Showing posts with label Pemimpin Katak. Show all posts
Showing posts with label Pemimpin Katak. Show all posts

5 January 2013

Tiada Sebab Rakyat Menyokong Pemimpin Yang Suka Berubah Wajah: Salleh

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah Datuk Seri Salleh Said Keruak mahu rakyat Sabah berwaspada dengan pendirian politik pihak tertentu yang sering berubah wajah semata-mata untuk mengekalkan kelangsungan politik mereka.

Beliau berkata semasa memegang jawatan dalam kerajaan Barisan Nasional (BN), mereka sentiasa mendukung agenda pembangunan negeri dan negara serta memuji keprihatinan kerajaan terhadap permasalahan rakyat namun nada mereka kini berubah apabila berada dalam kem pembangkang.

“Kini kita lihat mereka menyerang agenda pembangunan yang pernah mereka dukung dan menabur pelbagai janji manis atau luar biasa semata-mata untuk meraih sokongan rakyat.

“Sebenarnya ada di kalangan pemimpin pembangkang ini yang pernah menjadi pembantu menteri, menteri dan timbalan ketua menteri dalam barisan kabinet negeri Sabah selama bertahun-tahun sebelum menyeberang ke pakatan pembangkang. Bolehkah rakyat mempercayai “political chameleon” (pendirian politik berubah wajah) ini,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis bersama anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA)  penghujung tahun lalu di Kota Belud.

Sehubungan itu, Salleh berharap rakyat Sabah tidak mudah termakan janji manis pakatan, sebaliknya menilai kualiti kepemimpinan tokoh politik yang menyokong pakatan pembangkang sewaktu mereka masih berkuasa dan “bukan sewaktu mereka tidak lagi memegang apa-apa jawatan dalam kerajaan”.

Sambil mengetepikan dakwaan pakatan pembangkang kononnya kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak ada membawa apa-apa pembangunan untuk rakyat Sabah, Salleh berkata pemimpin pakatan rakyat sudah ketandusan isu, dan kini hanya bersandarkan kepada janji manis dan pembohongan untuk mendapatkan sokongan rakyat menjelang pilihan raya yang ke-13.

“Saya percaya rakyat bijak menilai kemajuan yang dibawa oleh kerajaan BN dan tidak mudah terpengaruh dengan dakyah dan taktik kotor pembangkang,” katanya.

Beliau yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri yakin BN yang kini berada di tahap yang kuat akan mencapai kemenangan yang cemerlang pilihan raya umum akan datang.

Mengenai RELA, Salleh berkata anggota RELA seharusnya menjadi menjadi ‘mata dan telinga’ kepada kerajaan terutama dalam aspek keselamatan termasuk yang berkaitan dengan isu kehadiran pendatang tanpa izin.

7 August 2012

PRU-13: Rakyat perlu hukum habis-habis pemimpin katak

KALAU bercakap soal pemimpin Katak,pasti ramai yang merujuk pemimpin Sabah. Beberapa bulan lalu, Dr Jeffery Kitingan pernah berkata, tiada seorangpun pemimpin Sabah yang bukan pemimpin katak.

Terus terang, hanya mungkin "pemimpin Usno" yang bukan katak, kerana para pemimpinnya bukan melompat, tetapi Parti Usno itu sendiri dibubarkan dan secara enblok-semua ahli dan pemimpinnya masuk Umno.

Pada masa ini, mereka yang yang tergolong bukan pemimpin katak, adalah mereka yang hanya menjadi ahli sesebuah parti, dan tidak pernah bertukar parti.

Rakyat Sabah benar-benar tahu siapa-siapa pemimpin katak. Sudah tiba masanya semua pemimpin katak ini dihapuskan, kerana bukan sahaja menjadi racun demokrasi, akan tetapi menjadi racun kepada rakyat.

Tiada apa-apa yang boleh dicontohi daripada pemimpin katak, melainkan mereka ini adalah tergolong pemimpin yang tidak amanah dalam perjuangan. Apapun alasan yang diberikan untuk menghalalkan pemimpin katak; tetap mereka itu terdiri golongan yang tidak amanah dalam perjuangan.

Rakyat bermula pada PRU-13, perlu menghapuskan pemimpin katak untuk selama-lamanya, agar menjadi pengajaran kepada sesiapa sahaja. Kalau bukan rakyat yang menentukan.. siapa lagi?

28 September 2011

Tidak wajar pemimpin Katak bersuara

Sejak kebelakangan ini, ramai pemimpin katak dalam BN bersuara, terutama mengenai pembahagian kerusi yang akan diperuntukan kepada parti masing-masing pada PRU-13 akan datang.

Suara katak-katak ini lebih nyaring berbanding pemimpin tulen/asal BN sendiri.

Para pemimpin katak semakin kepanasan, apabila pucuk pimpinan mengatakan bahawa calon-calon yang mewakili Bn nanti merupakan mereka yang dikategorikan sebagai pemimpin boleh menang, berintegriti dan pemimimpin akar umbi.

Terkini, apabila salah seorang pemimpin Katak, Datuk Raymond Tan,yang sebelumnya berasal daripada PBS, kemudian SAPP dan kini Gerakan; mempersoalkan parti Umno yang bertanding melebihi 50 peratus DUN Sabah.

Naib Presiden Gerakan itu, mendakwa bahawa mantan Perdana Menteri- Tun Dr Mahathir Mohammad, kononnya pernah membuat pengakuan, bahawa parti Umno tidak akan bertanding melebihi 50 peratus kerusi DUN atau parlimen.

Raymond Tan perlu ingat, mempersoal kedudukkan Umno sama sahaja mempersoal kedudukkan Perdana Menteri dan Ketua Menteri Sabah, kerana kedua-dua pemimpin itu adalah pemimpin Umno.

Tan, seharusnya berterima kasih kepada kepimpinan Umno, kerana pada suatu masa, mantan pemimpin SAPP itu, tidak berparti, akan tetapi terus dikekalkan sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah, yang diketuai oleh Musa Aman.

Tan juga perlu ingat, sepatutnya beliau tidak lagi dipertahankan dalam kabinet negeri, kerana parti yang dinaungi sekarang ini, tidakpun bertanding di Sabah pada PRU-12 lalu.

Kenyataan Tan baru-baru ini, bukan sahaja melukai para penyokong BN tulen, akan tetapi mendedahkan dirinya sebagai pemimpin yang hanya berjuang untuk kepentingan dirinya sendiri.

Pemimpin yang tidak pandai berterima kasih seperti Tan ini, seharusnya tidak lagi diketengahkan sebagai pemimpin BN, kerana ianya bukan sahaja memburukkan gabungan parti-parti itu, akan tetapi juga, menjadi cemohan majoriti rakyat. Fikir-fikirkan lah.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels