MANTANAI-sebuah pulau di barat laut Kota Belud. Untuk sampai ke pulau itu, boleh melalui Kuala Abai atau Rampayan Laut, bagi laluan biasa, namun bagi penduduk Kota Belud terutama daripada Pantai Emas, Tamau, di sepanjang pantai kawasan itu, boleh menjadi titik point untuk ke pulau itu.
Pulau kecil yang berbentuk ikan duyung atau kucing sedang tidur, jika di lihat melalui udara, mempunyai penduduk mendekati 1,000 orang.
Sebuah pulau yang didiami oleh nelayan, kerana mata pencarian mereka tergantung pada laut. Semua makanan dibeli daripada darat, tiada tumbuhan yang diusahakan kecuali kelapa.
Sebuah pulau di mana penduduknya dikategorikan sebagai sangat daif, kini berubah, bukan kerana ada khazanah atau harta karun dijumpai, akan tetapi, usaha pihak-pihak swasta menjadikan pulau itu sebagai destinasi pelancongan.
Mantanai termasuk dalam Dewan Undangan Negeri Usukan, di mana wakil rakyatnya adalah Datuk Seri Panglima Salleh Tun Said, yang juga speaker Dewan Undangan Negeri Sabah.
Sebuah syarikat yang bernama Palm Beach Resort sedang beropreasi di Pulau itu, bermula pada akhir tahun 2013. Palm beach resort telah mengambil alih operasi sebuah syarikat pelancongan yang bergiat lebih awal di pulau itu.
Mantanai, di mana kini, menerima antara 300-800 pelancong setiap hari, sebenarnya belum dimasukkan ke dalam startegi pelancongan negeri atau negara sebagai destinasi pelancongan.
Minggu lalu, Menteri Pelancongan Malaysia Dato Nazri Tan Sri Aziz, sempat melawat pulau itu. Semasa lawatan itu, beliau diiringi oleh Salleh dan Datuk Musbah Haji Jamli. Sempena lawatan itu, mantanai akan mendapat kemudahan pelancongan seperti jetty pendaratan yang lebih moden serta berbagai kemudahan lagi. Kementerian pelancongan Malaysia akan menyalurkan dana sekurang-kurangnya RM30juta untuk memajukan pulau itu, termasuk usaha pemasarannya dalam maupun luar negara.
Hari ini, seorang lagi Menteri Persekutuan melawat pulau itu dan kebentulan beliau adalah wakil Rakyat Kota Belud- Dato Abdul Rahman Dahalan. Lawatan beliau di pulau itu, bukan kali pertama, malahan lawatan ke pulau itu merupakan satu lawatan rutin. Namun pada hari ini, lawatan agak khusus, kerana beliau melawat selain sebagai MP, juga sebagai Menteri Kesahjetaraan Bandar, Perumahan dan kerajaan tempatan. OKB diberitahu, bahawa lawatan pada hari ini, adalah untuk memeriksa tapak projek perumahan rakyat (PPR) bagi penduduk pulau itu. Mantanai akan mendapat 200 unit rumah PPR, namun sebagai projek perintis, 100 unit akan dibina terlebih dahulu.
Mantanai sedikit masa lagi akan menjadi pearl off the east bagi Sabah. Ketabahan penduduk kampung itu sejak sekian lama, serta sokongan kepada kerajaan yang memerintah tidak bebelah bahagi, akhirnya mendapat pembelaan. Tahniah kepada wakil-wakil rakyat Kota Belud dan kerajaan.