negeri Salleh Said Keruk telah menyuarakan bahawa UMNO Sabah kesal dengan kenyataan seorang pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) yang membayangkan UMNO menjadi halangan kepada usaha mempromosikan konsep 1Malaysia.

Salleh Said Keruak menyifatkan kenyataan itu sebagai tidak bertanggungjawab dan menegaskan UMNO Sabah benar-benar memahami dan komited sepenuhnya terhadap konsep itu.

"Oleh itu tidak perlu bagi presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) Tan Sri Bernard Dompok mempersoalkan sama ada UMNO memahami maksud sebenar atau semangat konsep 1Malaysia," katanya dalam blognya ssk.blogspot.com

Katanya sebagai menteri Kabinet pusat dan presiden parti komponen BN, Dompok seharusnya tahu UMNO komited sepenuhnya kepada konsep yang diilhamkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Presiden UMNO.

Salleh berkata demikian ketika mengulas laporan media yang memetik Dompok sebagai berkata sama ada Najib akan dibenarkan oleh partinya dan mereka yang mengelilinginya melaksanakan konsep itu.

Dompok dilaporkan berkata demikian semasa merasmikan Konvensyen UPKO Zon C (Penampang, Kota Kinabalu, Sepanggar dan Putatan) di Penampang, Ahad lalu.

Pada konvensyen tersebut, pemimpin bahagian UPKO mengulangi rasa tidak puas hati berikutan permintaan pemimpin UMNO untuk mendapatkan lebih banyak kerusi pada pilihan raya umum termasuk satu kerusi yang disandang oleh UPKO.

Mereka juga melahirkan rasa tidak puas hati dengan masalah pendatang tanpa izin di negeri itu yang sudah berlarutan sekian lama.

Salleh berkata adalah menjadi kebiasaan bagi mana-mana parti politik menuntut bilangan agihan kerusi yang banyak tetapi akhirnya keputusan muktamad terletak di tangan pucuk kepimpinan BN.

Mengenai isu pendatang tanpa izin, Salleh, yang juga bekas Ketua Menteri Sabah, berkata adalah tidak adil bagi memberi persepsi salah kepada rakyat bahawa kerajaan pusat dan negeri tidak berbuat apa-apa bagi menyelesaikan masalah itu.

"Jutaan ringgit dibelanjakan bagi pasukan keselamatan dan pembelian peralatan canggih untuk digunakan di sepanjang pesisir pantai bagi tujuan pengawalan dan pemantauan.

"Kita semua mahu isu ini diselesaikan. Biar jangan satu pihak sahaja mendakwa menjadi wira dalam usaha ini," katanya.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels