Dalam Umno bahagian Kota Belud tiada seorang figurpun yang mempunyai kaliber seperti Datuk Salleh, TS Pandikar, Datuk Yahya Lampung, Datuk Mohd Noor Mansor apa tah lagi sehebat Tun Mustapaha.
Datuk Haji Musbah mantan Ketua Bahagian, sekarang ini hanya Ketua Cawangan Umno Taun gusi Padang, Datuk Rahman Dahalan bukan pun ahli Umno Kota Belud, hanya Datuk Japlin Akim Naib Ketua Bahagian, itupun ada "pekong".
Persoalan yang berlegar-legar di kepala saya, siapa kah gerangan yang boleh memimpin rakyat Kota Belud yang berjiwa kental rakyat, mati hidupnya untuk rakyat.
Figur-figur yang ada kini tiada seorangpun yang menonjol di ketengahkan sebagai pemimpin rakyat, bukan kerana mereka tidak mampu memimpin, tetapi jiwa mereka bukan merakyat. Jiwa mereka hanya sosok tubuh yang mempunyai pendidikan dan pelajaran yang mencari nafkah untuk kesejahteraan diri dan keluarga mereka. Tuntutan ini memang tidak boleh dinafikan, kerana kesejahteraan diri dan keluarga perlu diutamakan, ini tuntutan agama.
Pemimpin yang dicari adalah sosok tubuh yang membakar dirinya untuk rakyat, seperti lilin, dikala gegelapan malam, maka lilin walaupun hanya sebatang, tetapi mampu menyinar kegelapan itu.
Siapa kah regu Datuk Salleh pada Pru-13 akan datang? Tidak dapat dinafikan, siapapun yang diletakkan di Usukan, Tempasuk atau parlimen Kota Belud akan menang. Sebabnya daerah ini belum sanggup mengorbankan dirinya diwakili pembangkang. Daerah ini perlu wakil kerajaan, kerana terlalu banyak keperluan rakyat yang masih belum terpenuhi. Hanya melalui parti kerajaan sahaja boleh membawa kemajuan untuk daerah ini.
Regu Datuk Salleh tersebut mampu diketengahkan, setidak-tidaknya sebagai pembantu menteri atau timbalan menteri di peringkat persekutuan. Kalau hanya sebagai YB biasa, lihat sahaja MP kita sekarang ini, tidak dapat berbuat banyak, kerana tidak mempunyai net working yang kuat, hanya sebagai backbencer kerajaan.
Saya rasa, Datuk Salleh juga rasa, siapa kah regunya?