Gambar Fitnah Pesaing Warung Padang Jawa |
Memang enak, memang sedap. Anda yang minat makanan ala jawa, punya dua pilihan apakah ayam atau lele (Bahasa Indonesia) keli dalam Bahasa tempatan.
Apa yang menarik dan sedap pada masakan ayam dan keli penyet, bukan terletak pada ayam atau ikannya, akan tetapi pada sambalnya. Makanan yang dihidang dengan nasi serta ulam sayur tempatan itu, memang menyeronokan, bagi mereka yang gemar makanan pedas-pedas manis; menu jawa asli.
Memangpun, ikan keli dan ayam penyet Warung Padang Jawa menjadi punca iri hati penguasa restoran yang menyediakan masakan yang sama.
Pada 13 Februari lalu, seperti biasa Jabatan Kesihatan melakukan tugas rutin terhadap restoran penyedia makanan dan minuman di kawasan Putatan. Jam sekitar 9 pagi, apabila penghantar ais batu untuk cabang restoran itu meletakan ais batu di atas lantai tanpa memberitahu pekerja restoran. Dan kebetulan, pada masa itu pegawai kesihatan kawasan Putatan sedang melakukan pemeriksaan. Atas kejadian itu, selain alasan ada pelayan tidak menggunakan tanda nama dan pakaian yang sesuai sebagai pelayan, maka seperti amalan biasa pegawai kesihatan, akan mengarahkan sesebuah premis itu untuk tutup untuk masa beberapa jam bagi memberi peluang kepada pengurusan restoran memperbetulkan pengendalian makanan dan minuman yang betul. Pengurus Warung Padang Jawa memenuhi arahan itu, dan pada keesokan harinya, iaitu pada 14 Februari, operasi restoran berjalan seperti biasa sehingga kini.
Malangnya, peristiwa penutupan tidak sampai 24 jam itu diambil peluang oleh pesaing, dengn menabur fitnah, kononnya restoran itu ditutup kerana ikan keli yang dimasak dibiarkan atas lantai tandas restoran itu. Sedangkan, arahan penutupan beberapa jam itu, hanya masalah teknikal yang berkaitan dengan penghantar ais batu, dan perkerja yang tidak memasang tanda nama.
Satu gambar yang diubahsuai, menggambarkan ikan keli di atas lantai tandas. Sebenarnya, lantai dan tandas itu bukan tandas pada premis restoran itu, dan gambar ikan keli yang diubaisuai itu diambil daripada premis lain, akan tetapi dikatakan tandas restoran Warung Padang Jawa.
Pneyebaran gambar itu di media sosial dan whatapp serta pesanan ringkas telepon bimbit, menyebabkan ada pelanggan yang percaya dan mempunyai presepsi bahawa makanan yang disediakan oleh restoran itu kotor. Dalam masa beberapa hari, pelanggan restoran itu merundum dengan teruk.
Pemilik restoran Arsid A. Taturusi anak tempatan yang berasal daripada Batu 5 Sandakan, sebenarnya telah mengusahakan restoran ala masakan jawa asli itu sejak lima tahun lalu dengan restoran pertamanya di Alam Mesra, Kingfisher, Kota Kinabalu. Disebabkan sambutan yang cukup menggalakan, maka cabangnya dibuka di Putatan 5 bulan yang lalu.
Penyebar fitnah itu, selain dapat mempengaruhi para pelanggan tetap restoran, akan tetapi juga berjaya mengyakinkan para pelanggan, bahawa restoran utama Warung Padang Jawa di Alam Mesra juga ditutup, sedangkan perkara itu tidak pernah berlaku.
Arsid terpaksa membuat laporan polis pada Balai Polis Alam Mesra pada 19 Februari lalu, dan telah melantik Peguam untuk melakukan tindakan balas undang-undang terhadap penyibar fitnah itu.
Pada Sidang media Peguam yang dilantik itu, iaitu daripada Tetuan Liew dan Padua pada Rabu, selain pengurus restoran itu menafikan semua fintah itu, peguam pengadu juga sedang berkerjasama dengan pihak polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Mutimedia Malaysia untuk mengesan dalang kepada perbuatan tersebut.
Bagi mereka, yang sudah menikmati makanan ayam dan keli penyet Warung Padang Jawa, teruskan selera anda, kerana OKB juga yang merupakan pelanggan tetap restoran itu, terus menjamu selera, kerana pengurus restoran itu senantiasa menjamin kebersihan restorannya berserta makanannya, kerana ianya merupakan punca rezkinya yang dihantar oleh Allah Subhanawatalla.
Bagi Arsid, semua tindakan pemitnah itu, selain mengharapkan balasan Allah, juga balasan undang-undang yang setimpal.