Showing posts with label Analisis PRK Batu Sapi. Show all posts
Showing posts with label Analisis PRK Batu Sapi. Show all posts

8 November 2010

Impak apa BN perolehi melalui PKR Batu Sapi

Barisan Nasional berjaya mengekalkan kerusi Parlimen Batu Sapi pada PRK 4 November lalu. Kemenangan BN tersebut, ramai pemimpin BN negeri menggambarkan bahawa rakyat kini sudah kembali memberi sokongan kepada BN selepas tsunami politik di Semenanjung pada pilihan raya umum 2008.

Calon BN, Datin Linda Tsen Thau Lin meraih majoriti 6,359 undi, beliau mendapat 9,773 undi menewaskan calon PKR, Ansari Abdullah (3,414 undi) dan calon SAPP, Datuk Yong Teck Lee (2,031 undi).

Walaupun pada PRK Sibu pada Mei lalu, DAP merampas kerusi Parlimen Sibu daripada BN dan didakwa pembangkang ia sebagai angin perubahan dan tsunami politik 2008 sudah menular ke Malaysia Timur, iaitu Sabah dan Sarawak.

Dengan kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menerusi gagasan 1Malaysia yang berjaya diterjemahkan oleh kepimpinan negeri yang diketuai oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman ternyata diterima baik oleh semua lapisan rakyat di negeri ini.

Sokongan itu diterjemahkan menerusi kejayaan BN mempertahankan kerusi Batu Sapi dengan majoriti yang lebih besar daripada yang diperolehi pada PRU 2008.

Di samping itu, kehadiran Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin yang juga merupakan Timbalan Pengerusi BN untuk membantu jentera kempen BN yang diketuai Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman turut memberi impak terhadap sokongan pengundi di Batu Sapi kepada BN.

Apa yang menarik dalam PRK Batu Sapi, ialah ramalan dan andaian awal yang dibuat oleh pelbagai pihak termasuk segelintir penyokong BN bahawa saingan sengit akan berlaku antara BN dan pembangkang khususnya SAPP jauh meleset sama sekali.

Walaupun BN menyandarkan harapan kepada calon wanita yang kurang popular, Linda Tsen Thau Lin balu mendiang Datuk Edmund Chung Ket Wah berbanding calon SAPP, Datuk Yong Teck Lee, bekas Ketua Menteri dengan rekod tidak pernah tewas dalam mana-mana pilihan raya yang ditandinginya sejak terjun dalam politik bermula 1985, dan calon PKR Ansari Abdullah juga tidak kurang hebatnya.

Namun apa yang jelas rakyat di Batu Sapi tidak memilih populariti calon dalam membuat keputusan, mereka lebih terpengaruh dan menerima politik pembangunan yang di bawa oleh BN yang boleh membawa keamjuan kepada masa depan mereka.

Rakyat di Batu Sapi mahukan politik pembangunan dan ianya hanya dapat dilakukan menerusi BN, kerana BN adalah kerajaan di peringkat negeri dan pusat untuk memudahkan penyaluran peruntukan pembangunan di Batu Sapi.

Untuk membuktikan keseriusan BN dalam membela nasib rakyat, Ketua Menteri, pada sidang medianya selepas dua jam keputusan PRK Batu Sapi itu diumumkan berkata, bahawa satu Jawatankuasa akan ditubuhkan untuk memastikan apa yang dijanjikan oleh BN pada kempen PRK itu ditunaikan kepada rakyat di kawasan Batu Sapi.

Musa berkata, beliau sendiri akan mempengerusikan jawatankuasa berkenaan supaya apa yang dijanjikan itu dilaksanakan secepat mungkin dan ianya tidak dikatakan BN hanya "bercakap bohong, berjanji kosong".

Selain kemenangan BN yang bergaya itu, juga didapati bahawa pengundi muda di negeri telah memberi isyarat bahawa mereka menyokong BN.

Berdasarkan perangkaan rasmi, butiran corak pengundian PRK Batu Sapi menunjukkan BN menerima undian pengundi muda berusia 21 hingga 45 tahun hampir semua pusat pembuangan undi melalui 46 saluran.

Calon Bn, Linda menyapu bersih semua undian generasi muda selain golongan tua terus setia di pusat pengundian Bumiputera islam termasuk di kawasan kepulauan.

PKR pula berjaya memenangi hati pengundi muda di tempat saluran yang kesemuanya di kawasan majoriti pengundi cina.

Apa yang mengejutkan calon SAPP, Yong Teck Lee yang kali pertama sejak 1985 meninggalkan kawasan tradisinya di DUN Likas dan Parlimen Kota Kinabalu (dulu Parlimen Gaya) untuk bertanding di luar kubunya bukan sahaja tewas buat pertama kali dalam pilihanraya malah tewas kepada calon PKR Ansari Abdullah.

SAPP yang pada awalnya diramal akan mendapat sokongan kuat pengundi Cina yang mewakili 38.06% daripada jumlah 25,582 jumlah pengundi keseluruhan di P-185 Batu Sapi melalui gagasannya Sabah for Sabahan ternyata ditolak sama sekali pengundi Cina apabila jumlah undinya di semua 21 saluran mengundi bagi masyarakat tersebut, gagal mengatasi jumlah undi Ansari di 12 saluran mengundi Bumiputera Islam, yang lainya semuanya berpihak kepada BN.

Apapun pengundi di Batu Sapi sudah memberikan mandat yang cukup besar kepada Linda Tsen untuk menjadi wakil rakyat mereka untuk tempoh lebih dua tahun lagi sebelum pilihanraya umum ke-13 beliau perlu membuktikan bahawa pengundi Batu Sapi tidak tersilap dalam membuat pilihan.

Beliau perlu segera turun padang untuk meninjau dan mengenalpasti keperluan rakyat di Batu Sapi termasuk kawasan kepulauan, ini kerana, beliau tidak mempunyai masa yang lama, disebabkan tempoh PRU-13 sudah semakin hampir.

5 November 2010

Pengajaran di Batu Sapi

Peratusan pengundian yang rendah: Mereka yang turun mengundi adalah pengundi yang terdedah kepada maklumat. Bagi pengundi tradisi, pilihanraya bukanlah priotiti mereka. Mereka tidak kesah siapa yang mewakili mereka, kerana bagi mereka apa beza pilihanraya ini dengan yang lalu-lalu?.

Kumpulan pengundi: Pengundi yang masih daif atau miskin masih memilih barisan nasional, namun pengundi yang sudah mapan, memilih pembangkang.

Trend Pengundian: Berasaskan kepada jumlah undi yang diperolehi BN adalah hampir sama antara Pru-12 (2008) dan PRK kali ini, demikian juga jumlah pengundi pembangkang, jumlahnya hampir sama.Ini bermakna, sepanjang 2 tahun kawasan itu diwakili BN, belum ada petanda kepada rakyat untuk melakukan "swing" votes. Melalui petanda ini, benarlah kenyataan Najib bahawa BN-Sabah adalah simpanan tetap BN. Kenyataan ini disokong penuh oleh Timbalan Pengerusi Umno negeri, Datuk Salleh Said. Salleh malah menambah, "sememangnya BN-Sabah adalah Simpanan Tetap BN"

Kesimpulan: Terlalu awal untuk mengatakan bahawa kemenangan BN di Batu Sapi adalah disebabkan transformasi yang di bawah oleh kerajaan pusat, terutama konsep yang diperkenalkan pada April 2009, yakni 1Malaysia, rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan.

Pada PRK ini juga belum boleh dikatakan bahawa pembaharuan kerajaan Pusat seperti NEM. ETP,GTP,NKRA dan NKEA telah diendorse melalui kemenangan BN, kerana kita tahu sebahagian besar pengundi Batu Sapi masih bergelut dengan kemudahan asas seperti air bersih, bekalan litrik, serta pendapatan yang sangat rendah yang dikhabrakan tidak sampaipun RM2.00 sehari.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels