Showing posts with label Janakuasa Arang Batu Lahad Datu. Show all posts
Showing posts with label Janakuasa Arang Batu Lahad Datu. Show all posts

28 February 2013

Genap 2 Tahun janakuasa Lahad Datu batal

STESEN Janakuasa Sultan Abdul Aziz Shah di Manjung, Perak merupakan stesen janakuasa elektrik arang batu milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang terbesar dan mesra alam di negara ini.

KERANA desakan, bantahan daripada pihak-pihak tertentu, maka Janakuasa Litrik Lahad Datu yang menggunakan arang batu terpaksa dibatalkan.

Janakuasa itu, kalaupun berjaya dibina hanya menghasilkan 300MW.

Janakuasa arang batu di negara ini, di Lahad Datu bukanlah satu-satunya, melainkan di Sarawakpun yang ada Projek Bakun, pun mempunyai Janakuasa menggunakan arang Batu di Sejangkat dan Mukah.

Di Semenanjung pula, Tanjong Bin yang berkapasiti 2000MW dan dibina pula mengarah ke Singapura, tidak mendapat bantahan daripada rakyat. Bukan itu sahaja Janakuasa serupa dibina di Manjung Perak yang berkapasiti 2100 MW akan beroperasi sepenuhnya pada tahun 2015.

Di Semenanjung selain di Johor dan Perak, janakuasa litrik menggunakan arang batu juga dibina di Negeri sembilan.

Tujuan kepada pembinaan janakuasa menggunakan arang batu ini adalah untuk menjamin bekalan litrik kepada rakyat dalam jangka panjang dengan harga yang jauh lebih murah berbanding penggunaan diesel dan gas.

Pembatalan Janakuasa litrik menggunakan arang batu di suatu kawasan lapang di Lahad Datu, pada 17 Februari 2011 dibatalkan. Seterusnya, janakuasa menggunakan gas akan dibina. Janakuasa menggunakan gas walaupun berkali lipat mahalnya, terpaksa juga dibina, kerana bekalan litrik bagi pantai Timur Sabah sungguh kritikal.

Sementara menunggu siapnya janakuasa menggunakan gas, penduduk Pantai Timur pada keadaan sekarang kerap mengalami gangguan litrik. Gangguan litrik bukan sahaja merugikan rakyat, juga para pengusaha yang memerlukan bekalan, terutama kilang-kilang makanan segar.

Bantahan daripada pihak-pihak tertentu terutama daripada pihak pembangkang, agar supaya pembinaan janakuasa menggunakan arang batu dibatalkan, agar supaya rakyat resah, kerana seringnya blackout.

Jika janakuasa menggunakan arang batu di Lahad Datu yang dicadangkan pada tahun 2007 dan diluluskan pada tahun 2009 berjalan dengan licin, kemungkinan besar sekarang sudah beroperasi sepenuhnya.

Namun bagi pembangkang, jika masalah bekalan litrik di kawasan Pantai Timur Sabah, di mana sekarang ini mendapat bekalan 40 peratus daripada grid Pantai Barat melalui jarak 1,500 km, maka ISU untuk menimbulkan KERESAHAN kepada rakyat terutama dalam pilihanraya, tidak dapat diputar belit oleh pembangkang.

Niat pembangkang membnatah pembinaan itu, sebenarnya bermotifkan politik, bukannya isu alam sekitar. Atas sebab, janakuasa yang serupa yang dibina di Manjung perak dengan menggunakan teknologi yang sama dengan kapasiti yang lebih besar mendapat akreditasi MS ISO 14001:2004 Pengurusan Alam Sekitar dan MS ISO 9001:2000 bagi Sistem Pengurusan Kualiti.

Kini menjelang PRU-13, sudah terdengar diceramah-ceramah pembangkang, menjadikan blackout sebagai salah satu bahan kempen.

Para pemimpin Bn, perlu menjelaskan krnologi, mengapa bekalan litik Pantai Timur belum pulih, bukan kerana Kerajaan tidak mahu menyelesaikannya, akan tetapi pembangkang menghasut rakyat, termasuk kononnya pencinta alam sekitar. Kini, niat mereka terbongkar, bahawa tujuan pembantahan itu, bukanlah isu alam sekitar, tetapi POLITIK. Politik sempit yang diamalkan pembangkang, mengakibatkan rakyat majoriti menanggungnya.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels