Jeremy Malajad calon PKR pada PRU-13 bagi kerusi Dun Kedamaian, Kota Belud mendapat kemenangan kerana isu PEMBAKARAN KITAB INJIL.
Pengundi Kedamaian yang majoriti beragama kristian termakan isu itu, terutama disebarkan oleh mantan ADUN kawasan itu Datuk Yapin Gimpoton.
Pada Pru itu, bukan sahaja calon Bn Datuk Herbert Timbon Lagadan mengalami kekalahan, malah calon Parlimen bagi kawasan Kota Belud- Dato Rahman Dahalan, mengalami kekalahan hampir semua di PDM yang terletak di kawasan itu.
Keluarnya Jeremy daripada PKR dan mengistiharkan mesra BN, secara automatik telah menjawab, bahawa isu yang dibangkitkan Pembangkang pada PRU-13 lalu yang berakibat kekalahan calon Bn, adalah satu fitnah dan pembohongan.
Pada PRU-13 lalu, rata-rata kawasan KDM di mana calon Bn kalah, kerana isu PEMBAKARAN KITAB INJIL, bukan kerana sebab lain.
Kawasan KDM yang dimenangi pembangkang pada PRU lepas adalah Dun Matunggong, Dun Kedamaian, Dun Tamparuli, Dun Inanam, Dun Moyog, dan Dun Bingkor.