Kalau kita ke kampung-kampung misalkan kampung Tamau, kagurahan,Pandasan mesti kita terjumpa warga jiran daripada keturunan bugis atau maluku. Mereka menjadi pekerja di tanah-tanah kosong kepunyaan orang-orang kaya atau politik sebagai pemilik tanah.
Orang kampung asal tidak dapat mengusahakan tanah-tanah yang nampak terbiar tersebut,kerana sebenarnya tanah-tanah itu bukan lagi milik penduduk kampung akan tetapi telah bertukar tangan kepada orang-orang politik atau orang-orang kaya yang tinggal di bandar.
Tanah di Tamau misalnya yang berdekatan pantai sebahagian besar dimiliki oleh orang-orang politik, pun demikian di Rampayan Ulu sebahagian besar tanah di situ dimiliki orang-orang politik yang suatu masa dulu mempunyai kedudukan dalam kerajaan.
Penduduk kampung tidak boleh berbuat banyak dalam pencegahan kehadiran pendatang ini,kerana mereka disokong dari belakang oleh orang-orang yang berkedudukan baik kerajaan maupun politik pada masa kini.
Orang-orang politik dan orang-orang kaya ini tidak dapat dipersalahkan sepenuhnya dalam gerak pemilikan tanah perkampungan, yang dipersalahkan adalah juak-juak petualang kampung-kampung itu sendiri kerana keinginan untuk mendapatkan wang cepat tanpa memikirkan kepentingan masyarakat kampung.
Yang paling pelik adalah apabila penduduk kampung memohon tanah untuk tapak-tapak rumah, pejabat tanah atau majlis tindakan tanah daerah yang biasanya dipengerusikan oleh wakil rakyat bagi kawasan masing-masing tidak akan mempertimbangkan permohonanan ini akan tetapi sebaliknya apabila pemohon itu mempunyai kedudukan terutama kedudukan politik, maka seluas manapun akan dipertimbangkan untuk kelulusan.
Beberapa kes di kampung Rampayan Ulu di mana tapak-tapak rumah penduduk telah dimiliki oleh orang-orang tertentu yang berjawatan politik di daerah, tetapi yang anihnya tapak-tapak rumah tersebut telah wujud sebelum merdeka lagi dan cuba dipohon penduduk asal yang masih mendiami tapak tersebut sejak sekian lama tidak mendapat perhatian daripada pejabat tanah. Namun apabila orang-orang politik memohonnya walaupun status permohonan tersebut hanya setahun sejagung terus dipertimbangkan dan diberikan geran!. Inilah delimma penduduk kampung.